Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Showing posts with label Fikrah harakiyyah. Show all posts
Showing posts with label Fikrah harakiyyah. Show all posts

KULIAH HARAKI 1: Wahai Pembela Agama Allah…

February 21, 2010


Alhamdulillah, kita telah terpilih untuk berada dalam perjuangan ini.  Bersyukurlah dan marilah kita meladeni jalan ini dengan penuh yakin dan cinta. Semoga Allah meredhai kita dan memasukkan kita dari kalangan pejuangnya yang terdahulu. Renung dan muhasabahlah beberapa perkara dalam perjuangan ini:-

1)      Perjuangan perlu di atas landasan nabi Muhammad dan ikhlas niat.

Inilah dua syarat dalam perjuangan. Tanpa dua syarat ini, sesuatu perjuangan itu bukan perjuangan Islam biarpun ia dinamakan perjuangan Islam.

Perjuangan atas landasan nabi Muhammad bermakna tegak atas prinsip perjuangan yang telah nabi gariskan.Perjuangan nabi adalah untuk menyeru manusia kepada Islam. Perjuangan yang menyeru ke arah kebangsaan tidak sekali-kali menjadi perjuangan Islam. Demikianlah mana-mana perjuangan yang disasarkan ‘ghayahnya’ bukan kepada Islam, adalah perjuangan untuk menegakkan ‘tahgut’ belaka. Termasuklah jika seseorang berjuang untuk partinya dan bukan untuk Islam!

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali-Imran: Ayat 31)

Demikian, perjuangan perlukan keikhlasan. Tanpa ikhlas, jadilah perjuangan itu bergelumang najis syirik. Berjuang untuk dapat kekayaan, kedudukan dan cinta wanita, semua itu adalah ‘maqasid’ perjuangan yang salah dan sia-sia.

Firman Allah SWT:

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah: Sesungguhnya Aku Ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".
(Surah Al-kahfi:Ayat110)


Ketika mentafsirkan maksud daripada ayat 2 surah Al-Mulk:

لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

"Untuk menguji kamu (dengan kematian dan kehidupan itu) siapa yang terlebih baik amalnya".
Dalam mentafsirkan maksud yang terlebih baik amalnya Fudhail bin Iyadh mengatakan:

أخلصه وأصوبه.إن العمل إذا كان خالصا ولم يكن صوابا لم يقبل، وإذا كان صوابا ولم يكن خالصاً لم يقبل حتى يكون خالصاً صواباً،  والخالص إذا كان لله عز وجل، والصواب إذا كان على السنة.

Yang paling ikhlas dan paling betul ( Itulah amalan yang terbaik). Jika sesuatu amal itu ikhlas tetapi tidak betul, ia tidak akan diterima. Jika ia betul tetapi tidak ikhlas, juga tidak diterima sehingga ia dibuat dengan ikhlas dan betul. Ikhlas itu adalah apa yang dibuat kerana Allah dan yang betul adalah apa yang mengikut sunnah Rasulullah SAW.
 
2)      Perjuangan hendaklah secara berjema’ah.

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ  
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
(Surah As-Saf:Ayat 4)

Allah cinta kepada orang yang berjuang dalam jemaah. Malah mereka yang beramal dalam jemaah berdasarkan petunjukkan Rasulullah SAW. Bila Allah cinta barulah akan datang janji pertolongan Allah SWT:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Maidah:Ayat 54)

Tiada izzah buat perjuangan solo. Biar sehebat mana dalam ilmu, sepetah mana dalam bicara, secantik mana dalam strategi. Para pejuang sola hanyalah laksana bebiri-bebiri yang tersasar dari gerombolan yang hanya  menunggu masa dibahan serigala.

3)      Perjuangan hendaklah istiqamah.

Ramai orang boleh berjuang. Tetapi untuk istiqamah, amat sukar sekali. Hati sering berbolak balik. Hari ini cinta esok benci. Hari ini semangat membara, esok luntur dan lemah longlai. Untuk menjaga istiqamah bukan perkara mudah. Kalau mudah, tentulah Bal’am bin Ba’ura, ulama Yahudi itu kekal dalam perjuangan sehingga akhir hayat. Tentu juga tidak ada para pejuang masa kini yang berubah arah menentang perjuangan. Sebab itu Al-Quran menyebutkan gesaan agar istiqamah ini sebagaimana firman Allah SWT:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ  وَلا تَرْكَنُوا إلَى الَذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لا تُنصَرُونَ

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang Telah Taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.
(Surah Hud: Ayat 112-113)
.
Untuk Istiqamah, jangan melampau dalam perjuangan. Jangan cenderung hati kepada golongan yang zalim. Nabi mengajarkan kita doa:

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

4)      Perjuangan Islam pasti menang akhirnya

Setiap orang yang terjun dalam perjuangan hendaklah punya keyakinan ini. Keyakinan ini disandarkan kepada janji Allah yang pasti sebagaimana firmannya:

وإن جندنا لهم الغالبون

Dan Sesungguhnya tentara Kami Itulah yang pasti menang.
(Surah As-saffat: Ayat 173)


Keyakinan ini bukan disandarkan kepada apa-apa faktor manusiawi. Bukan berdasarkan ramainyanya penyokong atau baiknya strategi. Allah akan memenangkan para pejuangnya dan kemenangan itu pasti. Dalam sebuah negara demokrasi, pejuang Islam boleh menang. Ini lah keyakinan yang perlu dipasakkan dalam hati.Dalam kelemahan prasarana dan dana, pejuangnya boleh menang. Dialah Allah yang bernama “Al-Muntasir”.Keyakinan ini tidaklah bermakna kita hanya menunggu kemenangan datang bergolek tanpa mengusahakan apa-apa.

Sepuluh soalan buat renungan

May 6, 2009

ٍSahabat seperjuangan, yang sedang berjuang, yang suduh gugur daripada medan perjuangan, yang sedang diancam penyakit 'al-futur' dan yang telah pun futur....marilah kita renungkan beberapa persoalan mudah yang berkisar dalam hidup kita. Kita jadikannya sebagai muhasabah diri....

1. Mana lebih berat, sembahyang Subuh dua rakaat sekadar 20 minit hingga 30 minit, berbanding kerja lapan jam sehari kerana mencari duit. Adakalanya kerja buruh, betapa susah. Namun ada umat Islam tidak sanggup sembahyang Subuh sekadar 20 hingga 30 minit tapi tidak jemu-jemu bekerja satu hari lapan jam kerana mencari duit.

2. Mana lebih berat, menolong kawan kerana Allah Taala mungkin sekadar satu dua jam dibandingkan marathon berjam-jam, kadang-kadang terpaksa naik bukit, menyeberang sungai, menurun lurah kerana nama dan glamour. Susah lagi marathon tapi mudah sahaja manusia boleh buat. Menolong kawan amat terasa berat.

3. Mana lebih berat di antara hendak memberi maaf kepada orang yang disuruh oleh Allah Taala dengan hendak naik Gunung Kinabalu kerana nama dan glamour. Padahal tidak panjat Gunung Kinabalu bukan satu kesalahan tapi orang lebih mampu memanjat gunung daripada memberi maaf yang diperintah.

4. Pergi sembahyang berjemaah tidaklah memakan masa yang panjang pun, tidak pula terlalu jauh dan juga tidak meletihkan dibandingkan hendak pergi berkelah-kelah dan membuang-buang masa bergaul bebas di tempat yang jauh mungkin di hutan, di tepi laut, di hulu sungai, yang banyak buang duit, masa dan akan berhadapan dengan keletihan. Namun orang tidak sanggup pergi sembahyang jemaah tapi sanggup pergi berkelah. Adakalanya sampai di rumah bergaduh pula dengan isteri kerana sakit hati dengan suami.

5. Pergi belajar di Amerika kerana hendakkan ijazah agar dapat makan gaji bertahun-tahun lamanya, tinggal ibu bapa, tinggal tanah air, korban wang ringgit, adakalanya mati di sana. Mana lebih susah dengan belajar agama di masjid sekadar satu jam untuk membaiki diri, tidak terkorban masa dan wang ringgit, tidak ada tinggal ibu bapa dan tanah air. Tentulah lebih berhadapan dengan kesusahan belajar di Amerika dibandingkan belajar di masjid sekadar satu jam. Namun ke Amerika boleh, ke masjid tidak mampu pergi.

6. Mana lebih berat, hendak berkhidmat dengan ibu ayah sekadar mungkin satu dua jam kemudian ibu bapa bagi makan, pakaian dan lain-lain, dibandingkan hendak melayan dan berkhidmat dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam lamanya, berhari-hari, habis duit diperahnya, orang nampak malu pula. Adakalanya dia tidak jujur pula, di belakang kita ada `pacaran`. Tentu lebih susah berkhidmat dan melayan pacaran daripada ibu dan ayah. Namun orang tidak sanggup berkhidmat dengan ibu ayah tapi lebih sanggup berkhidmat dengan pacaran walaupun susah dan payah.

7. Mana lebih berat, hendak menderma kepada kelab-kelab hiburan dan mengarut, paling tidak seribu ringgit, kalau tidak jatuh status, dibandingkan dengan hendak menderma kepada fakir miskin setakat sepuluh dua puluh ringgit. Tentulah lebih berat menderma ke kelab-kelab hiburan dan mengarut itu daripada hendak bersedekah dengan fakir miskin sekadar sepuluh dua puluh ringgit. Namun berat hendak bersedekah, tapi boleh menderma seribu ringgit kerana nama. Adakalanya isteri dapat tahu, kena maki pula oleh isteri, namun demikian sanggup untuk berhadapan dengan risikonya.

8.Menonton filem yang merosakkan akhlak atau membaca buku novel yang mengarut boleh sampai memakan masa berjam-jam, kadang-kadang bergaduh dengan ibu bapa atau suami dan isteri. Mana lebih terkorban masa atau susah, daripada berzikir atau membaca Al Quran selama 30 minit. Tentulah terkorban masa menonton filem mengarut atau membaca novel mengarut hingga boleh bergaduh daripada berzikir atau membaca Al Quran sekadar 30 minit. Namun orang sanggup menonton filem atau membaca novel daripada berzikir atau membaca Al Quran.

9. Mana lebih susah pergi berjudi atau pergi disko sambil meminum arak, terkorban masa, wang ringgit, bergaduh selepas itu dengan isteri hingga kucar-kacir rumah tangga, daripada menolong jiran yang susah hanya sekali-sekala yang boleh menimbulkan kasih sayang. Tentulah menolong jiran lebih mudah tapi orang tidak sanggup berbuat. Orang lebih sanggup berjudi, pergi disko dan minum arak hingga kucar-kacir rumah tangga, bergaduh dan berhutang.

10. Orang yang masuk penjara, kena bunuh, kena fitnah, kena tangkap, diberi malu, dihina dan dicaci-maki oleh orang, mana lebih banyak disebabkan mencuri, menipu, membunuh, merogol, berzina, merompak, rasuah, memperjuangkan ideologi, daripada orang-orang yang disebabkan mencari rezeki yang halal dan memperjuangkan Islam. Sudah tentu yang disebabkan mencari rezeki halal dan kerana memperjuangkan Islam terlalu sedikit dibandingkan disebabkan melakukan kejahatan. Tapi kerana kejahatan atau dunia, manusia sanggup menerima risiko yang berat. Sedangkan kalau untuk kebaikan dan kebenaran, tidak sanggup melakukannya.


Fikrah harakiyyah menyanggah fikrah maddiyah

April 21, 2009

"Ana sibuk...",

"Banyak tugasan murid yang belum diperiksa..."

"Ana ada kursus..."

"Majikan ana suruh buat kertas kerja...belum siap lagi ni..."

"Hujung minggu ni nak pergi piknik bawa keluarga..."

"Orang lain ramai lagi...".

"Ana belum makan...".

"Anak merenggek tak mahu ditinggalkan..."

"Isteri ana tak suka..."


Mungkin inilah sebahagian alasan yang sering dikemukakan untuk tidak terlibat dalam harakah Islamiyyah. Mungkin ada banyak alasan lain lagi. Alasan itu pelbagai dan ada yang munasabah tetapi banyak yang tidak munasabah. Apapun alasannya, ia adalah alasan kepada Allah SWT dan bukan kepada sesiapa di kalangan manusia.

Alasan ini bukan terbit dari fikiran yang disemai atas ladang harakiyyah tetapi terbit dari lopak lecah fikrah maddiyyah.

Kerana itu,kita perlu berusaha sedaya mungkin untuk menyemai fikrah harakiyyah kerana dengan tertancapnya fikrah harakiyyah, akan terkikislah fikrah maddiyyah. Orang yang diteraju hidupnya dengan fikrah maddiyyah tidak akan diterima alasannya oleh Allah SWT. Malah Allah SWT mengherdik manusia sebegini sebagaimana firmannya:


Dan (Ingatlah) ketika segolongan di antara mreka berkata: "Hai penduduk Yatsrib (Madinah), tidak ada tempat bagimu, Maka kembalilah kamu". dan sebahagian dari mereka minta izin kepada nabi (untuk kembali pulang) dengan Berkata : "Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (Tidak ada penjaga)". dan rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka, mereka tidak lain Hanya hendak lari.

(Surah Al-Ahzab: Ayat 13)


Mungkin ada yang akan berkata:

"aku telah menyampaikan ilmu dan mendidik murid-muridku agar mereka menjadi muslim yang baik dan mengamalkan hidup Islam...itu juga dinilai oleh Allah sebagai menolong agamanya...".


Kataku:

"Cubalah jika tidak dibayar gaji...apakah sanggup anda mendidik murid-murid itu?Sudah tentu pekerjaan itu akan hanya dianggap pekerjaan biarpun ia mungkin menjadi ibadah jika niat bagus dan murni. Namun, untuk mengatakan sebagai menolong agama Allah, ia boleh diragui...".

Para pemimpin yang sedang berkempen mengaut sokongan pengundi, pada mulanya akan melaungkan selogan'membela bangsa', 'membela agama','membela nusa', 'tradisi membela rakyat' dan sebagainya. Namun, apabila dilantik menjadi pemimpin, dia menjadi pemimpin yang membela kepentingannya sendiri. Dia amat takut kejatuhan dan akan bermatian mempertahankan jawatannya.


Menampilkan keikhlasan memang mudah tetapi membuktikan keihklasan bukanlah mudah.


Hiduplah dalam jema'ah

March 11, 2009

Hidup berjema'ah adalah dituntut oleh syarak. Mereka yang meneliti nas-nas syarak akan memahami bahawa terdapat tuntutan jelas agar hidup berjema'ah dan sabar di atasnya serta tidak memisahkan diri daripadanya. Ini bermakna, memilih jalan untuk hidup berpisah daripada jema'ah adalah dicela oleh syarak.
Firman AllaH SWT dalam surah Ali Imran Ayat 103:
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai...".
Sabda Rasulullah SAW:
إياكم والفرقة ، وعليكم بالجماعة ، فإن الشيطان مع الواحد ، وهو من الاثنين أبعد
"Jauhilah olehmu bercerai berai. Berpeganglah dengan satu jema'ah. Sesungguhnya Syaitan bersama orang yang tinggal sendirian. Dia lebih jauh bagi orang yang tinggal berdua...".
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Kepada para sahabat, fahamilah baik-baik seruan hidup berjema'ah. Laksanakanlah ia sebagai satu tuntutan dalam agama. Meninggalkannya adalah satu dosa.

Kepada Pemuda Perjuangan

February 15, 2009

Aku bermohon kepada Allah agar memberkati para pemuda ini. Pemuda yang kukenali sebagai mereka yang berjuang untuk melebarkan sayap agama di bumi ini. Yang menunjukkan iltizam di bawah satu kalimat "perjuangan".
Bukan perjuangan perut dan syahwat, tapi perjuangan untuk menolong agama Allah. Bukan didorong harapan memperolehi pamrih duniawi tetapi didorong pahala daripada Allah SWT...

Sesungguhnya pada zaman ini, tarikan dunia amat kuat. Sekian ramai pemuda yang hanya mengejar duniawi. Sekian ramai pula yang tasaqut dari perjuangan.

Wahai Allah...berkati pemuda yang tidak menelan dunia hingga lupakan tugas memperjuangkan agamamu.

Aku berdoa agar para pemuda yang mengorbankan sebahagian pendapatannya untuk membangunkan kehidupan berjemaah demi Islam diberi keberkatan hidup.

Aku berdoa agar pemuda yang terjun ke tengah hiruk pikuk remaja hanyut di malam sambutan tahun baru, kemerdekaan dan lain-lainya, menyebarkan risalah dakwah, diberi keberkatan hidup.

Aku berdoa agar pemuda yang beristiqamah dengan usrah, qiamullail, dan program-program Islam diberi keberkatan.
Pemuda yang tidak mengumpulkan hartanya dari kesibukan kerjaya siang dan malam...
Tidak mementingkan diri dan rumah tangga, lalu melupakan gejolak masyarakat...
Tidak memilih jalan bersantai tanpa beban amanah dan tugas...
Tidak menjadi hamba suruhan manusia melebihi hamba penerus tugas kekhilafahan yang dibebankan Allah...
Mereka pemuda yang kupohon diberkati hidup mereka
Hanya mereka Ya Allah...
Allahumma Amin....

GOLONGAN YANG BERWALIKAN SELAIN ALLAH CUMA BERUMAH LABAH-LABAH

October 11, 2008


Firman Allah dalam surah Al-'Ankabut: Ayat 41:
Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. dan Sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah laba-laba kalau mereka Mengetahui.


Ayat di atas telah kami bincangkan dalam sesi usrah mingguan semalam. Seorang sahabat usrah, Ust.Syukri membentangkannya untuk diperbincangkan.
Manusia sering angkuh dan sombong dengan kebolehan dan potensi yang Allah kurniakan. Mereka berbangga dengan pencapaian dan kuasa yang mereka perolehi di dunia hingga menganggap tidak ada perkara yang boleh membinasakan mereka.
Firaun begitu angkuh dan mendakwa dia adalah Tuhan yang boleh menentukan hidup dan mati. Namun ternayata dia tidak dapat melindungi diri apabila ditelan oleh laut yang ketika mengejar nabi Musa.
Hanya Allah merupakan pelindung yang paling berkuasa dan tidak mampu ditandingi. Jika manusia mencari pelindung selain Allah, ternyata ia amat sia-sia kerana makhluk tidak mempunyai kekuatan dan amat lemah.
Dari petikan bahan Usrah mingguan: Tafsir