Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Imaginasi Kehancuran Israel

January 31, 2009

Sesudah bumi Gaza dibom bertalu-talu oleh rejim Yahudi di Israel, ramai rakyatnya terkorban syahid dan ramai pula yang cedera, Israel mengisytiharkan gencatan senjata. Mereka mahu cuci tangan daripada jenayah yang mereka lakukan. Regim tersebut terus mengebom terowong-terowong rahsia yang dibina penduduk Gaza yang merupakan sumber penyambung kehidupan mereka. Setelah mereka terkepung sekian lama, terowong tersebutlah laluan penting untuk mengangkut bekalan dari luar.
Terbaru, berita jam 8 malam ini memaparkan keangkuhan rejim Yahudi yang mengawal perairan Gaza sehingga aktiviti nelayan dibataskan hanya beberapa meter dari pantai. Nelayan Gaza mengeluh kemerosotan hasil tangkapan mereka. Kehidupan menjadi susah dan sumber protin dariapda ikan amat berkurang dan mereka terpaksa kepada kacang untuk bekalan protin dalam tubuh.
Gaza seperti penjara luas tanpa gerigi buat penduduk Gaza.
Aku mengandaikan...aku membayangkan...aku mengimpikan...
Jika aku seekor naga yang bisa terbang, menyemburkan api dari mulut...akan aku terbang di atas angkasa Israel, lalu aku semburkan api ke bandar Askalon, Tel Aviv dan Haifa, sehingga api membakar hangus segala buminya.
Andainya aku seekor garuda, akan aku  terbang melanda, sambil menamparkan sayap ke bumi yang dirampas yahudi, sehingga padang jarak padang tekukur.
Jika aku gerombolan Ababil...akan aku bawa batu-batu panas beracun dari sijjil, biar segala Yahudi yang mal'un  terbungkam laksana daun dimakan ulat.
Jika aku seperti Muhammad Al-Fateh, akan aku kumpulkan armada di laut Mediteranean, biar bertempiaran segala armada Yahudi.
Jika aku seorang Salehudin Al-Ayubi, akan aku gempur segala soldadu Yahudi, biar sehingga buminya merah dengan darah pendosa yang angkuh durja.
Dan Yahudi akan kembali hancur seperti hancur masa lalu. Lupakah mereka satu masa di zaman Mesir dikuasai Firaun? Lupakah mereka bagaimana Nebuchadnezzar dari babylon menghancurkan mereka? Lupakah mereka nasib malang mereka sepanjang sejarah?
Hanya dua tali hayat yang menyelamatkan mereka. Satunya dengan mentaati syariat Allah telah lama talian ini mereka putuskan dengan kederhakaan mereka sepanjang sejarah. Mereka membunuh para nabi dan mengubah kitab suci mereka. Duanya, dengan mengadakan persepakatan, perjanjian dengan manusia. Hari ini, regim Yahudi bergantung dengan sokongan Amarika Syarikat. Namun, selama mana? Sama ada tali hubungan dengan Amarika Syarikat putus atau Amarika Syarikat tidak lagi punya kekuatan untuk membela Yahudi, antara dua keadaan , pasti akan berlaku.

Penyakit Malas dan Futur

Aku tujukan kata-kata ini kepada diriku dan sahabat-sahabat seperjuangan dan yang pernah dalam perjuangan bersama.
Kelmarin baru sahaja berlalu. Tentu masih segar dalam ingatan. Kita bersama-sama memburu kelebihan dalam kehidupan beragama. Kita saling berlumba dan cemburu dalam beribadat. Kita, saat itu secemburu hud-hud kepada Balqis ratu Saba' yang kufur menyembah matahari. Lalu, mengadu kepada Sulaiman, utusan Ilahi.Kita sama-sama solat berjemaah. Kita sama-sama menyahut seruan hidup berjemaah. Kita sama-sama menekuni usrah. Kita tangkas menyeluk poket menghulurkan infaq fi sabilillah saat diminta dan tidak diminta.Kita mencintai majlis ilmu dan rajin pula menyampaikan kuliah.
Namun...kadang-kadang kita seperti pantai yang berubah. Kita katakan kita cuma seperti pasang surut air lautan. Sedangkan kita umpama sungai yang mengalir dari legeh pergunungan yang bersih merentasi  hutan belantara dan menerobosi desa dan kota yang bernoda. Tiada sungai akan berpatah ke pergunungan! Tetapi tercemar di kuala.
Sesungguhnya aku bimbang sekali dengan diriku sendiri jika kemarinku lebih baik dari ini. Sedangkan derap langkahku sentiasa mendekati kematian.
Sesungguhnya, hati kita berada di antara jari-jari Allah dan Allah boleh membolak balikkannya sebagaimana yang Dia kehendaki. Hal ini ditegaskan dalam sebuah hadis:
كان النبي يكثر أن يقول: يا مُقَلِّب القلوب ثبِّتْ قلبي على دينك. فتقول له عائشة: يا رسول الله، تُكثِر أن تدعو بهذا، فهل تخاف؟ قال: وما يؤمنني يا عائشة، وقلوب العباد بين أصبعين من أصابع الرحمن يقلبها كيف يشاء، إذا أراد أن يقلب قلب عبد قلبه؟
"Nabi Muhammad SAW banyak menyebutkan: Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu. Lalu Aishah r.a bertanya: Ya Rasulullah, kamu banyak sekali berdoa dengan doa ini, apakah kamu takut? Lalu jawab baginda: Apakah yang boleh membuatkan aku merasa aman wahai Aishah, sedangkan hati-hati hamba itu berada di antara dua jari di anatar jemari Allah, Dia membolak balikkan sebagaimana yang Dia kehendaki. Bila Dia menghendaki mebalikkan hati seseorang, Dia akan membalikkannya."
Apabila Allah membalikkan hati kita...
Kita yang dulunya rajin dalam ibadah akan menjadi malas.
Kita yang dulunya dermawan dan banyak berinfaq, akan jadi bakhil dan sayangkan sekali dengan harta.
Kita yang dulunya rajin hadir dalam majlis-majlis ilmu, kini lebih senang bersantai dikedai kopi  berbual-bual kosong.
Kita yang dulunya rajin mengikuti program-program jemaah akan menjauh dan meninggalkannya.
Dahulunya kita rajin solat berjemaah, kemudian kita akan susut dan mula ghuyub dari masjid dan musalla.
Ini lah penyakit yang menimpa manusia dipanggil malas dan futur.
 Ia adalah sebuah keterbalikan sekeping hati yang menjadi raja tubuh kita.
Kerana itu  nabi menyarankan kita agar selalu dan memperbanyakkan doa ini:
اللهم إني أعوذ ‏بك من العجز والكسل والجبن والهرم، وأعوذ بك من فتنة المحيا والممات، وأعوذ بك من ‏عذاب القبر

"Ya Allah..sesungguhnya aku mohon perlindungan denganMu dari penyakit lemah, malas takut dan tua nyanyuk. Dan aku mohon perlindungan denganMu dari fitnah kehidupan dan kematian. dan aku mohon perlindungan denganMu dari azab kubur".
(Hadis Bukhari)

Kuliah di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan.

Petang ini, aku menerima jemputan untuk menyampaikan kuliah agama untuk kakitangan di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan. Tajuk yang diberikan kepadaku ialah "Pasangan Romantik Membentuk Keluarga Bahagia". Aku kurang tertarik untuk mengulas tajuk tersebut sebagaimana tersuratnya. Tajuk itu lebih kepada gimik sahaja, untuk menarik minat para pendengar.
Aku menyampaikan kuliah keluarga bahagia yang bermula dari soal pemilihan isteri atau suami. Soalan-soalan yang dilontarkan berkisar mengenai persoalan keizinan bekerja, hak isteri terhadap gaji dan pendapatan mereka dan bermacam -macam soalan lagi.
Untuk  menyampaikan kuliah ini, aku membaca beberapa artikal yang aku tela'ah dari sini.

Misteri Kecurian Dompet

January 30, 2009

"Betul kamu tak mencuri dompet dalam kereta ustaz?", aku terus mengemukakan soalan itu kepada muridku itu.
"Tidak ustaz...saya tak ambik..."dia menidakkan terus. Dari riak mukanya, tidak menunjukkan dia melakukan perbuatan yang disyaki ke atasnya itu. Dia kelihatan tenang dan tidak gementar sedikitpun.
Aku memang mati kutu dibuatnya. Namun, hatiku tetap mengesyakinya. Dialah yang paling akhir turun dari keretaku kelmarin. Dompet itu tersimpan di poket kusyen belakang . Memang kalau dia yang mencopetnya, aku tak akan sedar. Tambahan pula, beberapa rakan sekelasnya memberitahuku bahawa pagi tadi dia belanja mereka makan. Tabiatnya menghairankan mereka.
Aku menyuruhnya bersumpah tidak mengambilnya. Dia bersumpah. Kalau mencuri dompet ustaz akan disambar petir, kataku mencuba. Dia mengungkapnya.Tanpa ragu.
Aku buntu lagi.
 Aku mengambil botol air dan membacakan beberapa potong air Al-Quran.
 "Nah...minum...jika sesiapa di kalngan kamu berbohong dengan ustaz dan telah mencuri dompet itu, malam nanti kamu akan sakit perut yang amat sangat....", lima  orang murid yang kelmarin menumpang keretaku dan duduk di bahagian belakang minum tanpa ragu. Termasuk murid yang paling aku syakki itu.
 Aku buntu. Semua yang aku suruh buat dibuatnya. Tidak ada yang mengaku.
 Aku cerita kepada guru besar hal itu. Murid paling aku syakki itu dipanggil guru besar ke dalam biliknya dan disoal siasat. Akhirnya guru besar kata dia pun tak fikir murid itu mencuri kerana riak mukanya tidak menunjuk tanda.
 Aku minta khidmat guru kauseling. Setelah lama dikaunseling di satu sudut sekolah, akhirnya guru Kauseling itu memberitahuku bahawa dia tidak fikir murid itu mencuri kerana tiada petanda yang mengarah ke arah itu.
 Guru disiplin cuba mengorek rahsia pula. Namun dia juga merumuskan bahawa petanda murid itu mencuri tiada.
 Akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi bertemu ibu bapa murid itu sepulang dari sekolah. Aku menemui mereka dan menceritakan keraguanku dan minta mereka selidik anak mereka. Mereka berjanji akan mencuba. Aku minta maaf kepada mereka kalau mereka terasa hati.
 Pulang ke rumah, tak lama kemudian aku mendapat panggilan telifon dari bapa murid itu. Dia memberitahuku bahawa dia telah menemui sebilangan kad bank daripada anaknya.
 Petang itu juga, aku ke rumahnya  untuk mengambilnya. Hanya empat keping kad yang selamat. Satu keping kad Giro tidak ada. Dompet telah dibuang ke sungai dan duit sebanyak RM90 sudah hilang tidak dapat dikesan. Ibu murid itu berjanji akan membayarnya nanti, namun aku menolak. Aku sedar ibu itu sedang dibeban rasa malu dan kehidupannya tidak berapa senang.Kejujuran dan keikhlasan ibu bapa itu untuk memulangkannya semula sudah cukup baik bagiku.
Biarpun hatiku terguris luka. Ibarat melepaskan anjing tersepit, rupanya anjing itu menggigitku semula.
Walau bagaimanapun, sebuah misteri kecurian dompet yang membuatkan aku buntu akhirnya terbongkar.
 Sesungguhnya , aku mendapat satu pelajaran. Jangan terpengaruh dengan air muka yang tenang dari pelaku jenayah.

Rehlah Usariyyah

Aku mengambil kesempatan sempena cuti Tahun Baru Cina untuk melakukan safar keluarga ke Kota Kinabalu. Sudah agak lama aku tidak memberikan masaku untuk keluarga dan mengisi masa-masa cuti dengan keluarga. Sama ada kerana tugas berkaitan kerjaya sebagai guru atau sebagai anggota jemaah, aku tidak dapat menghiburkan keluargaku dengan sebuah rehlah. Oleh sebab itu, kali ini aku hadiahkan kepada keluargaku satu kebersamaan sepenuhnya dengan mereka.
Pagi Ahad, bersama keluarga ust. Syukri dan keluarga ust. Yazid, kemi memulakan perjalanan. Singgah sebentar di Poring, persinggahan yang tidak menghiburkan. Poring bukan satu tempat santai keluarga yang sesuai dengan jiwaku. Dengan bayaran masuk RM3 seorang, kami hanya melihat kolam-kolam mandi air panas yang dipenuhi manusia yang yang kurang segannya bermandi manda di tempat terbuka.
Untuk masuk ke beberapa tempat di dalam kawasan tersebut, tiket-tiket perlu dibeli semula. Akhirnya kami berlepas ke Kundasang.
Kundasang memang tempat yang nyaman dan sentiasa menggamit kunjunganku. Saban kali aku dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, aku pasti singgah solat jamak zuhur dan asar di masjid Kundasang. Aku suka sekali singgah solat di sana. Airnya sesejuk air gunung dan udaranya dingin dan selesa.
Pada mulanya aku bercadang untuk bermalam di Kundasang sebelum menuju Kota Kinabalu tetapi akhirnya memutuskan untuk terus ke Kota Kinabalu. Bersama ust Yazid sekeluarga kami mendapatkan penginapan di Komplek Sukan Likas. Sebuah bilik De-Lux berharga RM54.50. Hotel Tabung Haji yang menjadi kegemaranku setiap kali bertandang ke Kota Kinabalu penuh.
Tidak ada aktiviti penting di Kota Kinabalu. Aku memberikan safar ini untuk keluargaku dan oleh itu aku membawa mereka berjalan ke Pantai Tanjung Aru, Pantai Teluk Likas dan membeli belah di Pasar Filipin.
Anakku Zamila Salsabila sangat riang bermain di Pantai yang dijaga dengan baik oleh pihak perbandaran. Andainya di Sandakan ada pantai tempat reakreasi seperti ini....Namun, entah apa sebabnya Majlis Perbandaran Sandakan tak pernah mengendahkan pantainya. Pantainya penuh sampah sarap dan berselerak dengan pertempatan haram.
Dua malam di Kota Kinabalu, aku pulang dahulu. Kami singgah di Kundasang dan hanya ada penginapan di Fairy Garden Resort dengan kadar bayaran RM126 satu malam. Sebuah penginapan yang dilitupi kabus gunung.
Anakku merenggek kesejukan di malamnya.
Pagi Rabu aku mendaki sehingga ke Mesilau. Bayaran RM3 dikenakan untuk masuk sehingga ke kawasan Resort di mana merupakan kawasan paling hampir ke kaki gunung. Sehingga kini Mesilau masih merupakan kawasan yang menarik untuk dikunjungi oleh para Pelancung.
Asar hari Rabu, aku tiba di Sandakan. Alhamdulillah segalanya selamat.

اللهم هب لي أسرة سعيدة

"Wahai Tuhan...kurniakan daku keluarga yang bahagia".

GENERASI YANG AKAN MERAIH KEMENANGAN

January 29, 2009

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang Telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya),
(Al-Ahzab:23)
Ketika ditanya para wartawan, kanak-kanak seusia 7 -10 tahun berbicara dengan fasih sekali mengenai perjuangan dan mati syahid. Kanak-kanak seusia tersebut di Malaysia hanya mampu berbicara tentang Utramen, Doremon, Power Ranger, Dragon Ball dan seribu satu khayalan yang diciptakan menerusi racun filem. Itupun dengan kata-kata yang tergagap-gagap dan bahasa yang rendah mutunya. Berbeza dengan anak-anak Palastin yang berbicara dengan bahasa yang indah, tersusun dan penuh idealisme. Sesungguhnya mereka adalah anak-anak kelahiran asam garam perjuangan intifadhah yang makan masa bertahun. Kalangan mereka ada yang telah mencecah usia kepemudaan yang sudah matang dengan perjuangan.
Sedang para ibunya berbicara tak seperti suri rumah yang kita kenali di Malaysia. Malah tidak seperti wanita-wanita berpendidikan tinggi dan berkerjaya yang banyak berbicara tentang resipi makanan dan alat perhiasan kewanitaan.
Aku sungguh terpesona menonton kata-kata seorang ibu yang kehilangan anaknya sebagai bunga bangsa dan agama yang syahid.
"Mereka (yahudi) boleh membunuh anak-anak kami, tapi kami akan melahirkan ratusan lagi anak-anak yang akan meneruskan perjuangan, kami berbangga anak kami syahid...!".
Subhanallah....Sesungguhnya mereka adalah para ibu yang hebat. Ibu kepada para pejuang dan syuhada.
Alangkah berbezanya dengan ibu-ibu kita yang mengisi kerana kaki anak tercucuk duri! Ibu-ibu yang menangis kerana anak yang gagal dalam peperiksaan!
Sesungguhnya kita jauh lebih rendah dari seorang anak kecil Palastin yang mara dengan berani di hadapan kereta perisai Israel dengan menggengam batu di tangan.
Sedarlah kerdilnya diri kita dalam perjuangan...wahai sahabat. Semoga Allah mengangkat harkat perjuangan kita setara generasi baru Palastin!

Mereka, generasi Palastin sedang mara di medan juang. Mereka sedang mengungkapkan dengan lisanul hal mereka:

اللّهُمَّ أَنْتَ عَضُدُنا، وَأَنْتَ نَصيرُنا، بِكَ نحولُ وَبِكَ نصولُ وَبِكَ نقاتِل
"Ya Allah...Kaulah sandaran kami, Kaulah Penolong kami, dengan namaMu kami berusaha, dengan namaMu kamu mencapai matlamat kami, dan dengan namaMu kami berperang".

POHON GHARQAD

January 22, 2009

Inilah pohon Gharqad. Pohon Yahudi...disebutkan dalam hadis...
Bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود فيقتلهم المسلمون ، حتى يختبئ اليهودى من وراء الحجر والشجر ، فيقول الحجر أو الشجر : يا مسلم يا عبد الله هذا يهودى خلفى فتعال فاقتله ، إلا الغرقد فإنه من شجر اليهود
Maksudnya:
Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang Islam akan memerangi Yahudi lalu orang Islam akan membunuh orang yahudi. Sehingalah orang yahudi akan bersembunyi di belakang batu dan pokok, maka berkatalah batu dan pokok: wahai orang Islam, di belakangku ada seorang Yahudi bersembunyi, marilah bunuh dia. Melainkan pokok Gharqad kerana ia adalah pohon yahudi.

(Hadis Riwayat Muslim)

Gelisah di Tanah Haram...

January 17, 2009


Tahun ini aku telah bersama kira-kira 4 juta ummat Islam seluruh dunia melaksanakan ibadah haji sebagai meneyempurnakan rukun Islam yang kelima. Dari Malaysia sahaja sebanyak 26 ribu jemaah haji telah terpilih untuk mengerjakan haji.Aku cukup gembira dan merasa bertuah kerana termasuk dalam orang-orang yang terpilih mengerjakan ibadah yang mulia ini.

Namun dalam kegembiraan aku kerana dapat mengerjakan haji, kesedihan menggigit perasaan kerana ketika itu juga aku menyaksikan dari kaca televisyen yang terdapat di bilik hotel melalui saluran Al-Jazeera tragedi yang menimpa bumi Gaza dan saudara seagamaku di sana.Tentera Zionis sedang melancarkan serangan sebaik sahaja gencatan senjata selama 6 bulan antara Israel dan Hamas tamat.

Gelisah, marah, sedih dan berbagai bagai perasaan yang tak terungkap menghimpit jiwa dan nurani.

Ironinya, dalam jutaan jemaah haji yang sedang berkumpul di tanah suci, tidak kedengaran laungan sentimen kemarahan atas tindak tanduk Israel tersebut. Aku memasang telinga mendengar khutbah jumaat di Masjidil Haram, mencari kata-kata yang membakar semangat menetang pencerobohan yahudi di bumi Gaza, namun...percuma.

Mekah memang aman dan tenteram...setenteram hati para syeikh dan ulamanya. Tenteram yang memalukan itu menjalar dan menutup hati sebahagian besar para jema'ah haji.

Di Masjidil haram aku sering menyusur celah orang ramai selepas solat subuh mencari tempat para syeikh menyampaikan kuliah. Memang aku mengakagumi keilmuan seorang syeikh yang bernama Syeikh Syatri yang menyampaikan kuliah subuh mengupas persoalan haji. Tetapi...apabila aku kembali sendirian dan merenung kegawatan yang sedang melanda bumi Gaza, aku terkedu untuk terus menghargai kuliah ilmiah di Masjidil Haram daripada para masyayeikhknya.

Mengapa tiada seorang ulama yang bangkit menyedarkan para jema'ah haji mengenai darah dan air mata saudara mereka yang sedang mencurah di bumi Palestin?

Saat menyaksikan tali arus manusia pelbagai bangsa yang menganut satu agama menuju Masjidil Haram dan bersurai sesudah solat, aku berandai, kalau sepakat semua jemaah ini menuju bumi Palastin, cukuplah dengan kaki-kaki mereka menginjak dan meligan Israel. Andainya ulamanya bangun dan menyeru solidariti ummat ini berperang melawan Israel dan suara laungan itu berkumandang keluar dari Masjidil Haram, alangkah indahnya...

Satu hari,aku berkenalan dengan seorang pencen daripada sebuah syarikat perkapalan di Mesir bernama Fauzi Taufiq Umar Khattab. Kami berbual pelbagai perkara dan dia melontarkan satu pertanyaan kepadaku. Pertanyaan yang menggambarkan tandatanya tentang sikap orang Islam di Malaysia dalam isu Palastin.

"Apakah sikap orang Malaysia terhadap Palastin dan Israel?" pertanyaan itu seolah-olah pendirian orang Islam di Malaysia terhadap isu Palastin masih samar atau dibayangi ketidakpedulian.

Aku menjawab dengan tegas kepadanya.

"Kami membenci Israel. Kami memahami penegasan Allah dalam Al-Quran bahawa kaum Yahudi tidak pernah redha kepadamu sehinggalah kamu menuruti millah mereka...",

Sesungguhnya kerisauan dan kegelisahan terpancar dalam pertanya lelaki Mesir tadi. Dia hanya rakyat biasa sebuah negara bernama Mesir sebagaimana aku rakyat kecil sebuah negara bernama Malaysia. Kami hanya mampu sedih, gelisah dan membenci Yahudi. Lebih tinggi sedikit, hanya mampu berdoa dan memberi sumbangan material di bawah tabung-tabung kemanusian.

Tabung kemanusiaan?

Sebenarnya ummat Islam Palastin memerlukan lebih daripada bantuan kemanusiaan. Mereka memerlukan bantuan persenjataan, kalaupun bantuan ketenteraan tak mampu disalurkan.

Kalaulah ada tabung senjata buat Palastin!

Berita terbaru hari ini lebih memalukan. Dua buah negara Arab memulau sidang Liga Arab yang berlangsung di Doha, Qatar, bagi mengutuk serangan Israel ke atas Gaza. Arab Saudi dan Mesir. Pemimpin kedua negara tersebut memang terkenal sebagai sekutu kepada Amarika Syarikat.

King Abdullah dan Presiden Hosni Mubarak. Mereka sepatutnya malu menjadi pemimpin negara ummat Islam. Semoga Allah menggantikan pemimpin lain buat dua negara tersebut. Pemimpin yang mampu meneraju rakyatnya melaksanakan aspirasi mereka!

Tidak hairan, sepanjang aku berada di Madinah dan bersolat di Masjid Nabawi, solat Jumaat di sana dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatibnya, pujian dan sanjungan diberikan kepada raja mereka.Raja mereka disanjung sebagai pemegang amanah Haramain yang bakal mendapat ganjaran besar daripada Allah swt. Raja merekalah juga yang memulau sidang untuk mengutuk Israel. Mungkin khatib tersebut telah diikat lidahnya.

Tapi,mengapa sebegitu banyak kuliah dalam Masjid Nabawi, di sana sini, semuanya tidak memperlihatkan keperihatinan terhadap penderitaan Gaza.

Aku hairan dengan para syeikh yang menabur ilmu di Masjid Nabawi!
Bicara mengenai haramnya memotong janggut. Sambil melurut janggutnya, dia tersenyum.
Bicara mengenai haramnya bertamassuh untuk bertabarruk di kubur Rasulullah.
Bicara mengenai harammnya bertawassul dengan para wali...
Sambil melupakan derita rakyat Gaza.

Semua yang mereka utarakan itu benar. Aku menyokongnya dan telah pun aku menganutnya lama sebelum aku menjejaki kaki ke Mekah...

Cuma, ku cuma ingin dengar sedikit bicara mengenai Palastin, buat menambah cinta dan imanku. Buat membangkitkan nostalgia Salehuddin al-Ayubi. Moga hati menjadi insaf dan sedar dan dengan itu benar-benar bermakna sebuah ibadah haji.

Apakah kita perlu menanti sehingga ada orang membawa bendera hitam ke Masjidil Haram?

Yang Paling Membenci Muslim adalah Yahudi dan Musyrik

January 16, 2009

Bumi Gaza dibom Zionis setiap hari
Dalam Sessi Daurah Al-Quran yang diadakan di Surau Al-Fajar baru-baru ini, kami membincangkan tentang sikap terhadap perkembangan terkini berkaitan pencerobohan Zionis di Gaza. Walaupun sikap ummat Islam rata-rata telah jelas, di mana-mana wujud perbahasan, perbincangan, persidangan dan apa sahaja demi memuhasabah dan membangkitkan kesedaran ummat tentang kebejatan terbaru Zionis.
Seorang ahli Daurah menyebutkan tentang kebencian Yahudi kepada muslim sebagaimana yang disaksikan di Amerika Syarikat sewaktu beliau belajar di sana. Menurutnya dalam satu acara yang disertainya, dia bertemu dan berkenalan dengan sekeluarga Yahudi. Keluarga Yahudi tersebut melayannya dengan mesra sebelum mengetahui bahawa dia adalah seorang muslim. Namun setelah mendapat tahu dia seorang muslim kerana menyahut salam seorang sahabatnya dari Turki, keluarga Yahudi tersebut mula bersikap lain dan menjauhkan diri daripadanya seolah-olah benci kepadanya.
Sesungguhnya, demikianlah sikap Yahudi sepanjang zaman kepada orang Islam. Sebab itulah Allah berfirman dalam A-Quran, Surah Al-Maidah: Ayat 82
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
Maksudnya: Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
Kebencian Yahudi terhadap muslim ini dijelmakan dalam misi penaklukan bumi Palastin yang berlangsung sejak dahulu lagi. Telah ramai muslim Palastin yang menjadi mangsa askar-askar Zionis. Yahudi memang sombong dan angkuh dan para rabbinya bukan kalangan orang yang bertuhan. Yahudi adalah manusia yang paling cinta kepada dunia dan benci kepada akhirat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
ماخلا يهودي بمسلم قط إلا همّ بقتله
Maksudnya: "Tidak duduk berduaan seorang yahudi dengan seorang muslim melainkan si Yahudi itu menyimpan harapan untuk membunuh si Muslim".(hadis Gharib)
Kalau mahu bicara mengenai derita yang ditanggung rakyat Palastin, sudah tak terungkap lagi dengan kata-kata.
Terbaru, penyerangan ke atas Gaza adalah bukti api kebencian ini. Sememangnya Yahudi sentiasa membenci orang Islam setiap zaman. Kebencian ini hanya dapat diselesaikan mengikut cara apa yang telah nabi Muhammad selesaikan. Sejarah telah mengajar kita bagaimana nabi menguruskan permasalahan kaum-kaum Yahudi yang tinggal di Madinah.
Apa yang telah nabi lakukan kepada Yahudi Bani Nadhir, Bani Qainuqa', dan Bani Qairuzah?
Kaum lelaki mereka dihukum bunuh atau dihalau keluar dari Madinah sehingga Madinah telah bersih dari Yahudi
Maka wahai para pemimpin Islam....begitulah cara kalian memimpin ummat ini menyelesaikan persoalan Yahudi ini!

لن يصلح آخر هذه الأمة إلا بما صلح به أولها
"Tidak akan menjadi baik ummat ini melainkan dengan cara apa yang telah baik ummat ini pada awalnya".
Yahudi di Palastin perlu diperangi sehingga bumi Palastin seluruhnya kembali menjadi milik orang Islam. Inilah penawar kepada segala konflik yang berlarutan di Palastin. Sesungguhnya Yahudi tidak pernah punya negara dan mereka perlu selamanya menumpang di negara orang sebagai kaum tanpa negara. Apabila Yahudi punya negara, terjadilah apa yang sedang kita saksikan. Pembunuhan dan penindasan. Kemusnahan dan kerosakan.
Kembalikan solidariti ummat. Di bahu kalian terpikul amanah ini wahai para pemimpin Islam!

Sabarlah wahai penduduk Gaza...

January 12, 2009

Ketika mana Rasulullah melihat keluarga Yasir disiksa kerana mempertahankan keimanan mereka, maka Rasulullahpun mengungkapkan kata-kata pujukan yang hingga hari ini terngiang-ngiang di telinga para pejuang yang mempertahankan agama:

صبرا آل ياسر إن موعدكم الجنه

"Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya janji untuk kamu adalah syurga".


Pada hari ini kita menyaksikan penduduk Gaza dikepung oleh Zionis dengan segala kekuatannya. Mereka bagai dipenjarakan di satu bandar lalu dibantai semahu-mahunya oleh Yahudi itu. Sehingga saat aku menulis ini, jumlah yang gugur syahid telah menjangkau 900 dan kira-kira 4100 lagi luka cedera. Kebanyakannya adalah orang awam yang tidak berdaya.

Air mata telah tandus, kecamuk resah dalam jiwa dengan segala api kemarahan dan kebencian kepada kekejaman Yahudi ini sudah sampai kemucaknya, namun ia hanya mampu tergapai-gapai keletihan. Apa yang mampu dibuat untuk menghentikan kekejaman ini?Hari demi hari nyawa penduduk Gaza tetap melayang.

Aku sudah letih mengharapkan kekalahan yahudi. Letih memikirkan solidariti ummah yang goyah. Letih menjadi sebahagian dari buih-buih yang banyak.Aku tak mampu lagi mengutuk kedungguan Arab yang tak mampu berbuat apa-apa. Mereka lebih dekat dengan penduduk Palastin dari segi tempat dan darah keturunan bangsa. Namun mereka hanya melihat dengan mata terbeliak saudara sebangsa bermandi darah saban hari.

Aku malu untuk menulis tentang lain-lain dalam keadaan penduduk Gaza sedang berpalit derita. Segala yang lain menjadi kecil dan sepele ketika berhadapan dengan isu Gaza ini.


Semoga, sebagaimana derita penduduk Gaza, Yahudi juga menderita. Firman Allah SWT:

إن يمسسكم قرح فقد مس القوم قرح مثله وتلك الأيام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين آمنوا ويتخذ منكم شهداء والله لا يحب الظالمين

"Jika kamu ditimpa kesakitan maka sesungguhnya kaum tersebut juga menanggung kesakitan seperti yang kamu deritai. Demikianlah hari-hari yang kami silih gantikan antara manusia supaya Allah mengenatahui orang yang benar-benar beriman di kalangan kamu dan supaya dia memilih yang gugur shahid di kalangan kamu dan ingatlah, Allah tidak suka orang yang zalim."


Bersabarlah wahai penduduk Gaza...sesungguhnya kamu dijanjikan syurga.


Itulah kata-kata yang mampu kuungkapkan buat saudara-saudaraku di Gaza.
اللهم انصرهم على اليهود الكفره
اعداء الدين
اللهم ثبت اقدام
اهل غزه وفلسطين
اللهم انصرالاسلام واعز المسلمين
اللهم زلزل الارض من تحت اليهود

Catatan Safar Haji 1

January 10, 2009

Kembaraku ke Tanah Suci pada musim haji tahun ini merupakan satu kembara kerohanian yang amat bermakna dalam hidupku. Selain sebagai melaksanakan tuntutan agama bagi rukun Islam yang kelima, ia juga merupakan kebaktianku sebagai seorang anak kepada seorang bonda yang tercinta. Aku memang sudah lama berazam untuk membawa ibuku melaksanakan ibadah haji. Azam itu bertambah kukuh dan sentiasa menghantuiku setelah bapaku meninggal tahun 2003 sebelum sempat melaksanakan ibadah haji. Justeru, aku tak sempat memberikan kegembiraan kepada bapaku untuk membawanya ke tanah suci, aku bertekad secepatnya membawa ibuku. 
 Ibuku...
Alhamdulillah...Allah kabulkan hasratku. Semoga aku telah berbuat baik kepada ibuku.
Sememangnya aku selalu berbuat baik kepada ibuku. Aku telah terdidik untuk itu dan aku sedang mengotakan segala yang aku tahu tentang cinta kasih seorang anak kepada ibu. Setiap orang hanya punya seorang ibu dan jika hilang ibu yang seorang itu, tiada lagi gantinya. Dengan penuh keyakinan, aku ingin berbakti sebaiknya kepada ibuku kerana jika sebaliknya yang aku lakukan, anak-anakku juga akan berbuat sebaliknya. 
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

بروا آباءكم تبركم أبناؤكم
Maksudnya: "Berbuat baiklah kepada ibu bapamu, nescaya anak-anakmu akan berbuat baik kepadamu"
Aku mendaftarkan diriku dan ibuku untuk melakukan ibadah haji dengan Tabung Haji pada penghujung tahun 2005. Mengikut giliran  yang dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji, kami dijadualkan akan melaksanakan haji pada tahun 2011. Aku merasakan tahun itu amat lama dan mengharapkan lebih cepat dari itu. Oleh sebab itu, pada awal tahun 2007 aku memanjangkan satu surat rayuan kepada pihak Tabung Haji, memohon agar dipercepatkan giliran itu ke tahun 2008 dengan alasan usia ibuku telah menjangkau 60 tahun dan aku ingin merebut peluang musim cuti persekolahan.
Apabila mendapat surat tawaran melaksanakan haji pada awal 2008, aku rasa amat bersyukur dan berfikir bahawa Allah sentiasa melunaskan kehendakku.Terasa betapa besarnya rahmat Allah kepadaku selama ini. Syukur buatMu ya Allah...!
Safar hajiku bermula pada tanggal 19 hb November 2008. Bermula dengan urusan melapor diri di Kompleks Haji Kelana Jaya pada jam 9.30 malam, kemudian bertolak ke KLIA menjelang tangah malam, seterusnya menaiki penerbangan Arab Saudi menuju ke Jeddah. Para bakal jemaah haji telah siap berpakaian ihram semenjak di Kelana Jaya lagi. Penerbangan memakan masa sekitar 8 jam sebelum sampai di Lapangan Terbang Jeddah menjelang subuh iaitu kira-kira jam 5.30 pagi waktu Arab Saudi.
Tempat menginap sementara di Kompleks Haji Kelana Jaya
Jam 5.30 di Arab Saudi menyamai jam 10.30 pagi waktu Malaysia.

Sekembali dari Tanah Suci

January 7, 2009

Ahlhamdulillah...kini aku dapat kembali menjengah tanah sekangkang kera ini kembali, buat menabur benih menanam pepohon karya yang telah agak lama aku tidak menanamnya. Dalam safarku mengunjungi Baitullah dan menziarahi kubur Rasulullah, aku melakarkan catatan demi catatan buat kuabadikan dalam blog ini. Aku menulis pengalaman, pengamatan dan cetusan sepanjang perjalananku.
Semoga dalam masa-masa terluang nanti akan dapat aku perturunkan di sini.
Kini aku belum cukup bersemangat menulis dalam blog ini kerana banyak urusan pekerjaan yang perlu distabilkan.Minda sedang dihimpit dengan tugas-tugas yang menuntut penyelesaian segera.
Semoga Allah permudahkan. Sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan. Wahai Tuhan...mudahkan urusanku.