Banyak sekali dalil
Al-Quran maupun hadis yang menisbahkan kafir ke atas orang yang
meninggalkan solat. Tidak perlu disebut semuanya. Cukuplah sekadar
beberapa dalil yang boleh dijadikan renungan orang yang mahu mengambil
iktibar. Orang yang tidak mahu ambil iktibar, dibawa sejuta dalil pun
tidak memberi makna juga.
Firman Allah SWT:
ما سلككم في سقر؟
قالوا لم نك من المصلين، ولم نك نطعم المسكين، وكنا نخوض مع الخائضين وكنا نكذب بيوم الدين
"Apa
yang menyebabkan kalian masuk ke dlaam neraka Saqar? Mereka berkata: Ia
adalah lantaran kerana kami tidakl mendirikan solat dna tidka memberi
makan kepada orang miskin serta kami hanyut bersama ornag yang hanyut.
Kamu juga mendustakan hari kiamat".
(Surah Al-Mudatsir: Ayat 42)
Nabi SAW menyebutkan:
بين الرجل وبين الكفر ترك الصلاة
" Antara seseorang itu dengan kekafiran adalah meninggalkan solat"
(hadis Riwayat Muslim)
Sabda nabi lagi tentang orang yang meninggalkan satu solat iaitu solat Asar:
من ترك صلاة العصر حبط عمله
" Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka musnahlah amalnya".
(Hadis riwayat Bukhari dan Ahmad dan Nasai daripada Buraidah)
وعن
عبد الله بن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه ذكر الصلاة يوما فقال:
من حافظ عليها كانت له نوراً وبرهاناً ونجاةً يوم القيامة، ومن لم يحافظ
عليها لم تكن له نوراً ولا برهاناً ولا نجاةً، وكان يوم القيامة مع قارون
وفرعون وهامان وأبي بن خلف
"
Daripada Abdullah bin Umar beliau mengatakan bahawa Nabi SAW pada satu
hari menyebut mengenai kepentingan solat lalu baginda bersabda: Sesiapa
yang memelihara solat, maka solat itu akan menjadi cahaya buatnya, bukti
dan keselamatan di hari Qiamat. Sebaliknya, sesiapa yang tidak
memeliharanya, tiadalah baginya cahaya, tiada bukti dan tiada
keselamatan di hari akhirat. Pada hari akhirat kelak dia akan bersama
Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf". (Hadis Riwayat Ahmad dan
menurut Haithami, perawinya adalah Tsiqah)
Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyebut:
يقول
ابن القيم رحمه الله: "من شغله عن الصلاة ملكه حشر مع فرعون، ومن شغله
عنها ماله حشر مع قارون، ومن شغله عن الصلاة جاهه حشر مع هامان، ومن شغله
عنها تجارته حشر مع أبي بن خلف
فإذا
كان من لم يحافظ على الصلاة يحشر مع هؤلاء الكفرة العتاة -وهم أشد أهل
النار عذابا فما بالكم بمن تركها تركا كليا وعاش عمره لم يركع لله ركعة ولا
سجد له سجدة؟
Sesiapa
yang disibukkan dari solat oleh kerajaannya, dia akan dihimpunkan kelak
bersama Firaun. Sesiapa yang disibukkan oleh hartanya, dia akan bersama
Qarun. Sesiapa yang disibukkan dari solat oleh pangkat kemuliaan, dia
akan bersama Haman. Sesiapa yang disibukkan oleh perniagaannya, dia
akan bersama Ubai bin Khalaf.
Jika
hanya kerana tidak menjaga solatnya seseorang itu dihimpunkan bersama
manusia derhaka itu, sedangkan mereka adalah manusia yang paling teruk
mendapat siksa neraka, maka bagaimana halnya jika seseorang itu
meninggalkan seluruh solatnya dan hidup tanpa rukuk dan sujud kepada
Allah SWT?
Hadis-hadis
yang menyifatkan kekafiran ke atas orang yang meninggalkan solat banyak
dan tidak diragui kesahihannya. Para ulama punya tafsiran yang berbeza
mengenai haids-hadis tersebut dengan mengaitkan sama ada perbuatan
meninggalkan itu kerana menafikan kewajipannya atau kerana kemalasan,
kesibukan serta meringankan kepentingannya.
1)
Jika seseorang itu meninggalkan solat kerana menganggapnya tidak wajib,
sepakat para ulama mengenai kakafirannya. Ini kerana kewajipan solat
adalah mutlak dan tsabit secara dharuri dalam nas Al-Quran maupun Hadis. Menolak satu hukum yang dharuri kerana ingkar ada kafir tanpa khilaf.
2)
Sementara seseorang yang meninggalkan solat kerana malas, sibuk atau
meringan-ringankannya, maka para ulama punya perbezaan pandangan
mengenai hukumnya iaitu:
a) Imam Ahmad bin Hambal mengatakan dia adalah kafir dan murtad dari Islam dan dihukum bunuh.
(Inilah fatwa para sahabat nabi dan generasi salafus soleh ke atas orang yang meninggalkan solat dengan sengaja. Perihal mengkafirkan orang yang meninggalkan solat telah masyhur di kalangan mereka dan tidak ada kalangan sahabat yang menyalahinya.)
b) Imam Abu Hanifah berpandangan orang yang tidak solat kerana malas hendaklah dipenjarakan sehingga dia kembali solat.
c) Pandangan dari Imam Syafie dan Malik pula, orang yang meninggalkan solat tidak menjadi kafir tetapi hendaklah dihukum hudud bunuh jika berterusan meninggalkan solat sekalipun setelah diberi amaran dan disuruh bertaubat.
Meneliti
kepada perbezaan pandangan mengenai ornag yang meninggalkan solat
dengan sengaja kerana malas, meringan-ringankan kewajipannya, jelas
bahwa tiada pandangan ulama yang meremehkan orang yang meninggalkan
solat. Sekalipun ada pandangan yang tidka mengkafirkannya seperti
pandangan Abu hanifah, Malik dan Syafie, mereka menetapkannya sebagai
satu jenayah kesalahan sama ada ta'zir atau hudud dan pemerintah punya tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang ke atas mereka.
Sekalipun
jika mengambil pandangan yang mengatakan bahawa meninggalkan solat itu
tidak menjadi kafir tetapi hanya dosa besar (Sebagaimana pandangan Abu
Hanifah, Malik dan Syafie), perlulah dijelaskan prinsip mengenai dosa.
Sesuatu dosa itu adalah saling mempengaruhi. Dosa kecil jika dibuat
berterusan akan membawa kepada dosa besar. Dosa besar jika dilakukan
berterusan, ia akan membawa kepada kekafiran. Maka, seorang yang
meninggalkan solat secara sengaja untuk sekali sekala, itu mungkin boleh
dikatakan berdosa besar. Tetapi, jika berterusan meninggalkan solat,
dosa besarnya telah membawanya kepada kekafiran.
Imam
Ibn Taimiyyah menyifatkan orang yang meninggalkan solat itu tidak layak
dijawab salamnya dan tidak perlu ditunaikan jemputannya. Demikianlah
seorang bapa tidak harus mengahwinkan anak perempuannya dengan orang
yang tidak solat kerana orang itu bukan seorang muslim dan bukan layak
untuk muslimah dan tidak boleh dipercayai untuk diserahkan anak
perempuan dan melahirkan zuriat-zuriat dengannya.
Sebagai kesimpulan, dapatlahlah dirumuskan bahawa:
1) Seorang yang meninggalkan solat kerana ingkar kewajipannya, dia adalah kafir murtad secara sepakat di kalangan ulama.
2)
Jika dia meninggalkan solat kerana malas, sibuk atau apa sahaja
alasannya dan perbuatan itu disengajakan, maka ada khilaf ulama
mengenainya kepada dua pandangan. Ada yang mengkafirkannnya sama seperti
yang meninggalkan kerana ingkar tadi. Ada pula yang menjatuhkan sebagai
fasiq, derhaka dan berdosa besar. Namun, pandangan kedua ini tidak
meninggalkannya tanpa sebarang tindakan. Dia perlu disuruh bertaubat dan
kembali solat. Jika tidak, hukuman menantinya sama ada dipenjara atau
dibunuh.
Wahai orang yang meninggalkan solat!
Dengan
jalan apa lagi kalian hendak melepaskan diri? Anda tidak akan menemui
pembela di kalangan ulama muktabar kaum muslimin. Jika anda mati sebagai
orang yang tidak solat, anda akan masuk neraka. Meninggalkan solat
adalah meruntuhkan agama kerana tiang agama itu adalah solat.
0 comments:
Post a Comment