Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Misteri Kecurian Dompet

January 30, 2009

"Betul kamu tak mencuri dompet dalam kereta ustaz?", aku terus mengemukakan soalan itu kepada muridku itu.
"Tidak ustaz...saya tak ambik..."dia menidakkan terus. Dari riak mukanya, tidak menunjukkan dia melakukan perbuatan yang disyaki ke atasnya itu. Dia kelihatan tenang dan tidak gementar sedikitpun.
Aku memang mati kutu dibuatnya. Namun, hatiku tetap mengesyakinya. Dialah yang paling akhir turun dari keretaku kelmarin. Dompet itu tersimpan di poket kusyen belakang . Memang kalau dia yang mencopetnya, aku tak akan sedar. Tambahan pula, beberapa rakan sekelasnya memberitahuku bahawa pagi tadi dia belanja mereka makan. Tabiatnya menghairankan mereka.
Aku menyuruhnya bersumpah tidak mengambilnya. Dia bersumpah. Kalau mencuri dompet ustaz akan disambar petir, kataku mencuba. Dia mengungkapnya.Tanpa ragu.
Aku buntu lagi.
 Aku mengambil botol air dan membacakan beberapa potong air Al-Quran.
 "Nah...minum...jika sesiapa di kalngan kamu berbohong dengan ustaz dan telah mencuri dompet itu, malam nanti kamu akan sakit perut yang amat sangat....", lima  orang murid yang kelmarin menumpang keretaku dan duduk di bahagian belakang minum tanpa ragu. Termasuk murid yang paling aku syakki itu.
 Aku buntu. Semua yang aku suruh buat dibuatnya. Tidak ada yang mengaku.
 Aku cerita kepada guru besar hal itu. Murid paling aku syakki itu dipanggil guru besar ke dalam biliknya dan disoal siasat. Akhirnya guru besar kata dia pun tak fikir murid itu mencuri kerana riak mukanya tidak menunjuk tanda.
 Aku minta khidmat guru kauseling. Setelah lama dikaunseling di satu sudut sekolah, akhirnya guru Kauseling itu memberitahuku bahawa dia tidak fikir murid itu mencuri kerana tiada petanda yang mengarah ke arah itu.
 Guru disiplin cuba mengorek rahsia pula. Namun dia juga merumuskan bahawa petanda murid itu mencuri tiada.
 Akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi bertemu ibu bapa murid itu sepulang dari sekolah. Aku menemui mereka dan menceritakan keraguanku dan minta mereka selidik anak mereka. Mereka berjanji akan mencuba. Aku minta maaf kepada mereka kalau mereka terasa hati.
 Pulang ke rumah, tak lama kemudian aku mendapat panggilan telifon dari bapa murid itu. Dia memberitahuku bahawa dia telah menemui sebilangan kad bank daripada anaknya.
 Petang itu juga, aku ke rumahnya  untuk mengambilnya. Hanya empat keping kad yang selamat. Satu keping kad Giro tidak ada. Dompet telah dibuang ke sungai dan duit sebanyak RM90 sudah hilang tidak dapat dikesan. Ibu murid itu berjanji akan membayarnya nanti, namun aku menolak. Aku sedar ibu itu sedang dibeban rasa malu dan kehidupannya tidak berapa senang.Kejujuran dan keikhlasan ibu bapa itu untuk memulangkannya semula sudah cukup baik bagiku.
Biarpun hatiku terguris luka. Ibarat melepaskan anjing tersepit, rupanya anjing itu menggigitku semula.
Walau bagaimanapun, sebuah misteri kecurian dompet yang membuatkan aku buntu akhirnya terbongkar.
 Sesungguhnya , aku mendapat satu pelajaran. Jangan terpengaruh dengan air muka yang tenang dari pelaku jenayah.

1 comments:

Anonymous said...

Sabar ya ustaz, ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Mungkin juga kafarah dosa. Mungkin juga Allah sengaja menguji hambanya ynag kuat ini.. Sabar ustaz..

Post a Comment