Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Wang kepunyaan rakyat

January 28, 2013

" Saya berikan setengah juta untuk projek dewan orang ramai di sini...", seorang pemimpin membuat pengumuman ketika beliau melawat sebuah kawasan. Orang ramai yang mendengar ucapannya bertepuk tangan gembira.

Terus terang, aku terperangah takjub dengan dermawannya pemimpin itu memberikan wang setengah juta untuk buat dewan orang ramai. Banyak sungguh duitnya sehingga begitu mudah dia buat pengumuman untuk bantu rakyat. Mulia sungguh hati budinya kerana memberikan duitnya kepada rakyat. 

Orang ramai yang ditanya berkenaan pengumuman tersebut bertali temali mengucapkan terima kasih buat pemimpin yang amat banyak duit lagi dermawan itu.

Sejenak, aku kembali berpijak di bumi nyata setelah dikhayalkan oleh kebodohan. Duit setengah juta itu rupanya bukan duitnya. Sungguh tak malu mengumumkan peruntukan setengah juta dengan menggunakan ganti nama "saya". Paling tidak, gunalah nama "kerajaan". Itupun belum cukup tepat kerana ia masih tidak menjelaskan siapa pemilik sebenar duit setengah juta itu. Wal hal, duit setengah juta itu adalah duit orang ramai yang disimpan dalam khazanah negara.

Bukan hebat kalau pergi sana sini beritahu orang ramai bahawa "saya" berikan sekian banyak peruntukan. Orang Kelantan tidak harus meleleh air liur basi bila dimaklumkan akan diberikan 7 projek pembangunan. Membangunkan negara memang tanggungjawab kerajaan. Kalau pengumuman dibuat untuk bangunkan sesuatu kawasan itu, itu bukan baik budi si pembuat pengumuman. Ia hanyalah tugasnya memaklumkan bagi pihak negara.

Kalau seorang pemimpin itu amanah, kita wajar berterima kasih kerana amanahnya. Bukan wang yang ditaburnya. Wang yang ditabur itu bukan kepunyaannya. Ia kepunyaan kita rakyat semua.

Sekian.Titik.

TAKFIR SEMBERONO

January 27, 2013

Reaksi ke atas laporan Portal Malaysiakini:  Harussani: Jadi kafir jika biar pihak lain guna kalimah Allah
Mufti Negeri Perak, Harussani Zakaria menghukumkan kafir ke atas mana-mana ummat Islam yang bersetuju kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam. Beliau berdasarkan mantiq bahawa persetujuan itu bererti merestui Allah SWT dipersekutukan. Memang pada prinsipnya redha dengan kekufuran itu adalah kufur. Hal ini telahpun menjadi kesimpulan para ulama akidah sejak zaman dahulu lagi. Ummat Islam diajar agar menolak kemungkaran dengan apa cara sekalipun. Jika mampu, gunakan kekuasaan dan jika tidak mampu atau tidak punya kekuasaan, sampaikan nasihat dan dakwah agar kemungkaran dapat dicegah. Kalaupun itu tidak dapat dilaksanakan, maka hendaklah kemungkaran dibanteras dengan hati, dan ia adalah selemah-lemah iman. Restu atau tidak restu dengan kemungkaran, itulah yang disebut sebagai meredhai atau membenci kemungkaran.

Apakah kemungkaran yang lebih besar dari syirik?

Penegasan Mufti Perak tersebut boleh diambil sebagai hujah. Syirik tidak boleh disokong atau diredhai. Namun, jika hendak diulas mengenai syirik, ia bukan sahaja mensifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak buatNya sebagaimana diakidahkan dalam lengkaran trinity oleh ummat Kristian. Ada pelbagai perkara yang menjerumuskan manusia kepada syirik. Antara lain, percaya bahawa perundangan Islam itu lapuk dan perundangan Barat lebih praktikal, juga syirik. Kepercayaan seperti ini menjadi anutan sebahagian besar pemimpin negara ummat Islam. Ada yang hanya menyimpan keyakinan tersebut dan tidak dizahirkan melalui ucapan. Namun, ia dizahirkan melalui tindakan mendaulatkan perundangan barat dan mensisihkan perundangan Islam. Dalam pada itu, ada yang begitu berani memperlecehkan perundangan Islam dengan pelbagai gambaran negatif melalui ucapan mereka seperti melebelkannya sebagai lapuk, ketinggalan zaman, zalim, tidak praktikal dan sebagainya. Ungkapan-ungkapan seperti itu tentulah membawa kepada kekufuran kerana ia melibatkan keimanan bulat yang retak terhadap Al-Quran, sekaligus tidak meletakkan Allah SWT sebagai satu-satunya Tuhan yang bersifat penghukum (Hakim).

Para mufti yang mendiamkan diri dalam keadaan negara bertahkim dengan perundangan "taghut", apakah boleh kita sifatkan mereka meredhai pengangkatan undang-undang selain undang-undang Allah? Jika membiarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah ditafsirkan sebagai redha ke atas kekufuran, maka membiarkan pemerintah bertahkim dengan hukum "tawaghit" juga perlulah ditafsirkan sebagai redha. Redha dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam menjadikan kita kufur, maka menjadi kufurlah para mufti yang meredhai sistem perundangan jenayah negara yang menyingkirkan hukum hudud Allah!.

Ketika Tg. Hj. Hadi Awang mengungkapkan kecerobohan pemerintah yang menolak perundangan dan sitem Allah SWT dalam pemerintahan pada masa lalu, ia dicap sebagai amanat yang mengkafirkan sebahagian orang Islam yang lain Para mufti yang sama bangkit mempertikaikan kewajaran ucapan sedemikian. Apa yang dikatakan Amanat Hadi itu bukanlah membuat justifikasi kafir secara langsung. Jika diteliti, ia samalah dengan apa yang ditegaskan oleh Tan Siri Harussani Zakaria yang menghukumkan kafir ke atas orang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah SWT oleh kaum bukan Islam.

Setelah perjuangan Islam menempuh liku-liku yang panjang di Malaysia, beberapa pencerahan baru telah dibuat. Indahnya hukum Islam adalah kerana ia sentiasa hidup dan terbuka kepada ijtihad. Dalam politik Islam juga terdedah kepada tajdid pemikiran menyebabkan ia tidak statik dan terus menempa zaman dengan penuh bergaya.Dalam situasi para pendokong gerakan Islam telah meneguk pencerahan ilmu dalam bidang politik dan pemerintahan Islam, malang sekali ada pihak yang masih meraba dalam gelap kusut feqah lateral tersebut. Malah, lebih malang lagi kalau corak pemikiran lama yang telah ditanggalkan oleh pejuang Islam yang melalui proses tajdid dan pencerahan itu, diambil dan dianut pula oleh para pendekar agama yang ketinggalan perkembangan.

Orang-orang yang mengatakan boleh kalimah Allah digunakan oleh orang kafir tidaklah boleh ditafsirkan meredhai syirik dan menjadi kafir.  Lebel kafir ke atas orang-orang yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kaum bukan Islam adalah semberono, drastik dan simplistik. Ia tidak menjalani proses penelitian yang berhati-hati. Ia akan menimbulkan prasangka baru serta cekcok dalam masyarakat bahawa mufti telah mengkafirkan ummat Islam!

Pas mengkafirkan UMNO adalah cerita lama. Sudah termaklum siapa tokoh yang menkafirkan UMNO pada masa lalu itu dan di mana persada perjuangan  mereka sekarang. Cerita baru yang timbul kini ialah mufti Perak mengkafirkan orang Islam yang setuju kalimah Allah digunapakai oleh orang Kristian. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Cerita lama sudah ditutup dan telah cuba dibuka dengan ulasan baru. Tiba-tiba ada  cerita baru berlalku berkaitan isu yang yang sama. Apa reaksi para pembahas isu "takfir" ini?

Kesimpulannya, gaya pengucapan yang sambil lewa menyentuh persoalan keimanan tidak lagi harus diamalkan. Apatah lagi dari tokoh-tokoh agama. Keimanan boleh dibahaskan tetapi jangan dijustifikasikan secara tuntas. Tidak wajar pula jika hanya sebelah mata digunakan dalam menangani isu ummat. Isu kalimah Allah nampak tetapi isu bertahkim kepada "tawaghit" tidak nampak. Isu ketaatan rakyat kepada pemerintah nampak, tetapi isu kezaliman dan khianat amanah oleh pemerintah tidak dinampak. Mengamati persoalan hukum, perlu celik kedua-dua mata. Janganlah pada saat doa hancurkan orang zalim diungkapkan, hujah-hujah dicari untuk mengklaim kesalahan doa tersebut. Tetapi, ketika diri dijilat gossip, diri sendiri mendoakan kehancuran buat penyebar gossip yang juga orang Islam. Ini dikatakan buta sebelah mata.

Demikianlah Allah menimpakan putaran hari buat manusia. Hari ini di atas, esok belum tentu. Hari-hari yang kita lintasi adalah "mudawalah" bikinan Allah SWT. Oleh itu, waspadalah lisan dan tindakan anda.

Kalimatun Sawa'

January 11, 2013



قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُولُواْ اشْهَدُواْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ


Katakanlah: "Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah". jika mereka berpaling Maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".

(Surah Ali Imran: Ayat 64)


Kalimatun Sawa' di antara kaum muslimin dengan Yahudi dan Nasrani adalah Allah. Iaitu Allah yang disembah tanpa kesyirikan. Allah yang disembah tanpa andadan yang menghantui. Allah perintahkan nabi agar mengajak para Yahudi dan Nasrani kembali kepada persamaan tradisi itu. Janganlah bersengketa yang tidak berkesudahan.

Apa ertinya seruan untuk berpaksi kepada kalimatun sawa' jika kalimah Allah tidak dibenarkan penggunaannya di kalangan ummat Kristian. Bertemu atas kalimah Allah adalah langkah ke arah menjernihkan kalimah tersebut dari kesyirikan. Jalan dakwah terbentang di sebalik kesatuan Tuhan di kalangan semua manusia. Jika ada manusia kafir yang mahu bertuhankan Allah, maka di pundak ummat Islamlah tanggungjawab menjelaskan siapa Allah yang sebenarnya. 

Allah adalah Tuhan sekelian alam. Tuhan manusia, haiwan, jamad dan juga Tuhan kepada para malaikat dan syaitan!