Perjuangan mengangkat Islam memerlukan motivasi berterusan. Allah tidak meninggalkan Rasulnya tanpa siraman motivasi agar kesabaran dapat ditancapkan dalam menggembeling perjuangan. Umpamanya, Allah berfirman:
Allah SWT mengingatkan orang-orang yang beriman bahawa beradanya orang kafir dipuncak kekuasaan itu bukan selamanya. Kelihatannya orang kafir berbalik menang walaupun telah ditewaskan. Demikianlah keadaannya jatuh bangun antara Islam dan kafir. Pada saat Islam berada di atas, Allah memperingatkan agar kemenangan Islam hendaklah sentiasa disyukuri. Kelalaian akan mengundang kekalahan. Sementara pada saat kekufuran pula berkuasa, orang beriman perlu sedar bahawa kemenangan mereka juga ada tempohnya.
Itu hanya "taqallub". Taqallub itu sifatnya bolak balik. Macam orang sedang tidur. Ada masa dia bolak balik mencari keselesahan. Bolak balik itulah menjadikan tidurnya indah dan lena.
Zaman juga jadi indah dengan bolak balik kemenangan. Tidak wajar orang beriman hilang jati diri dna putus asa bila berada di bawah. Allah menyarankan orang beriman agar memerhati sejarah yang berlaku ke atas kaum nabi Nuh dan bermacam-macam pakatan kafir sepanjang zaman. Keberadaan mereka di puncak kuasa bukan abadi. Ada tempohnya.
Khalifah Abbasiah diranapkan oleh serangan tentera Mongol dan tentera Mongol menjarah bumi Islam. Tetapi, tidak selamanya. Mereka menemui juga kekalahan di Ain Jalut bila berperang dengan tentera Mamalik pimpinan Sultan Qutuz. Malah, pada akhirnya, tentera Mongol itu kemudiannya bertukar menjadi tentera Islam yang meluaskan wilayah kekuasaan Islam sehingga mendirikan kerajaan Mongol di India selama ratusan tahun.
Apa hendak digundahkan. Lihat sahaja berapa lama penjajah menjarah wilayah umat Islam. Pada akhirnya mereka lari terbirit-birit pulang ke negara mereka. Kemerdekaan dan kebebasan akhirnya menjelma juga. Malah, Allah jadikan pula negara mereka ditembusi dakwah Islam sehinggakan hari ini sinar Islam memancar cemerlang di dunia Eropah.
Allah yang menyusun proses zaman. Dia lebih mengetahui dan yakinlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi orang yang beriman.
مَا يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللَّهِ إِلاَّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَلا يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلادِ
Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah kamu terpedaya kerana melihat mereka bermaharajalela di dalam negeri.
(Surah Ghafir: Ayat 4)
(Surah Ghafir: Ayat 4)
Allah SWT mengingatkan orang-orang yang beriman bahawa beradanya orang kafir dipuncak kekuasaan itu bukan selamanya. Kelihatannya orang kafir berbalik menang walaupun telah ditewaskan. Demikianlah keadaannya jatuh bangun antara Islam dan kafir. Pada saat Islam berada di atas, Allah memperingatkan agar kemenangan Islam hendaklah sentiasa disyukuri. Kelalaian akan mengundang kekalahan. Sementara pada saat kekufuran pula berkuasa, orang beriman perlu sedar bahawa kemenangan mereka juga ada tempohnya.
Itu hanya "taqallub". Taqallub itu sifatnya bolak balik. Macam orang sedang tidur. Ada masa dia bolak balik mencari keselesahan. Bolak balik itulah menjadikan tidurnya indah dan lena.
Zaman juga jadi indah dengan bolak balik kemenangan. Tidak wajar orang beriman hilang jati diri dna putus asa bila berada di bawah. Allah menyarankan orang beriman agar memerhati sejarah yang berlaku ke atas kaum nabi Nuh dan bermacam-macam pakatan kafir sepanjang zaman. Keberadaan mereka di puncak kuasa bukan abadi. Ada tempohnya.
Khalifah Abbasiah diranapkan oleh serangan tentera Mongol dan tentera Mongol menjarah bumi Islam. Tetapi, tidak selamanya. Mereka menemui juga kekalahan di Ain Jalut bila berperang dengan tentera Mamalik pimpinan Sultan Qutuz. Malah, pada akhirnya, tentera Mongol itu kemudiannya bertukar menjadi tentera Islam yang meluaskan wilayah kekuasaan Islam sehingga mendirikan kerajaan Mongol di India selama ratusan tahun.
Apa hendak digundahkan. Lihat sahaja berapa lama penjajah menjarah wilayah umat Islam. Pada akhirnya mereka lari terbirit-birit pulang ke negara mereka. Kemerdekaan dan kebebasan akhirnya menjelma juga. Malah, Allah jadikan pula negara mereka ditembusi dakwah Islam sehinggakan hari ini sinar Islam memancar cemerlang di dunia Eropah.
Allah yang menyusun proses zaman. Dia lebih mengetahui dan yakinlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi orang yang beriman.
0 comments:
Post a Comment