Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Showing posts with label Laporan. Show all posts
Showing posts with label Laporan. Show all posts

MAJLIS QURBAN 1433

October 28, 2012

Program Qurban berkelompok telah berjaya diadakan di masjid Al-Fajr, Sandakan. Sebanyak tujuh ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan. Haiwan-haiwan korban tersebut adalah milik hamba-hamba Allah yang telah menyertainya dengan membuat pembelian bagi bahagian-bahagian korban yang dijual untuk umum oleh Jawatankuasa Korban Masjid Al-Fajr. Setiap satu bahagian dijual dengan harga RM400.00. Manakala kambing pula, ia merupakan korban seorang jemaah baru yang baru berdomisil di Taman Fajar.

Lembu-lembu korban pada tahun ini diambil daripada Felcra Estate Pertama, Sukau.Lembu tersebut telah diambil sejak rabu lepas dan ditambat di padang pinggir taman permainan bersebelahan masjid. Ia diletakkan di bawah kawalan AJK keselamatan dengan bantuan remaja gembala yang bertangungjawab memberi makan dan minum kepada lembu.

Majlis korban berlangsung dengan lancar dan mendapat kerjasama ramai petugas yang menyumbangkan tenaga. Pembahagian daging berjalan lancar dengan pengenalan sistem kupon. Jamuan makan juga dapat dibuat untuk para warga yang datang menjamu selera. 

Alhamdulillah dan tahniah kepada yang berkorban. Semoga Allah menerima amalan korban yang telah menyertai dengan niat ibadah kepada Allah SWT. 

Kalau umur panjang, tahun depan kita buat lagi.

Lembu dari Felcra Pertama.
Ust Sukri Menyerahkan bayaran RM14600.00
Seekor kambing boer bakal dikorbankan.
Lembu diturunkan di taman

Kerjasama melapah


Kerja berat jadi ringan

Medan sembelihan lembu.

Perbincangan menyelesaikan masalah.

Mengumpulkan daging


Penyampaian daging

Masa menikmati jamuan

Bawa keluarga bersama

Bantu menghidangkan makanan.


PROGRAM KORBAN MASJID AL-FAJR

November 9, 2011

Program Korban yang diadakan di masjid Al-Fajr, Taman Fajar, Sandakan, pada  hari raya kedua baru-baru ini berjalan dengan lancar. Sebanyak 6 ekor lembu telah berjaya dikorbankan. Lembu-lembu tersebut dibeli daripada Felcra Pertama di Sukau.Sehari sebelum hari raya, wakil yang ditugaskan membeli lembu tersebut telah pergi ke Felcra tersebut. Perjalanan ke sana menempuh jalan yang susah. Dari pintu masuk ke Malangking Palm Oil  Estate, jalan grable sejauh kira-kira 30 km terpaksa ditempuhi.  Sebanyak 4 pintu pagar estate perlu dilintasi sebelum sampai ke lokasi di mana lembu diperolehi.

Pegawai Felcra bertugas, En Masran Upot telah mengarahkan pekerja menangkap 16 ekor lembu ditangkap. Lambu-lembu tersebut ditimbang dan dijual dengan harga RM9.00 sekilo Secara purata, berat lembu-lembu tersebut adalah berada pada sekitar 150-190 kg seekor. Walaupun lembu yang disasarkan adalah berat melebihi 200 kg, nampaknya lembu-lembu seberat itu tidak ditangkap oleh pihak pekerja Estate.









Dua buah lori telah digunakan untuk mengangkut lembu-lembu tersebut keluar. Kos pengangkutan adalah RM170.00 untuk seekor. Kerana kelewatan sampai, pengangkutan kemalaman di estate. Walau bagaimanapun pengangkutan diteruskan juga. Alhamdulilah, lembu-lembu tersebut dapat dihantar sampai ke lokasi menjelang tengah malam hari raya. Lembu-lembu tersebut diturunkan di pelbagai lokasi seperti SMK elopura 2, SMK Merpati, SK. Kg. Padas, SMK Sandakan 2,  Masjid Tinusan dan Masjid Al-Fajr. 4 ekor diturunkan di Masjid Al-Fajr. Dua ekor lembu lagi yang menjadi korban di masjid Al-Fajr adalah didatangkan daripada pihak Kastam dan sumbangan peribadi seorang pemimpin tempatan.

Korban lembu di masjid Al-Fajr pada kali ini dibuat setelah beberapa tahun berselang tiada program korban dilaksanakan. Kedatangan orang ramai sangat menggalakkan. Lembu-lembu yang hendak dikorbankan ditumbangkan oleh 'Kumpulan Matador' yang telah dibentuk dalam mesyuarat perlaksanaan sebelumnya. Dengan kerjasama erat para petugas, kerja-kerja tersebut berjalan dengan lancar. Lembu-lembu yang telah siap disembelih oleh muzabbih yang telah dilantik dengan segera dilapah oleh kumpulan yang telah dibentuk. Kemudiannya ia diproses oleh jawatankuasa pembahagian dan dibungkus. Daging bungkusan untuk peserta ditimbang sebanyak 2.3 kg.  Peserta juga diberikan tulang sebangak sekilo dan perkakas dalaman seperti hati, limpa dan jantung. Dianggarkan 1/3 lagi bahagian lembu korban adalah untuk sedekah dan 1/3 lagi adalah untuk masakan orang ramai yang datang.









Menjelang Zohor, masakan siap dan jamuan dihidangkan selepas solat Zohor. Secara keseluruhannya, program korban pada tahun ini telah berjalan dengan lancar dan cukup meriah. Insya Allah...pada tahun-tahun mendatang program seumpama ini boleh diulang lagi dan dikembangkan dengan perancangan yang lebih awal.

KONVOKASYEN PASTI KALI KE 19

November 2, 2008

Pada hari ini, Majlis Konvokasyen PASTI bagi Zon Sandakan kali ke 19 telah diadakan di Hotel Sabah, Sandakan. Majlis telah dirasmikan oleh Sdr Anwar Ali. Lepasan 7 PASTI Zon Sandakan termasuk sebuah dari Kinabatangan telah diraikan dan dinugerahkan sijil masing-masing. Ibu bapa murid-murid PASTI telah hadir menunjukkan komitmen masing-masing seawal jam 7 pagi. Hasil kerjasama dan kerja sepakat AJK yang terlibat  serta komitmen para guru PASTI telah menjayakan program pada hari ini.
Sesungguhnya inilah cabang pendidikan Islam bagi anak-anak seawal umur sebelum persekolahan yang tidak kurang pentingnya. Persembahan oleh murid-murid PASTI memperlihatkan corak pendidikan yang digariskan oleh PASTI.
Semoga PASTI terus maju menempa amalulillah...dari kalangan yang mukhlasin....
Bertindak sebagai pengarah program pada hari ini, aku mengucapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada seluruh AJK yang berkerja keras, para guru PASTI  dan para petugas program yang juga berkerja kuat menjayakan majlis konvokasyen ini. Sesungguhnya mereka semua telah memperlihatkan komitmen dan tanpa mengharapkan pamrih dalam menjalan kerja agama.  
Allahumma baarik li wa lahum...

* Pamrih: Upah atau ganjaran.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI PULAU PAMAGUAN

October 27, 2008

"Pada zaman Jepun, terdapat seorang kelantan lari hingga ke Kagayan dan berkahwin dengan perempuan Kagayan dan akhirnya menetap di sini....", ketua Kampung Pulau Pamaguan, bercerita. Namanya Kabol Tandiko. Kami memanggilnya Pandikar.

Aku dan beberapa sahabat yang menyertai program kali ini mendengar ceritanya penuh minat.


"Pada satu hari, ketika si suami sedang mengupas kelapa, dia bertanya isterinya tentang bahasa isterinya bagi perbuatan mengupas kelapa, isterinya memberitahunya bahawa kupas kelapa dalam bahasanya disebut "dibaguan", maka dari situlah datangnya nama pulau Pamaguan...", lanjut ketua kampung itu lagi.


"Kalau Tanjung Pisau pula, dahulunya ada sebuah kapal dari Sugut sarat dengan Tembikai, singgah di situ dan orang-orang atas kapal itu pun keluarkan pisau untuk makan tembikai. Tiba-tiba pisau itu jatuh di situ...maka dinamakan Tanjung Pisau...", ceritanya dilanjutkan mengenai asal usul Tanjung Pisau pula, sebuah tanjung yang tidak jauh daripada Pulau Pamaguan.

"Kalau Nunuyan...asal namanya daripada buah Nunuyan, buah sebesar ini dan sedap rasanya....", Kabol Tandiko menunjukkan isyarat ibu jarinya.

Program Khidmat Masyarakat di Pulau Pamaguan berlangusng selama 3 hari. Program tersebut dikendalikan oleh para pemuda yang bernaung di bawah Yayasan Amal Malaysia dengan tajaan dana daripada pihak Jakim. Bermula pada 25 hb Oktober, sekitar jam 1140 pagi, kira-kita 40 pemuda yang bernaung di bawah Yayasan Amal Malaysia bertolak daripada jeti Batu Putih merentasi sungai-sungai air masin mencelah lorong antara bakau, akhirnya tiba di Pulau Pamaguan sekitar jam 12.30 tengahari. Sebuah kapal nelayan disewa sebagai pengangkutan.

Aku menyertai program ini sepenuhnya. Menaiki kapal nelayan bukanlah hal yang baru. Namun, merentasi laut sebelah jeti Batu putih adalah kali pertama.

Sebahagian para peserta yang baru sampai selesai solat Zohor
Air pasang tidak cukup tinggi untuk mendaratkan kapal nelayan ke kawasan perkampungan. Para peserta program terpaksa menempuh cabaran getir merentas tebing bakau yang telah di ditebas oleh orang kampung sambil mengangkut segala kelengkapan program.

Kami berkampung di Sk Pamaguan sepanjang program. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada cikgu Khairuddin dan cikgu Jamri dari Sk. Pamaguan yang menyediakan tempat yang selesa untuk kami beraktiviti.Berkampung selama 3 hari di Pulau Pamaguan adalah meyeronokkan bagi yang dapat mengikhlaskan hati menyertai program tersebut. Walaupun penat mengangkut barang merentas bakau, ditambah dengan hujan yang berpanjangan, ia tidak melemahkan semangat para peserta.
Antara program sepanjang 3 hari tersebut adalah, gotong royong mengecat Masjid, membersihkan perkuburan, membahagi-bahagikan sumbangan beras dan dan keperluan dapur yang lain kepada warga pulau, ceramah keibubapaan, motivasi pelajar, kuliah agama, pertandingan bola sepak persahabatan, sukaneka kana-kanak, tayangan video tsunami dan Palestin Menangis, jamuan rakyat dan pemeriksaan kesihatan percuma.Warga Pamaguan cukup meraikan. Mereka cukup mesra dan berharap program seumpama ini diulang lagi di kampung mereka.
"Ikut program begini menyeronakkan....", kata Ustaz Farihan ketika dalam perjalanan pulang  ke rumah setelah tiba di Batu Putih.

"Jika kita mengikuti program jamaah dengan kerelaan hati, ikhlas demi menyahut seruan hidup berjemaah, ia akan memberikan kenikmatan dan keseronakan...namun jika sebaliknya...ia akan menjadi tekanan pula", aku menambah ulasan.
Aku mengucapkan tahniah kepada sahabat seperjuangan yang menyertai program ini dan berdoa agar kita ditetapkan hati atas jalan ini.
Aku mengabadikan nama anda semua sebagai saksi di hari muka...
Sahar, Mujahidin, Farihan, Zaidi, Isa Saud, Wahid, Mustaman,  Haris, Salleh...kalangan tunggak utama.
Ramlan dan doktor serta pembantu perubatan bersamanya.
Khairudin dan Jamri, dua guru Sk. Pamaguan. 
Mahdzir yang memberi khidmat memasak makanan peserta dan warga Pamaguan dibantu isterinya. Mubarak anak mereka yang ikut serta.
Para Guru dan pelajar Sekolah Swasta Assalam...
Pak Yazid, veteran kental setia bersama anaknya...
Semoga tegaklah amalulilah....di tangan pendokong yang kental dan tahan diuji.