Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI


Waktu Malaysia

TUKAR PASWORD YES

Sinar Harian

LOGIN AKAUN YES

Sinar Harian

e-Operasi

Sinar Harian

LOGIN SPLG

Sinar Harian

SAPS NKRA

Sinar Harian

HRMIS

Sinar Harian

APDM

Sinar Harian

e-Penyata Gaji

Sinar Harian

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket

Rujukan

Cinta nabi Ittiba' Nabi!

February 26, 2010

Kalau dengan perarakan itu, anda yakin boleh menjadi manifestasi cintakan Rasul, sila teruskan. Beraraklah biar  berbatu-batu jauhnya. Malah kalau sepanjang lebuhraya Utara Selatan sekalipun apa salahnya. Asal jangan menghalang lalulintas sudahlah kerana banyak orang yang tidak suka perjalanannya dihalang atau dilambatkan.

Bukankah apa yang penting dalam hal memperingati kelahiran Rasul ini adalah mencintai Rasul? Bagaimana nak menunjukkan cinta Rasul itu, gunakanlah otak dan citarasa sendiri. Mungkin, selain buat perarakan  boleh tulis nama Muhammad besar-besar di monumen tinggi agar semua orang nampak. Boleh juga suruh penyanyi macam M.Nasir buat lagu sebut pasal nabi Muhammad SAW. Apa salah juga kalau kumpulan penyanyi rock yang tumbuh bagai cendawan sekarang ini buat lagu dan nyanyikan lagu tentang nabi Muhammad. Mereka juga ummat nabi Muhammad dan berhak menyatakan rasa cinta mereka kepada nabi Muhammad. Tak mengapalah kalau masa menyanyi itu mereka pakai seluar serabai, rambut panjang atau melompat terkinja-kinja, kerana itu memang menjadi identiti rockers. Bagaimana pula kalau penyanyi dangdut juga mahu turut serta buat lagu tentang nabi Muhammad?

Mereka orang seni dan tentu senilah medan mereka menyatakan cinta mereka kepada Rasulullah. Janganlah pula lagu mereka dihalang sedang lagu Mawlid ad-Diba`ie, Mawlid al-Barzanji, Mawlid Simthud Durar dan Mawlid al-'Azau  dibolehkan. Semua itu lagu-lagu ciptaan manusia belaka. Tiada maksum pada sebarang antologi lagu sama ada dicipta oleh penyanyi rock atau cendikiawan Islam zaman silam. Masing-masing adalah umat nabi dan berhak berbuat sesuai dengan keinginan mereka menyatakan cinta kepada Rasul.

Yang penting menyatakan cinta!

Bagimana pula kalau anda mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT,  bagaimana anda lakukan? Ada yang kata solatlah banyak-banyak. Ada yang kata banyak berzikir melalui aurad-aurad yang diambil secara berijazah daripada masyayikh. Ada pula yang kata kena berkhulwat. Itu bahasa Arab. Khulwat itu bertapalah. Bertapa di dalam gua batu di puncak gunung untuk taqarrub kepada Allah. Mungkin ada juga yang kata hendaklah siksa diri dengan kesusahan hidup untuk taqarrub. Tok sami di kuil hanya pakai kain kuning sepanjang proses kesamiannya. Katanya itu adalah proses penyucian diri untuk  taqarrub. Bermacam-macam simpang siur ijtihad manusia untuk menuruti jalan taqarrub!

Apakah taqarrub itu yang paling penting sedangkan jalannya tidak penting?

Berbalik kepada soal menyatakan cinta kepada nabi, apakah menyatakan cinta amat penting dan tidak perlu menghiraukan jalannya?

Mencintai Rasul menduduki tempat kedua selepas mencintai Allah dan mendahului cinta kepada jihad fi sabilillah sebagaimana firman Allah SWT:


قل إن كان آباؤكم وأبناؤكم وإخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب إليكم من الله ورسوله وجهاد في سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره والله لا يهدي القوم الفاسقين
Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(Surau At-Taubah: Ayat 24)


Sabda Rasulullah SAW:

والذي نفسي بيده، لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين
"Demi Tuhan yang jiwaku di tanganNya, Tidak beriman seorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya danm manusia semuanya”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan ditambah “daripada keluarganya dan hartanya” dalam Hadis riwayat Muslim)

Sememangnya mencintai nabi menjadi tuntutan. Tetapi bagaimana mencintai nabi, hendaklah serupa dengan bagaimana mencintai Allah. Kerana siapa yang mencintai Allah, hendaklah nabi. Demikianlah juga sebaliknya. Orang-orang Yahudi dan Nasrani  di zaman Rasulullah SAW mendakwa mereka mencintai Allah lalu Allah berfirman menempelak mereka:



قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Ali-Imran: Ayat 31)

Kalau cintakan Allah, ikutlah nabi...

Justeru, kalau benar cinta nabi, ikutlah nabi. Ikut apa yang nabi buat, taat apa yang nabi suruh dan larang dan ambil iktibar apa yang nabi perakukan. Ikutlah nabi dalam pentadbiran bernegara dan hubungan antarabangsa. Ikutlah nabi juga dalam soal-soal kecil hatta ketika masuk ke dalam tandas dan  saat menyetubuhi isteri sekalipun. Nabi menjadi model dalam kehidupan. Inilah manifestasi cinta nabi.

Kalau malas solat jema'ah, buang air liur sahaja mendakwa cinta nabi. Kalau solat sunat pun malas, cinta nabi jenis apa itu? Bila seruan azan menandakan subuh sudah masuk, telinga yang mendengar dikalahkan mata yang mengantuk dan tidur tak hadir solat jemaah, cintakan siapa sebenarnya? Cinta Allah tentunya  bukan. Cinta nabi pun bukan. Cinta fi sabilillah? Tak mungkin. Cinta tidurlah agaknya. Itu yang mungkin.

Dalam perjuangan, perjuangan untuk bangsa, untuk perut  dan untuk pangkat lebih utama daripada perjuangan Islam. Cinta nabi cap apa ini?

Banyak ketempangan dalam pernyataan cinta kita semua.

Cinta nabi...ia terangkum dalam satu kalimah iaitu "ittiba'" kepada nabi.

Demi agama, bangsa dan negara!

February 25, 2010

Selama ini aku sudah biasa mendengar kalam warisan ini. Semua orang pun seolah-olah mengiyakannya sebagai satu kalam yang tiada cacat celanya. Demi agama, bangsa dan negara. Pada satu ketika, kalam ini terdedah kepada pertikaian sesetengah orang dari segi aula antara tiga perkara. Ada yang menyebutkannya, terutama pada zaman-zaman awal kemerdekaan negara kita, dengan susunan 'demi negara, bangsa dan agama'. Susunan ini dibantah oleh ramai para agamawan kerana ia memperlihatkan seolah-alah agama berada ditempat ketiga dalam senarai keutamaan perjuangan.

Sepatutnya agama berada pada senarai pertama dalam susunan. Lalu. jadilah ucapan 'Demi Agama, Bangsa dan Negara' digunapakai secara meluas.

Sekoyong-koyong, pada satu ketika, di saat aku mendengar ucapan 'Demi Agama , Bangsa dan Negara', timbul pertanyaan dalam fikrianku. Apakah kata-kata ini cukup sempurna sehinga disebutkan  ramai orang  seolah-olah mencapat darjat saheh lagi mutawatir.

Kita melakukan sesuatu amal bakti adalah demi agama, bangsa dan negara. Murnikah tujuan amal bakti kita itu?

Sejak bila umat Islam diajar berbuat sesatu demi yang lain selain Allah?

Siapa yang menitipkan kalimat-kalimat yang tidak dipertikaikan ini dahulu?

Demi agama. Ya...itu adalah satu matlamt yang murni. Demi agama adalah bermaksud demi mengangkat martabat agama ke tempat yang tinggi. Tentunya agama Islam. Bukan agama yang lain. Berbuat sesuatu demi Islam tidaklah boleh dikatakan berbuat bukan kerana Allah. Allah yang menurunkan Islam dan menyuruh manusia memperjuangkannya. Memperjuangkan Islam, samalah memperjuangkan Allah! Yang ini aku amat setuju. Aku percaya ramai menyetujuinya.

Demi bangsa...Ini membuatkan aku terfikir sejenak. Bukankah  ini bunyinya seperti memperjuangkan bangsa. Islam tidak pernah mengajak kita memperjuangkan bangsa. Bebuat sesuatu demi bangsa  hanya membawa kepada memperjuangkan asobiyyah. Perjuangan demi bangsa tidak akan menjadi perjuangan Allah. Orang-orang yang mati dalam medan peperangan kerana mengangkat martabat bangsanya, tidak akan menjadi syahid, biarpun negara mengkalungkan penghargaan syuhada di nisan perkuburannya. 

Bangsa hanya sebuah pengenalan. Tiada kelebihan bangsa Arab di atas bangsa 'Ajam. Bangsa bukan diturunkan buat diperjuangkan.

Agama memang diturunkan buat diperjuangkan!


Demi negara...Negara kita Malaysia. Cintailah negara kita. Inilah yang ditanamkan dalam jiwa rakyat sejak rakyat mula bersekolah. Lagu negaraku dikumandangkan untuk membakar semangat cintakan negara.  Hari ini banyak lagu baru dinyanyikan buat membakar semangat bernegara. Apakah maksud negara buat umat Islam? Apakah maksud negara dalam sistem politik Islam? Apakah Islam menerima kepelbagaian negara umat Islam yang ada pada hari ini? 

Mungkin kita akan katakan, inilah realiti. Zaman ini Kita berada dalam realiti ini. Realitinya, kita rakyat sebuah negara umat Islam bernama Malaysia. Kita katakan yang bukan rakyat negara kita adalah orang asing. Kalangan mereka, ada yang kita jenamakan sebagai Pendatang Tanpa Izin (PTI) . Sebabnya, kita beriman dengan konsep kenegaraan yang menjadi realiti hidup kita ini.

Aku mengaku,...aku mempunyai semangat dan cintakan negara ini. Negara Malaysia. Ini kerana, inilah yang ditanamkan dalam jiwaku sejak kecil. Dengan bangga, aku akan berkata 'Aku Anak Malaysia'. Perasan ini, aku percaya dikongsi bersama oleh ramai orang.

Betulkah sikap ini? Betulkah pula slogan demi negara yang terangkum dalam kefahaman 'mindset' kita selama ini? Inilah yang mengundang pertanyaan dalam hati kecil. Sekadar pertanyaan dalaman. Aku tidak sekali-kali menidakkan penting rasa cinta kepada tanah air. Nabi Muhammad amat mencintai Makkah, tanah kelahirannya dan tempatnya membesar. Perasaan cinta kepada tanah ibu pertiwi adalah naluri fitrah manusia yang normal.

Namun, nabi tidak melaungkan..."Demi Makkah!".

Aku memikirkan satu selogan yang lebih murni daripada kumandang selogan berzaman yang diwariskan buat kita. Aku meragui selogan 'Demi Agama, Bangsa dan Negara".

Bagimana kalau kita laungkan slogan "Demi Agama, Ummat dan Daulah"? Ini tentunya lebih universal untuk sebuah keluarga besar ummat Islam sedunia! Aku percaya inilah slogan perjuangan generasi ummat ini pada masa hadapan. 

Allahumma amin.

Wahai Allah...permudahkan kami ke syurga.

February 24, 2010


Sebuah Hadis riwayat Abu Abd Rahman Abdullah bin Mas’ud menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إن أحدكم يجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوماً نطفة ، ثم يكون علقة مثل ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يرسل الملك فينفخ فيه الروح، ويؤمر بأربع كلمات: بكتب رزقه، وأجله، وعمله، وشقي أو سعيد، فوالذي لا إله غيره إن أحدكم ليعمل بعمل أهل الجنة حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل النار فيدخلها، وإن أحدكم ليعمل بعمل أهل النار حتى ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل الجنة فيدخلها
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
(Hadis Muttafaq ‘Alaih)

Wahai diri...janganlah merasa selamat dengan amal yang dibuat. Belum tentu kamu akan ke syurga!Kamu sudah ditentukan ke syurga atau ke neraka. Kamu hanya sedang menjalani satu jalan yang sedang dipermudahkan untukmu. Jika kamu sedang menjalani jalan orang baik-baik, yang melayakkanmu ke syurga, bersyukurlah dan kekal istiqamahlah. Alangkah takutnya jika kesudahanmu adalah noktah seorang ahli neraka.Janganlah pula kamu mencela dan menghina seorang yang sedang menjalani jalan ahli neraka, mana tahu kesudahannya dia akan menemui noktah ahli syurga. Lantas dia tergolong kalangan ahli syurga!
Sungguh...telah banyak terjadi dalam sejarah. Seorang yang dilihat beramal ahli syurga, rupanya dia ahli neraka. Kisah seorang 'abid Bani Israil bernama Barsisa adalah contoh masa lampau yang sangat tepat menjelaskan hakikat ini. Seorang yang beramal dengan amal ahli syurga, tetapi akhirnya menempah jalan ke neraka!
Sungguh...telah banyak pula terjadi dalam sejarah. Seorang yang dilihat beramal dengan  amal ahli neraka, rupanya dia ahli syurga. Kisah seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang  dan ingin bertaubat dan menggenapkannya menjadi 100 dengan membunuh orang yang menjawab bahawa tiada jalan taubat baginya adalah satu misal paling tepat menunjukkan bagaimana orang yang beramal dengan amal ahli neraka mencapai syurga akhirnya.
Subhanallah!
Siapalah yang boleh menyelamatkan kita kecuali Allah...
Dahulu...bukan alang kepalang baiknya si fulan. Solatnya,qiamullailnya,  zikirnya, semangat perjuangannya dan semuanya yang tercerna dalam dirinya, menampaknya bahawa sif ulan itu ahli syurgalah. Tapi...kini, ke mana semuanya? Mengapa dia berubah? Tidahkah dia takut bahawa maut datang menyambarnya di saat dia terumbang ambing dan meninggalkan istiqamah amal terdahulunya?
Sesungguhnya khatimah adalah penentu! Istaqamahlah adalah penawarnya.
Lain pula si fulan yang satu itu. Dulunya dia hidup bergelumang lagha. Solatnya...entah di mana. Ke masjid dan surau tak pernah menjengah muka. Perjuangan Islam tiada dalam kamus hidupnya. Baginya, perjuangan perut itulah yang utama. Ketika itu, ramai mata yang melihat mengatakan, itulah warganegara neraka. Tiba-tiba, di saat usia mencecah senja dan kematian makin hampir, dia menemui jalan kembali. Kemuddian dia mati atas jalan barunya yang sungguh membahagiakan. 
Dialah orang yang diberi keberuntungan!
Oh diriku...di mana nasibku akhirnya? Apakah kesudahanku akhirnya?Sungguh aku tidak tahu apa yang tertulis dalam catatan azali tentang aku. Aku amat jahil dan mustahil menggeledah apa yang ada dalam ilmu Allah. Buatku hanya beramal dan mencari yang terbaik dalam amal.
Rasulullah SAW telah menjawab pertanyaan sahabat yang mempersoalkan ketetapan takdir azali ini dengan katanya:

اعملوا فكل ميسر لما خلق له
“Beramallah, setiap orang dipermudahkan untuk apa yang diciptakan (ditakdirkan) untuknya”.

Wahai Tuhan, permudahkan aku jalan ke syurga!
Nafsu ingin sekali pergi berdansa di kelab malam di malam-malam minggu. Di sana boleh minum arak sepuasnya. Ada gadis-gadis molek menjadi penghibur. Boleh melampiaskan segala gejolak kepemudaan. 
Siapa tidak segan dan malu, pergilah! Jika dia sanggup pergi, itulah yang dipermudahkan buatnya. Dia sendiri yang mencari rasa mudah berbuat durjana itu. Maka jalanilah takdir itu. 
Ada seorang pencuri di zaman Khalifah Umar al-Khattab telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman potong tangan. Sebelum tangannya dipotong dia mencabar Khalifah dengan katanya:
" Apakah anda akan memotong tanganku sedangkan aku menjadi pencuri kerana telah ditakdirkan menjadi pencuri?
Umar dengan kebijaksanaan yang tinggi menjawab:
"Kami telah ditakdir untuk memotong tanganmu!",

Wahai Tuhan! hari ini kami mampu mengangkat takbir untuk solat menyembahMu. Kami mampu ke masjid menegakkan sunnah Rasulmu.Kami menyatakan tekad untuk berjuang di jalanMu. Tetapkanlah pendirian kami dan berikan kami husnul khatimah.


اللهم يامقلب القلوب والابصار ثبت قلوبنا على دينك اللهم امين امين

Menebar Jala Ibrah

February 23, 2010

"Asslamualaikum....Kaifa haluk?", aku melontarkan pertanyaan kepada seorang bekas muridku yang kutemui di surau.Di kala kami sudah selesai solat subuh berjemaah dan mencapai motosikal masing-masing  untuk pulang.

"Apa maknanya tu ustaz?", dia bertanya kembali.

"Maknanya how are you lah", balasku.

"Oh...fine..fine..",dia menjawab.

"Inilah...bahasa penjajah dapat dikausai..bahasa Islam, bahasa Al-Quran tidak dapat...belajar dan kuasailah bahasa Arab ya..", nasihatku

"Saya cuma tahu satu ja...bismuka,"ujarnya.

"Apa ?",aku tidak jelas.

"Bismuka", ualangnya.

"Yang satu itu pun salah...",

"Jadi?",

"Masmuka, " aku memperbetulkan.

Semoga dia akan mengingati apa yang aku katakan. Semoga teguranku berbekas di hatinya. Hari ini aku banyak mengingati apa yang telah guru-guruku tegur dan katakan dahulu. Banyak juga apa guruku tegur dan ajar dahulu sirna dan tidak berbekas. 

Kadang-kadang, perkara yang mudah dan kecil memberi kesan kepada jiwa untuk satu jangka masa yang panjang. Kadang-kadang pula suatu perkara penting yang kita anggap besar, tidak pula memberi bekas kepada orang lain.
Berapa banyak pelajaran yang kita lontarkan dalam kelas, ia masuk ke telinga kanan dan keluar ke tinga kiri.  Ironinya, satu pengajaran yang kita lontarkan sepintas lalu di kala duduk di stesen bas, berbual bual di tangga surau atau dalam tegur sapa di tepi jalan, lebih berkesan.

Mengajar ini seperti menjala di laut lepas!

Samalah juga menebar hidayah. Telah ramai yang kutemui, orang yang dulunya tak kusangka akan jadi orang yang menjalani kehidupan soleh, kini sedang menjalani kehidupan soleh. Ada muridku, dulu aku tidak merasakan dia akan jadi seorang yang kuat bergama kerana beberapa faktor. Tiba-tiba aku temui dalam suasana kehidupan yang sungguh membanggakan. Punya kesedaran agama yang tinggi.

Ramai pula murid harapanku yang tidak menjadi sebagaimana diharapkan.

Bukan aku yang memberi hidayah. Bukan. Dialah Allah yang sebenar 'alhadi'. Cuma, antara kita semua, siapa yang akan menjadi sebab kepada terpautnya seseorang di dahan hidayah Allah.


KULIAH HARAKI 1: Wahai Pembela Agama Allah…

February 21, 2010


Alhamdulillah, kita telah terpilih untuk berada dalam perjuangan ini.  Bersyukurlah dan marilah kita meladeni jalan ini dengan penuh yakin dan cinta. Semoga Allah meredhai kita dan memasukkan kita dari kalangan pejuangnya yang terdahulu. Renung dan muhasabahlah beberapa perkara dalam perjuangan ini:-

1)      Perjuangan perlu di atas landasan nabi Muhammad dan ikhlas niat.

Inilah dua syarat dalam perjuangan. Tanpa dua syarat ini, sesuatu perjuangan itu bukan perjuangan Islam biarpun ia dinamakan perjuangan Islam.

Perjuangan atas landasan nabi Muhammad bermakna tegak atas prinsip perjuangan yang telah nabi gariskan.Perjuangan nabi adalah untuk menyeru manusia kepada Islam. Perjuangan yang menyeru ke arah kebangsaan tidak sekali-kali menjadi perjuangan Islam. Demikianlah mana-mana perjuangan yang disasarkan ‘ghayahnya’ bukan kepada Islam, adalah perjuangan untuk menegakkan ‘tahgut’ belaka. Termasuklah jika seseorang berjuang untuk partinya dan bukan untuk Islam!

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali-Imran: Ayat 31)

Demikian, perjuangan perlukan keikhlasan. Tanpa ikhlas, jadilah perjuangan itu bergelumang najis syirik. Berjuang untuk dapat kekayaan, kedudukan dan cinta wanita, semua itu adalah ‘maqasid’ perjuangan yang salah dan sia-sia.

Firman Allah SWT:

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah: Sesungguhnya Aku Ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".
(Surah Al-kahfi:Ayat110)


Ketika mentafsirkan maksud daripada ayat 2 surah Al-Mulk:

لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

"Untuk menguji kamu (dengan kematian dan kehidupan itu) siapa yang terlebih baik amalnya".
Dalam mentafsirkan maksud yang terlebih baik amalnya Fudhail bin Iyadh mengatakan:

أخلصه وأصوبه.إن العمل إذا كان خالصا ولم يكن صوابا لم يقبل، وإذا كان صوابا ولم يكن خالصاً لم يقبل حتى يكون خالصاً صواباً،  والخالص إذا كان لله عز وجل، والصواب إذا كان على السنة.

Yang paling ikhlas dan paling betul ( Itulah amalan yang terbaik). Jika sesuatu amal itu ikhlas tetapi tidak betul, ia tidak akan diterima. Jika ia betul tetapi tidak ikhlas, juga tidak diterima sehingga ia dibuat dengan ikhlas dan betul. Ikhlas itu adalah apa yang dibuat kerana Allah dan yang betul adalah apa yang mengikut sunnah Rasulullah SAW.
 
2)      Perjuangan hendaklah secara berjema’ah.

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ  
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
(Surah As-Saf:Ayat 4)

Allah cinta kepada orang yang berjuang dalam jemaah. Malah mereka yang beramal dalam jemaah berdasarkan petunjukkan Rasulullah SAW. Bila Allah cinta barulah akan datang janji pertolongan Allah SWT:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Maidah:Ayat 54)

Tiada izzah buat perjuangan solo. Biar sehebat mana dalam ilmu, sepetah mana dalam bicara, secantik mana dalam strategi. Para pejuang sola hanyalah laksana bebiri-bebiri yang tersasar dari gerombolan yang hanya  menunggu masa dibahan serigala.

3)      Perjuangan hendaklah istiqamah.

Ramai orang boleh berjuang. Tetapi untuk istiqamah, amat sukar sekali. Hati sering berbolak balik. Hari ini cinta esok benci. Hari ini semangat membara, esok luntur dan lemah longlai. Untuk menjaga istiqamah bukan perkara mudah. Kalau mudah, tentulah Bal’am bin Ba’ura, ulama Yahudi itu kekal dalam perjuangan sehingga akhir hayat. Tentu juga tidak ada para pejuang masa kini yang berubah arah menentang perjuangan. Sebab itu Al-Quran menyebutkan gesaan agar istiqamah ini sebagaimana firman Allah SWT:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ  وَلا تَرْكَنُوا إلَى الَذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لا تُنصَرُونَ

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang Telah Taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.
(Surah Hud: Ayat 112-113)
.
Untuk Istiqamah, jangan melampau dalam perjuangan. Jangan cenderung hati kepada golongan yang zalim. Nabi mengajarkan kita doa:

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

4)      Perjuangan Islam pasti menang akhirnya

Setiap orang yang terjun dalam perjuangan hendaklah punya keyakinan ini. Keyakinan ini disandarkan kepada janji Allah yang pasti sebagaimana firmannya:

وإن جندنا لهم الغالبون

Dan Sesungguhnya tentara Kami Itulah yang pasti menang.
(Surah As-saffat: Ayat 173)


Keyakinan ini bukan disandarkan kepada apa-apa faktor manusiawi. Bukan berdasarkan ramainyanya penyokong atau baiknya strategi. Allah akan memenangkan para pejuangnya dan kemenangan itu pasti. Dalam sebuah negara demokrasi, pejuang Islam boleh menang. Ini lah keyakinan yang perlu dipasakkan dalam hati.Dalam kelemahan prasarana dan dana, pejuangnya boleh menang. Dialah Allah yang bernama “Al-Muntasir”.Keyakinan ini tidaklah bermakna kita hanya menunggu kemenangan datang bergolek tanpa mengusahakan apa-apa.

Ubat jahil adalah belajar.

February 20, 2010

Satu ketika aku solat Jumaat di sebuah masjid. Di sebelahku seorang lelaki bersolat sambil sujud di atas kedua belakang tangannya. Hairan dan rasa terpanggil untuk menegur cara sujudnya, aku mencuitnya lepas solat.

"Assalamualaikum...", 
"Walaikumussalam...", lelaki yang aku kira lebih tua daripadaku beberapa tahun itu menjawab perlahan. Hampir tidak terdengar suaranya. Dia tidak menolehpun kepadaku. Begitu khusyuk.

"Kenapa abg sujud atas belakang tangan?", soalku.

Soalaku tidak dijawab. Lelaki itu bangun dan mengangkat sebelah tangan dalam gaya tabik dan berlalu. Aku ditinggal dalam kebingungan. Aku kira pertanyaanku sudah cukup berhikmah untuk  tidak membuatkannya rasa terhina atau dimalukan. Lagipun tiada sesiapa berdekatan kami ketika itu.

Satu ketika aku solat sunat ba'diah Jumuat. Di depanku seorang lelaki sedang solat sunat ba'diah jumaat juga. Ketika aku sudah selesai, lelaki didepanku sedang sujud.  Aku melihat kedua belah jari kakinya tidak ditegakkan. Sujud yang salah. Bererti solatnya tidak sah. Sujud yang sah hendaklah atas 7 anggota sebagaimana hadis Rasulullah SAW:


عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : امرت ان اسجد على سبع اعظم : على الجبهة، والانف، والركيتين، والقدمين
Dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam beliau bersabda: Aku diperintahkan agar sujud di atas tujuh (anggota), dahi, [Rasulullah bersabda: "Tidak sah solat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh bumi" dua tangan, dua lutut dan dua kaki
(Hadis Riwayat Bukhari)

Mengapa manusia tidak mahu mengejar ilmu sebagaimana mereka mengejar harta.  Demi harta, ramai orang yang keluar pagi pulang senja. Ada yang sanggu bersengkang mata di malam gelita.Ketika mereka beribadat dalam kejahilan, lalu ibadat itu tidak sah pada syarak, siapa yang patut dipersalahkan? Orang-orang berilmu yang melihat kesilapan merekakah yang patut menegur atau mereka sendiri perlu berusaha mencari halaqah-halaqah ilmu? 

Ironinya, manusia yang beramal secara silap ini terus dengan kejahilannya. Dia tidak pula mahu memperbaiki. Malah ketika dipersoalkan atau ditegur, dengan rasa tak senang dia berlalu pergi.

Mengapa demi harta dan kekayaan, ada orang sanggup duduk mendengar 'talk' yang menerangkan skim-skim dan plan-plan perniagaan untuk sesuatu produk. Tapi, untuk ilmu dan kemantapan ibadah, tidak sanggup duduk dalam kuliah dan halaqah. 

Di kala dia beramal lalu silap dalam amalannya, di akhirat kelak, akan datanglah hujahnya di depan Tuhan. 

'Ustaz  sianu-sianu tidak menegurku...tak membetulkan kesilapanku...",

Ilmu itu dicari, bukan mencari. Ilmu itu bukan pengemis yang meminta tetapi orang kaya yang membela.  

Wahai orang yang tidak berilmu. Sebagaimana cintamu kepada dunia membuatkanmu mengejarnya, demikianlah kepada ilmu, hendaklah kau mengejarnya. 

Wahai orang yang berilmu. Rendahkan dirimu dan dengarlah ilmu daripada orang menyampaikan ilmu biarpun yang menyampaikan itu lebih kecil daripadamu dalam usia.

Senioriti dalam perjuangan

February 19, 2010

Dalam berjuang untuk Islam, ada orang yang telah lama berjuang dan ada yang baru berjuang. Di antara dua kumpulan ini, tidak sama darjat mereka di sisi Allah. Orang yang telah lama berjuang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding mereka yang baru terjun dalam perjuangan. Sebab itu, tidak seharusnhya berlaku bagi sekelompok para pejuang, yang baru terlibat mencela yang telah lama berjuang dengan sebab beberapa persoalan yang dikhilafkan.

Renungkanlah Firman Allah SWT:
 
وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
(Surah At-Taubah: Ayat 100)

لاَ يَسْتَوِي مِنكُم مّنْ أَنفَقَ مِن قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ أُوْلَـَئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً مّنَ الّذِينَ أَنفَقُواْ مِن بَعْدُ وَقَاتَلُواْ وَكُلاّ وَعَدَ اللّهُ الْحُسْنَىَ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). mereka lebih tingi derajatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Hadid:Ayat 10)
Janganlah hendaknya yang baru dikenali sebagai pejuang menunjukkan kejaguhan dalam perjuangan sehingga seolah-olah yang telah lama berjuang tidak berjuang untuk Islam.

Ketika Saidina Ali KW menerima majlis Tahkim dengan Saidina Mu'awiyah RA, muncul golongan Khawarij yang melaungkan selogan perjuangan:
لا حكم إلا لله


"Tiada hukum melainkan hukum Allah".

Mereka menentang Ali yang lebih senior daripada mereka dalam perjuangan Islam. Kononnya mereka berjuang untuk Islam, tetapi mereka telah tergelincir dari perjuangan Islam. Saidina Ali telah memerangi mereka dan menghancurkan mereka di Nahrawan.

Oleh itu, senioriti adalah kriteria penting dalam perjuangan.

Dalam perjuangan....bukan dalam ilmu! Dalam ilmu, yang baru, yang kecil, kekadang lebih berilmu daripada yang lama belajar dan yang tua dalam usia.