Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI


Waktu Malaysia

TUKAR PASWORD YES

Sinar Harian

LOGIN AKAUN YES

Sinar Harian

e-Operasi

Sinar Harian

LOGIN SPLG

Sinar Harian

SAPS NKRA

Sinar Harian

HRMIS

Sinar Harian

APDM

Sinar Harian

e-Penyata Gaji

Sinar Harian

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket

Rujukan

Wang sumber judi dipulangkan

September 30, 2010

Warga emas di Pulau Pinang yang hidup bukanlah kaya sangat, menjadi tunggangan politik pemimpin UMNO negeri yang menggesa sumbangan yang mereka terima dari kerajaan negeri dikembalikan. Hari ini, sejumlah 40 orang penerima sumbangan tersebut telah mengembalikan wang yang telah diterima  itu kepada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim yang juga merupakan Adun Penanga. Wang tersebut dimasukan semula ke dalam tabung yang disediakan dan katanya akan dikembalika kepada kerajaan negeri sebagai isyarat bahawa warga emas terbabit tidak rela makan duit haram. Pendedahan sebelum ini melaporkan bahawa kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guang Eng telah menerima sejumlah RM500,000.00 daripada sebuah syarikat lumba kuda untuk tujuan membasmi kemiskinan. Di antara jumlah tersebut, program sumbangan RM100.00 kepada warga emas telah dilaksanakan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO telah menghebohkan isu tersebut dan menuduh kerajaan PR di Pulau Pinang memberikan wang haram kepada rakyat. 

Sebelum ini, telah pun dijelaskan bahawa wang tersebut tidak haram menurut perspektif feqah kerana ia adalah wang bantuan dan tidak membabitkan transaksi judi. Namun, oppurtunis politik enggan tunduk kepada hukum malah mencari ruang untuk memanipulasinya. Sehingga ke tahap ini, para penerima dikempen pulangkan wang yang telah diterima.

Sebenarnya, kita semua pun maklum bahawa wang haram bukan sahaja datang daripada perjudian. Banyak sumber wang haram yang lain seperti riba, rasuah, pecah amanah, penipuan dan lain-lain. Pernahkah kita mendengar pemimpin-pemimpin yang memetik tali kecapi halal haram itu meminta rakyat memulangkan wang riba yang rakyat dapat daripada bank? Rasuah pula menjadi penyakit kronik dalam negara, terutama melibatkan pemimpin-pemimpin negara di setiap peringkat. Apakah para pemimpin tersebut dengan suara malaikat menyeru wang tersebut diserahkan kepada negara yang berhak semula. Pecah amanah, usah dibicarakan lagi. Soal ketirian dalam menguruskan wang negara adalah angkara ketidakamanahan pemimpin. Rakyat ditipu dan wang rakyat diambil. Adakah sang jurubicara itu mengumandangkannya?

Aku rakyat Malaysia. Ketika mereka yang diberikan amanah menguruskan minyak negara menaikan harga minyak dengan alasan mengurangkan sabsidi, maka setiap sen yang mereka dapat itu adalah rompakan. Wang keuntungan yang berganda-ganda dihasilkan oleh Petronas itu adalah wang haram kerana ia direbut secara paksarela daripada rakyat. Lalu, sebahagiannya dimasukkan ke dalam khazanah negara dan dibayar gaji kepada kakitangan kerajaan. Ia bercampur pula dengan wang cukai judi kasinao terbesar di Asia yang bertahta di Cameron Highland. Demikian cukai-cukai kelab malam, rumah urut, pelacuran, kilang arak, ladang babi dan lain-lain sumber haram. Adakah pemimpin-pemimpin yang menganiaya warga emas Pulau Pinang itu pernah mengempen kakitangan awam di Malaysia memulangkan gaji mereka kepada kerajaan Malaysia atas dasar ia wang haram.

Sesungguhnya yang diburu oleh para YB yang berkehendakkan kuasa kerana mahu projek dan kemewahan itu adalah wang haram. Jumlah yang mereka songlap, lebih besar berkali ganda daripada nilai RM100.00 yang warga emas dapat.  Kegelapan dalam hati mereka disebabkan makan wang haram lebih pekat zulmat daripada kemungkinan pekatnya hati pakcik-pakcik tua itu.

Mereka cuma beretorik. Kerana di sana ada pergentingan, mereka suka menahan lukah. Kerana air keruh, mereka ghairah menangguk!

Bantuan dari wang judi, halal.

September 27, 2010


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penajaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.




Dr. Asri telah mengulas mengenai bantuan kepada warga emas dan fakir miskin yang dikatakan hasil dari judi. Katanya, wang hasil jadi yang diterima oleh penerima itu tidak haram kerana transaksi yang berlaku antara pemberi dan penerima adalah bantuan dan bukan perjudian. Kesalahan adalah ditanggung oleh kerajaan atau syarikat perjudian tersebut. Penerima tidak berdosa. Dengan kata lain wang itu halal kerana penerima bukan berjudi tetapi penerima melakukan aktiviti mencari razeki yang halal.

Kalau sumber haram mahu diambil kira, gaji yang diterima oleh kakitangan kerajaan itu, termasuk di dalam sumber-sumber haram seperti judi, arak, kelab malam, pusat penternakan babi dan sebagainya. Tetapi, kakitangan awam menerima gaji itu adalah halal kerana gaji tersebut diterima atas pekerjaan mereka. Samalah juga dengan warga emas yang menerima wang yang didakwa sebagai hasil judi itu. Ia diterima atas nama bantuan dan bantuan adalah transaksi yang tidak bertentangan dengan syarak!

Inilah jawapan yang cukup faqih sejak beberapa hari ini aku dengar. Dalam kebisuan para mufti dan kebingungan ramai orang untuk mengulas isu ini dari segi hukum, kenyataan Dr. Asri itu menjadi tamparan kepada pemuda UMNO yang hebat mewar-warkan isu itu.

Maka kesalahan adalah ke atas kerajaan dan syarikat perjudian yang terlibat dengan transaksi judi. Dosa syarikat perjudian adalah kerana mencari razeki dengan cara haram iaitu berjudi.  Manakala dosa kerajaan adalah menerima sumbangan dari sebuah syarikat perjudian. Kalau kerajaan itu terlibat sekali dalam perniagaan judi seperti meluluskan lesennya, maka bertambahlah dosanya.

Dalam konteks kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guang Eng yang kita maklum bahawa dia bukanlah seorang muslim, masakan kita mahu katakan dia telah berdosa. Orang bukan Islam mana boleh dituduh berdosa? Hanya orang Islam sahaja yang terikat dengan hukum dosa dan pahala! Yang berdosa adalah perdana menteri Malaysia dan menteri berkenaan, yang beragama Islam  tetapi meluluskan  lesen syarikat perjudian dan dengan itu negara menerima cukai-cukai perjudian. Demikian mereka yang meluluskan kilang-kilang arak dan mendapatkan cukai untuk negara dari kilang-kilang arak tersebut. Yang menjalankan perniagaan berasaskan judi dan arak berdosa. Yang menerima bayaran atau sumbangan dari syarikat perjudian dan arak juga haram. Setelah wang itu menjadi hak milik kerajaan dengan tanggungan dosanya, penerima ketiga tidak menanggung dosanya jika transaksi yang berlaku adalah halal. Umpamanya transaksi melalui bayaran gaji, hadiah, sumbangan, bantuan dan sebagainya.

Kalau kita seorang petani yang menjual sayur, lalu datang kepada kita seorang taukeh judi mahu beli sayur, apakah kita haram menjual sayur kepadanya sekalipun sayur untuk makanannya sekeluraga? Kita sedia maklum bahawa bayaran harga sayur itu tentunya daripada pendapatanya dalam perniagaan judi. Dalam kes ini, bayaran yang kita terima tidak ada sangkut paut dengan judi. Transaksi kita adalah jual beli. Kalau kita pergi ke pasaraya membeli sesuatu barang dan kemudian beratur untuk membayar harga barang yang kita mahu beli. Tiba-tiba di depan kita ada seorang cina dengan troli yang penuh dengan arak. Dia pun nak bayar harga arak yang dibelinya. Kita nampak dia bayar dengan wang pelbagai not. Kemudian kita pula membayar harga barangan yang kita mahu beli. Juru jual di kaunter menerima wang kita dan mengembalikan wang baki yang di antara kita pasti diambil daripada wang yang dibayar oleh cina pembeli arak tadi. Apakah kita akan menolak duit tersebut dan minat duit lain  kerana duit itu haram?

Kita tak berdosa kerana terima duit itu. Yang berdosa adalah 10 golongan yang terlibat dengan perniagaan arak yang nabi sebut dalam hadis termasuk juru jual di kaunter tersebut. Kalaupun kita berdosa, bukan kerana terima wang baki dari transaksi arak yang kita tidak terlibat di dalamnya. Kita berdosa kerana melihat kemungkaran tetapi tidak mencegahnya, sekalipun dengan benci dalam hati!

Dalam dompet anda ada duit. Dalam bank juga ada duit. Apakah anda berani mengatakan duit dalam dompet dan bank anda tidak pernah melintasi satu proses transaksi haram seperti perjudian, jual beli arak, jual beli babi dan sebagainya?

Buat Pemuda UMNO, tak perlulah pukul gendang halal haram kalau diri sendiri bergelumang dengan perjuangan yang menghalalkan perniagaan judi dan arak di peringkat Persekutuan. Ibarat ayam jantan, berkokok berderai-derai tetapi ekor berlumuran najis.

First Lady atau Ummul Watan?

September 26, 2010

Datin Sri Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri mendakwa dirinya sebagai wanita pertama (First lady)  negara Malaysia apabila dia akan menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama 2010 pada 11 hingga 13 Oktober ini. Status "wanita pertama' yang cuba dilebelkan kepada diri sendiri oleh Datin Sri Rosmah Mansur itu boleh dipertikaikan kerana dari segi keutamaan menurut perlembagaan Malaysia, ada lagi wanita yang lebih utama daripadanya iaitu isteri Yang Dipertuan Agung. 

 Raja Permaisuri Agung lebih cocok menjadi Ummul Watan


Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan bahawa Datin Sri Rosmah Mansur bukanlah wanita pertama. Dia hanya isteri perdana menteri. Kalau mahu menggunakan juga nama "wanita pertama" maka Isteri DYMM yang berhak mendapat gelaran itu. Kelayakannya untuk mendapat gelaran itu disokong oleh perlembagaan.

Aku berpendapat, istilah "First Lady" ini tidak sesuai. Tidak sesuai buat Datin Sri Rosmah Mansur dan tidak perlu pula ditempelkan kepada isteri Yang Dipertuan Agung. Islam tidak mengesahkan istilah ini sebaliknya menggunakan satu istilah yang lain yang lebih mulia. Kalau di kalangan ummat Islam, para isteri nabi Muhammad SAW, merekalah wanita yang paling utama. Mereka ramai dan oleh itu tidak ada istilah wanita pertama. Mereka digelar "Ummahatul Mukminin". 

Malaysia, sebagai sebuah negara bangsa, boleh mempunyai wanita utama sebagaimana Islam mempunyai wanita-wanita utama yang digelar "Ummahatul Mukminin".Namun, menggunakan istilah wanita utama itu tidak cocok dengan nilai Islam dan tidak pernah dalam budaya Melayu. Terdapat unsur "womanisme" dalam pengistilahan itu. Di barat, istilah ini dipakai dan didokong oleh mereka yang memperjuangkan emansipasi wanita. Justeru pemimpin negara lelaki, mereka akan mengangkat kaum sejenis mereka untuk menjadi setaraf dengan lelaki dan dia dinamakan "First Lady". 

Gerakan Womans Libration ini tidak perlu dianut oleh wanita muslimah. Maka tidak perlu mengumandangkan istilah "First Lady".

Mungkin, kalau ketegar juga mahu letakkan wanita dibaris yang boleh dilihat dalam kepimpinan negara, gunakan nama lain. Tak payah meniru budaya wanita barat. Kalau Islam ada "ummahatul mukminin", Malaysia boleh ada "Ummul Watan" (Ibu Pertiwi). Istilah ini tidak popular dan tidak digunakan orang untuk merujuk kepada individu. Sebut Ibu Pertiwi, ia merujuk kepada sebuah negara. Namun, kalau kita menggunakannya, lama-kelamaan masyarakat akan tahu mahu ibu pertiwi itu adalah ibu bagi rakyat negara Malaysia. Itulah wanita idola rakyat dan dia menjadi ibu yang penuh kasih sayang, membelai dan mendidik rakyat negara. 

Namun, Datin Sri Rosmah Mansur belum berkelayakan untuk mendapat gelaran "Ummul Waton" (Ibu Pertiwi) kerana ada wanita yang lebih utama daripadanya. 

Merantaulah: Kata Imam Syafie

ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة ٍ فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ

سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ

إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ

والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب

والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة ً لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ

والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى ً في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب

فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ

Menetap di tempat sendiri  bukan hal yang menyenangkan bagi mereka  yang berakal dan memilik tatakerama mulia maka tinggalkan tanah airmu dan merantaulah !

Pergilah bermusafir, pasti kamu akan mendapat ganti apa yang kau tinggalkan dan bersusah payahlah kerana sesungguhnya lazatnya hidup itu apabila bersusah payah.

Sesungguhnya kulihat berhentinya mengalir air itu akan  merosakkannya, sebaliknya bening dan segar ia jika terus mengalir.

Singa tak akan mendapat  mangsanya  kalau ia hanya tetap di gubuknya dan anak panah tak akan mengenai sasarannya kalau tak lepas dari busurnya

Matahari, andaikan tetap tersangkut di dada langit, tentulah  jemu kepadanya oleh orang Arab maupun Ajam.
 Lombong emas cuma ketulan tanah di tempatnya, sementara kayu terbiar di bumi hanyalah sejenis bahan bakar.

Jika seseorang ini tinggalkan tempatnya akan menjadi mulia dapatannya dan jika seseorang itu  tinggalkan tempatnya akan menjadi mulia seperti emas.

FIDYAH BERGANDA

September 23, 2010

Anekdot 

Seseorang telah menceritakan masalahnya. Sejak umurnya baligh dan selalu pengsan di bulan Ramadhan. Menurutnya, secara purata dia telah pingsan 5 hari pada setiap Ramadhan. Kini usianya telah 36 tahun. Kebiasaan terus berlaku sebagaimana seawal usia balighnya. Dia mengatakan dia mula baligh pada usia 13 tahun. Dari umur tersebut sehingga kini, sudah berlalu 23 tahun. Bermakna selama 23 tahun dia tinggalkan puasa sebanyak  115 hari. Oleh kerana dia seorang perempuan, dia juga telah meninggalkan puasa pada hari-hari di mana dia uzur syar'i. Puasa yang ditinggalkan pada hari-hari uzur syar'inya, Alhamdulilah telah diqadhakannya secara konsisten sebaik sahaja selesai Ramadhan setiap tahun sebelum menjelang Ramadhan berikutnya.

Namun, puasa yang ditinggalkan dengan sebab pengsan tidak pernah diqadhakannya. Itulah 115 hari yang telah dihitungkan dengan anggaran 5 hari setiap bulan sejak usia 13 tahun.

Seharusnya dia harus tahu bahawa pengsan di bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa kecuali jika dia pengsan sepanjang hari. Dari sebelum terbit fajar sehinggalah tenggelam matahari. Namun, mungkin pelbagai faktor, tidak tahu, sakit atau sebagainya, dia telah tidak berpuasa bagi sisa hari yang dia ada selepas bangun dari pingsannya. Maka sememangnya, menjadi kawajipanlah baginya untuk mengqadhakannya.

Apa yang menjadi masalahnya ialah pandangan feqah yang mengatakan bersama dengan qadha puasa dia perlu membayar fidyah berganda.  Setiap selang setahun, gandaan bagi setiap hari yang ditinggalkannya adalah secupak beras. Jika dihitung jumlah cupak beras yang perlu difidyahkannya bagi setiap hari yang ditinggalkan sehingga usianya 36 tahu, jadilah semuanya 1180 cupak. Jika mahu ditukarkan kepada nilai, hitungan 4 cupak dewasa ini menyamai RM6.80 (Kadar wajib zakat). Ini bermakna dia perlu membayar fidyah sebanyak RM2006.00. 

Ulasan:
Jika seorang yang mampu, mungkin angka ini bukan masalah baginya. Namun, bagaimana untuk mereka yang tidak mampu? Tentu timbul kesulitan buatnya. Dia perlu qadha puasa sebanyak 115 hari dan bayar pulak fidyah sebanyak itu. 

Ini tentu menyulitkan sedangkan Allah telah menegaskan di hujung ayat yang menjelaskan tentang keadaan di mana fidyah menjadi ganti kepada puasa dengan firmannya:

يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر

"Allah menghendaki kemudahan untuk kamu dan Dia tidak mahu menyusahkan kamu".
(Surah Al-Baqarah: Ayat 185)



Sebab itu, aku suka membentangkan sudut padangan ini untuk merealisasikan dasar hukum dalam Islam yang menjadikan nas sebagai dalil di samping berpegang dengan feqah taysir yang menjadi sikap kebanyakan muhaqqiqun pada zaman ini dan sebelumnya.

Seseorang yang gagal mengqadhakan puasan Ramadhanya dalam sebelas bulan selepas Ramadhan, lalu masuk Ramadhan berikutnya, sesetengah ulama berpendapat bahawa dia perlu mengqadhakan puasanya yang lalu itu selepas Ramadhan yang kedua dengan fidyah secupak beras. Jika berlalu sebelas bulan berikut dan gagal juga mengqadhakannya, maka fidyah digandakan. Demikianlah seterusnya. Setiap selang setahun, digandakan fidyahnya. 

Padangan ini diambil oleh ulama mazhab Syafiyyah dan Hambaliah berdasarkan amalan beberapa orang kalangan sahabat. Sementara ulama mazhab lain tidak mensyaratkan fidyah. Hanya memadailah dengan qadha sahaja.

Ketika mengulas situasi ini, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menegaskan bahawa pandangan yang mewajibkan fidyah dibayar bersama dengan qadha tidak punya sandaran saheh daripada nabi SAW. Apa yang wajib secara pasti ialah mengqadhakan puasa yang ditinggalkannya tak kira berselang berapa tahun sekalipun.  Jika seseorang itu mahu memberi fidyah, itu adalah baik kerana meraikan pandangan sebahagian ulama mazhab yang berdalilkan amalan sesetengah sahabat. Menurut kebanyakan ulama salaf, termasuk imam Abu Hanifah, memberi fidyah berganda ini hanyalah sunat dan bukannya wajib.

Perlu diingat bahawa untuk mewajibkan sesuatu, kita memerlukan dalil dari Al-Quran maupun hadis nabi SAW. Riwayat mengenai nabi SAW itu perlulah pula saheh. Amalan sebahagian sahabat tidak boleh dijadikan asas untuk menetapkan sesuatu kewajipan.

Rujukan: Al-Qaradhawi

Sabah dan kesultanan Sulu

September 21, 2010

Sekitar era 1450an, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Pada tahun 1457, beliau menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang DiPertuan.

Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei menganugerahkan Sabah Timur kepada Kesultanan Sulu kerana di atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.

Ketika penjajahan Inggeris, Sandakan telah dipajakkan oleh Sultan Sulu kepada Inggeris. Pajakan tersebut  dikatakan untuk satu tempoh tanpa had yang diungkap dalam serangkai ayat "selagi ada bulan dan bintang".Ketika Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Sabah dimerdekakan daripada Inggeris dan dimasukkan ke dalam persekutuan Malaysia. Dengan itu, pajakan kepada Inggeris itu pun beralih tangan kepada Malaysia pula. Dikatakan sehingga kini harga pajakan itu dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada waris Sultan Sulu sebanyak RM5300.00 setahun. Namun, berikutan terdapat beberapa individu yang mendakwa dirinya sebagai pewaris sah kesultanan Sulu, bayaran tersebut diserah kepada pemegang amanah.

Beberapa tahun yang lalu kerajaan Malaysia dikejutkan oleh tuntutan daripada pihak yang mendakwa waris kesultanan Sulu itu ke atas negeri Sabah. Sehingga kini, kerajaan Filipina sendiri mendakwa punya hak  ke  atas Sabah dan menuntutnya daripada kerajaan Malaysia.

Rantau pemerintahan Sulu yang menganjur dari pulau Mindanau sehingga ke wilayah-wilayah pantai Barat negeri Sabah, kini hanya tinggal kenangan sejarah. Pusat pemerintahannya di kepulauan Sulu telah dijajah oleh kerajaan Filipina. Rakya Sulu telah bertebaran. Sebahagiannya menjadi pelarian ke Sabah, dan sebahagian tinggal di negeri dalam keadaan dijajah. Sebahagian yang lain pula bangkit memikul senjata dan membentuk kumpulan pejuang. Sementara Sabah, telah tertulis dalam undang-undang antarabangsa sebagai milik Malaysia. Sekurang-kurangnya demikianlah yang diterima oleh masyarakat dunia sehingga kini.

Kini, individu-individu yang mendakwa sebagai waris sah kesultanan Sulu itu tidak punya wilayah pemerintahan sendiri. Ada yang memegang pasport Filipina dan ada yang memegang Maykad Malaysia. Sungguhpun mereka tidak punya negeri, mereka masih bercita-cita untuk mendapat hak pemerintahan ke atas Sabah. Tuntutan mereka ke atas Sabah menjadi bahan tawa ramai orang termasuk rakyat Sabah sendiri kerana negeri pusat pemerintahan mereka pun masih dicengkam pemerintahan kerajaan Filipina, tiba-tiba mereka melontarkan tuntutan ke atas negeri Sabah.

Ada cadangan agar sultan Sulu itu diterima menjadi Sultan Sabah. Dengan itu, sabah akan jadi sepertimana negeri-negeri Melayu di Semenanjung yang ada sultan masing-masing Namun, cadangan ini hanyalah cakap-cakap kedai kopi. Kerajaan Malaysia sendiri tidak pernah punya minat terhadap idea sebegini.

Zaman kesultanan sudah berlalu. Sultan yang ada dewasa ini hanyalah warisan yang dikekalkan dan tidak tahu selama mana ia akan terus kekal. Tidak akan berlaku lagi sebagaimana zaman dahulu di mana seorang sultan bagi wilayah dan empayar baru dinobatkan. Rakyat sesebuah negara dalam dunia hari ini sudah mendapat pendedahan ilmu pengetahuan dan bukan lagi berjiwa hamba yang menjadi ciri utama rakyat yang bersultan. Rakyat lebih suka memilih pemimpin dari kalangan mereka sendiri berdasarkan hukum merit.

Sekarang bukan lagi zaman antara dua darjat untuk menentukan siapa yang berkuasa. Ada rakyat yang lebih kaya dari Sultan yang bertahta dalam istananya. Ada rakyat yang lebih pintar dan belajar lebih tinggi dari kalangan kerabat istana. Ada rakyat yang lebih berpengaruh dari Sultan yang dilantik. Dulu, puteri rajalah wanita isteri paling berprestij dan menjadi impian mat jenin  untuk dikahwini rakyat. Kini  wanita-wanita penyanyi lebih diminati para dato' berbanding puteri para sultan!

Apa untungnya buat rakyat untuk melantik Sultan Sulu menjadi Sultan Sabah? Selain ia membazirkan wang negara, ia hanya tindakan pusing belakang. Faedahnya pula, kalau pun ada, hanya sekadar teori. Ada dakwaan mengatakan bahawa dengan adanya Sultan ia menjadi lambang bahawa tanah ini milik siapa. Sekadar berbangga siapa milik tanah ini, apalah gunanya. Semua orang tahu kaum Red-Indian adalah pemilik asal bumi Amerika Syarikat. Tapi, apalah gunanya title pemilik asal tersebut kalau merempat di bumi sendiri. Sesetengah orang memberi alasan wujudnya sultan akan menjadi pelindung kepada ketuanan bangsa.  Kononnya, akan  terpeliharalah hak milik tanah-tanah di Sabah dan tidaklah berjatuhan ke tangan Cina sebagaimana sekarang. Dakwaan sebegini boleh dipertikaikan. Jika kita melihat kepada negeri-negeri di Semenanjung yang ada Sultan sekalipun, pindah milik tanah kepada bangsa asing tetap berlaku. Di negeri Pahang, sudah berapa banyak puncak bukit di Cameron Highland yang menjadi milik taukeh judi Cina. Di negeri Johor, tanah yang luasnya berekar-ekar diperuntukkan untuk dibangunkan sebagai bandar Iskandar yang pemiliknya tentu bukan lagi Melayu. Sesetengahnya, kerabat istanalah yang membuat angkara menyebabkan hilangnya pegangan pribumi terhadap tanah negeri mereka sendiri.

Islam menyuruh kita memilih orang yang paling  mempunyai keahlian untuk memimpin. Apabila pemimpin yang dipilih bukan ahlinya, kata Nabi SAW dalam hadisnya, tunggulah sa'at kemusnahan dan kehancuran.  Keahlian kepimpinan bukan dinilai berdasarkan darah dan keturunan. Apa yang hendak dibanggakan dengan keturunan dan darah Sultan. Keturunan tetap dari bani Adam. Darah tetap merah juga. Dari satu sudut yang lain, keturunan sultan tidak lebih baik daripada rakyat biasa. Jika ditoleh asal muasal macam mana seorang sultan mula wujud dalam masyarakat Melayu, ia bermula dari sejarah yang penuh konflik. Pada zaman manusia menggunakan hukum rimba, siapa kuat dialah yang menang, siapa kaya dialah yang berkuasa, muncullah para pemuka pelbagai kumpulan menguasai dan kadang-kadang menindas rakyat.

Para pemuka tersebut, disokong oleh para pendokongnya yang disuap dengan harta atau  didorong oleh kepentingan ataupun ketakutan. Barangkali pemuka itu hanya ketua sekumpulan peneroka yang memugar tanah baru. Barangkali dia adalah ketua sekumpulan perompak dan lanun yang merampas dan merompak rakyat. Rakyat takut kepada mereka dan memerlukan perlindungan daripada mereka. Untuk kemananan,  ditumpahkan taat setia kepada mereka. Proses sejarah telah menukar status pemuka-pemuka 'gedebe' dalam masyarakat ini menjadi bangsawan yang kemudiannya dirajakan. Kedatangan Islam mempermolek mereka dengan lebel kesultanan.

Justeru, para sultan bukan makhluk dewata yang turun dari langit. Itulah gambaran golongan istana  pada zaman hindu di alam Melayu. Dewata itu hanya metos orang Hindu. Kemudian, setelah Islam, dibina metos baru.Kononnya asal-usul keturunan  raja-raja Melayu  adalah dari Bukit Sigungtang Mahameru. Dari keturunan Sang Sapurba yang dikatakan berketurunan dari Iskandar Zulkarnain  dan puteri Aqtabul Bahri dari negara sebelah India sana. Hikayat itu rekayasa pembodek istana buat mengangkat darjat tuannya.

Justeru, kalau mahu melantik Sultan, carilah orang paling tinggi merit dalam masyarakat. Realiti politik dunia hari ini, orang yang sebegini tidak lagi dinamakan sultan. Sultan itu datang daripada keturunan tertentu. Kerana bukan mulia dan hebat keturunan yang melahirkan salasilah sultan-sultan, dasar apa untuk kita memenjarakan akal fikiran kita mencari-cari titis keturunan sultan Sulu buat dinobatkan di Sabah. Kalaupun nenek moyang mereka pernah menjabat kedudukan istimewa di rantau Sulu, nenek moyang mereka jugalah yang menjual, memajak dan melepaskan pegangangan ke atas tanah Sabah ini. Lagipun, nenek moyang mereka itu bukanlah peribumi yang lahir di bumi Sulu.

Bukankah pengasas kerajaan Sulu pertama itu adalah bangsa Arab dan dari Johor pula? Siapa dia, sejarah tidak mendetailkan. Barangkali pedagang. Barangkali orang buangan. Asalnya nama Arab, orang Melayu zaman dulu sangat kagum dan hormat. Kita lebih mengenali watak dan perangai orang Arab dalam dunia terbuka pada hari ini.

Kesimpulannya, kisah kesultanan Sulu itu kisah sejarah. Kita sedang melangkah ke hadapan dan tidak perlu berpatah balik ke belakang. Negeri kita telah merdeka dan bebas. Bebas dari cengkaman penjajah. Bebas juga dari pemerintahan kuku besi yang menggunakan nama kesultanan. Rakyat telah mendapat hak bersuara dan memilih pemimpin pilihannya sendiri. Usahlah kita terhimbau dengan sekerat cerita hikayat yang diriwayatkan penulis-penulis silam yang menggambarkan kegemilangan pemerintahan kesultanan. Ia bukan kegemilangan rakyat, tetapi kegemilangan elit pemerintah yang terpilih dan membanggakan kerabat dan keturunan mereka.

Sabah tidak memerlukan seorang Sultan.

Pemerintahan Ala-Firaun

September 19, 2010


ونادى فرعون في قومه قال يا قوم أليس لي ملك مصر وهذه الأنهار تجري من تحتي أفلا تبصرون

Dan Fir'aun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: "Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir Ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai Ini mengalir di bawahku; Maka apakah kamu tidak melihat(nya)?
(Surah Az-Zukhruf: Ayat 51)

Mesir pada zaman nabi Musa A.S diutuskan sebagai Rasul diperintah oleh  Firaun dan elit pemerintahannya. Dalam Al-Quran, Allah menggambarkan beberapa ciri pemerintahan elit penguasa tersebut. Mereka menggunakan kaedah pecah dan perintah. Rakyat tidak dibiarkan berpecah kepada puak dan kelompok agar dengan itu kekuasaan elit tersebut tidak akan dicabar. Selain tu, rakyat juga sering ditakut-takutkan. Dalam pemerintahan Firaun, Ahli Sihir menjadi jentera penting pemerintahan untuk menimbulkan kehebatan pemerintah.

Tulisan ringkas kali ini ingin mengulas mengenai satu perangai pemerintahan Firaun dan elitnya sebagaimana dinyatakan dalam Surah Az-Zukhruf ayat 51 di atas. Allah menegaskan bahawa Firaun, dengan kekuasaan yang diberikan kepadanya dan anugerah negeri Mesir yang diberikan tanah yang subur lantaran sungai Nil mengalir merentasinya, mendakwa dialah pemilik sungai Nil tersebut. 

Dia mewar-warkan kepada rakyatnya, jasanya mengairi negeri Mesir dengan tali air yang dialirkan dari sungai Nil untuk mengairi ladang-ladang penduduk negeri Mesir sehingga mereka mampu menikmati kehidupan makmur dan mewah hasil perladangan itu. Pemerintahan Firaun ini penuh dengan rasa riak dan sombong  dengan melebelkan namanya pada projek tali air tersebut. Dengan cara tersebut, dia mengharapkan rakyat Mesir akan sentiasa ingat pergantungan mereka kepada kerajaannya.

Memang itulah projek utama ekonomi Mesir pada masa itu. Membina tali air untuk mengairi ladang-ladang rakyat. 

Bagi sebuah kerajaan tentunyan ada projek-projek yang dibuat kepada rakyat. Umpamanya jalanraya, sekolah, kompleks bangunan, perumahan dan sebagainya. Kerajaan Malaysia yang diperintah oleh elit pemerintahan UMNO-BN dewasa ini  menggunakan kaedah yang serupa dengan kaedah elit pemerintahan Firaun. 


Pada setiap projek yang sedang atau akan dijalankan, anda akan saksikan papan tanda besar tertulis "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL". Seolah-olahnya kerajaan yang memerintah itu ingin memberitahu rakyat sebagaimana gaya Firaun mewar-warkan kepada rakyatnya. Tidakkah kamu lihat berapa banyak projek yang kami lakukan buat kamu!Maka hendaklah kamu menyokong pemerintahan kami kerana hanya kami yang pandai memerintah untuk kamu.

Pemerintahan yang penuh riak itu adalah pemerintahan ala-Firaun. Pemerintahan yang baik tidak mengamalkan sikap riak tersebut. Kalau buat apa-apa projek rakyat, kerajaan yang baik akan memuji dan mensyukuri Allah kerana memberikan kemakmuran tersebut dan bukan melantunkan nama sendiri dengan bongkak dan sombong pada papan tanda besar. Sebuah kerajaan hanya melaksanakan amanah Yang Maha Esa. Pada saatnya, Dia berhak menarik balik pemerintahan bila-bila masa sahaja yang Dia mahu!

Kutipan JARYAH 50

September 14, 2010

Alhamdulillah, Jaryah 50 yang telah dilancarkan  pada bulan Ramadhan baru-baru ini telah berjaya memungut sejumlah RM11, 361.00. Kerjasama daripada penyelaras dan wakil-wakil serta kemurahan hati serta semangat berlumba-lumba menyumbang semasa Ramadhan daripada para penderma telah membawa kepada terkumpulnya jumlah tersebut. Walaupun jumlah yang disasarkan ialah RM20,000.00, insya Allah jumlah tersebut dapat dipergunakan sebaik mungkin untuk melaksanakan projek pembaikan yang dirancangkan.

Semoga Allah melipatgandakan ganjaran di dunia dan akhirat bagi mereka yang telah terlibat dalam menyumbang. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan setiap yang diinfaqkan dengan ikhlas. Yang murah hati akan mendapat sesuai dengan kemurahan hatinya. Yang kikir dan bakhil akan mendapat sesuai dengan apa yang dikikirkannya.  

Allahu waliyyut taufiq wal hidayah...allahumma waffiqna lir rashad!

Bapa borek anak tak rintik

Omar bin Laden dan isterinya Zaina

Ossama bin Laden seorang yang hebat. Dia menggegarkan negara kuasa besar Amerika Syarikat dan menjadi buruan negara polis dunia itu. Dia dicap sebagai teroris. Di kalangan pejuang Islam yang mengangkat senjata, dan menjadikan peperangan jihad sebagai manhaj menegakkan Islam,  dia menjadi kebangaan dan inspirasi.

Namun, anaknya Omar Ossama bin Laden tidak sepertinya. Ia dikenali juga Omar bin laden atau Omar Awwad bin Laden. Anak ke 4 daripada 11 anak Ossama bin Laden itu, sungguhpun telah menghadapi pahit getir bersama ayahnya dalam buangan di Sudan antara tahun 1991-1996 dan telah mendapat latihan dalam kem Al-Qaeda  di Afghanistan selama 6 tahun semenjak usianya 14 tahun,  dia tidak mewarisi dan meneruskan corak perjuangan ayahnya. Dia juga pernah tinggal serumah dengan pemimpin kedua Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahiri. Pada tahun 2000, dia telah meninggalkan kumpulan Al-Qaeda dengan alasan tidak mahu dikaitkan dengan pembunuhan orang awam dan bapanya Osama bin Laden.

Omar kembali ke Arab Saudi dan tinggal di sana serta terlibat dengan perniagaan  Saudi Binladen Group, syarikat perniagaan keluarganya sehinggalah berlakunya peristiwa 11 September.

Omar bin Laden telah berkahwin dengan  Jane Felix-Browne atau nama Islamnya Zaina Mohamed Al-Sabah  pada April 2007 di United Kingdom dan perkawinan mereka dikendurikan di Arab Saudi dan Mesir. Sebelum berkahwin dengan Omar bin Laden, Zaina dikatakan telah berkahwin sebanyak 5 kali dengan beberapa orang bermula dengan seorang lelaki Arab Saudi pada usia 16 tahun. Zaina telah mempunyai 5 cucu dan 24 tahun lebih tua daripada Omar ketika mereka berkahwin. Omar pula sudah berkahwin dan dengan isteri pertamanya mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Dengan Zaina, Omar tidak dikurniakan anak. Mereka telah menyewa rahim Louise Pollard, sahabat baik Zaina, untuk mengandungkan anak mereka secara pemanian beradas. 

Allah punya kuasa. Allah menjaga maruah Ossama bin Laden dan tidak menghendaki keturunannya dilahirkan oleh wanita kafir. Louise Pollard, yang sudah mengandungkan anak pasangan tersebut selama 10 minggu telah diserang dan ditumbuk oleh orang yang tidak dikenali ketika berada di Syria. Serangan tersebut menyebabkannya keguguran.

Sebelum itu, Omar bin laden dan Zaina telah pun diberitakan bercerai.


Sumber: Wikipedia, Harian Metro

"Allahu Akbar" ganti "Daulat Tuanku".

Saya mendapat tahu dari sumber tertentu bahawa pada hari Pemasyhuran Tengku Faris sebagai Sultan Kelantan yang baru, laungan "Daulat Tuanku" telah digantikan dengan takbir " Allhu Akbar". Pertukaran ini memang sudah sepatutnya. Cuma, selama ini keluarga istana tidak ada keberanian dan kekuatan untuk mengubahnya. Penasihat-penasihat agama di istana-istana juga tidak punya keberanian dan kekuatan mencadangkan perubahannya.  Mungkin mereka merasakan ia bukan aulawiyyatnya. Justeru, bilakah ia akan menajdi aulawiyyat sedangkan kesultanan Melayu telah berdiri beratus-ratus tahun? Walaupun perubahan kalimah laungan tersebut hanya kecil, ia membawa signifikan yang tersendiri.

Kalimah "Daulat Tuanku" sudah lama digunapakai dan sudah sebati dengan masyarakat Melayu. Ia menjadi tanda penghargaan rakyat Melayu kepada raja mereka. Pada hari keputeraan raja-raja Melayu, kain rentang digantung tertera kalimah tersebut di sana sini. Billboad besar terpampang di tengah bandar atau pinggir kota tertera kalimah warisan tersebut. Kalimah itu dilaungkan orang hamba rakyat Melayu setelah seseornag sultan ditabalkan. Demikianlah adanya. Demikianlah yang kita rakyat saksikan dalam cerita-cerita klasik mengenai raja-raja Melayu dan apa yang berlaku dalam Balairong Sri. Kita rakyat marhaen manalah pernah duduk menyaksikan apa yang berlaku di Balairong Sri.

Saya pernah menulis bahawa konsep daulat dan tulah adalah saka peringkat tinggi. Rakyat biasa yang disokong oleh jin belaan dikatakan mempunyai saka. Saka itu diwarisi keturunan demi keturunan. Maka, daulat juga begitu. Dalam kepercayaan masyarakat Melayu lama, daulat seorang raja itu menyebabkan seorang raja mempunyai tulah. Apabila seseornag rakyat Melayu derhaka kepadanya, rakyat Melayu itu akan ditimpa tulah. Kepercayaan ini diperkuatkan dengan cerita  mitos sejarah Melayu mengenai waadat antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Lalu dibawa comtoh-contoh rakyat Melayu derhaka yang terkena tulah. Hang Jebat yang derhaka kepada rajanya dan Panglima Bentan yang membunuh Sultan Mahmud di atas julang merupakan antara contoh rakyat Melayu yang diriwayatkan ketulahan kerana mencabar daulat seorang raja. Kerana hebatnya daulat seorang raja, Jambatan yang baru siap dibina di Alor Setar jadi senget dipijak oleh Sultan Kedah pada masa itu, Sultan Abd Hamid.

Luar biasa...Apa jenis luar biasa itu? Itulah daulat. Rakyat Melayu zaman dahulu mentakrifkannya.

Daulat cuma sebuah istilah. Hakikat sebenar kesan dari daulat itu (jikalah benar berlaku sebagaimana diriwayatkan) ialah sihir. Saka menerbitkan sihir sebab ia melibatkan bantuan jin. Maka, jika daulat menerbitkan hal-hal luar biasa, ia juga adalah sihir. Ada mahkhluk yang berperanan di belakang tabir.

Namun, kalimah daulat dalam bahasa harian orang Melayu sudah dilafazkan sebagai tanda sanjungan pada raja.Sungguhpun begitu, kalimah tersebut tak wajar diteruskan kerana ia mempunyai akar hubungkait dengan kepercayaan dan tradisi yang tidak sesuai dengan Islam. Jika diteliti sedalam-dalamnya, kalimah tersebut mampu menjerumuskan kita dalam kesyirikan. Ia menjadi semacam pentaqdisan keterlaluan kepada raja-raja, terutama bagi mereka yang tidak dipandukan keimanan kepada Allah SWT.

Baik sekali kalau kalimah"Daulat Tuanku" ditukar dengan laungan "Allahu Akbar". Yang maha besar itu cuma Allah SWT. Dialah pemilik kerajaan langit dan bumi. Dialah yang satu-satunya perlu ditaqdiskan. Keberanian kita mengubah susunan dan aturan nenek moyang sudah perlu diteruskan dan diperhebatkan Karat-karat silam tidak boleh dibiarkan terus bertempel selamanya. Usaha menggilapnya dengan Islam perlu sentiasa difikirkan dan dilaksanakan dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Kaifiat Solat Hari Raya

September 10, 2010


Solat sunat hari raya, sama ada Idul Fitri ataupun Idul Adha sama sahaja. Ia dilakukan 2 rakaat. Boleh dilakukan secara berjemaah dan boleh secara bersendirian. Waktunya bermula bila matahari sudah naik kadar segalah hingga gelincir matahari. Kaifiatnya adalah seperti berikut:

1) Selepas takbiratul ihram baca doa iftitah.

2) Kemudian bertakbirlah sebanyak 7 kali.

3) Selang antara setiap takbir, dengan posisi qiam, bacalah tasbih ini:

" Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar"

4) Selepas takbir ke 7 bacalah Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan surah Qaf. Kalau tak ingat baca surah Al-'ala. Kalau tak ingat juga bacalah apa surah yang ingat.

5) Kemudian rukuk dan sujud sebagaimana biasa

6) Bangun dari rakaat sujud kedua rakaat pertama sambil melafazkan takbir. Takbir itu dinamakan takbir "Intiqalat".

7) Berdiri dalam keadaan Qiam solat.

8) Takbir pula sebanyak 5 kali.

9) Selang antara setiap  takbir, dengan posisi qiam, bacalah tasbih ini:

" Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar".

10) Selepas takbir ke 5, bacalah Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan surah Al-Qamar Kalau tak ingat baca surah Al-Ghasiah. Kalau tak ingat juga bacalah apa surah yang ingat.

11)Kemudian rukuk dan sujud sebagaimana biasa.

12) Setelah beri salam dan berdoa, khatib akan naik membar dan berkhutbah.

Perhatian: Solat hari raya boleh diqadhakan pada hari raya kedua. Solat qadha hari raya ia boleh dibuat secara sendirian atau secara berjemaah. Jika solat qadha, tak perlu khutbah.

KHUTBAH KHAS IDUL FITRI 1431

September 9, 2010


اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ،

HADIRIN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG BERBAHAGIA,

Hari ini, setelah sebulan kita berpuasa di siang hari bulan Ramadhan, kita bertemu dengan satu hari yang dinamakan hari raya Idul Fitri. Inilah hari di mana mereka yang telah berjaya berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah SWT dikembalikan kepada fitrah, iaitu kembali suci bersih dari dosa. Beruntunglah bagi orang-orang yang kembali kepada fitrahnya pada hari ini.

Pada hari ini, Ramadhan telah meninggalkan kita. Sebahagian orang bergembira dengan perginya Ramadhan kerana Ramadhan telah membebankannya dan membataskan banyak kebiasaannya. Sebahagian orang pula bersedih dengan berlalunya Ramadhan kerana dia memahami besarnya kelebihan Ramadhan dan banyak sekali nostalgia amal ibadat yang telah dia lalui sepanjang Ramdhan. Salah satu dari dua jenis manusia ini, mana satunya adalah kita? Jawapannya tergantung kepada tahap iman kita dan nilai taqwa yang telah kita raih di penghujung Ramadhan.

Pada hari ini, hari Idul Fitri, kita merayakan kemenangan kita kerana selama sebulan dapat berpuasa menahan lapar dan dahaga serta hawa nafsu. Hari ini kita menzahirkan kegembiraan kita kerana selama sebulan kita dapat menghidupkan Ramadhan dengan Qiam, Tadarus, beriktikaf, bersedekah dan berbagai-bagai amalan yang telah menjana dan mempertingkatkan taqwa kita. Kita mengharapkan fitrah yang dijanjikan Allah SWT pada hari ini menjadi milik kita. Hari ini, kita kembali bersih sebagaimana fitrah kejadian kita sebagaimana sabda nabi SAW:


من صام رمضان إيمانًا واحتسابًا غُفِر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya: 
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.


 اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ،


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


(Untuk Seterusnya sila klik Download)

IDUL FITRI JUMUAT




"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada Jumuat, 10 September 2010".

-Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.-

RISALAH RAMADHAN (SIRI 4)-SURAU AL-FAJR

September 7, 2010

 Risalah Ramadhan-siri 4 

Beberapa panduan sempena Eidul Fitri:

1. Apabila tenggelam matahari akhir Ramadhan, masuklah 1 Syawal maka disunatkan memperbanyakkan takbir sehinggalah waktu solat sunat hari raya hendak didirikan.


2. Tiada kelebihan khusus menghidupkan malam hari raya dengan amal ibadat. Dakwaan kelebihannya adalah bersandarkan hadis yang tidak saheh.


3. Haram berpuasa di hari raya.

4. Solat sunat hari raya adalah muakkad bagi lelaki mahupun perempuan.


5. Solat sunat Eidul Fitri sunat dilambatkan sedikit berbanding solat sunat Eidul Adha.


6. Disunatkan makan buah tamar mengikut jumlah ganjil sebelum keluar untuk solat hari raya.

7. Disunatkan mandi, pakai wangian dan pakai pakaian baru untuk keluar solat hari raya.

8. Disunatkan berjalan kaki menuju tempat solat jika dekat.

9. Disunatkan pergi dan pulang melalui jalan yang berbeza.

10. Disunatkan keluar ke tempat solat hari raya beramai-ramai, lelaki, perempuan dan kanak-kanak.

11. Melakukan solat sunat mengikut kaifiatnya iaitu 7 takbir pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua. Diselangi antara setiap takbir tersebut ialah tasbih.


12.Tidak disunatkan azan maupun iqamah sebelum solat sunat hari raya.  Memadai dengan menyebut “Assolatul Jami’ah”.


13. Tidak ada solat sunat qabliah maupun ba’diah kecuali solat sunat tahiyyatul masjid jika dilakukan dalam masjid.

14. Mendengar khutbah adalah sunat. Siapa berkelapangan disunatkan duduk mendengar dan siapa punya urusan boleh beredar.


15. Jika tidak sempat solat hari raya hari pertama, boleh qadha pada hari kedua, secara sendirian atau berjema’ah dan tiada khutbah.

16. Jika hari raya jatuh pada hari Jumuat, gugurlah kewajipan jumuat untuk mereka yang sudah solat hari raya tetapi solat zohor tidak gugur sekali-kali.

17. Digalakan untuk berbelanja lebih untuk keluarga, beri mereka makan atau pemainan (yang halal) dengan tujuan menzahirkan kegembiraan di hari raya.

18.Apabila bertemu antara satu sama lain, ucapkan tahniah. Ucapan terbaik adalah “taqabbalallahu minkum”. Dijawab: “minna wa minkum…”.


19. Janganlah berhari raya dengan mengunjungi tempat maksiat atau melakukan perkara yang haram seperti pergaulan bebas lelaki perempuan, bersalaman sesama bukan muhram dan meninggalkan solat fardhu.


20. Tidak disunatkan ziarah kubur pada hari raya. Amalan adat menzirahi kubur di hari raya sehingga terzahir semacam pesta ziarah kubur di hari raya adalah menyalahi sunnah. Bukan masanya di hari raya untuk bersedih mengenangkan orang mati.


21. Gunakan hari raya untuk menziarahi mereka yang hidup, menghubungkan silaturrahim dengan ibu bapa, kaum kerabat, sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain. Zahirkan rasa gembira dalam ziarah yang dilakukan.

ZAKAT DENGAN NILAI DAN BENDA

September 6, 2010


Pernah timbul perbincangan di kalangan sekelompok kami tentang keharusan menukarkan wang zakat kepada barangan. Persoalan ini menjadi kemusykilan kerana wang zakat itu mungkin disalahgunakan. Umpamanya murid-murid sekolah, kalau diberi wang, mereka mungkin joli sahaja. Beli handphone baru kemudian menimbulkan masalah pula kepada para guru dengan penyalahgunaannya. Yang dewasa pun  mungkin berbuat hal yang sama. Golongan faqir miskin bukan semuanya baik dan kuat iman. Bagaimana kalau wang zakat itu digunakan buat menikam nombor ekor, beli arak, beli rokok atau beli peralatan hiburan yang tidak membantunya dalam agama? Apakah kita harus memberi wang kepadanya jika kita pasti atau hampir pasti bahawa wang tersebut akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang haram?


Pada dasarnya, zakat hendaklah dikeluarkan mengikut harta zakat. Jika harta zakat itu padi, maka padilah. Jika kambing, maka kambinglah. Kecuali zakat perniagaan, ia boleh dikeluarkan dalam bentuk matawang.

Pertamanya, kita lihat dulu pendapat ulama tentang keharusan menukarkan zakat kepada nilai. Terdapat khilaf pandangan dalam soal ini di kalangan ulama.

1) Jumhur ulama berpandangan bahawa tidak harus menukarkan zakat kepada nilai. Ini kerana, zakat merupakan ibadah dan ibadah hendaklah dilakukan sebagaimana yang diperintahkan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah dan disahehkan oleh Al-Hakim, nabi SAW menyebutkan :"Ambillah bijian daripada bijian, kambing daripada kambing, unta daripada unta dan lembu daripada lembu".

2) Menurut Imam Abu Hanifah, Imam Bukhari, Asyhab dan Ibn Al-Qasim (dalam satu riwayat), adalah harus mengeluarkan zakat dengan nilai. Ini berdalilkan apa yang dikatakan oleh Mu'az bin Jabal kepada penduduk Yaman:

ائتونى بعرَض: ثياب، خميص أو لبيس ‏، في الصدقة مكان الشعير والذرة، أهون عليكم وخير لأصحاب النبي صلى الله عليه وسلم ‏بالمدينة 

 "Bawakan kepadaku pakaian, khamis atau labis (jenis-jenis pakaian) ketika mengeluarkan zakat ganti daripada gandum atau bijian,  ia lebih mudah buat kamu dan lebih bermanfaat buat penduduk Madinah".

Nabi SAW mengakui bahawa Muaz bin Jabal adalah sahabatnya yang paling tahu halal dan haram.

3) Menurut Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, menukarkan zakat kepada nilai tanpa hajat adalah dilarang. Jika ada hajat dan keperluan buat penerima zakat tersebut, maka ia dibenarkan. Pendapat ini juga disokong oleh As-Saukani.

Pada hari ini, selaras dengan keperluan moden, ummat Islam di mana-mana lebih  selesa  mengeluarkan zakat dengan nilai. Di rantau Asia Tenggara yang dikatakan kuat berpegang dengan mazhab Syafie, amalan mengeluarkan zakat telah dilaksanakan dalam bentuk nilai. Zakat fitrah yang seharusnya dikeluarkan dalam bentuk makanan asasi penduduk negeri, telah dikeluarkan dalam  bentuk nilai. Di Malaysia, sudah diamalkan secara meluas bayaran zakat dibuat dalam bentuk nilai matawang. Disabah untuk tahun ini ialah RM6.80. 

Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah atau pendapat Syeikhul Islam, Ibn Taimiyyah yang membenarkannya dengan sebab dan maslahah.

Siapa yang mendakwa dia bermazhab syafie, silalah keluarkan dalam dengan beras iaitu segantang Baghdad. Orang Melayu hitung sebagai 4 cupak. Untuk mereka yang bertegas mengatakan "aku bermazhab Syafie" hendaklah mengeluarkan zakat fitrah dengan 4 cupak beras.

Jika zakat yang asal dalam bentuk harta hendak ditukarkan kepada nilai matawang tidak disepakati ulama tentang keharusannya maka demikianlah pula apabila nilai matawang itu hendak ditukarkan kepada harta lain yang sama nilai dengan nilai matawang itu.

Ulama-ulama Arab Saudi seperti Bin Baz dan Syeikh Uthaimin menfatwakan bahawa tidak harus menukarkan zakat fitrah kepada nilai kerana zakat adalah persoalan ibadah yang perlu dilaksanakan sebagaimana ia diperintahkan.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengulas dalam bukunya Fiqh Zakat dengan mengemukakan hujah-hujah yang mewajarkan zakat dalam bentuk matawang adalah lebih lebih memenuhi makna di sebalik zakat itu. Menurutnya, pandangan yang rigid meletakkan zakat hedaklah dikeluarkan dalam bentuk makanan asasi (bagi zakat fitrah) atau dalam bentuk harta yang seumpamanya bagi zakat harta adalah pandangan yang sesuai dengan struktur masyarakat masa lampau yang corak kehidupannya jauh berbeza dengan corak kehidupan masa kini.

Di sebuah bandar yang punya jutaan penduduk, mengatakan mereka semua wajib mengeluarkan  zakat fitrah dalam bentuk bijirin adalah adalah luar biasa. Betapa kelak akan berlaku pembaziran dan dan bijian itu luput tempoh gunanya atau dirosakkan oleh makhluk perosak

Justeru, pandangan Ibn Taimiyyah adalah pandangan pertengahan yang paling sesuai dipraktikkan. Jika ada keperluan, maka menukarkan matawang kepada benda adalah dibenarkan. Ia lebih mudah untuk pengeluar zakat dan lebih bermanfaat untuk mereka yang menerimanya.

Buaya di bawah riak

September 5, 2010


Sekumpulan rakyat Indonesia berdemontrasi di depan keduataan Malaysia di Jakarta. Mereka menginjak bendera Malaysia, membakarnya dan melemparkan najis ke dalam kawasan kedutaan. Kain rentang berisi kata-kata kesat dan pedas serta menyerukan perang fizikal dibawa. Melihat perkembangan ini, tidak sedikit rakyat Malaysia yang naik angin. Darah naik ke muka dan hati pun mula panas. Kata-kata kesat dibalas dengan kata-kata kesat. Sesetengah menulis dalam media mencadangkan kepada kerajaan menghalau pulang semua rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Rakyat Malaysia yang sejurus beberapa waktu sebelumnya berpecah diseru bersatu menyatakan sokongan kepada kerajaan dalam menangani isu ini. rakyat dituntut menunjukkan patriotik. Sebagaimana gagal menghimpun patriotisme rakyat melalau kibaran bendera sempena hari kebangsaan, isu ini juga tidak mampu menarik patriotisme rakyat untuk berdiri bersaf-saf di belakang kepimpinan yang ada sekarang atas nama membela Malaysia.

Benarkah kedaulatan Malaysia sedang dicabar? Siapa pula yang sedang mencabar itu? 

Dunia ini kecil pada zaman ini. Politik telah merentas sempadan. Perancangan politik dalam sebuah negara, kekadang merentas sempadan ke negara tetangga. 

Amatilah dengan cermat perkembangan mutakhir mengenai kelompok rakyat Indonesia yang diwar-warkan sedang mengoyak kehormatan Malaysia. Malaysia? Atau siapa?

Boleh jadi, di bawah riak ada buaya merejam...

Status halal minyak sapi QBB diragukan.

September 2, 2010

Sahabat-sahabat yang selalu membuat kuih muih menggunakan  minyak sapi tentu akan merasa risau dengan pendedahan ini. Kalau buat  nasi tomato atau beriani, minyak sapi selalu digunakan.  Banyak juga bahan masakan memerlukan minyak sapi untuk menambahkan keenakannya. Koleksi minyak sapi di pasaran yang bertanda halal bukan banyak. Kini, minyak sapi QBB pula bermasalah. 

Allahummaghfirlana....


Oleh: SM Mohamed Idris

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan supaya menarik balik dengan segera penjualan minyak sapi QBB yang dijual di Malaysia.

Ini berikutan penarikan balik status halal minyak sapi yang telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan bahawa ia mengandungi elemen yang meragukan.

CAP telah berhubung dengan Jakim berhubung kesahihan status halal minyak sapi sejak Julai tahun ini. Dalam jawapannya kepada CAP yang bertarikh 20 Ogos 2010, pihak Jakim telah memaklumkan kepada CAP bahawa mereka sedang menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga mereka yakin dengan status halal produk itu.

Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan oleh sebab itu tidak boleh dimakan oleh umat Islam dan mereka yang mengamalkan memakan sayuran sahaja.

CAP menggesa rakyat Malaysia supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.

Kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan mestilah dengan segera mengambil tindakan untuk menarik balik sepenuhnya produk itu dari pasaran kerana ia sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan segera.

Kaifiat solat witir

Solat witir itu adalah solat penutup malam. Waktunya adalah selepas solat insya hingga masuk waktu subuh. Apabila disebut dari solat  insya., seadainya seseorang itu melakukan jamak takdim insya kepada maghrib, maka bolehlah dia melakukan witirnya dalam waktu maghrib lagi. 

Menurut mazhab Hanafi, witir hukumnya wajib. Namun, menurut jumhur ulama, hukum witir adalah sunnat muakkad.

Solat sunat witir boleh dilakukan sekadar 1 rakaat. Ia juga boleh dilakukan 3 rakaat, 5 rakaat, 7 rakaat, 9 rakaat atau 11 rakaat. Jika witir itu dilakukan 3 rakaat, terdapat 2 cara yang ditunjukki oleh sunnah iaitu:

  1. Solat 2 rakaat satu salam dan kemudian ditambah 1 rakaat dengan satu salam.
  2. Solat 3 rakaat sekaligus dengan 1 salam dan hanya satu tahiyyat iaitu tahiyyat akhir.

    Jika ia dilakukan 5 atau 7 rakaat, maka hendaklah dilakukan secara sekaligus tanpa tahiyyat awal. Sebaliknya jika dilakukan 9 rakaat, maka hendaklah melakukan tahiyyat awal pada rakaat ke-8 dan tahiyyat akhir pada rakaat ke-9 sebelum salam. Adapun juga dilakukan 11 rakaat, maka hendaklah dibuat dua-dua rakatat dipisahkan salam antara satu sama lain dan satu rakaat terakhir secara berasingan.

    Witir yang paling sempurna dilakukan sebanyak 3 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah Fatihah dibacakan surah Al-A'la, pada rakaat kedua dibacakan surah Al-Kafirun dan rakaat ketika dibacakan surah Al-Ikhlas.

    Inilah sedikit ulasan mengini kaifiat witir berdasarkan sunnah. Semua cara tersebut adalah sunnah. Apabila semuanya adalah sunnah, maka haruslah kita melakukan semuanya. Sebaik-baiknya hendaklah dilakukan cara-cara tersebut secara bergilir agar kita dapat mengamalkan semua yang ditunjuki oleh sunnah.

    Sekian...
    Rujukan: Islamqa

    Petua mencari malam Al-Qadar?

    September 1, 2010

    Sebenarnya, tak perlu tahu bilakah Lailatul Qadar itu secara khusus. Maknanya, tak perlu tahulah malam manakah antara 10 malam terakhir atau 7 malam terakhir daripada bulan Ramadhann sebagaimana disebutkan dalam hadis. Buat sahaja amal ibadat sepuluh malam terakhir itu. Kalau tak mampu 7 malam terakhir pun memadailah. Kalau malas amat, beribadatlah pada  malam-malam ganjill sahaja ataupun malam 27 sahaja dengan kebarangkalian rendah untuk Lailatul Qadar. 

    Ada orang memetik petua tertentu tentang menentukan malam manakah Lailatul Qadar berdasarkan hari bermulanya Ramadhan. Sekali tengok macam pelajar-pelajar SPM atau STPM  membuat soalan spot untuk mengagak soalan manakah akan naik dalam peperiksaan.

    Dalam banyak kes, soalan spot bukan selalu betul. Buku-buku yang memetik soalan spot itu hanya bertujuan mengaut keuntungan memperkudakan keghairahan para pelajar untuk mendapat jalan mudah berjaya menjawab soalan peperiksaan. Lebih baik baca semua silibus yang ada. Selain ilmu bertambah, soalan peperiksaan pasti boleh dijawab mudah.

    Kalau boleh buat ramalan malam apa akan berlakunya Lailatul Qadar berdasarkan formula tertentu, sudah tentu nabi dah ajar para sahabat dan para sahabat sudah mengamalkannya. Tapi tak ada. Nabi menunjukkan buat para sahabat agar mengencangkan ikatan kain pada 10 malam terakhir. Nabi juga mengingatkan agar siapa yang ditakdirkan melihat tanda-tanda pasti Lailatul Qadar, hendaklah menyembunyikan. Nabi SAW juga menyebutkan bahawa baginda telah lupa tentang tarikh berlakunya malam Al-Qadar setelah melihat 2 sahabat bergaduh. Apa maknanya? Maknanya nabi tak mahu perkara  bilakah malam Al-Qadar itu heboh sehingga merudumlah semangat ibadat malam malam-malam yang bersisa.

    Sebab itu, meramalkan bila malam Al-Qadar bukan bagus. Itu bukan yang dimaksudkan dengan gesaan nabi SAW "taharru" Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil 10 yang terakhir. Selain kaedah itu tak boleh dipercayai, ia cuma petua. Janganlah agama dijadikan petua. Agama adalah syariat dan segalanya bersandarkan Al-Quran maupun hadis.

    Sesiapa yang beribadat lebih hebat pada malam-malam 10 yang terakhir, itu adalah suruhan sunnah. Amalan sebegitu punya sandaran sunnah. Namun merumuskan melaui kaedah tententu sehingga untuk semalam sahaja dengan mengatakan ia adalah malam Al-Qadar, ia bukanlah sunnah.


    Ramai orang hanya beribadat pada bulan Ramadhan. Bulan-bulan lain tidak. Buktinya hanya hadir ke masjid  hanya pada bulan Ramadhan. Sedangkan perintah datang solat di masjid bukan terhad pada bulan Ramadhan sahaja. Kalau sekadar taraweh, nabi pun buat di rumah selain 3 atau 4 malam pertama sebagaimana  terdapat dalam riwayat yang saheh.

    Manusia jenis yang suka beribadat pada bulan Ramadhan sahaja ini disebut sebagai ramdhani. Jadilah rabbani dan bukan ramdhani. Jika kita beribadat kerana Lailatul Qadar sahaja, apa pula akan dilebelkan kepada kita,? Mungkin qadari? Kalau begitu, bagaimanalah kita mahu menjadi hamba Allah yang rabbani?

    Rendahkan suara wiridmu.

     
    Wirid selepas solat itu, memang sunat. Nabi Muhammad SAW dalam hadis menyebutkan fadhilat membacakan ayat tertentu dan wirid tertentu selepas solat maktubah. Namun wirid secara beramai-ramai itu, entahlah, sunat atau tidak. Sebahagian ulama mengekalkan hukum sunatnya tetapi sebahagian membid'ahkanya. Wallahu a'lam
     
    Aku tak berminat mengulas sesuatu yang tidak disepakati antara ulama. Masing-masing ada dalil. Beramal sahaja dengan pandangan mana yang lebih dekat kepada hati anda. Sebaik-baiknya kalau hendak beramal, biarlah mengetahui dalil. Dengan mengetahui dalil, kita telah mengelakkan beramal sesuatu tanpa ilmu yang mana bahayanya sesuatu amal mungkin ditolak oleg Allah SWT. 
     
    Apabila berlaku perselisihan di kalangan ulama mujtahid mahupun ulama dalam mazhab, pastinya pendapat yang betul cuma satu sahaja. Hakikat kebenaran cuma satu. Namun, dalam persoalan ijtihad,  yang salah tidak dicela. Asal ada dalil dan menerbitkan hukum dari dalil tersebut mengikut kaedah yang betul, pendapat yang hakikatnya salah pun diberikan satu pahala. Yang betul dapat 2 pahala.

    Namun, bagi sesiapa yang jadi imam solat di masjid dan surau hendaklah mengerti. Berzikir secara berjemaah itu memang perkara khilaf tentang kebolehannya. Tetapi kalau berzikir sehingga menimbulkan gangguan kepada ahli jemaah yang lain yang mungkin sedang solat, ia adalah haram. Bukahkah kalau kita membaca kuat dalam solat kita sehinga mengganggu orang sebelah, dihukumkan haram? Maka lebih-lebih lagi jika kita berwirid sehingga mengganggu orang lain yang sedang solat. Boleh jadi ada makmum yang masbuk sedang menambahkan rakaat yang tertinggal. Boleh jadi juga ada yang sedang solat sunat.Justeru, wirid kita yang kuat itu mengganggu mereka.

    Namanya solat, ia lebih utama daripada wirid. Maka yang kurang utama tidak boleh diamalkan sampai mengganggu yang lebih utama. Wirid jangan sampai menggaggu solat!

    Yang jadi imam kena pandailah menurunkan nada suara. Imam jangan streo type sangat. Imam tengok keadaan sekeliling. Sedangkan solat fardhu pun hendaklah dianjalkan dalam keadaan tertentu. Nabi suruh pendekkan solat kalau di belakang ada orang tua yang lemah. Bunyi kanak-kanak menangis pun membuatkan Nabi SAW memendekkan solat yang diimaminya kerana kemungkinan ibunya yang menjadi makmum sedang risau memikirkan anaknya. Kalau solat boleh difleksibelkan kerana hal-hal dunia, apatah lagi wirid.

    Rendahkan suara wiridmu. Sebab itu, imam  disunatkan memusingkan badan ke kanan sehingga makmum berada di sebelah kanan. Tujuannya adalah agar imam boleh nampak makmum mana yang belum selesai solatnya atau yang sedang solat sunat.

    Sekian, selamat beramal....