Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Gelisah agenda musuh...mana agenda sendiri?

November 21, 2011

Di negeri Sabah ini, gereja lebih banyak daripada masjid. Sepanjang jalan tumbuh gereja. Signboard menyatakan ada gereja juga jelas dan besar terbentang di tepi jalan. Hal ini dapat dilihat oleh sesiapa yang melakukan perjalanan dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Malah, rata-rata perjalanan antara daerah di negeri bawah bayu ini menampakkan kepada kita gereja yang berceretek sepanjang jalan. Itu belum lagi dikira gereja yang ada diceruk rantau kampung.


Malangnya pula, jumlah masjidnya terbatas. Sudahlah terbatas, sesebuah masjid sukar pula dibina. Jika rumah ibadat umat Islam telah berjaya dibina, terutamnya di taman perumahan dan kampung-kampung, mengambil masa yang lama untuk diiktiraf dan dinaiktaraf sebagai masjid. Ini berkaitan dengan kuasa Jabatan Agama yang dikatakan bertujuan mengawal kesatuan umat Islam di Sabah. Yang bersatu bukan umat Islam tetapi ummat Kristian!

Kata orang agenda kristianisasi subur dan marak di negeri di bawah bayu. Itu memang ada benarnya. tetapi bukan sebab mereka kuat. Ia adalah disebabkan kita lemah. Ummat kita dipenuhi oleh golongan agamawan defensif  dan umara yang opurtunis.



Di negeri Selangor timbul pula isu gerakan kristianisasi menggunakan alat "solar powered talking bible". Ia adalah satu lagi kebimbangan yang diluahkan dan diumumkan  menerusi kenyataan Exco Agama Negeri Selangor, YB Dato' Hasan Ali. Sebelum ini, dalam pelbagai kenyataan dan komentar, kebimbangan terhadap agenda kristianisasi acap diperkatakan. Kenyataan bahawa ada ratusan ribu orang Islam yang murtad, isu gereja Methodist di Damansara Utama, penggunaan kalimah Allah dan bible berbahasa Melayu adalah sebahagian daripada kerisauan mengenai agenda kristianisasi.


Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa kita berada dalam sebuah negeri besar bernama dunia. Dalam dunia, pencipta dunia iaitu Allah Yang Maha Agung telah merentangkan dua jalan untuk dipilih. Pilihan sama ada untuk diikuti atau diperjuangkan. Itulah jalan syukur dan jalan kufur. Adalah tidak realistik jika kita mengharapkan dunia ini menjadi syurga. Apa yang ada hanya insan-insan beriman mengikut jalan syukur sahaja, sedangkan manusia kafir dan derhaka yang merintis jalan kufur dibasmi dan sirna langsung.

Bercakap mengenai agenda kristian, kita perlu sedar bahawa sejak zaman berzaman gerakan kristian telah merencanakan agendanya serta melaksanakannya. Agenda kristian ini telah wujud di atas muka dunia sebelum Islam dihidupkan dan disempurnakan menerusi dakwah baginda Rasulullah SAW. Apabila Islam menguasai sebahagian besar bumi, agenda kristian menjadi lemah. Sebahagian besar belahan bumi yang pernah dikuasai teologi kristian tunduk kepada akidah Islam. Namun, kemudiannya pula, dunia Islam ditewaskan oleh penjajahan negara Barat. Bersama penjajahan Barat, agama kristian  mengembangkan sayapnya. Kini, setelah merdeka dari jajahan dan naungan Barat, Islam kembali cuba diangkat di bumi yang dulunya Islam berkuasa.

Kristian tidak musnah. Ia masih menjadi agama terbesar penduduk dunia. Perangkaan hari ini menyebutkan bahawa Islam adalah agama kedua terbesar dianuti oleh warga dunia. Namun, perkembangan Islam marak dan pesat, terutamanya di bumi tradisi Kristian, iaitu negera-negara Barat. Banyak pihak menjangkakan bahawa dalam sedikit masa lagi Islam akan menjadi agama anutan teramai manusia di dunia.

Ironinya, di negara Malaysia, sebahagian umat Islam dihantui perasan takut mengenai masa depan Islam. Maka, timbullah tuduhan mencari pihak yang bertanggungjawab atas kebejatan akidah yang terjadi. Cara mudah dan simplistik adalah dengan meletakkan kesalahan kepada dakyah kristian, agenda kristian antarabangsa dan sebagainya.

Saya secara peribadi,  sudah bosan mendengar luahan dan keluhan ini. Lebih-lebih lagi dari mereka yang telah dikurniakan Allah kuasa untuk menancapkan Islam dan akidahnya di muka bumi.  Seharusnya, sekecil mana kuasa yang didapati, ia harus digunakan untuk melebarkan dakwah Islam. Seharusnnya pihak berkuasa agama di negeri tidak menjadi penghalang dakwah dengan bid'ah tauliah yang menggencatkan perkembangan Islam.

Allah berfirman:

الَّذِينَ إن مَكَّنَّاهُمْ فِي الأرْضِ أَقَامُوا الصَّلاَةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ


(Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.
(Surah Al-Hajj: Ayat 41)


Sering mengatakan "ini agenda kristian", adalah alasan-alasan orang yang tidak berjuang untuk Islam. Kristian bukan agama  kecil. Masakan ia tidak ada agenda. Sedangkan ajaran sesat di sebuah kampung di Ulu Selangor pun ada agenda, inikan pula agama Kristian. Bercakap mengenai agenda Kristian adalah buang masa. Sepatutnya kita membahaskan apakah agenda kita.

Saya amat bersetuju dengan bidasan Dr. Asri Zainal Abidin terhadap mereka yang menyifatkan bahawa alat "solar powered talking bible" menjadi sebab kepada sebahagian kemurtadan.  Ia adalah kenyataan escapisme, iaitu ingin melepaskan diri daripada kelemahan agenda dakwah Islam. Negeri Selangor memang banyak mencalar perkembangan Islam dengan sekatan-sekatan melampau berbau politik. Sepatutnya, beban kesalahan itu bukan kepada gerakan Kristian, tetapi kepada penguasa agama Islam itu sendiri. Cukuplah masalah tauliah sebagai contoh di mana ia menjadikan dakwah Islam "dormant" sedangkan gerakan kristianisasi bertambah aktif.

Sikap menggelisahi gerakan dan agenda kristianisasi hendaklah dihentikan. Pedulikan dengan agenda kristian. Fikirkan apakah agenda diri sendiri. Kitab bible itu tidak dapat menandingi Al-Quran. Ia bukan mukjizat. Kalau ramai orang baca kita bible, lagi bagus. Ia membuka ruang kepada pihak para da'i kita untuk menerangkan penyimpangan bible dan menegaskan kebenaran Al-Quran kepada orang ramai.

Mereka yang takut bible dibaca orang ramai, sudahkah membaca bible?

Janji Ibn Ubai

November 19, 2011

Abdullah bin Ubai itu bapa munafiqin Madinah. Dia adalah musang berbulu ayam. Dia laksana buah Utrujjah. Rupanya cantik tetapi isinya mengandungi rasa yang dibenci orang untuk memakannya. Di atas segalanya, dia disebut munafiqin kerana bergelumang dengan pembohongan. Pembohongan terkejinya adalah pembohongan akidah.

Hari ini aku ingin menulis sedikit tentang Ibn Ubai ini. Aku bukan bermaksud Ibn Ubai yang ada dalam sejarah nabi di Madinah itu kerana dia telah pun mati dan sedang mencicipi balasan atas apa yang dia lakukan kepada nabi SAW. Apa yang aku maksudkan adalah Ibn Ubai yang bergentayangan dalam episod masa yang zamannya bersilih sehingga kini.

Para pembohong itu sebenarnya Ibn Ubai. 

Beberapa bulan lalu, kita didendangkan dengan janji daripada Perdana Menteri bahawa ISA akan dimansukhkan. Maka, bertepuk tanganlah para pendokongnya. Seribu harapan dipanjatkan untuk memulih kembali sokongan rakyat setelah melalui tempoh masa yang banyak mencalar. Malah, dengan nada bakhil dan kedekut, sesetengah pak menteri berkata kepada pembangkang yang sengit menentang ISA sebelum ini, "Jangan cuba meraih kredit daripada pemansuhan ISA itu!".

Pemansuhan ISA adalah kesedaran dari lubuk suci sanubari penguasa kerajaan persekutuan. Mungkin demikian yang tersirat dari bahasa bakhil dan kedekut reputasi itu. 

Tetapi, rupanya indah khabar dari rupa. Tiba-tiba dilaporkan 13 orang ditahan di bawah ISA di Tawau, Sabah. Kata Menteri yang berkenaan, mereka ditahan kerana ada cubaan menghidupkan gerakan militan di Sabah. 

Dalam keadaan ISA telah dikumadangkan pemansuhannya, ia masih digunapakai. Apa maknanya semua ini? Apa maknanya pengisytiharan pemansuhan yang dibuat oleh PM?

Soal tuduhan sebagai militan, bukan mudah untuk dipercayai. Tuduhan itu boleh dibuat kepada siapa sahaja. Seorang ulama tersohor boleh dicop sebagai militan untuk menghalalkan ISA.  Seorang pondan dan darai juga boleh dicop sebagai militan kalau mereka mahu. Pokoknya musuh boleh dilebelkan apa sahaja.

ISA itu haram. Haram menurut nilai manusiawi maupun nilai agama. Manusia memerlukan kemerdekaan. Kemerdekaan tidak tegak tanpa pembelaan. Sedangkan agama pula berdiri atas hujjah. 

Itulah...apabila Ibn Ubai berjanji...sukar untuk dipercayai lagi.

PROGRAM KORBAN MASJID AL-FAJR

November 9, 2011

Program Korban yang diadakan di masjid Al-Fajr, Taman Fajar, Sandakan, pada  hari raya kedua baru-baru ini berjalan dengan lancar. Sebanyak 6 ekor lembu telah berjaya dikorbankan. Lembu-lembu tersebut dibeli daripada Felcra Pertama di Sukau.Sehari sebelum hari raya, wakil yang ditugaskan membeli lembu tersebut telah pergi ke Felcra tersebut. Perjalanan ke sana menempuh jalan yang susah. Dari pintu masuk ke Malangking Palm Oil  Estate, jalan grable sejauh kira-kira 30 km terpaksa ditempuhi.  Sebanyak 4 pintu pagar estate perlu dilintasi sebelum sampai ke lokasi di mana lembu diperolehi.

Pegawai Felcra bertugas, En Masran Upot telah mengarahkan pekerja menangkap 16 ekor lembu ditangkap. Lambu-lembu tersebut ditimbang dan dijual dengan harga RM9.00 sekilo Secara purata, berat lembu-lembu tersebut adalah berada pada sekitar 150-190 kg seekor. Walaupun lembu yang disasarkan adalah berat melebihi 200 kg, nampaknya lembu-lembu seberat itu tidak ditangkap oleh pihak pekerja Estate.









Dua buah lori telah digunakan untuk mengangkut lembu-lembu tersebut keluar. Kos pengangkutan adalah RM170.00 untuk seekor. Kerana kelewatan sampai, pengangkutan kemalaman di estate. Walau bagaimanapun pengangkutan diteruskan juga. Alhamdulilah, lembu-lembu tersebut dapat dihantar sampai ke lokasi menjelang tengah malam hari raya. Lembu-lembu tersebut diturunkan di pelbagai lokasi seperti SMK elopura 2, SMK Merpati, SK. Kg. Padas, SMK Sandakan 2,  Masjid Tinusan dan Masjid Al-Fajr. 4 ekor diturunkan di Masjid Al-Fajr. Dua ekor lembu lagi yang menjadi korban di masjid Al-Fajr adalah didatangkan daripada pihak Kastam dan sumbangan peribadi seorang pemimpin tempatan.

Korban lembu di masjid Al-Fajr pada kali ini dibuat setelah beberapa tahun berselang tiada program korban dilaksanakan. Kedatangan orang ramai sangat menggalakkan. Lembu-lembu yang hendak dikorbankan ditumbangkan oleh 'Kumpulan Matador' yang telah dibentuk dalam mesyuarat perlaksanaan sebelumnya. Dengan kerjasama erat para petugas, kerja-kerja tersebut berjalan dengan lancar. Lembu-lembu yang telah siap disembelih oleh muzabbih yang telah dilantik dengan segera dilapah oleh kumpulan yang telah dibentuk. Kemudiannya ia diproses oleh jawatankuasa pembahagian dan dibungkus. Daging bungkusan untuk peserta ditimbang sebanyak 2.3 kg.  Peserta juga diberikan tulang sebangak sekilo dan perkakas dalaman seperti hati, limpa dan jantung. Dianggarkan 1/3 lagi bahagian lembu korban adalah untuk sedekah dan 1/3 lagi adalah untuk masakan orang ramai yang datang.









Menjelang Zohor, masakan siap dan jamuan dihidangkan selepas solat Zohor. Secara keseluruhannya, program korban pada tahun ini telah berjalan dengan lancar dan cukup meriah. Insya Allah...pada tahun-tahun mendatang program seumpama ini boleh diulang lagi dan dikembangkan dengan perancangan yang lebih awal.

TALIBAN DAN SEKSUALITI MERDEKA.

November 3, 2011

Tiba-tiba kita digemparkan pula dengan program Seksualiti Merdeka. Khabarnya ia adalah sebuah festival yang terkandung di dalamnya pelbagai program seperti ceramah, forum, pelancaran buku, persembahan dan sebagainya. Beberapa NGO, aktivis dan artis bergabung secara longgar sejak beberapa tahun sebelum ini untuk memperjuangkan hak dan kebebasan dari segi seksual dan kini mereka tampil dengan sebuah festival. 

Dewan Pemuda Pas menyatakan bantahannya kerana ia mencabar norma kehidupan manusia beragama. Beberapa pertubuhan NGO Islam lain juga berkongsi citra yang sama. Esok hari Jumaat, beberapa demontrasi membantah Sesksualiti Merdeka akan diadakan selepas solat Jumuat sekitar Kuala Lumpur.

Aku mencari maklumat tentang apa itu Seksualiti Merdeka. Dari laman web rasmi kumpulan penganjurnya, http://www.seksualitimerdeka.org/,  mereka menuliskan:

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.

Nampaknya macam-macam cara golongan fasiq cuba menonjolkan kejahatan mereka.  Kekadang orang yang kita sangka kawan itu menyimpan cemar dalam kecenderungannya. Sedangkan para ulama besar pun boleh terpedaya dengan talbis iblis, apatah lagi para pejuang hak-hak kebebasan murni rakyat. Seksualiti Merdeka dijangkakan akan dirasmikan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan, ketua Bersih 2.0 yang dengan beraninya menjunjung hasrat murni rakyat dalam mendaulat pilihanraya bebas di Malaysia.

Menentang festival seumpama ini merupakan langkah nahi mungkar yang dituntut oleh Islam. Sama juga dengan membantah konsert Elton John yang mahu diadakan di Malaysia itu. Ada orang mendakwa tak mengapa dengan konsert Elton John itu kerana ia akan diadakan di Genting Highland, tempat orang berjudi, minum arak dan bermaksiat. Maka, apabila Dewan Pemuda Pas menyatakan bantahannya, Dewan Pemuda Pas diperingatkan agar jangan jadi Taliban.

Sekarang, Dewan Pemuda Pas membantah pula Festival Seksualiti Merdeka. Turut sama NGO-NGO Islam. Isunya berkisar pada perkara yang sama, iaitu membantah program mungkar. Kita menanti peringatan seterusnya dilontarkan buat Dewan Pemuda Pas dan NGO-NGO Islam tersebut.

"Jangan jadi Taliban!".