Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

Untuk dihubungi:

Email:
kama_wahba99@yahoo.com


Waktu Malaysia

Media

Sinar Harian Harakah Harian Metro Online Malaysiadateline Warta Darulaman Bernama News Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Sinar Harian Utusan Online Berita Harian Online Tranungkite Sabahkini Sabahdaily Menarik TV3 Yahoo News Utaranews Aljazeera English Republika Online CNN News Eramuslim Al-Arabi Islamtoday Islamtoday BBC News BBC News BBC News WorldNewsNetwork Al-Ayyam Al-Ayyam UtaraNews dailymail Al-Monitor Islampedia

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

Online Services

maybank2u iRakyat CIMBcliks Ambank Airasia Airasia Airasia Airasia Airasia Airasia MAS TRANSNASIONAL MALINDO AIR TM TM

TV ONLINE

TV Malaysia TV Pas TV3 Al-Muttaqin Malaysiakini TV

KULIAH ONLINE

Maybank2U CIMBcliks Ambank Airasia MAS TM Airasia Airasia

AKSESORI

Facebook Youtube Photobucket Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET

Yahoo Messenger

Rujukan

Salafus Soleh ikutan kita.

May 28, 2011

Tamaddun manusia, merangkumi penemuannya serta ciptaannya, di akhirnya lebih baik daripada awalnya. Penerusnya adalah lebih baik berbanding perintisnya.  Namun, berbeza halnya dengan agama yang benar panutan manusia. Ia adalah lebih baik pada permulaannya berbanding akhirnya.Perintisnya adalah lebih lurus berbanding penerusnya. Tamaddun manusia itu umpama angin yang bertiup sedangkan agama laksana bangunan  yang tegak berdiri. Tamaddun adalah timbunan pengetahuan sedangkan agama adalah wahyu yang diturunkan dan muktamad. 

Pengikut agama benar yang awal berbanding yang kemudiannya diumpamakan air dari sumbernya di legeh pergunungan dengan air yang kemudiannya mengalir merentasi desa dan kota hingga ke kuala. Sebab itu, penganut Yahudi yang terbaik adalah nabi-nabi dan pendetanya yang terdahulu. Yang terbaik di kalangan Nasara pula adalah nabi Isa dan para hawariyyunnya. Maka, demikianlah pula penganut Islam yang terbaik adalah nabi, para sahabat dan generasi di zaman  mereka. Kemudian, generasi sesudah mereka dan seterusnya.Setiap beralihnya zaman, maka akan bertambah merosotlah kebaikan mereka berbanding sebelumnya.

Mereka yang awal dalam agama yang benar, itulah yang dipanggil Salafus Soleh. Para ulama menyimpulkan berdasarkan hadis-hadis, generasi Salafus Soleh adalah mereka yang hidup dalam tempoh 300 tahun yang pertama. Sesiapa yang mengikut manhaj mereka, maka mereka itulah yang paling dekat dengan agama yang benar itu. Sesiapa yang jauh dari manhaj mereka, sudah pastilah tergolong kalangan yang jauh pula daripada agama yang benar itu. 

Imam Ahmad bin Hambal pernah berkata: :"Apabila anda melihat seseorang menyebutkan kata-kata yang buruk ke atas para sahabat nabi, maka raguilah keislamannya".

Seseorang muslim yang baik tertakluk sejauh mana dia mengikut manhaj para Salafus Soleh. Mencela para sahabat dan orang terdahulu bukan manhaj salaf. Janganlah terpesona dengan serban yang besar seseorang. Jangan pula menjadi syahdu dengan banyaknya tangisannya demi Islam dan Rasul. Perhatikan bagaimana jalan agama yang ditempuhnya. Cermati pula bagaimana lidahnya dalam menutur kata ke atas para sahabat dan ulama terdahulu.

Ada jama'ah, kumpulan, tariqat dan gerakan yang mendakwa mereka sebagai Salafi tetapi jalannya yang ditempuhnya menyalahi Salafus Soleh. Maka sesungguhnya mereka bukan Salafi sekalipun lidah mereka menzikirkan bahawa mereka Salafi. Sekalipun penampilannya mewakili mereka dan pakaian menyerupai mereka.

Jama'ah, kumpulan, tariqat dan gerakan yang tidak menjadikan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak  sebagai andil dalam beragama adalah kumpulan yang menyimpang dari manhaj Salafus Soleh. Malah, mereka adalah bukan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah sekalipun mereka melaungkan ke seluruh dunia bahawa mereka adalah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

Perhatikan baik-baik agamamu. Jauhi simpang siur kalam pujangga agama yang tidak berpijak atas landasan Salafus Soleh. Murnikan ibadah dan sucikan akidah daripada tafsiran pelbagai. Hanya tafsiran generasi terawal yang wajar menjadi panutan kita.

Wahai Tuhan...bantulah kami.

Asbab pertukaran bukan untuk diimani

"Ceh, tak guna, dah bermaca-macam cara aku buat untuk dapat tukar, tak dapat juga!", seorang guru melenting kerana gagal dalam permohonan pertukarannya. 

"Aku dah kemukakan bukti doktor bahawa ayahku sakit pun tak dapat!"

"Aku dah pasang 'cable' tapi mereka yang lain pasang 'cable' lagi besar!"

" Aku dah pergi sampai putrajaya, mohon agar pertukaranku diluluskan...mereka minta itu ini, aku bagi, keluar kepurtusan, aku tak dapat",

" Barangkali kena dapat tandatangan menteri pelajaran agaknya, baru dapat",

"Ah...ada kawan kita, isterinya kat sini, dia kat semenanjung, isterinya tak dapat juga!"

Demikianlah antara sebahagian luahan kalangan guru yang menginginkan pertukaran baru-baru ini tetapi gagal. Keputusan tidak memihak kepada kehendaknya. Padahal, harapan menggunung telah diletakkan agar dia ditukarkan balik kenegerinya. Atau setidak-tidaknya ke Semenanjung. Sudah bertahun-tahun berkhidmat di Sabah dan Sarawak, tentunya ingin sekali kembali ke negeri sendiri. Apakan daya, permohonan tidak diluluskan.

Ada yang marah. Ada yang redha. Yang marah, menyalahkan pihak-pihak yang menguruskan pertukaran. Ada yang menyimpan curiga ke atas guru besar dan pengetua yang dirasakan tidak menandatangani surat permohonan. Pegawai di JPN tidak kurang pula dituduh sebagai pilih kasih. 

Akhir sekali, terdapat pula kesimpulan bahawa kerajaan mahu jimat duit, maka pertukaran kebanyakan guru dibekukan.

Apapun alasan, kita seharusnya kembali kepada Allah SWT.  Kekadang, dalam menyusun harapan untuk ditukarkan, kita lupakan Allah. Kita rencanakan pelbagai cara dan asbab agar permohonan kita diluluskan, tetapi kita tidak mengadu kepada Allah. Sedangkan, pertukaran siang malam dan pergerakan segala sesuatu dalam alam ini diatur oleh Allah SWT. Lantaran terhalang dengan sangkaan, ramai hanya mencari-cari  asbab dalam lingkungan manusiawi. Kerana itulah ada yang merayu kepada menteri, dapatkan jaminan pegawai daripada JPN maupun Purajaya dan sebagainya. Usaha-usaha yang dilakukan, kekadang, memperlihatkan pergantungan maksima kepada kuasa manusia. Sedangkan kuasa mutlak milik Allah SWT.

"Saya sudah berdoa banyak, saya bangun solat malam selalu, dan berdoa kepada Allah agar ditukarkan...tapi tak berjaya juga", keluh seorang dengan penuh pasrah.

Allah maha bijaksana. Allah yang bijak tidak mengikut kehendak orang lain. Dia ada kehendaknya sendiri. Kehendaknya dipagari dengan pelbagai hikmah. Manusia yang gopoh dan gelisah selalu melupakan hakikat bahawa takdir Allah mengandungi hikmahnya.

Doa yang diungkapkan kepada Allah perlu ikhlas. Jangan hanya semasa sulit dan sukar kita bentangkan tangan berdoa kepadannya. Di kala senang kita lupa berdoa kepadanya. Jangan pula mulut berdoa sedangkan fikiran memikirkan manusia yang kita gantungkan harapan dan merencanakan pula asbab pertukaran melebihi daripada harapan kepada Allah SWT.

Tenangkan hati, mantapkan pendirian. Yakini bahawa takdir Allah adalah yang terbaik. Apa yang kita sangka baik untuk kita, belum tentu baik untuk kita. Apa yang kita kira buruk buat kita, boleh jadi baik buat kita. Jangan kecewa jika tidak berjaya ditukarkan. Mungkin ada kebaikan pada keberadaan kita di sini. Allah maha mengetahui. Kita hanya akan tahu hikmahnya  bila masa beralih masa.  

Amat penting juga, jangan menghinakan diri dengan merayu kepada pihak atasan. Buangkan pergantungan kepada makhluk. Makhluk yang kita rayu itu pun ada pelbagai harapan sendiri yang tidak terpenuhkan. Jadikan tempat kita mengadu hanya kepada Allah SWT. 

Perhatikanlah bumi ini, ia cukup luas. Semuanya milik Allah SWT. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Perjalanan kita di atasnya telahpun diatur oleh Allah SWT. Bertindaklah sebagai hamba Allah yang menjalankan amanahnya. Anggaplah bahawa Allah SWT mahu kita menebarkan khidmat beberapa masa lagi. Beberapa masa sehingga Dia mentakdirkan pertukaran. Percayakan ini dan yakini sesungguhnya.

Beimanlah kepada Allah sebagai pemutus segala. Buatlah asbab tetapi jangan imaninya.


Valley Of The Wolves Palestine 2011

May 27, 2011

Valley Of The Wolves Palestine 2011 adalah sebuah filem dari Turki bikinan   Zübeyr Şaşmaz. Ia berbahasa Turki tetapi ada sarikata Bahasa Inggeris.

Filem ini mengisahkan seorang komando Turki, Polat Alemdar bersama dengan sahabat-sahabatnya dari unit komando telah pergi ke palestin untuk menuntut bela atas apa yang dilakukan oleh  komando Israil ke atas kapal bantuan kemanusiaan Flotilla di mana rakyat Turki dibunuh mereka.  Dalam misinya, dia telah ditentang oleh Mosche Ben Eliezer, seorang jeneral tentera Israil. Polat Alemder telah menjadi buruannya dan untuk itu ramai rakyat Palestin dan kampung halaman mereka menjadi mangsa kekejaman tentera Israil. Ditampilkan juga watak seorang wanita Israil yang tersesat masuk ke komuniti rakyat Palestin dan melihat dengan mata kepalanya bagaimana kekejaman Yahudi yang merupakan bangsanya. Dia menolak sikap kejam itu sebagai ajaran Yahudi dan di sinilah dia bertentangan mengenai dogma Yahudi dengan pemimpin ketenteraan Yahudi tersebut. Sungguh pun begitu, Yahudi meperlihatkan penghormatannya ke tas darah bangsa Yahudi dan menganggap darah Arab palestin sebagai halal dibunuh.

Menonton filem ini benar-benar membangkitkan semangat keperwiraan. Polat Alemdar  dan pasukannya ditampilkan sebagai watak yang berkemahiran tinggi dalam penggunaan pelbagai senjata, berani dan sukar ditumpaskan. Ia memberikan satu kepuasan melihat tentera-tentera Israil tumbang satu demi satu ditembak olehnya beserta rakan-rakan sepasukannya. 

Ada pengaruh tariqat dalam perjuangan Polat Alemdar dan pasukannya itu. Seorang guru tariqat yang menjadi pemimpin spirutual buat Polat Alemdar, ketika berzikir sambil berdiri dan menggoyangkan badan dalam formasi tertentu seperti mendapat 'kasyaf' mengenai apa yang telah terjadi kepada keluarga seorang lelaki Palestin bernama Abdullah yang menyertai misi Polat Alemdar. Dia memberitahu hal itu kepada Abdullah.

Itu membawa kepada serangan-serangan gencar dan sengit  Polat Alemdar dan rakan-rakannya ke atas markas-markas dan penjara tahanan Israil.

Di akhir cerita digambarkan bahawa andainya rakyat palestin mendapat senjata, tentu sekali mereka akan berperang dengan berani dan Israil tidak akan ada tempat lagi di bumi Palestin. Kematian adalah satu pengorbanan dan ia adalah laksana baja yang akan menyuburkan lagi semangat perjuangan membasmi Israil dari bumi milik rakyat Palestin


Filem ini penuh dengan aksi! Tontonlah.



Khutbah Jumuat: Awasi Berita Media Fasiq


إن الحمد لله تعالى نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ به من
شرور أنفسنا ، وسيأت أعمالنا ,من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادى له وأشهد أن لا اله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمد عبده ورسوله اللهم صلى على محمد النبي
وأزواجه أمهات المؤمنين وذريته وآل بيته كما صليت على
آل ابراهيم انك حميد مجيد...

عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat sekelian…Marilah sama-sama kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Marilah kita tegakkan ketakwaan sehingga ketakwaan itu menjadi denyut nadi dalam kehidupan kita. Hanya dengan takwa kita dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan keberuntungan di hari akhirat. Allah mengingatkan dalam banyak tempat dalam Al-Quran mengenai pentingnya taqwa sebagaimana firmanNya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (Ali Imran:102)

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu. (An-Nisaa:1)


Sidang Jumaat sekalian

Setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita di kaca TV, akhbar-akhbar, radio dan juga sumber internet. Sesetengah berita tersebut benar dan sesetengah yang lain pula adalah dusta. Menerima sesuatu berita hendaklah dinilai dan diselidiki kesahehannya kerana jika tersilap menanggapi berita tersebut, kita akan membuat kesimpulan yang salah dan akhirnya membawa kepada penyesalan.

Dalam Al-Quran, Allah SWT mengingatkan kita tentang bahaya menerima berita yang disampaikan secara membuta tuli sebagaimana firmanNya:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
(Surah Al-Hujurat: Ayat 6)

Peringatan agar meneliti berita yang sampai kepada kita sebagaimana dirakamkan dalam ayat tadi adalah berikutan tuduhan berunsur fitnah yang dilemparkan ke  atas isteri  nabi SAW yang bernama A’ishah binti Abu Bakar As-Siddiq. Dalam perjalanan pulang dari misi peperangan ke atas satu kaum Yahudi yang derhaka yang dinamakan Peperangan Bani Mustaliq, Saidatina A’ishah telah tertinggal di belakang sendirian.  Menurut riwayat, A’ishah menyedari bahawa beliau tercicir kalung kesayangannya sewaktu keluar mengqadha hajat. Beliau pergi mencarinya dan ketika kembali semula ketempat perkhemahan, rombongan Rasulullah dan tentera-tentera Islam telah berlalu. Maka duduklah A’shah di situ menunggu dengan harapan Rasulullah menyedarinya dan kembali mengambilnya.

Ketika itulah seorang sahabat Rasulullah bernama Uthman bin Maz’um yang ditugaskan memungut barang tercicir menemui A’ishah. Beliau dengan penuh hormat meminta A’ishah menaiki unta tunggangannya sedangkan dia sendiri menali tali unta dengan berjalan kaki.

Apabila sampai di Madinah, orang-orang yang ada dalam hati mereka penyakit, menjadikan kejadian itu sebagai bahan untuk menikam kehormatan keluarga Rasulullah. Mereka malah menyebarkan berita-berita yang menyebarkan keraguan mengenai kesucian A’shah dalam masyarakat sehingga ia dipercayai pula oleh segelintir sahabat nabi sendiri.

Allah, akhirnya menurunkan ayat membersihkan saidatina A'ishah radiallahu anha. Firman Allah SWT

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.
(Surah An-Nur: Ayat 11)

Isteri Rasulullah SAW sendiri pun terpalit dengan berita dusta yang mengandungi racun fitnah, maka apatah lagi orang-orang lain. Termasuklah kita sendiri. Tidak ada siapa pun boleh menjamin kita akan selamat dari angkara murka yang ditimbulkan oleh orang fasiq.

Golongan fasiq dalam masyarakat memang tidak menjaga titur kata dan lidah mereka. Golongan fasiq memang suka membuat kerosakan, menfitnah, mengadu domba  dan menjadikan orang-orang yang hidup aman tenteram terganggu.

Istilah fasiq adalah merujuk kepada seorang yang melakukan dosa besar dan berkekalan pula di atas dosa kecil.

Jika kita lihat kepada apa yang dihidangkan oleh TV, akhbar-akhbar dan internet, kita dapat merumuskan bahawa ia adalah alat-alat yang mewakili sifat fasiq tersebut. Dalam TV ada program haram seperti nyanyian-nyanyian yang bertentangan dengan syarak, filem-filem yang menayangkan aurat dan babak-babak yang haram. Sementara itu ada juga rancangan yang baik ditayangkan. Dalam akhbar, selain ada berita-berita, artikal yang berfaedah, ada juga keputusan nombor ekor, sisipan hiburan yang mempamerkan tubuh personalitii wanita dan sebagainya. Dalam internet, janganlahlah diceritakan lagi. Amat banyak laman-laman porno yang bersepah.

Sifat fasiq yang ada pada media-media tersebut sudah terang lagi bersuluh. Justeru, apabila media-media tersebut menyebar berita, hendaklah kita selidiki dan berwaspada. Sesuatu yang kita dengar, kita lihat dan kita rumuskan daripadanya akan dipertanggungjawabkan di depan Allah di akhirat kelak. Allah SWT berfirman:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
(Surah Al-Israk: Ayat 36)
Tanggungjawab kita adalah menapis setiap berita dengan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.  Bukanlah sifat seorang  yang berakal untuk menelan segala perkara yang disumbat kepadanya.

Dalam dunia ini bukan hanya  ada benda halal. Selain yang halal, ada yang haram. Mungkin yang halal dan haram itu kita dapat mengenali dengan mudah. Kendatipun begitu, untuk mengenalinya, seseorang itu memerlukan ilmu. Akal manusia semata-mata tidak mamopu mengenal pasti halal haramnya sesuatu perkara. Sebab itu, Allah utuskan para Rasul kepada manusia untuk menjadikan manusia terpandu dalam menilai sesuatu perkara.

Perlu diingat pula, selain daripada perkara halal dan haram , ada pula perkara –perkara musytabihat. Rasulullah mengatakan bahawa sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara  musytabihat, maka sesungguhnya dia telah terjatuh  ke dalam yang haram.

Sabda Rasulullah SAW:

إن الحلال بين وإن الحـرام بين وبينهما أمور مشتبهات لا يعـلمهن كثير من الناس

“ Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Tetapi antara keduanya ada perkara-perkara mengelirukan yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia”.
( Hadis Riwayat Bukhari)

Berita juga demikian. Ada berita yang jelas halal dan ada pula berita yang terang-terang haram. Ada pula berita yang tidak dapat dipastikan. Makan janganlah ditelan beritan yang kabur dan tidak dipastikan kerana ia adalah mainan orang-orang fasiq.

Pada zaman Rasulullah, generasi yang hidup pada zaman tersebut adalah generasi terbaik dalam sejarah manusia. Kendatipun begitu, wujud golongan munafiq. Wujud juga golongan fasiq. Jika demikian halnya di zaman Rasulullah, maka apatah lagi di zaman kita ini.

Rasulullah mengingatkan kita dalam hadisnya berkenaan tanda-tanda akhir zaman, iaitu apabila orang jahat di kalangan kita dianggap mulia. Orang mulia pula dianggap jahat. Pada zaman ini, berapa banyak sudah kita saksikan, perompak dianggap pendeta sedangkan ulama dicaci nista.

Orang lebih ghairah membaca akhbar daripada membaca Al-Quran dan karya-karya ulama cendikia. Orang lebih banyak mendengar berita yang tidak tentu hujung pangkal  berbanding alunan ayat-ayat suci Allah dan pengisian ilmu. Inilah zaman kita. Amat besarlah hazar yang perlu kita sematkan di dada agar kita diselamatkan daripada tipu daya pesona.

Para ulama silam amat cermat dalam menerima berita seseorang. Hari ini kita menerima hadis-hadis saheh, mempertimbangkan yang daif dan menolak total yang maudhu’. Sebelum kita mendapat apa yang disifatkan sebagai hadis saheh,daif dan mauhu’ serta lain-lainnya  sebagaimana hari ini, para ulama telah bermujahadah menapis riwayat dan khabar yang sampai kepada mereka.

Terdapat buku-buku yang hebat dikarang oleh ulama-lama dalam bidang hadis mengenai kecacatan dan keadilan sesorang perawi hadis.  Seorang yang dikenali sebagai pendusta dituliskan sebagai pendusta. Seorang yang lemah ingatan dicatatkan sebagai kurang dhabitnya. Individu-individu fasiq tersenarai semuanya. Kalau di zaman pengumpulan hadis itu pun manusia fasiq telah bergentayangan mencipta hadis palsu, maka apatah lagi di zaman kita. Apatah lagi kalau cerita-cerita kehidupan dan politik sebagaimana yang banyak disajikan kepada kita menerusi media-media fasiq.

Hari ini,  yang menjadi tunggak berita, dan kandungan dalam dalam media-media adalah mereka yang kita panggil sebagai wartawan, seniman, artis, blogger, juruhebah dan sebagainya. Mereka ini adalah golongan yang mungkin termasuk apa yang dipanggil “as-syuara’” sebagaimana yang diperingatkan Allah dalam surah As-Syu’araa”.


هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَى مَنْ تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ (221) تَنَزَّلُ عَلَى كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ (222) يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ (223) وَالشُّعَرَاءُ يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ (224) أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ (225) وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ (226) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَانْتَصَرُوا مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ (227)
221.  Apakah akan Aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan- syaitan itu turun?22 2.  Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa, 223.  Mereka menghadapkan pendengaran (kepada syaitan) itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta. 224.  Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. 225.  Tidakkah kamu melihat bahwasanya mereka mengembara di tiap- tiap lembah[1089], 226.  Dan bahwasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan(nya)? 227.  Kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.
(Surah As-Syuaraa: Ayat 221-227)


بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فىِ الْقُرأنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِى وَاِيَّاكُمْ بِمَافَيْهِ مِنَ الايَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تَلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَالسَّمِيْعُ العَلِيْمُ. اَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَأسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ اِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الَّرحِيْم    فَاسْتَغْفِرُوْه فَيَا فَوْزَ  الْمُسْتَغْفِرِيْنَ   وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Pemerintahan Melayu berasaskan wa'ad

May 23, 2011

Disebutkan oleh Tun Sri Lanang dalam Sulalatus Salatin mengenai wa'ad yang berlaku antara Demang Lebar Daun (mewakili rakyat) dan Sang Sapurba Trimurthi Tribuana (mewakili raja/penguasa):


Maka sembah Demang Lebar Daun kepada Sang Sapurba Trimurthi Tribuana:

“Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah ke bawah Duli Yang Dipertuan. Hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. Syahadan jikalau ia berdosa besar-besar, dosanya sekalipun jangan ia difadilatkan dan dinista dengan kata-kata yang jahat-jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau patut pada hukum syar’i.”

Maka sembah Demang Lebar Daun,

“Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku.”

Maka titah Sang Sapurba Trimurti Tribuana.

“Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu.”

Maka baginda pun bersumpah-sumpahlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubah perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.”

Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku.”

Maka titah Sang Sapurba Trimurti Tribuana. “Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu.”

Maka baginda pun bersumpah-sumpahlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubah perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.”

Ketua UMUM PKR, DS Anwar Ibrahim dalam ceramah perdananya petang tadi mengimbau mengenai wa'ad tersebut dan kaitannya dengan kes-kes yang dihadapinya sekarang. Menurutnya, apa yang dilakukan oleh pemerintah kepadanya merupakan pelanggaran kepada wa'ad tersebut. Penguasa, sejahat manapun rakyatnya, tidak boleh mengaibkannnya. Rakyat yang patut dihukum hendaklah dihukum dengan hukum syarak. Apa yang dilakukan oleh UMNO-BN ke atasnya, memalukan, memenjara dan menyiksanya dalam penjara bukan melambangkan pemerintahan Melayu sejati yang digambarkan dalam sejarah.

Cerdik pandai dan pemerhati serata dunia yang ditemuinya mempersoalkan apa yang terjadi di Malaysia. Terbaru, ketika mengunjungi Jojakarta, kata DS Anwar, seorang Cendikiawan di sana menyifatkan apa yang terjadi di Malaysia benar-benar "edan"(Gila). Malaysia, katanya telah tercorot ke zaman "edan". 


Mempermalukan hamba rakyat bukan budaya pemerintahan Melayu. Dalam bahasa politik moden ia disebut sebagai pembunuhan karekter.  Inilah yang sedang berlaku. Gagal berlawan di pentas 'gentlemen', lawan politik dinista dan diaibkan dengan cara yang amat seni.

Demikian pula, sandaran hukum bagi pemerintahan Melayu adalah hukum Syarak. Menuntut DS Anwar agar bersumpah balas atas sumpah-sumpah palsu lawannya bukanlah apa yang ditunjukkan oleh hukum syarak. Malah, sebenarnya, sejak kerajaan didirikan di atas sistem keadilan yang berteraskan kepada "Common Law" Inggeris lagi, pemerintahan Melayu telah ditinggalkan. Melayu tidak lagi memerintah sejak itu. Yang Memerintah hanya sekumpulan elit Melayu yang menjadikan asoobiah Melayu sebagai talian hayat. Pemerintahan Melayu dengan undang-undang Islam adalah saling berkait.

Ironinya, hari ini, ada pihak yang tanpa malu mendakwa bahawa pemerintahan yang ada adalah pemerintahan Melayu. Mereka melaungkan ketuanan Melayu. Lebih menjadi bahan lelucon, ada yang bercita-cita mengisytiharkan perang sabil untuk mempertahan Islam. Seolah-olah sebandinglah dirinya dengan  Panglima Salehuddin Al-Ayubi.

Islam mereka sesungguhnya telah terlepas dari tambatannya, sepertimana layang-layang terputus talinya!


Khutbah Jumuat: Solat Subuh berjemaah dan kemenangan Islam

May 20, 2011


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ….

.فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah…

Marilah kita sama-sama menjadi hamba Allah yang bertakwa. Bertakwa dalam ertikata sentiasa mematuhi perintah Allah dan sedaya upaya menjauhi larangannya. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan untuk kita bawa mengadap Allah di akhirat kelak adalah taqwa.

Kedudukan, ras, rupa paras, darah keturunan dan sebagainya tidak membezakan seseorang di sisi Allah. Yang paling mulia adalah mereka yang bertakwa.

Khutbah hari ini berkisar “Hubungkait Solat Subuh berjemaah dengan kemenangan Islam”.

Muslimin yang dirahmati Allah...

Allah telah menciptakan malam untuk kita beristirehat. Kemudian diciptakan untuk kita tidur. Tidur merupakan salah satu bentuk kematian sementara yang mana kemudiannya Allah jugalah yang mengembalikan semula ruhu raihan ke dalam jasad kita sehingga kita mampu untuk kembali hidup dan menjalani hari kita. Demikian, Allah memberikan kita nikmat yang sungguh besar.

Lalu, di kala Subuh telah hampir, kita pun bangun memulakan hari baru kita. Permulaan, walaupun bukan penentu kepada pengakhiran, ia amatlah penting untuk diperhatikan. Maka, apakah permulaan hari kita itu kita lakarkan dengan baik atau ianya kita mulakan dengan coretan bernoda dan lengkah yang tempang?

Di sini lah membar Jumuat hari ini mengajak sidang jumuat sekalian untuk merenung sejenak satu amalan mulia lagi terpuji untuk kita lakukan di awal pagi iaitu solat Subuh berjemaah.

Sesungguhnya mengamalkan budaya hidup bangun awal pagi itu adalah warisan pada nabi dan “da’bul ulama wassolihin” (kemegahan para ulama dan orang soleh). Ia mempunyai pelbagai kelebihan dan merupakan antara teras penting anjakan paradigma. Kerajaan sering melaungkan pelan transformasi untuk membawa Negara menjadi Negara maju. Tranformasi fizikal hanya akan bermakna jika ia didasari oleh tranformasi spiritual yang mantap. Membar hari ini menekankan mengenai kepentingan bangun solat Subuh dan melakukannya berjemaah di masjid sebagai ramuan tranformasi diri yang menjana tranformasi peringkat Negara.

Di antara kelebihan solat Subuh berjemaah ialah:

a) Dianugerahkan cahaya sempurna di akhirat.

Di hari akhirat, bukan ada cahaya terang sebagaimana di dunia. Di dunia kita boleh bercahaya di bawah matahari dan bulan. Kita boleh bersuluh dengan lampu dan pelita. Namun di akhirat, kita hanya mengharap cahaya anugerah Allah SWT. Firman Allah SWT:

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


(yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (Dikatakan kepada meraka): "Pada hari Ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar".
(Surah Al-Hadid: Ayat 12)

Cahaya itu adalah anuegrah Allah kepada hambanya yang menhadapi susah payah semasa hidup menerobos gelap untuk fi sabilillah. Siapa yang sudi meraba gelap dini untuk ke masjid, bagi mereka anugerah cahaya. Sabda nabi SAW:

بشر المشائين في الظلم إلى المساجد بالنور التام يوم القيامة

“ Berikan khabar gembira buat mereka yang berjalan dalam gelap menuju ke masjid, bahwa untuk mereka cahaya yang sempurna di hari kahirat”.
(Hadis Riwayat Abu Daud &a Turmizi-Disahehkan oleh Albani)


b) Mendapat pahala qiamullail sepanjang malam

Bukan senang untuk bangun solat tahajjud di sepertiga malam. Namun, pahala tahajjud malahan qiamullail sepanjang malam dianugerahkan kepada mereka yang solat Subuh berjemaah di masjid. Tertipulah orang yang yang rajin qiamullail di malam sunyi tapi tidak datang solat subuh berjemaah. Sabda Rasulullah SAW:

من صلى العشاء في جماعة فكانما قام نصف الليل ومن صلى الصبح في جماعة فكانما قام الليل كله


“ Sesiapa yang solat insya berjama’ah, maka sesungguhnya ia seperti seorang yang mendirikan malam dengan ibadat separuhnya. Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, maka ia seperti seorang yang bangun beribadat sepanjang malam”.
(Hadis Riwayat Muslim)

c) Dapat solat sunat sebelum Subuh yang amat besar fadhilatnya.

Daripada Saidatina A’ishah R.A meriwayatkan :


لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ

” Tidak ada solat sunat yang lebih diutamakan oleh nabi SAW melainkan solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh”.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Kalau demikian nabi SAW mementingkan solat sunat sebelum Subuh, maka apatah lagi yang fardhunya?

d) Membebaskan diri dari sifat munafiq



Solat Subuh berjemaah menjadi kayu ukur generasi Sahabat untuk mengenali golongan munafiq sebagaimana ungkapan Ibn Umar:

كنا إذا فقدنا الرجل في الفجر والعشاء أسأنا الظن به

” Adalah kami, apabila tidak melihat seorang lelaki solat Subuh di masjid, kami bersangka buruk kepadanya”.
(Riwayat Tabrani dan Ibn Khuzaimah)


Orang munafiq memang sukar dikenali. Baik di zaman Rasulullah SAW maupun di zaman kini. Golongan ini wujud dan ia bukan cerita zaman nabi. Zaman nabi mereka berkeliaran dalam masyarakat mempesonakan orang Islam dengan ucapan-ucapan bersemangat dan penampilan menarik mereka. Zaman kini pun demikian dan tentunya jumlahnya makin banyak dan madah berhelahnya makin berliku-liku. Kita semua patut merasa bimbang jika kita termasuk ke dalam golongan itu kerana sedahsyat siksaan neraka buat orang-orang kafir, dahsyat lagi balasan buat orang munafiq. Merekalah isi neraka yang terbawah.

Namun, para sahabat tahu bahawa orang munafiq amat berat untuk solat Subuh berjemaah. Hal inilah yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW:

ليس صلاة أثقل على المنافقين من الفجر والعشاء ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبوا

”Solat yang paling berat ke atas orang-orang munafiq ialah solat Subuh dan Insya. Jikalah mereka tahu kelebihan kedua-duanya, sudah tentu mereka yang datang ke masjid untuk melaksanakannya walau dalam keadaan merangkak”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dengan mengekalkan solat Subuh berjemaah, kita meledeni tradisi para sahabat dalam menyaring mukmin sejati dari mereka yang berpura-pura. Kita hanya berusaha dan Allah yang menetukan.

e) Yahudi takut muslim solat Subuh berjemaah.

Kita telah lama mengahadapi penindasan kaum Yahudi, khususnya saudara-saudara kita di bumi Palestin. Yahudi bukan sahaja merampas dan menceroboh kehormatan Islam di bumi suci tersebut, tetapi mereka sendtiasa melebarkan pengaruh mereka ke serata dunia dengan pelbagai cara. Untuk menceritakan mengenai penguasaan yahudi ini, seseungguhnya ia satu yang panjang dan menyakitkan hati kita.


Namun, sebagaimana yang diungkapkan oleh Golda Meir, Perdana Menteri Negara haram Israil (1969-1974):

kami tidak takut kepada orang-orang Islam sehinggalah mereka solat subuh di masjid sebagaimana mereka solat Jumuat”.

Seorang ektremis Yahudi pernah berkata: "Kami tahu bahawa kesudahan kami adalah di tangan kaum muslimin.Kami juga tahu bahawa batu dan pokok-pokok akan memberitahu orang Islam di mana kami berada. Tetapi orang Islam itu bukanlah orang Islam di zaman ini kerana mereka dilalaikan oleh permainan dan hiburan daripada solat mereka”.

Yahudi melepaskan tembakan melalui Apache ke atas pemimpin HAMAS, Syeikh Ahmad Yasin ketika beliau dalam perjalanan pualang dari masjid setelah solat subuh. Sementara Dr. Abd Aziz Rantisi penggantinya, menemui kesyahidan dibunuh Yahudi setelah selesai solat maghrib di sebuah masjid. Yahudi memang takut kepada muslim yang solat berjemaah.

Hari ini, jika kita berat kaki untuk melangkah ke masjid untuk solat berjemaah, apatah lagi solat Subuh berjemaah, maka bagaimana kita sanggup berimpian untuk menewaskan kebejatan Yahudi. Orang Islam ramai yang tidak solat kerana leka dengan hiburan. Malah, kerana berjaga menyaksikan permainan bola sepak, seorang muslim ditewaskan rasa mengantuknya sehingga tidak mampu untuk hadir solat Subuh berjemaah menjelang paginya

Adakah setelah kita menyedari kesedaran kaum Yahudi ini tentang bahaya solat Subuh berjemaah buat survival mereka, masih patut kita bermalas-malasan. Kalau begitu, jangan bermimpi untuk menewaskan kaum Yahudi. Janji tewasnya Yahudi di tangan orang Islam itu telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis
:

 لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون ‏‏ اليهود ‏ ‏فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر أو الشجر يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله إلا ‏‏ الغرقد ‏ ‏فإنه من شجر ‏‏ اليهود

Tidak akan berlaku Qiamat sehingga orang-orang Islam akan memerangi Yahudi lalu orang-orang Islam akan membunuh Yahudi sehingga apabila seorang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok maka batu dan pokok itu akan berkata: Wahai orang Islam, wahai hamba Allah! Ini dia Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia melainkan pohon gharqad (yang akan melindungi Yahudi), maka sesungguhnya ia adalah pohon Yahudi”.
(Hadis Riwayat Syaikhan)

Namun, persoalan yang perlu kita tanya, apakah kita orang Islam yang bertuah itu? Kitakah...padahal di kala azan Subuh dilaungkan, kita masih menarik selimut membalut badan? Kitakah...padahal di kala qamat dilafazkan kita masih payah meninggalkan pembaringan? Lalu setelah salam imam kedua kalinya, baru kita melungsur turun dari katil. Kita bangun kerana di sana ada tuntutan dunia sedang berbisik. Kita perlu datang bekerja di awal pagi. Panggilan dunia kita sahut walau payah. Namun, panggilan dini hari daripada Allah swt kita biarkan kabur pecah berpuing bersama sirnanya fajar Sadik.

Kitakah muslim yang bakal membunuh Yahudi durjana, kalau demikian keadaan kita?

Marilah kita menjadi generasi penegak Subuh kerana merekalah generasi yang berjaya di dunia dan akhirat.


أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآَنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآَنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh. Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).
(Surah Al-Israk: Ayat 78)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Istiqamah bukan mudah

May 16, 2011

 "Istiqamah adalah sepatah kata yang mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan...ia adalah kalimah yang menggerunkan", Ujar Mohamed Sabu ketika berucap kepada sekumpulan penduduk kampung yang menunjukkan kecenderungan untuk bersama gerakan Islam Pas dan memperkasakan gerakan di kawasan mereka. Sebagaimana yang telah dilalui oleh banyak tempat ketika Pas bermula, jumlah yang hadir hanya sedikit. Namun, pencapaian yang telah ada pada hari ini di tempat yang dulunya sukar, hendaklah menjadi inspirasi kepada semua tempat yang sedang memulakan langkahnya. Mohamed Sabu menceritakan bagaimana hebatnya muktamar Pas Kawasan Baling dan Pasir Mas. Di Baling, perwakilan yang datang mencecah seribu orang dan pertandingan semua jawatan berlaku. Pengiraan undi selesai menjelang jam 11 malam. Namun, tentunya 20 tahun sebelumnya, keadaannya tidak sehebat itu. Justeru, bagi yang sedang memulakan langkah, tidak harus kecewa dan patah semangat.

Bercakap tentang istiqamah, Mohamed Sabu membongkar apa yang disifatkannya sebagai orang-orang yang gugur dalam perjuangan. Sambil mengikat pendedahannya itu dengan permohonan keampunan kepada mereka yang pernah berjasa kepada Pas, dia menyebutkan tokoh-tokoh Pas yang telah gugur daripada perjuangan Pas. Sebahagiannya menyisih diri dan berkhulwah daripada perjuangan. Sebahagiannya membuat pusingan U dengan melibatkan diri dalam perjuangan UMNO.

Yang Dipertua PAS yang pertama,Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan  adalah orang yang pertama meninggalkan PAS dan tidak mati dengan perjuangan PAS. Datuk Mohd Asri Hj. Muda adalah presiden Pas yang pernah membawa Pas bergabung dalam  BN. Penggabungan itu menjadi titik hitam yang menguras banyak tenaga Pas. Akibat daripadanya,  berjatuhanlah para pejuangnya yang mengambil jalan menyisih diri dan sebahagiannya menubuh parti dan jemaah lain. Ashaari Muhammad yang menubuhkan Al-Arqam  merupakan antara yang menyisih daripada Pas akibat penggabungan dengan UMNO dalam BN pada masa itu. Di pelbagai peringkat Pas telah kehilangan tenaga dan menjadi lemah tak bermaya. Apabila Pas disingkirkan daripada BN, Kelantan dirampas melalui pengisytiharan darurat, Datuk Mohd Asri Hj. Muda meninggalkan Pas dan akhirnya masuk UMNO.

"Ada yang berceramah berdegar mengatakan kalau dia meninggalkan Pas, tembaklah dia...kemudiannya dia juga meninggalkan Pas dan menyertai UMNO", Mohamed Sabu menceritakan.

"Saya adalah anak usrah Ust. Nakhaie Hj. Ahmad...dia mengingatkan kami tentang istiqamah dalam perjuangan...malah dia mengarangkan sebuah buku mengenai istiqamah dalam perjuangan...akhirnya, apa terjadi kepadanya?", Mohamed Sabu menghimbau.

Ust. Nakhaie meninggalkan perjuangan Pas dan menganut perjuangan UMNO.

Mohamed Sabu menceritakan pengalamannya mengikuti Nakahie dalam berceramah di pelusuk negeri. Kekadang menjelang jam 3 pagi mereka masih lagi memandu kereta pulang ke rumah. Pada saat-saat sebelum Ust. Nakhaie masuk UMNO, dia sering mengeluhkan kata-kata orang keletihan dalam perjuangan.

"Mat...sampai bila lagi kita akan begini? Kau lihat Anwar, dia telah mendapat kesenangan dalam UMNO", Kata-kata Ust Nakhaie itu acap dikeluhkan olehnya terutama ketika mereka berdua. Hingga satu hari, disaksikan bagaimana isterinya telah mencemuh perjuangan yang didikong lantaran tidak berhasil mendapat dunia sebagaimana orang lain. Ternyata itu merupakan pukulan maut yang kemudiannya mengakibatkan Nakhaie beralih arah. Perjuangannya berakhir tragedi.

Isteri, kata Mohamed Sabu adalah dugaan kepada perjuangan. Sewaktu dia dalam tahanan ISA, isterinya datang menziarahinya, dia utarakan hasratnya untuk menulis surat kepada Anwar Ibrahim yang waktu itu merupakan menteri penting kerajaan. Namun, isterinya menempelaknya dan menyatakan bahawa terpenjara bertahun-tahun lebih baik daripada merayu ehsan penguasa.

"Kalaulah aku merayu ehsannya waktu itu...barangkali aku bukan lagi Mohamed Sabu sekarang", ujar Mohamed Sabu.

Dianugerahkan isteri yang tahan diuji juga merupakan nikmat perjuangan. Bagi isteri-isteri yang menjadi mangsa suami mereka ditahan ISA, isteri Mohamed Sabu acapkali menjadi pemulih semangat buat mereka.

Ramai sekali yang telah gugur dalam perjuangan. Orang-orang yang gugur ini telah terjadi dan akan terjadi mengikut ketetapan Allah SWT. Kita tidak tahu siapakah mereka. Mungkinkah kita? Ia adalah proses pembersihan ilahi untuk mereka yang berjuang.  Kita hanya boleh berharap agar Allah mengekalkan istiqamah kita. Jika panglima besar pun boleh digugurkan, maka apalah kiranya saldadu-soldadu kecil seperti kita?

Marilah sentiasa munajatkan doa:


اللهم يا مقلب القلوب والأبصار ثبت قلوبنا على دينك


Sajak: Ini Zaman Kita

May 14, 2011

Seorang sahabatku  yang pernah bersama melakar garis gerakan  buat diri di medan terbuka masyarakat ,  Norhasanin Ahmad,  kini dia merantau hingga ke New Zealand . Ketika menyelak catatan-catatannya dalam facebook, aku tertarik dengan sajak ringkasnya yang penuh makna. Kuperturunkan di sini agar menjadi renungan bersama:-

Ini Zaman Kita.
Termenung seketika di bibir jendela,
Tersentak jiwa di hidang berita,
Para pendukung maksiat bertukar pendita,
Para perompak menjadi mata-mata,
...
Lanun di laut, Perompak di darat,
Pencemar adab, Pelaku makar,
Teringat maut, Tersangkut nyawa,
Bertukar bicara, demi pilihanraya.

(Catatan aftershock Fri. 13th May 2011)


Rintihan...Kezaliman penguasa yang berleluasa di zaman ini, melahirkan sekian banyak para pemunajat. Jangan dikira bahawa Allah melupakan setiap kedurhakaan yang dilakukan. Sengaja Allah lanjutkan kezaliman itu untuk satu tempoh waktu agar bila datang pembalasan Allah, akan terbeliaklah mata mereka.

Firman Allah SWT: 



وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ


“ Dan janganlah sekali-kali kamu mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata akan terbelalak.”
(Surah Ibrahim: Ayat 42)


Syair Arab: Umpatan yang diharuskan


الذم ليـس بغيبـة في ستـة متظلـم ومعـرف ومحـذر

 ولمظهر فسقا ًومستفت ومن طلب الإعانة في إزالة منكر

 Celaan itu bukanlah satu umpatan dalam enam keadaan: Kepada orang yang berbuat zalim, kepada yang sudah dikenali dengan gelarannya dan supaya dapat memberi awas kepada orang lain dari bahayanya.

Supaya mendedahkan kefasikan, meminta fatwa dan orang yang meminta pertolongan menghilangkan

kemungkaran.


Pakcik Sapar Matusin: Saya menunggu kadar pampasan yang sepatutnya.

May 10, 2011

Projek Hub Pendidikan Sandakan yang telah berjalan sehingga kini telah mengorbankan banyak tanah dan penempatan penduduk. Penduduk yang menempati tanah-tanah rizab kerajaan sepanjang jalan Sungai Batang sudah dipindahkan dan tanah-tanah tersebut dikosongkan berikutan projek pembesaran jalan. Mereka yang tidak memiliki hak milik ke atas tanah yang diduduki tidak mendapat sebarang pampasan. Hanya terdapat tawaran berupa rumah yang bakal disewa di tempat yang bakal di bagunkan tidak jauh dari jalan Sungai Batang. Buat sementara (entah sampai bila), mereka bercempera mencari tempat tinggal masing-masing sejuah batu 12.

Bagi penduduk yang memiliki tanah pinggiran jalan, mereka ditawarkan pampasan atas pengambilan bahagian-bahagian tanah mereka. Salah seorang penduduk yang ditemui, Pakcik Sapar bin Matusin, seorang suku Bajau berasal Tuaran, Sabah memaklumkan bahawa projek pembesaran sungai yang dilakukan bagi melancarkan pengaliran air dari kawasan Hub Pendidikan ke laut, telah melibatkan sejumlah 4 ekar tanahnya. Selain itu beliau juga kehilangan sebanyak 200 pokok kelapa sawit yang sedang muda, 300 tompok tebu dan 90 batang pokok pisang. Untuk semua itu, kerajaan menawarkan  RM 342,800.00.

Pakcik Sapar Matusin

Memikirkan bahawa pampasan yang ditawarkan itu belum memadai jika dibandingkan dengan kerugiannya akibat pengambilan tanah dan kemusnahan aset di atasnya, dia masih menangguhkan surat setuju terima kadar jumlah tersebut. Menurutnya, kadar yang ditawarkan itu tidak lebih baik daripada tanah miliknya seluas 4 ekar yang telah diambil oleh kerajaan. Beberapa pandangan mengenai kadar munasabah sedang dicari oleh beliau.

Pakcik Sapar Matusin, telah menghuni tanahnya sekarang lebih 40 tahun. Dalam usianya menjangkau 63 tahun, dan keperluan pembelajaran anaknya di universiti dan ada yang masih bersekolah, beliau berniaga air tebu di gerai pinggir jalan Sungai Batang tidak jauh dari rumahnya.

Syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembesaran sungai melibatkan 4 ekar tanahnya itu ialah syarikat Wijaya Daya Sdn. Bhd.

Menurut Pakcik Sapar Matusin, terdapat beberapa penduduk yang rumahnya terlibat dengan pembesaran jalan bakal terpaksa berputih mata. Rayuan agar susur jalan dianjak ke arah bukit agar tidak mengenai rumah mereka tidak dilayan.

Sungguhpun begitu, ada sebuah rumah yang sedang rancak dibina di pinggir jalan yang sedang dibesarkan. Apakah muslihatnya?


Memahami dolak dalik UUM berhubung isu cukai tanah.

May 7, 2011



 
Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.


Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.

Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta.

Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang ‘tidak disengajakan’ itu untuk menjelaskan cukai.

Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah ‘ala UUM’ untuk meminta rebat cukai.

Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.

Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan ‘precedent case’ atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.

Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?

Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah.

Jika pihak UUM masing ‘membuat bising’ kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.

USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi.

Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM.

Cakapnya ‘double standard’ kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat ‘gila-gila’ itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.

Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.

Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka ‘eloklah’ mereka meneruskan niat busuk tersebut.

Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak?

Jawapannya begini:


1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan)

2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan.

3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air.


4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin
 

Sumber:  Warta Darulaman