Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

Untuk dihubungi:

Email:
kama_wahba99@yahoo.com


Waktu Malaysia

Media

Sinar Harian Harakah Harian Metro Online Malaysiadateline Warta Darulaman Bernama News Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Sinar Harian Utusan Online Berita Harian Online Tranungkite Sabahkini Sabahdaily Menarik TV3 Yahoo News Utaranews Aljazeera English Republika Online CNN News Eramuslim Al-Arabi Islamtoday Islamtoday BBC News BBC News BBC News WorldNewsNetwork Al-Ayyam Al-Ayyam UtaraNews dailymail Al-Monitor Islampedia

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

Online Services

maybank2u iRakyat CIMBcliks Ambank Airasia Airasia Airasia Airasia Airasia Airasia MAS TRANSNASIONAL MALINDO AIR TM TM

TV ONLINE

TV Malaysia TV Pas TV3 Al-Muttaqin Malaysiakini TV

KULIAH ONLINE

Maybank2U CIMBcliks Ambank Airasia MAS TM Airasia Airasia

AKSESORI

Facebook Youtube Photobucket Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET

Yahoo Messenger

Rujukan

Menuduh Orang Sebagai Syiah besar implikasinya.

July 31, 2013

Menuduh orang sebagai Syiah tanpa bukti yang jelas, sama seperti melemparkan tuduhan kafir kepada seseorang. Kekafiran Syiah telah dihujjahkan dengan hujah-hujah yang banyak. Maka menuduh seseorang sebagai Syiah bermakna mengkafirkannya.

Ada orang menuduh Mat Sabu sebagai Syiah. Ada yang mengatakan Mahfuz Omar sebagai Syiah. Yang menuduh itu pastikah dirinya bukan Syiah? Tanpa sedar, amalan Syiah jadi makanannya. Syiah meratapi kematian Hussin dan menyambut ulang tahun kematiannya di Karbala. Apakah anda tidak meratapi kematian nenek moyang dan saudara mara yang sudah mati serta menyambut ulang tahun kematiannya? Syiah mengungkapkan syair memuji Ali, Fatimah Az-Zahraa, Hussin, Zainab dan Ahlul Bait, anda pun mengarang syair memuji tokoh tertentu tak ubah seperti perangai Syiah. Syiah melampau mecintai Ahlul Bait. Syiah percaya roh orang mati balik rumah. Syiah meninggalkan sahabat utama dan mewalikan orang soleh terkemudian lalu bertawassul dengan nama mereka.

Tanpa sedar, banyak bid'ah sesat anak cucu Abdullah bin Saba' menjadi amalan dan anutan orang yang mengaku Ahli Sunnah dan mencemuh Syiah.

Kalau hanya mengunjungi Iran, Hizbullah dan rapat dengan pemimpin mereka dikatakan Syiah, katakan juga sesiapa yang mengunjungi Amerika Syarikat dan duduk bersama Obama itu sebagai kafir. Pernahkah anda mengkafirkan pemimpin negara yang melawat Amerika Syarikat? Atau...pernahkah anda mengkomuniskan pemimpin negara yang melawat China dan punya hubungan dengan pemimpin negara itu? Lebih dari itu....tegakah anda mengkafirkan umat Islam yang meniru amalan bid'ah serapan Syiah?

Sesiapa yang mensyiahkan orang tanpa bukti, orang menuduh itu jadi syiah...miskipun bermatian dia menafikan dirinya Syiah. Ini kerana pada iktikad si penuduh dan iktikad kebanyakan orang yang sudah mengenali Syiah, bahawa syiah itu bukan Islam.

Nabi Saw bersabda dalam sebuah hadis ang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sahehnya:





إذا كفر الرجل أخاه فقد باء بها أحدهما



"Apabila seseorang lelaki mengkafirkan saudara Islamnya, maka tuduhan kafir iu akan tepalit kepada salah satu antara mereka"

Sementara, apa yang ada dalam hati orang yang dilebelkan Syiah itu, siapa yang tahu? Seringkali si penuduh bersandarkan akidah taqiah penganut Syiah untuk mengatakan si fulan itu menyembunyikan kesyiahannya. Mereka menuduh Mat Sabu bertaqiah. Mahfuz bertaqiah.

Bagaimana kalau orang lain pula kata anda bertaqiah dari kesesatan anda. Orang kata anda sekular tapi bertaqiah sebagai muslim. Orang kata anda pluralis tapi bertaqiah sebagai islamis. Orang kata anda leberalis tapi bertaqiah sebagai mukmin.

Tentu anda tidak boleh menerimanya bukan?

Jangan cuba bongkar apa yang dalam hati orang. Nanti Allah bongkarkan apa yan dalam hati anda. Apa yang tersema dalam hat orang, hanya Allah ang tahu. Apa yang terluah di lidah, itu yang kita pegang. Selagi penganut Syiah tidak mengakui berakidah Syiah, tidak mencela para sahabat, tidak mengungkapkan kalimah-kalimah kufur dan amalan kufur Syiah, maka apa hak kita untuk melebelkannya sebagai Syiah?

Allah berfirman:


وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ



"Dan ketahuilah bahawa Allah sahaja yang menguasai apa yan disimpan seseorang dalam hatinya. KepadaNyalah kamu akan dikembalikan kelak"
(Surah Al-Anfal:Ayat 24)


Berhentilah menuduh tanpa bukti yang menjadi makanan haram rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini. Menuduh orang zina tanpa bukti. Tuduh orang liwta tanpa bukti. Tuduh orang Wahabi dan dikatakan sesat atas dasar yang lemah dan longgar. Semua ini budaya jelek yang sedang melanda dan perintisnya adalah golongan fajir, ahli bid'ad yang sesat dan manusia hina dalam masyarakat. Mengapa kita harus meniru sunnah buruk mereka, sedangkan Sunnah mulia Rasul terbentang di depan kita?

SOLAT WITIR BERSAMA IMAM ADALAH SUNNAH

July 22, 2013

Kecenderungan sesetengah orang yang solat taraweh meninggalkan solat witir bersama Imam sungguh menghairankan. Dasar apakah yang disandarkan mereka untuk tidak berwitir bersama imam? Apakah kerana mereka berhasrat untuk melakukan solat malam sesudah itu dan kemudian menamatkannya dengan witir secara bersendirian? Atau, apakah mereka cuma ikut-ikut perangai orang jahil yang hanya datang ke masjid dengan tujuan melakukan solat taraweh dan tidak melihat solat witir sebagai sebahagian dari qiam di malam Ramadhan? Kalau ikut perngai orang jahil, solat rawatib pun tidak dibuatnya kerana tujuannya datang hanyalah untuk solat taraweh.  Malah, seandai boleh, solat insya berjemaah pun tidak mahu dibuatnya. Barangkali...

Maka, amat penting sekali amal ibadat dilakukan berdasarkan ilmu. Mengapa kita solat taraweh? Kalau hanya sekadar ikutan, baik tak payah solat taraweh. Amal ibadat kalau dilakukan tanpa dasar ilmu, akan banyak ketempangannya. Sebab itu, program tazkirah antara taraweh merupakan medan yang sangat baik untuk memasukkan nilai ilmu dalam peribadatan orang yang datang. Amat naif kalau ada orang menentang tazkirah dan menyifatkannya mengganggu program solat taraweh. Tidakkan mereka itu tahu bahawa taraweh tiada erti apa-apa dan tidak akan menganjak umat kepada perubahan kalau dilakukan saban tahun dalam keadaan jahil. Apatah lagi kalau jahil murakkab.

Dalam hadis nabi telah disebutkan:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: " صُمْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَمَضَانَ، فَلَمْ يَقُمْ بِنَا شَيْئًا مِنَ الشَّهْرِ حَتَّى بَقِيَ سَبْعٌ، فَقَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ، فَلَمَّا كَانَتِ السَّادِسَةُ لَمْ يَقُمْ بِنَا، فَلَمَّا كَانَتِ الْخَامِسَةُ قَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ شَطْرُ اللَّيْلِ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَوْ نَفَّلْتَنَا قِيَامَ هَذِهِ اللَّيْلَةِ، قَالَ: فَقَالَ: إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا صَلَّى مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ حُسِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ، قَالَ: فَلَمَّا كَانَتِ الرَّابِعَةُ لَمْ يَقُمْ، فَلَمَّا كَانَتِ الثَّالِثَةُ جَمَعَ أَهْلَهُ وَنِسَاءَهُ وَالنَّاسَ، فَقَامَ بِنَا حَتَّى خَشِينَا أَنْ يَفُوتَنَا الْفَلَاحُ، قَالَ: قُلْتُ: وَمَا الْفَلَاحُ؟ قَالَ: السُّحُورُ، ثُمَّ لَمْ يَقُمْ بِقِيَّةَ الشَّهْرِ "


Dari Abu Dzarr radliyallaahu ‘anhu ia berkata : Kami pernah berpuasa bersama Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pada bulan Ramadlan. Tidaklah beliau solat tarawih bersama kami hingga tersisa tujuh hari dari bulan tersebut. Lalu beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam solat bersama kami hingga berakhir/selesai pada sepertiga malam (yang pertama). Pada saat malam tersisa enam hari lagi, beliau kembali tidak solat bersama kami. Ketika malam tersisa lima hari lagi, maka beliau solat bersama kami hingga berakhir/selesai pada waktu tengah malam. Aku berkata : “Wahai Rasulullah, seandainya kita solat kembali pada (sisa) malam ini ?”. Maka beliau menjawab : ”Sesungguhnya, seseorang yang shalat bersama imam hingga selesai, maka dihitung baginya solat semalam suntuk”. Ketika malam tersisa empat hari lagi, beliau tidak solat bersama kami. Namun ketika malam tinggal tersisa tiga hari, beliau mengumpulkan keluarganya, istri-istrinya, dan orang-orang yang ada; kemudian solat bersama kami hingga kami khawatir tertinggal waktu falaah. Aku pernah bertanya : ”Apa makna falaah itu ?”. Beliau shallallaahu ’alaihi wa sallam menjawab : ”Waktu sahur”. Kemudian beliau kembali tidak solat bersama kami pada sisa malam di bulan Ramadlan tersebut
[Diriwayatkan oleh Abu Daawud no. 1375, At-Tirmidziy no. 806 dan ia berkata : ‘Hasan Soheh’, An-Nasaa’iy no. 1364 & 1605, Ibnu Maajah no. 1327, dan yang lainnya; soheh].

Untuk mendapat pahala qiam semalam suntuk, maka perlu solat bersama imam hingga selesai. Selesai ertinya sampai imam memberi salam solat witir. Zikir-zikir dan wirid selepasnya tidak termasuk dalam makna solat. Oleh itu, kalau seseorang boleh menyelesaikan witir bersama imam, dia mendapat pahala berlipat dengan jalan mudah. Bukankah ini menunjukkan orang itu bijak dalam beribdat. Bijak dalam beribadat hanya ada pada orang yang berilmu. Kalaulah orang yang selalu meninggalkan witir selepas taraweh itu ada ilmu, tentu mereka tidak akan meninggalkan witir bersama imam kerana ia mensia-siakan peluang mudah buatnya mendapat pahala qiam semalaman.

Orang berilmu tidak sama dengan ornag jahil dalam beribadat. Orang berilmu buat sedikit pahalanya melimpah ruah. Orang jahil buat banyak sednagkan ganjarannya sedikit. Itupun  kalau ada ganjaran. Dalam banyak situasi, amal ibadat orang jahil adalah sia-sia dan tidak beroleh ganjaran pahala.

Orang boleh pergi ke KK jalan kaki kalau dia jahil bawa kereta. Tapi, orang bawa kereta akan sampai dulu dari orang jalan kaki. Walaupun kita nampak orang jalan kaki itu sangat hebat mujahadahnya, jalan susah dan lambat serta jauh. Namun, kalau naik kapal terbang lagi cepat berbanding kereta. Orang yang ada ilmu tentang naik kapal terbang lebih beruntung daripada orang yang hanya tahu memandu kereta. Dalam masa tak sampai sejam, dia boleh tiba di Kota Kinabalu.  Begitulah untungnya kalau ada ilmu.

Begitulah ibaratnya kalau beramal. Kena ada ilmu baru amal itu benar-benar menguntungkan. Melalui ilmu, tak perlu buat banyak. Ilmu akan mengajar tuannya memilih titik-titik amal yang besar faedahnya dan tepat sasarannya.

Sudah tentu ilmu itu hendaklah ilmu yang benar. Ilmu yang benar tidak dapat tidak hendaklah bersandarkan sunnah baginda rasulullah SAW.

#catatan: Jika bangun tahajjud di sepertiga malam ada dua pilihan. Pertama, genapkan witir yang sudah dilakukan dengan mengerjakan satu rakaat sebelum tahajjud. Kemudian witir semula pada kesudahannya sebelum Subuh. Kedua, tidak perlu witir lagi dan memadai dengan witir taraweh bersama imam. Nabi SAW ada diriwayatkan pernah mengerjakan solat lagi selepas witir. Maka, tidak menjadi masalah untuk solat malam selepas witir taraweh. Cara yang kedua inilah pandangan Jumhur.