Tanggal 5 Oktober, kemarin, bersama rakan-rakan setugas, aku hadir ke rumah terbuka keluarga Nurkamal. Kakaknya Istring adalah pembantu Pra Sekolah di Sk. Sibugal Besar. Mulanya, aku tidak tahu bahawa Istring adalah kakak Nur Kamal, pemuda yang selalu membantu kerja-kerja gerakan di Sandakan sewaktu-waktu cuti pengajian.
Cikgu Aziz sedang menuju ke rumah Cik Istring
Rakan setugas sedang menjamu selera
Selepas habis waktu persekolahan, kami bertandang ke rumahnya. Rumahnya agak jauh masuk ke dalam perkampungan. Kami dijamu laksa dan juga nasi. Kuih muih hari raya masih ada juga. Kenyanglah juga kami semua hari ini.
Ust Kama sedang mencicipi laksa...hmmm...sedap...
Cikgu Aziz: "Dah sebulan aku mencari benda ni..."
Allahumma Tsabbitna 'ala jihadin fi sabilik!
0 comments:
Post a Comment