Catatan ini aku namakan...
Hari ini dalam sejarah
Tanggal 5 April 2018, bagi mengenang peristiwa, hanya aku dan mereka yang ada pada hari itu di sebuah Sekolah bernama Sungai Seluang sahaja yang mengerti dan memahaminya.
Ia menjadi peristiwa bersejarah, walaupun sejarahnya tidak sebesar Tragedi di Sabra dan Shatila. Atau sekurang-kurangnya seperti tumbangnya sebuah kerajaan yang memerintah Kedah.
Inilah sebuah pantuh mengenainya...
Bulat air kerana pembentung
bulat guru kerana muwafakat
Kita mengadu nasib dan untung
Mencari jalan melaksana hajat.
Menggendong hajat ke Sungai Petani
Demi sahabat sederap langkah
Jika ada kehendak Ilahi
Rancangan manusia tersungkur rebah.
Biar jadi kenangan bersejarah
Bahawa kita pernah sepakat.
Setelah berusaha kita berserah
Sambil berdoa memohon inayat.
Kita bukan orang gasar
merempuh pagar menyongsang susila
Kita mengambil jalan sabar
tidak terpaku tetapi berusaha.
Ketika dia berpencak bestari di pentas politik pertiwi dipanggil kembali kami sukar cari ganti.
Ketika ini aku baru mengerti betapa rugi kehilangan orang bestari sepertinya sukar ditemui.
Buah pencaknya bestari yang ditanamnya kita makan kita nikmati beberapa musim silih berganti sehingga kini mula tandus kemarau buah kurang menjadi yang ada pahit sekali.
أثل خمط وشيء من سدر قليل
Maafkan aku kerana mengenang yang lepas saat kita mula mengunyah kepahitan bertanya bingung tentang erti sebuah kebestarian di sebuah pentas warisan bernama politik gerakan Islam.
Mana satu negara dunia
jatuh bankrap kerana bantu rakyat jelata?
kerana berikan pendidikan percuma,
kerana turunkan harga
barang keperluan utama
Negara kita kaya raya
dalam bumi terbit minyak
permukaannya subur tumbuhan melata
rimba sawit dan juga tanah balak
limpahan makmur tidak terkata
Itulah kurnia Tuhan semesta
bukan kerana bijaknya penguasa
tak perlu mendabik dada
konon pandai mengurus negara
Kalau ada sikaya berjuta
beristana syuga di puncak maya
sedang rakyat hidup melarat
berumah usang di tanah menumpang
itu tanda negara tempang
harta negara dikaut ke gudang
buat si kaya makan seorang
si miskin mengutip yang terbuang.
Negara bankrap bencana Tuhan
untuk penguasa tidak berbudi
setelah diberi nikmat limpahan
kufur kepada tuntutan ilahi
Sumber razeki pelbagai lapangan
habis dipagari dengan halangan
rumput panjang dalam pagar
rakyat meragut dari luar.
mereka makan dalam kepuk
lebihan ditabur rakyat mematuk
Khazanah negara hak bersama
jangan dibuat milik sendiri
jika hilang berkat Tuhan
tanah subur jadi kontang
negara tropika jadi sahara
minyak hilang dari bumi
ternakan dipelihara penyakit melanda
kontrak diberi nilainya juta
projek dilaksana tidak seberapa
lahir manusia temboloknya sahaja dibela
orang lain peduli apa
penguasa derhaka rakyat hina
hidup hanya mengejar dunia.
Negara bankrap kerana khianat
negara bankrap kerana rasuah
negara bankrap kerana tamak
negara bankrap kerana boros
bukan kerana bantu rakyat
bantu rakyat bawa berkat
negara berkat akan selamat
dikasihi Allah juga malaikat.
Celaan itu bukanlah satu umpatan dalam enam keadaan: Kepada orang yang berbuat zalim, kepada yang sudah dikenali dengan gelarannya dan supaya dapat memberi awas kepada orang lain dari bahayanya.
Supaya mendedahkan kefasikan, meminta fatwa dan orang yang meminta pertolongan menghilangkan
والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة ً لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ
والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى ً في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب
فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ
Menetap di tempat sendiri bukan hal yang menyenangkan bagi mereka yang berakal dan memilik tatakerama mulia maka tinggalkan tanah airmu dan merantaulah !
Pergilah bermusafir, pasti kamu akan mendapat ganti apa yang kau tinggalkan dan bersusah payahlah kerana sesungguhnya lazatnya hidup itu apabila bersusah payah.
Sesungguhnya kulihat berhentinya mengalir air itu akan merosakkannya, sebaliknya bening dan segar ia jika terus mengalir.
Singa tak akan mendapat mangsanya kalau ia hanya tetap di gubuknya dan anak panah tak akan mengenai sasarannya kalau tak lepas dari busurnya
Matahari, andaikan tetap tersangkut di dada langit, tentulah jemu kepadanya oleh orang Arab maupun Ajam.
Lombong emas cuma ketulan tanah di tempatnya, sementara kayu terbiar di bumi hanyalah sejenis bahan bakar.
Jika seseorang ini tinggalkan tempatnya akan menjadi mulia dapatannya dan jika seseorang itu tinggalkan tempatnya akan menjadi mulia seperti emas.
Minyak naik harga lagi. Cuma 5 sen. Sedikit sahaja, kata sesetengah orang. Tak meyusahkan rakyat pun. Tambah suara yang mendokong kenaikan harga minyak. Tentunya mereka bukan kalangan rakyat bawahan yang paling terkesan dengan kenaikan harga minyak.
Kenaikan harga minyak, sekecil apapun, pasti mendatangkan kesan. Harga minyak merupakan kunci yang mengawal harga-harga barang keperluan lain. Apabila harga minya naik 5 sen, harga barangan lain takkan naik 5 sen. Kononnya, harga teh tarik dibayangkan pada harga RM1.25 sen. Siapakah yang terlalu dunggu memikirkan peniaga gerai dan restoran akan menjual teh tarik dengan harga RM1.25 sen? Bukan senang bagi para peniaga hendak menyediakan duit siling 5 sen baki buat dipulangkan kepada pelanggan. Kemungkinan harganya akan jadi RM1.30 sen. Mungkin untuk mudah, diletakkan pada harga RM1.50.
Dakwaan kerajaan bahawa rakyat didahulukan cuma sebuah retorik. Kalau pun rakyat didahulukan, rakyat dari kelompok mana? Pencapaian didahulukan. Pencapaian apa dan siapa?
Jika sebuah kerajaan tidak boleh memberi rasa aman kepada rakyat, maka saat keruntuhan kerajaan itu makin mendekat. Kemamanan bukan sahaja dari serangan musuh. Kemanan rakyat daripada ancaman kenaikan harga minyak juga salah satu yang diperlukan. Rakyat tidak pernah senang duduk dan hanya menunggu-nunggu kemungkinan naiknya harga minyak.
عن أبي سعيد الخذري قال: بينما نحن عند رسول الله (ص) وهو يقسم قسما أتاه ذوالقويصرة وهو رجل من بني تميم فقال: يا رسول الله اعدل. قال رسول الله (ص) ويلك ومن يعدل إن لم اعدل؟ قد خبتُ وخسرتُ إن لم اعدل. فقال عمر بن خطاب (ض) يا رسول الله ائذن لي فيه اضرب عنقه. قال رسول الله (ص) دعه فإن له أصحابا يحقر أحدكم صلاته مع صلاتهم وصيامه مع صيامهم يقرئون القران لا يجاوز تراقيهم ويمرقون من الإسلام كما يمرق السهم من الرمية
Dari Abi Said Al‑Khudry berkata, Tatkala kami bersama Rasulullah saw. dan beliau sedang membahagikan ghanimah, datang Dzul Khuwaishirah salah seorang dari Bani Tamim dan berkata, “Wahai Rasulullah berbuat adillah!” Berkata Rasulullah saw., “Celaka! Siapa yang akan berbuat adil jika saya tidak berbuat adil? Niscaya saya celaka dan binasa jika saya tidak adil.” Berkata Umar bin Khattab, “Wahai Rasulullah! Ijinkan saya memenggal lehernya.” Berkata Rasulullah saw., “Biarkanlah dia. Sesungguhnya dia mempunyai banyak teman, di mana dianggap remeh solat di antara kalian dibanding solat mereka, puasa kalian dibanding puasa mereka, mereka membaca Al‑Qur’an tidak sampai kecuali pada tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busur.”
Buat apa ramai orang di warung Pak Abu?
Ada skrin putih kelabu
Riuh sorak gempita apa itu?
Di malam hari jam 1
Wacana apa itu di TV1?
Ulasan demi ulasan tanpa jemu
Sebuah skrin besar
menjadi mehrab
dan para pencinta terpaku
menjadi makmum
menatap khusyuk ke situ
pada sekumpulan orang dan sebiji bola
imam sebuah ritual
dalam sebuah episod mendebarkan.
Tanpa takbiratul ihram
ia bermula...lalu
Sebuah laungan sorakan gembira
serentak di seluruh ceruk dunia
merupakan takbir intiqalat
dari yang berkulit putih, hitam, sawo matang, kemerahan maupun kekuningan
merentas sempadan segala bangsa
melangkau batas agama panutan
dipersatukan oleh sebiji bola
Aku Pertugal!
Aku Brazil!
Aku Jerman!
Aku England!
Anak muda menyatakan keakuan semangat
dengan penuh kebanggaan
Lupakan derita semalam
Lupakan rintihan silam
Dentuman bom hilang ditelan sorak
Rintihan dan tangisan hilang dalam sorai
Palestin?
bukan negara pilihan
Afghanistan?
Tak pernah melahirkan bintang dunia
Irak?
Tak minat
Iran?
Turki?
Pakistan?
Arab Saudi?
Tiada zikir meniti di bibir pencinta
Ah!
Sebiji bola itu
Benar-benar berkuasa
Laksana khalifah menggenggam ummat
Menyatu semua kalimat !
Kuabadikan di sini sebuah puisi yang kupetik daripada titisan tinta seorang penulis dari Semberang buat renungan rakyat sebuah negara. Puisi bertajuk "Negeri Para Bedebah".
Karya : Adhie Massardi
Ada satu negeri yang dihuni para bedebah
Lautnya pernah dibelah tongkat Musa
Nuh meninggalkan daratannya karena direndam bah
Dari langit burung-burung kondor jatuhkan bebatuan menyala-nyala
Tahukah kamu ciri-ciri negeri para bedebah?
Itulah negeri yang para pemimpinnya hidup mewah
Tapi rakyatnya makan dari mengais sampah
Atau jadi kuli di negeri orang yang upahnya serapah dan bogem mentah
Di negeri para bedebah
Orang baik dan bersih dianggap salah
Dipenjarakan hanya karena sering ketemu wartawan
Menipu rakyat dengan pemilu menjadi lumrah
Karena hanya penguasa yang boleh marah
Sedang rakyatnya hanya bisa pasrah
Maka bila negerimu dikuasai para bedebah
Jangan tergesa-gesa mengadu kepada Allah
Karena Tuhan tak akan mengubah suatu kaum
Kecuali kaum itu sendiri mengubahnya
Maka bila negerimu dikuasai para bedebah
Usirlah mereka dengan revolusi
Bila tak mampu dengan revolusi,
Dengan demonstrasi
Bila tak mampu dengan demonstrasi, dengan diskusi
Tapi itulah selemah-lemahnya iman perjuangan
Abu Bakar bukan ceti dan Umar bukan penzina
-
Sesiapa yang banyak becakap, kalau tersalah cakap, hendaklah istighfar dan
minta ampun kepada Allah SWT. Kekadang kesilapan dalam percakapan itu
merupaka...