Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI


Waktu Malaysia

TUKAR PASWORD YES

Sinar Harian

LOGIN AKAUN YES

Sinar Harian

e-Operasi

Sinar Harian

LOGIN SPLG

Sinar Harian

SAPS NKRA

Sinar Harian

HRMIS

Sinar Harian

APDM

Sinar Harian

PAJSK

Sinar Harian

LOG IN FROG VLE

Sinar Harian

E-FILING LHDN

Sinar Harian

e-Penyata Gaji

Sinar Harian

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket

Rujukan

Pendusta di zaman kini

February 29, 2020

Banyak cakap, banyak salah. Banyak salah, banyak dosa. Banyak dosa dibalas neraka!

Dalam dunia hari ini, dengan adanya media sosial, ramailah orang suka membebel dengan menggunakan jemarinya. Diketiknya keyboard tanpa henti. Lalu mengalirlah segala tulisan yang beraneka. Mungkin ada yang menjadi pahala, dan banyak sekali yang menjadi dosa.

Siapa yang sayangkan diri, tahanlah. Orang lain bersengketa, kita tumpang mengata. Orang lain sudah berdamai kita masih mamai.Orang lain dapat habuan, kita tak keruan!

Aku peringatkan diri, dalam seratus berita di media sosial, 99 aku pandangn sebelah mata. Cuma satu aku ambil perhatian. Pendusta sangat banyak. Bukan lagi musang yang menjadi haiwanun makir, tetapi dajajah juga tumpang sekaki. Jangan terpedaya dengan penampilan luaran. Jangan lahap mengambil pandangan sekalipun orang bernama Dr atau professor. Masing-masing berlumba menebar kecenderungan dan kepentingan. Keadilan bukan lagi jadi timbang tara.

Saya pernah menegaskan....jika orang menabur pahala di jalanan, janganlah pula kau tiru. Seharusnya kau kutip pahala dan membuang dosa.

Bersenda dengan para pelakun pentas politik buatkan anda hilang banyak dosa. Anda mengata si fulan. Anda menuduh si fulan. Anda tengok ada tangkap layar tentang seseornag, anda kongsi. Anda dengar , sebelum benar-benar faham, anda sudah menyeranah. Anda dihasut, terus anda telan hasutan itu.  Yakinlah ...anda sedang menempa kerugian. Jauhilah, supaya di hari perhitungan anda tidak terkesima.

Sebilangan orang rajin berkomentar. Semua khabar yang sampai kepadanya, diriwayatkan. Sabda Rasulullah SAW dalam Saheh Muslim:


كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع

" Cukuplah untuk menjadi pembohong jika seseorang itu menceritakan semula apa sahaja yang didengarnya".


Banyak yang anda baca dalam FB, Whatsapp, Blog, Portal dan seumpamanya. Jika anda share semuanya, andalah pendusta. 

Adab seorang mukmin yang cakna sabda Kanjeng Junjungan, tidak meriwayatkan kecuali yang baik dan pasti.






Kehormatan orang beriman lebih tinggi daripada Kaabah

February 22, 2020

Bila sebut Ka'abah, kita orang Islam sangat menyanjungnya. Itu Rumah Allah yang suci. Saking cintanya kita kepada Kaabah, berumrahlah berkali-kali orang kita ke sana. Berhajilah kita ke sana.

Di rumah sebahagian kita, kita tampal gambar Kaabah. Melihat Kaabah dapat pahala. Orang pergi Makkah, rindukan Kaabah, sentuh dan cium Kaabah. Sungguh mulia Kaabah di matanya.


Tapi, sedarkah kita, saudara kita yang beriman itu lebih mulia daripada Kaabah? Kehormatannya lebih wajib dipelihara daripada kehormatan Kaabah!

Ironinya, ada orang angongkan yang Kaabah, tapi merendahkan orang beriman yang lain. Menghina, mencela dan menista orang beriman, lebih besar jenayahnya daripada menghina, menista dan mencela Kaabah!.

Fahami sebuah hadis nabi dalam Sunan Ibn Majah (Dinilai soheh oleh al-Bani):

عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَطُوفُ بِالْكَعِبَةِ وَيَقُولُ: مَا أَطْيَبَكِ وَأَطْيَبَ رِيحَكِ. مَا أَعْظَمَكِ وَأَعْظَمَ حُرْمَتَكِ. وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بَيَدِهَ! لَحُرْمَةُ الْمُؤْمِنِ أَعْظَمُ عِنْدَ الله حُرْمَةً مِنْكِ. مَالِهِ وَدَمِهِ، وَأَنْ يظن بِهِ إلاَّ خَيْراً.

رواه ابن ماجه

Daripada Ibn Umar r.a katanya:

Aku telah melihat Rasulullah SAW bertawaf di Kaabah dan baginda berkata:

" Alangkah baiknya engkau (Kaabah) dan alangkah harumnya baumu" Sungguh agunglah engkau dan sungguh besarlah kehormatanmu . Demi yang jiwa Muhammad di tanganNya, kehormatan seorang mukmin di sisi Allah lebih agung daripada kehormatanmu. Demikian juga harta mereka dan darah mereka (lebih terhormat daripada Kaabah). Tak boleh menyimpan sangkaan kepada orang beriman lain melainkan dengan sangkaan yang baik".

(HR Ibn Majah)

Hadis ini menjelaskan betapa besarnya kehormatan orang beriman. Seseorang yang kita tahu beriman dan tidak ada sebab yang jelas untuk mengeluarkannya daripada keimanan, maka hendaklah dilayan lebih mulia daripada Kaabah.

Hari ini, kita yang mengaku ummat nabi, apakah mengambil peringatan daripada pesan kanjeng nabi ini? Atau...kita menurut nafsu amarah kita, kebencian dan hamasah, lalu kita merendahkan orang beriman lain dengan pelbagai cara. Asbabnya kekadang, hanya kerena perebutan dunia, harta, pangkat, khilaf politik, berselisih pendapat dalam hukum dan sebagainya.

Mari kita perbaiki diri. Jaga kehormatan orang beriman yang lain...

APAKAH MUAWIYAH MENCELA ALI?

Manusia selalu menafsirkan perkataan orang dengan sangka buruk. Dari dulu sampai sekarang, begitulah perangai manusia. Lain yang dimaksudkan, lain pula yang difahami. Kerana itu, dikeluarkan satu kaedah dalam bermuamalah dengan perkataan orang, iaitu:

لازم القول ليس بالقول

"Yang difahami dari sesuatu perkataan itu bukanlah semestinya maksud perkataan tersebut."

Kali ini mari kita ambil sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dalam sahehnya.

عن عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: أَمَرَ مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ سَعْدًا فَقَالَ: مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسُبَّ أَبَا التُّرَابِ؟ فَقَالَ: أَمَّا مَا ذَكَرْتُ ثَلَاثًا قَالَهُنَّ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَنْ أَسُبَّهُ، لَأَنْ تَكُونَ لِي وَاحِدَةٌ مِنْهُنَّ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَهُ، خَلَّفَهُ فِي بَعْضِ مَغَازِيهِ، فَقَالَ لَهُ عَلِيٌّ: يَا رَسُولَ اللهِ خَلَّفْتَنِي مَعَ النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ؟ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ مِنِّي بِمَنْزِلَةِ هَارُونَ مِنْ مُوسَى؟ إِلَّا أَنَّهُ لَا نُبُوَّةَ بَعْدِي وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ يَوْمَ خَيْبَرَ لَأُعْطِيَنَّ الرَّايَةَ رَجُلًا يُحِبُّ اللهَ وَرَسُولَهُ، وَيُحِبُّهُ اللهُ وَرَسُولُهُ قَالَ فَتَطَاوَلْنَا لَهَا فَقَالَ: ادْعُوا لِي عَلِيًّا فَأُتِيَ بِهِ أَرْمَدَ، فَبَصَقَ فِي عَيْنِهِ وَدَفَعَ الرَّايَةَ إِلَيْهِ، فَفَتَحَ اللهُ عَلَيْهِ، وَلَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ: {فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ} [آل عمران: 61] دَعَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيًّا وَفَاطِمَةَ وَحَسَنًا وَحُسَيْنًا فَقَالَ: اللهُمَّ هَؤُلَاءِ أَهْلِي


Daripada "Amir bin Saad bin Abi Waqqas daripad bapanya, katanya : Mu'awiyah telah memanggil Saad datang bertemuinya dan bertanya:
Apa sebab engkau tidak mahu mencela Abu Turab (Ali)
Saad menjawab:
Ada tiga perkara yang telah diucapkan oleh Rasulullah SAW mengenainya yang akan akui sebutkan, itulah sebab kenapa aku tidak sekali-kali akan mencelanya. Kalau hanya satu daripadanya sahaja disebutkan untukku, aku lebih menyukainya daripada unta merah.
1) Aku dengar Rasulullah SAW berkata kepada Ali tatkala baginda menyuruhnya tidak mengikut beberapa peperangan yang rasulullah ikut serta:Ketika itu Alu telah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, apakah tuan suruh saya duduk bersama para wanita dan kanak-kanak? Lantas nabi bersabda kepadanya: Apakah kamu tidak suka kedudukanmu di sisiku seperti Harun di sisi Musa? Hanyalah tiada lagi nabi sesudahku.

2) Pada masa perang Khaibar, aku dengar baginda bersabda: Sesungguhnya aku akan berikan panji pimpinan perang ini kepada seorang yang cintakan Allah dan Rasulnya serta Allah dan rasulNya pun cintakan dia. Kami ternanti-nanti siapakan orang itu.  Lalu kemduiannya baginda bersabda: panggilkan untukku Ali. lalu Ali dibawa datang dan ketika itu dia sakit mata. Rasulullah meludahi matanya dan menyerahkan panji itu kepadanya. Lalu, Ali berjaya menawan Khaibar.

3) Ketika turun ayat Mubahalah (Surah Ali Imran :ayat 61) Rasulullah memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husain lalu baginda berkata: Ya Allah, mereka inilah ahliku.


Bagi sesiapa yang membaca hadis ini, faham yang akan menyapa otak fikirnya ialah Mua'wiyah mencela Ali. Kerana itu Mu'awiyah tanya Saad:
" Kenapa engkau tak mahu cela Ali?"

Namun, apakah faham yang sebegini boleh diterima. Apakah tidak ada kemungkinan lain? 

Imam Nawawi dalah Syarah Saheh Muslim telah menafsirkan hadis ini dengan beberapa ihtimalat (jangkaan maksud) yang lain:

1) Mu'awiyah bertanya demikian kerana Saad bukan pencela Ali sepertimana sesetengah yang lain. Boloeh jadi orang sekeliling Saad mencela Ali tapi Saad tidak. Maka Mua'wiyah bertanya apa sebab Saad tidak ikut serta. Apakah kerana wara', takut atau sebab lain? Itu yang Mu'awiyah nak tahu.

2) Boleh diandaikan juga bahawa Saad daripada persekitara orang yang banyak mencela Ali, tapi dia tidak termasuk. Itulah yang mencorong Mu'awiyah melontarkan pertanyaan itu kepadanya.

3) Mungkin juga maksud pertanyaan itu adalah Apa sebab kamu tidak menyokong ijtihad kami dalam hal ini. 

Maka pertanyaan Mua'wiyah itu janganlah difahami bahawa dia mencela Ali. Tak kan kalau tanya orang, "kenapa awak tak minum arak?", maka kita kata yang tanya itu peminum arak?

Ini cara faham yang menyimpang.

Ini kerap terjadi dalam kehidupan kita. Kita dengar seornag cakap sesuatu, kita pun mendapat sesuatu kefahaman. Tapi apakah yang kita faham itu betul? hatta, ada yang kita tuduh kafir, fasiq dan seumpamanya lantaran fahaman kita yang belum tentu betul daripada perkataannya.

Sebab itu orang beriman, Ahli Sunnah diajar agar bersangka baik dengan sahabat. Asas  tanggapan kepada orang beriman, lebih-lebih lagi sahabat nabi adalah mereka ada kemaafan. Kalau seandainya yang kita faham daripada kata-kata mereka itu tepat sekalipun, mereka ada "excuse". Jika kita mengharapkan Allah ampunkan dosa kita, tentu para sahabat lebih layak diampun kerana jasa mereka kepada Islam banyak . 

Jangalah kita jadi seperti Rafidhah yang mencela sahabat-sahabat nabi. Jangan pula jadi seperti Nasibah yang mencela ahli bait nabi SAW.