Datin Sri Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri mendakwa dirinya sebagai wanita pertama (First lady) negara Malaysia apabila dia akan menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama 2010 pada 11 hingga 13 Oktober ini. Status "wanita pertama' yang cuba dilebelkan kepada diri sendiri oleh Datin Sri Rosmah Mansur itu boleh dipertikaikan kerana dari segi keutamaan menurut perlembagaan Malaysia, ada lagi wanita yang lebih utama daripadanya iaitu isteri Yang Dipertuan Agung.
Raja Permaisuri Agung lebih cocok menjadi Ummul Watan
Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan bahawa Datin Sri Rosmah Mansur bukanlah wanita pertama. Dia hanya isteri perdana menteri. Kalau mahu menggunakan juga nama "wanita pertama" maka Isteri DYMM yang berhak mendapat gelaran itu. Kelayakannya untuk mendapat gelaran itu disokong oleh perlembagaan.
Aku berpendapat, istilah "First Lady" ini tidak sesuai. Tidak sesuai buat Datin Sri Rosmah Mansur dan tidak perlu pula ditempelkan kepada isteri Yang Dipertuan Agung. Islam tidak mengesahkan istilah ini sebaliknya menggunakan satu istilah yang lain yang lebih mulia. Kalau di kalangan ummat Islam, para isteri nabi Muhammad SAW, merekalah wanita yang paling utama. Mereka ramai dan oleh itu tidak ada istilah wanita pertama. Mereka digelar "Ummahatul Mukminin".
Malaysia, sebagai sebuah negara bangsa, boleh mempunyai wanita utama sebagaimana Islam mempunyai wanita-wanita utama yang digelar "Ummahatul Mukminin".Namun, menggunakan istilah wanita utama itu tidak cocok dengan nilai Islam dan tidak pernah dalam budaya Melayu. Terdapat unsur "womanisme" dalam pengistilahan itu. Di barat, istilah ini dipakai dan didokong oleh mereka yang memperjuangkan emansipasi wanita. Justeru pemimpin negara lelaki, mereka akan mengangkat kaum sejenis mereka untuk menjadi setaraf dengan lelaki dan dia dinamakan "First Lady".
Gerakan Womans Libration ini tidak perlu dianut oleh wanita muslimah. Maka tidak perlu mengumandangkan istilah "First Lady".
Mungkin, kalau ketegar juga mahu letakkan wanita dibaris yang boleh dilihat dalam kepimpinan negara, gunakan nama lain. Tak payah meniru budaya wanita barat. Kalau Islam ada "ummahatul mukminin", Malaysia boleh ada "Ummul Watan" (Ibu Pertiwi). Istilah ini tidak popular dan tidak digunakan orang untuk merujuk kepada individu. Sebut Ibu Pertiwi, ia merujuk kepada sebuah negara. Namun, kalau kita menggunakannya, lama-kelamaan masyarakat akan tahu mahu ibu pertiwi itu adalah ibu bagi rakyat negara Malaysia. Itulah wanita idola rakyat dan dia menjadi ibu yang penuh kasih sayang, membelai dan mendidik rakyat negara.
Namun, Datin Sri Rosmah Mansur belum berkelayakan untuk mendapat gelaran "Ummul Waton" (Ibu Pertiwi) kerana ada wanita yang lebih utama daripadanya.
0 comments:
Post a Comment