Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Jangan dikau heran!

May 25, 2017

Apa nak heran
Jika penagih arak
Pernah bertukar menjadi wali.

Jika seorang faqih Madinah
Bertukar menjadi penguasa penumpah darah.

Jika leluhurnya syeikh Tariqat
Cicit biutnya jadi ketua qabilah yang bejat.

Di kanvas sejarah
Terlukis aneka rupa
Singa ganas menjadi domba culas
bebiri dunggu menjadi serigala hati batu.

Dulu seorang sanjungan terbilang
Kini seorang pasungan terbuang.

Apa nak heran
Kau dengar tentang dia
Dulunya mengobar api
hari ini sibuk memadamnya kembali!

Dulunya dia menuding jari
mengangkat sang kepala negeri
tapi kini...
menjilat ludah sendiri
demi mantera menjadi
menumbangkan puri para pencuri.

Bukankah?
telah kau dengar kisah
Sang Barsisa wali Allah
Bisa tersungkur rebah
Menemui Suul khatimah...

Bukankah?
Telah kau dengar riwayat
Seorang lelaki bejat
100 nyawa dicabut hayat
akhirnya bertaubat
menjadi pilihan malaikat rahmat....

Jangan kau heran apa yang terjadi
Bimbangkan tentang dirimu nanti.

SAJAK: GURUMU AGONG

May 16, 2017

Gurumu Agong
Tidak mesti ilmunya menggunung
Yang membuatmu mendaki tidak bepenghujung.

Tidak mesti juga seperti nabi
Yang menyampaikan wahyu ilahi

Tidak mesti juga seperti imam ghazali
Yang mendidik jiwa para santri

Tidak mesti juga seperti Imam Hanafi,
Maliki , Syafie, Hambali
Yang menjadi ikutan orang kemudian hari

Gurumu Agong
Walau yang dijarnya cuma kenal ABC
Atau satu huruf alif dan sekecil adab diri

Gurumu Agong
Walau kau putera raja anak bangsawan
Sedang dia cuma rakyat bawahan

Walau kau kemudiannya menjadi orang berpangkat
YB atau pemimpin atasan sebaris ningrat
Sedang gurumu cuma orang tua bertungkat
Hidup susah sebagai orang melarat.

Gurumu Agong
Walau di saat kamu kaya berharta
Kamu memandu kereta harga berjuta
Memintas guru yang sedang berkapcai tua
Jangan lupa di satu masa
di depan guru, kamu menakah tangga.

Gurumu Agong
Walau saat kau petah bicara
Menjadi peguam ternama
Walau saat kau sudah jadi ulama
Anak murid di mana-mana
Sekalipun kau jadi seorang raja
Gurumu tetap agong jua

Gurumu Agong
Guru yang pernah mengajar mula-mua
Atau yang memahamkan pelbagai formula
Sama sahaja yang mengajarmu menjadi cendikia

Agongkan gurumu di hatimu
Itulah rahsia hidupmu bahagia.
 Disampaikan oleh Ust Kama sempena sambutan Hari Guru Peringkat SK. Sungai Seluang, Lunas, Kedah pada 16 Mei 2017.

Ketawa Ketika Marah-Seni Unggul Berpolitik Mu'awiyah.

May 13, 2017

Mu'awiyah r.a sahabat nabi sering dipandang negatif oleh ramai orang islam. Kerana sejarah mencatatkan bahawa ada perlawanan antara pasukannya dengan pasukan Saidina Ali r.a dalam perang Siffin, Mu'awiyah dilihat sebagai penentang khalifah sah dan dicop sebagai bughah. Sementara kisah sejarah memerlukan penelitian cermat dan kritis. Dalam riwayat sejarah, banyak sekali pembohongan dan tokok tambah.

Logiknya, sedangkan hadis dipalsukan orang, apalagi riwayat sejarah.

Maka, membaca riwayat Mu'wiyyah yang ditokok tambah dengan pelbagai ramuan akan membuatkan kemuliaannya serta kehebatan menjadi malap dan sirna. Antara sahabat nabi yang banyak dicoreng namanya oleh musuh politik, khusus kelompok Syiah, adalah Mu'wiyah.

Padahal, banyak kepintaran politik yang ada padanya dipersiakan kerana sikap politik yang diserongkan ke atasnya. Telusurilah sejarah perkembangan Islam, kita akan dapati bahawa beliaulah orang pertama yang memimpin armada. Pemerintahannya adalah zaman penuh kebanggan dengan misi jihad dan perluasan dakwah serta wilayah.

Ahli politik yang mempunyai masalah pongah, agah, pemarah, dendam yang tidak bisa dipadamkan, gelojoh, suka terbang tinggi, tamak, menunjuk-nunjuk kemegahan dan sebagainya perlu belajar seni politik Mu'awiyah.

Kitab-kitab yang menceritakan sejarah seperti Al-Bidayah wan Nihayah, Kanzul Ummal, Fursan An-nahar Min Ashabil Akhyar dan lain-lain menceritakan kelebihan Mu'awiyah dalam perangai politik yang mengujakan orang pada zamannya. Antara yang menarik disebutkan ialah perkataan Umar Al-Khattab ketika orang mengadu tentang Mu'awiyah di depannya. Beliau berkata:

" Biarkan pemuda Quraisy dan anak pemimpin Quraisy itu...sesungguhnya dia adalah orang dapat ketawa ketika marah...".

Sungguh sukar menemukan orang mampu ketawa ketika marah. Boleh ketawa sewaktu marah adalah aset mahal buat sang politikus. Betapa banyak keberuntungan yang dapat diraih oleh seorang ahli politik yang punya kelebihan sedemikian.

Jika marah menyebabkan kata keras, celaan atau nista, sekalipun sekadar membalas serupa, ia masih kegagalan sebagai seorang ahli politik. Jika sanggup memaafkan musuh politik masa lalu dan berkawan pada hari ini demi manfaat yang lebih besar, itulah manifestasi "ketawa ketika marah" sepertimana yang ada pada Saidina Mu'wiyah.

Jika sanggup tersenyum dan lupakan konflik masa lalu, itulah yang melonjakkan sinar bintang politik. Jika tidak sanggup, rasanya lebih baik ucapkan selamat tinggal dunia politik dan pilihlah kerjaya lain seperti polis, peguam, atau hakim yang kerjanya membalas kejahatan dan kezaliman orang. Atau sisihkan diri sebagai pendeta yang berkhalwat membuang kesetanan dunia.

Terus terang aku kagumi kebolehan seperti Mu'wiyah itu tapi aku tidak sanggup meladeninya. Kerana itu ahli politik bukan impianku.

Wala' di dunia dibawa ke akhirat.

May 9, 2017

Wala' orang beriman adalah kepada Allah dan RasulNya. Kemudian wala' itu kepada orang yang beriman yang menjadi tonggak kebenaran. Dalam dunia, pelbagai manusia memilih wala' masing-masing. Dalam kepelbagaian bidang yang diceburi, wala' dipilih. Bagi memilih bidang politik, ada wala'nya. Bagi yang pilih bidang ekonomi, pun ada wala'nya. Demikianlah bidang-bidang yang lain. Masing-masing menentukan wala'nya.

Wala' dalam kehidupan di dunia, akan menjadi walinya di hari akhirat. Allah berfirman:

وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا


Dan sesiapa Yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan Yang lain dari jalan orang-orang Yang beriman, Kami akan biarkan dia berwala' dengan apa yang dia pilih untuk berikan wala'nya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. 
(Surah An-Nisak:115)

Ayat ini dijadikan dalil oleh Ibn Qudamah Al-Maqdisi (541-620) dalam kitabnya  "Zammu At-Ta'wil" untuk menegaskan bahawa siapa pilih ahli Bid'ah sebagai ikutannya dalam kehidupan di dunia dan meninggalkan ahli Sunnah, maka di hari akhirat kelak, dia akan mengikuti imam-imam para ahli Bid'ah tersebut. Waktu itu barulah datang penyesalan dan sesalan waktu itu tidak berguna.

Islam menyuruh kita menggunakan akal untuk memilih kebenaran. Kebenaran tidak boleh digapai hanya dengan taklid. Kerana orang lepas buat sesuatu, lantas kita anggap itu benar. Sementelahan, orang lepas itu besar pada pandangan mata kita. Justeru wala' diberikan keada orang itu tanpa mengira benar atau salah.

Ini contoh implikasi wala' yang salah. Maka wala' hendaklah ditambat dengan apa yang dibawa Rasul Allah yang mendapat bimbingan wahyu daripada Allah SWT.