Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

UMUR AISYAH MASA KAHWIN DENGAN NABI

February 27, 2019

Serangan dan penghinaan ke atas nabi semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini. Terbaru serangan ke atas nabi SAW yang  berkahwin dengan Aisyah pada usia 6 tahun. Tuduhan ini berasaskan hadis saheh yang terdapat dlam kitab-kitab hadis termasuk Saheh Bukhari dan Muslim. Memang tidak dapat dinafikan, riwayat yang menyatakan nabi mengahwini Aisyah r.a pada usia 6 tahun dan duduk bersama pada usia 9 tahun adalah kuat.

Dalam Saheh Bukhari dinyatakan hadis yang menyatakan bahawa Aisyah r. sendiri telah mengatakan:

تَزَوَّجَنِى النَّبِي صلى الله عليه وسلم وَأَنَا بِنْتُ سِتِّ سِنِينَ


" Rasulullah telah mengahwiniku pada usiaku 6 tahun"

Aisyah ada seorang kakak berlainan ibu dan sama ayah iaitu Abu Bakar. Namanya Asma' dan riwayat dalam kitab hadis yang saheh menyebutkan bahawa lebihnya umur Asma' daripada Aisyah adalah 10 tahun lebih. Imam Az-Zahabi dalam Syar A'lam menyebutkan sebagai "bid'u Asyar". Bid'u adalah angka daripada 1-9.  Boleh jadi jadi beza umur mereka adalah 19 tahun, paling tinggi.

Sumber-sumber sirah tidak berkhilaf menyebutkan bahawa kelahiran Asma' adalah 27 tahun sebelum Hijrah.Kerana meletakkan beza umur 10 tahun, maka  pada masa hijrah nabi berlaku, umur Aisyah dikatakan 17 tahun. Cuba ambil kira maksud bid'u asyar itu. Katakan beza umur mereka 19 tahun. pada ketika umur Asma' 27 tahun tahun, Umur Aisyah akan jadi 8 tahun.

Sebab itu eiwayat tentang bezar umur dua beradik itu, jika mahu dijadikan dalil, perlu jelas.10 tahun atau 19 tahun?

Cara kiranya begini: Dakwah nabi di Mekah berlangsung selama 13 tahun. Oleh itu 27-13=14. !4 tahun itu adalah umur Asma' waktu hijrah berlaku.  Itulah Usia Asma' waktu dia mengnatar makanan kepada nabi dan ayahnya yang bersembunyi di Gua Tsur.  Satu kerja bahaya yang dilakukan oleh kanak-kanak seusianya.

Kalau riwayat beza umur Aisyah dan Asma sebanyak 10 tahun itu diambil kira, maka jadilah pada ketika usia Asma' 14 tahun, umur Aisyah 4 tahun. Aisyah berusia 4 tahun masa nabi berhijrah. Tapi, dalam 

Asma' meninggal pada tahun 73H tak lama sesudah anaknya Abdullah bin Zubair terbunuh di tangan Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi. Usianya ketika meninggal, sebagaimana diriwayatkan oleh Hisyam bin Urwah adalah 100 tahun. Maklumat ini boleh dilihat dalam "Hilyatul Auliya (Abu Nu'aim;2/56)"Mu'jam As-Sohabah", Al-Isti'ab li  Abdul Barr (4/1783), Asadul Ghabah ; Ibn Athir (7/12), Al-Isobah; Ibn Hajar (7/487) dan Tahzibul Kamal (35/125).

Aisyah lebih muda daripada Fatimah 4  tahun. Fatimah lahirpada ketika nabi berusia 35 tahun iaitu pada tahun di mana berlakunya pertikaian Hajaral Aswad.

Imam Bukahri meriwayatkan sebuah hadis mengenai perkataan Aisyah r.a:

لم أعقل أبوي قط إلاَّ وهما يدينان الدين، ولم يمر علينا يوم إلاَّ يأتينا فيه رسول الله طرفي النهار بكرة وعشية، فلما ابتلى المسلمون خرج أبوبكر مهاجراً قبل الحبشة

Hijrah ke Habsyah berlaku tahun ke-5 selepas kerasulan.

( Fakta daripada hadis ini ini perlu dinilai daripada keseluruhan hadis. Ia berkatan dengan jaminan terhadap Abu bakar yang diberikan  oleh Ibn Ad- Daghinah. Sebahagian menyangka bahawa peristiwa yang diriwayatkan Aisyah itu pada tahun ke-5 kerasulan iaitu tahun hijrah pertama ke Habsyah. Sebenarnya tidak. ia adalah tahu ke 12 atau 13 Kerasulan. Abu Bakar bercadang mahu ke Habsyah  seperti rombongan-rombongan muslimin yang telah ke sana. tetapi kerana jaminan Ibn Ad-Daghinah, dia tidak jadi. Sebaliknya dia kekal di Mekah sehingga tidak lama selepas itu rasulullah SAW memberi khabar perintah Allah berhijrah ke madinah)


Ada dakwaan bahawa umur Aisyah bukan 6 tahun masa dia berkahwin dengan nabi SAW dengan mengatakan ia bukan budaya Arab. Maka nabi tidak buat satu yang bukan kebiasaan masyarakat di zaman itu. cara berfikir sedemikian tidka kuat. Mari kita fikir begini pula. Nabi kahwin dengan Aisyah pada umur Aisyah 6 tahun. Kalau perkara itu pelik, tentulah kuffar Makkah akan kutuk nabi. Bukankah mereka sentiasa cari modal nak hina nabi. Tidak ada pula kedengaran isu itu timbul dan jadi modal mereka ejek nabi. Itu ertinya kahwin perempuan berusia 6 tahun bukan luar biasa bagi mereka. Tapi, mengapa jadi luar biasa bagi orang hari ini???

Sementelahan, satu fakta yang tidak harus dilupakan, sebelum Aisyah kahwin dengan nabi, dia telah pun bertunang dengan Jubair bin Mut'im.

Kajian dari segi kedoktoran juga menunjukkan bahawa umur baligh di kawasan bercuaca panas tak sama dengan kawasan cuaca sejuk. Di kawasan ikhlim panas, balih berlaku pada sekitar usia 8 atau 9 tahun.

Ibn Kathir ada menceritakan dalam Al-Bidayah Wan Nihayah kisah perkahwinan Abdullah ( Ayah nabi) dengan Aminah binti Wahab. Pada hari yang sama, ayah Abdullah ( ABdul Mutallib) berkahwin dengan Halah binti Wahab, adik Aminah. Dari Halah itu lahirlah Hamzah dan Sufiah.


Orang Kristian lupa agaknya apa yang ada dalam Ensiklopedia mereka tentang perkahwinan Maryam dengan Yusuf An-najjar. Ketika Yusuf An-najjar meminang Maryam, usia Maryam adalah 12 tahun dan Yusuf An-Najjar pula 90 tahun. Alangkah jauhnya beza antara dua umur itu. Beza umur nabi dengan Aisyah jadi permasalahan, beza umur MAryam dan Yusuf An-najjar tidak pula dijadikan permasalahan.


Imam Syafie menyebut, sebagaimana dinaqalkan dalam Siyar A'lam An-Nubala':



لو جُمع علم عائشة إلى علم جميع أمهات المؤمنين، وعلم جميع النساء لكان علم عائشة أفضل

رابط المادة: http://iswy.co/e4961
لو جُمع علم عائشة إلى علم جميع أمهات المؤمنين، وعلم جميع النساء لكان علم عائشة أفضل

رابط المادة: http://iswy.co/e4961
لو جُمع علم عائشة إلى علم جميع أمهات المؤمنين، وعلم جميع النساء لكان علم عائشة أفضل

رابط المادة: http://iswy.co/e4961
لو جُمع علم عائشة إلى علم جميع أمهات المؤمنين، وعلم جميع النساء لكان علم عائشة أفضل

رابط المادة: http://iswy.co/e4961
رأيت باليمن بنات تسع يحضن كثيرا
 "Aku lihat di yamanramai kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang telah haid"



Kesimpulan: Masakan Bukhari tidak tahu kalau riwayatnya itu tidak saheh. Masakan dia masukkan dalam sahehnya hadis pasal umur Aisyah 6 tahun masa kahwin dengan nabi SAW? Orang sehebat Bukari tidak telepas pandang kecacatan riwayat itu yang didakwa orang hari ini sebagai cacat.Selpeas 1400 tahun, apakah orang hari ini lebih cekap berbading tokoh dahulu dalam menilai kesahehan riwayat ini???


TAHZIR ADNAN IBRAHIM

February 26, 2019

Ada seorang bernama Adnan Ibrahim. Banyak videonya di youtube. Antara videonya itu, beliau mengkritik hadis Bukhari. Lebih perit lagi, dia terjebak dengan penyakit golongan rafidhah mencela sahabat. Sahabat yang banyak dicelanya adalah Mu'awiyah bin Abu Sufyan. Seorang yang mendengar ceramahnya perlu waspada. Asas-asas ilmu ahli Sunnah perlu kukuh dibina sebelum meladeni ceramah-ceramah orang seperti Adnan Ibrahim. 


Sewaktu saya menyelak lembaran youtube itu, saya jumpa vide oorang ini. Banyak isu yang berlegar. Beliau bawa riwayat-riwayat daripada kitab rujukan ahli Sunnah sendiri yang menyebutkan Muawiyah sebagai kafir. 

Apa yang aku ingat, dia mengkritik hadis tentang tinggi Adam 60 hasta. Hadis dalam Bukhari yang menyebutkan perbuatan Bani Israil menyimpan Manna dan Salwa sebagai punca makanan berulat dan kereputan berlaku. Katanya hadis-hadis Bukhari seperti ini adalah rekaan kerana berlawanan dengan akal.

SABUN MANDIAN MAYAT MATI HARI SELASA

February 20, 2019

Kelmarin hari Selasa. 19 hb Feb 2019. Waktu Maghrib, meninggal seorang lagi tua kampungku. Nama panggilannya Lebai Hamzah. Dia terbilang orang kaya dalam kampungku. Masa aku kanak-kanak dulu, rumah dialah antara rumah dalam kampung yang ada TV. Kebun dan tanahnya pun banyak. Anak pula tiga orang sahaja. Aku ingat nama mereka. Faridah, Mat Nawi dan Rabiatul. Yang nama faridah itu kahwin dengan Abg Qosim Tabligh yang berasal dari Sungai Baru, Alor Setar. Mereka sekeluarga pernah dua kali bertandang ke rumahku di Sandakan dulu, waktu menghantar anak perempuan mereka Nadiah yang buat kali pertama posting di kawasan Sukau.

Meninggallah sudah Lebai Hamzah. Sakitnya taklah lama mana. Tak selama sakit ibuku. Pengorbanan kami adik beradikku , termasuk aku sendiri menghadapi masa-masa keuzuran ibu adalah satu tempoh masa menyemai pahala yang merupakan anugerah istimewa Allah SWT. Jangan pula ada orang secara simplistik membuat kesimpulan lamanya sakit sebagai azab Tuhan. Ia nikmat buat orang yang mengerti. Ia rahmat sebagai kifarat pembersih dosa. Agar dunia ditinggalkan dengan dosa yang nipis. Anak-anak yang berbakti pula dapat meraih pahala menjaga ibu yang sakit. Ada baiknya sakit lama ibu dan bapa. Sesuai dengan kemampuan anak-anak, Allah panjangkan tempoh sakit orang tua. Ibuku secara khusus, walaupun sakitnya lama, dia tetapi solat di atas pembaringannya dan tidak pernah meninggalkan solatnya. Itu tentu lebih baik jika seornag yang sakit dua tiga hari tapi selama sakitnya, solat diabaikan.

Ibuku dulu juga meninggal hari Selasa. Tanggalnya telah kucatatkan dalam tinta bertajuk Bergemulahlah Ibuku.  Sebelum ibuku, meninggal juga Paklong Che Mat.  Orang kampung selalui panggil Che Mat Hitam. Mungkin kerana kulitnya agak gelap, maka itulah sebabnya dia dipanggil Che Mat Hitam. Che Mat hitam itu bapa mentua kepada tukang kebuh sekolahku. Sk Sg Seluang. Abg Mat nama panggilannya . Dia kahwin dengan anak Pak Long Che Mat yang bernama Munah. Matinya Pak Long Che Mat itu jatuh pada hari Selasa juga. Aku tidka berapa ingat tarikhnya. Tarikhnya sama dengan tarikh aku balik ke Kulim untuk esoknya bertolak ke Kuala Lumpur dalam rangka melancong. Pelancongan sebelum ibuku meninggal. Jika demikian seminggu sebelum ibuku meninggal, itulah tarikh meninggalnya Paklong Che Mat.

Hari Selasa. 

Abg Mat Tukang Kebun sekolahku berkata:

" Semua mati hari Selasa ya...?", dia membuat komentar sambil menyebutkan kematian terbaru, Lebai Hamzah. Baru aku sedar, tiga kematian warga tua kampung datuk, semuanya hari Selasa.

Kata Abg Mat, sabun mandian mayat mati hari Selasa boleh mengubat penyakit gatal. Waktu ibuku meninggal hari itu, dia minta aku simpan sabun untuknya. Katanya buat anak saudaranya yang gatal-gatal. Aku telah tunaikan permintaannya dan dapatkan sabun sisa mandian mayat itu. Abg Mat kemudiannya beritahuku bahawa sabun itu sangat mujarab dan penyakit gatal anak saudaranya telah sembuh.

Apakah istemewanya matinya hari Selasa? Aku tak tahu. Abg Mat kata hanya sisa sabun mandian mayat mati hari Selasa sahaja boleh dibuat ubat. Apakah itu benar? Sains tak boleh terangkan. Itu petua orang tua dan kemujarabannya telah dikhabarkan oleh Abg Mat. Kalau percaya , cubalah. Kalau tidak, abaikan sahaja. Tapi , kalau ada penyakit gatal yang tak sembuh-sembuh dengan ubat farmasi, tidak salah mencuba petua orang tua-tua. Ini tidak sampai membawa kepada syirik. Asalnya yakin penyembuhnya adalah Allah SWT.


JANGAN MENGANUT AGAMA PENCELA SAHABAT

February 14, 2019

Kaum Syiah merasa lazat betul mencela para sahabat nabi. Tidakkah mereka sedar siapa merka di sisi nabi? Cukupkah mencapai kemuliaan dalam agama ini hanya dengan membaca riwayat yang berpetualang di dada sejarah ribuan tahun, lalu membuat justifikasi yang menjahanamkan diri. Mencela para sahabat nabi seperti....


" Terjun ke laut yang tidak punya pantai!"
" Terjun ke dalam perigi yang tidak dapat keluar daripadanya!".

Ayat 8 hingga 10 Surah Al-Hasyar perlu dibaca oleh setiap muslim dengan rasa kecil dan hina. Siapalah kita yang hidup di kemudian ini berbanding mereka yang dipuji Allah dalam ayat-ayat tersebut!

Renungkan FirmanNya:


لِلْفُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِينَ الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا وَيَنصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ (8)



8.  (juga) bagi orang fakir yang berhijrah  yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. mereka Itulah orang-orang yang benar.



وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (9)

9.  Dan orang-orang yang Telah menempati kota Madinah dan Telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung


وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ 
فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ (10)
 10.  Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan Saudara-saudara kami yang Telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang."
Orang Muhajirin, orang Ansor dan orang-orang yang datang sesudah mereka dan mencintai mereka. Tanda cinta itu dimanifestasikan dengan doa buat mereka dan menyingkir sebarang kebencian dalam hati ke atas mereka. 

Orang Syiah ada atau tidak sifat-sifat ini?

Abdullah bin Umar Al-Khattab ditanya orang kepadanya tentang ayat pertama di atas. Apakah dia di kalangan mereka itu. Dia katakan dia bukan kalangan mereka. Kalau demikian, apakah dia kalangan golongan kedua? Katanya , pun bukan.  Jika begitu golongan ketiga itu, apakah dia termasuk. Dia cuma berkata: "Aku harap aku dari kalangan mereka". 

Lalu dia berkata: 


لا والله ليس من هؤلاء من سب هؤلاء
"Demi Allah, mana-mana antara tiga kelompok itu tidak mencela satu sama lain".

Awaslah! Jagalah agama panutan anda dan jangan berada dijaluran para pencela orang-orang yang diakui baik di zaman sebelumnya seperti yang dilakukan golongan Syiah. Dakwaan mencintai ahli bait nabi tidak akan cukup untuk menyelamatkan diri di hari kemudian jika pergi ke sana membawa dosa celaan ke atas sahabat-sahabat KANJENG NABI MUHAMAMD SAW.