Sebenarnya, tak perlu tahu bilakah  Lailatul Qadar itu secara khusus. Maknanya, tak perlu tahulah malam  manakah antara 10 malam terakhir atau 7 malam terakhir daripada bulan  Ramadhann sebagaimana disebutkan dalam hadis. Buat sahaja amal ibadat  sepuluh malam terakhir itu. Kalau tak mampu 7 malam terakhir pun  memadailah. Kalau malas amat, beribadatlah pada  malam-malam ganjill  sahaja ataupun malam 27 sahaja dengan kebarangkalian rendah untuk  Lailatul Qadar. 
Ada orang memetik petua tertentu tentang menentukan malam manakah Lailatul Qadar berdasarkan hari  bermulanya Ramadhan. Sekali tengok macam pelajar-pelajar SPM atau STPM   membuat soalan spot untuk mengagak soalan manakah akan naik dalam  peperiksaan.
Dalam banyak kes, soalan spot bukan  selalu betul. Buku-buku yang memetik soalan spot itu hanya bertujuan  mengaut keuntungan memperkudakan keghairahan para pelajar untuk mendapat  jalan mudah berjaya menjawab soalan peperiksaan. Lebih baik baca semua  silibus yang ada. Selain ilmu bertambah, soalan peperiksaan pasti boleh  dijawab mudah.
Kalau boleh buat ramalan malam apa akan  berlakunya Lailatul Qadar berdasarkan formula tertentu, sudah tentu  nabi dah ajar para sahabat dan para sahabat sudah mengamalkannya. Tapi  tak ada. Nabi menunjukkan buat para sahabat agar mengencangkan ikatan  kain pada 10 malam terakhir. Nabi juga mengingatkan agar siapa yang  ditakdirkan melihat tanda-tanda pasti Lailatul Qadar, hendaklah  menyembunyikan. Nabi SAW juga menyebutkan bahawa baginda telah lupa  tentang tarikh berlakunya malam Al-Qadar setelah melihat 2 sahabat  bergaduh. Apa maknanya? Maknanya nabi tak mahu perkara  bilakah malam  Al-Qadar itu heboh sehingga merudumlah semangat ibadat malam malam-malam  yang bersisa.
Sebab itu, meramalkan bila malam  Al-Qadar bukan bagus. Itu bukan yang dimaksudkan dengan gesaan nabi SAW  "taharru" Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil 10 yang terakhir.  Selain kaedah itu tak boleh dipercayai, ia cuma petua. Janganlah agama  dijadikan petua. Agama adalah syariat dan segalanya bersandarkan  Al-Quran maupun hadis.
Sesiapa yang beribadat lebih hebat pada malam-malam 10 yang terakhir, itu adalah suruhan sunnah. Amalan sebegitu punya sandaran sunnah. Namun merumuskan melaui kaedah tententu sehingga untuk semalam sahaja dengan mengatakan ia adalah malam Al-Qadar, ia bukanlah sunnah.
Ramai orang hanya beribadat pada bulan Ramadhan. Bulan-bulan lain tidak. Buktinya hanya hadir ke masjid hanya pada bulan Ramadhan. Sedangkan perintah datang solat di masjid bukan terhad pada bulan Ramadhan sahaja. Kalau sekadar taraweh, nabi pun buat di rumah selain 3 atau 4 malam pertama sebagaimana terdapat dalam riwayat yang saheh.
Manusia jenis yang suka beribadat pada bulan Ramadhan sahaja ini disebut sebagai ramdhani. Jadilah rabbani dan bukan ramdhani. Jika kita beribadat kerana Lailatul Qadar sahaja, apa pula akan dilebelkan kepada kita,? Mungkin qadari? Kalau begitu, bagaimanalah kita mahu menjadi hamba Allah yang rabbani?

%20-%20Google%20Chrome.png)

%20to%20Inch%20-%20Google%20Chrome.png )
 
0 comments:
Post a Comment