Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI


Waktu Malaysia

TUKAR PASWORD YES

Sinar Harian

LOGIN AKAUN YES

Sinar Harian

e-Operasi

Sinar Harian

LOGIN SPLG

Sinar Harian

SAPS NKRA

Sinar Harian

HRMIS

Sinar Harian

APDM

Sinar Harian

e-Penyata Gaji

Sinar Harian

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket

Rujukan

Khutbah Jumuat: Awasi Berita Media Fasiq

May 27, 2011


إن الحمد لله تعالى نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ به من
شرور أنفسنا ، وسيأت أعمالنا ,من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادى له وأشهد أن لا اله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمد عبده ورسوله اللهم صلى على محمد النبي
وأزواجه أمهات المؤمنين وذريته وآل بيته كما صليت على
آل ابراهيم انك حميد مجيد...

عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat sekelian…Marilah sama-sama kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah. Marilah kita tegakkan ketakwaan sehingga ketakwaan itu menjadi denyut nadi dalam kehidupan kita. Hanya dengan takwa kita dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan keberuntungan di hari akhirat. Allah mengingatkan dalam banyak tempat dalam Al-Quran mengenai pentingnya taqwa sebagaimana firmanNya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (Ali Imran:102)

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu. (An-Nisaa:1)


Sidang Jumaat sekalian

Setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita di kaca TV, akhbar-akhbar, radio dan juga sumber internet. Sesetengah berita tersebut benar dan sesetengah yang lain pula adalah dusta. Menerima sesuatu berita hendaklah dinilai dan diselidiki kesahehannya kerana jika tersilap menanggapi berita tersebut, kita akan membuat kesimpulan yang salah dan akhirnya membawa kepada penyesalan.

Dalam Al-Quran, Allah SWT mengingatkan kita tentang bahaya menerima berita yang disampaikan secara membuta tuli sebagaimana firmanNya:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
(Surah Al-Hujurat: Ayat 6)

Peringatan agar meneliti berita yang sampai kepada kita sebagaimana dirakamkan dalam ayat tadi adalah berikutan tuduhan berunsur fitnah yang dilemparkan ke  atas isteri  nabi SAW yang bernama A’ishah binti Abu Bakar As-Siddiq. Dalam perjalanan pulang dari misi peperangan ke atas satu kaum Yahudi yang derhaka yang dinamakan Peperangan Bani Mustaliq, Saidatina A’ishah telah tertinggal di belakang sendirian.  Menurut riwayat, A’ishah menyedari bahawa beliau tercicir kalung kesayangannya sewaktu keluar mengqadha hajat. Beliau pergi mencarinya dan ketika kembali semula ketempat perkhemahan, rombongan Rasulullah dan tentera-tentera Islam telah berlalu. Maka duduklah A’shah di situ menunggu dengan harapan Rasulullah menyedarinya dan kembali mengambilnya.

Ketika itulah seorang sahabat Rasulullah bernama Uthman bin Maz’um yang ditugaskan memungut barang tercicir menemui A’ishah. Beliau dengan penuh hormat meminta A’ishah menaiki unta tunggangannya sedangkan dia sendiri menali tali unta dengan berjalan kaki.

Apabila sampai di Madinah, orang-orang yang ada dalam hati mereka penyakit, menjadikan kejadian itu sebagai bahan untuk menikam kehormatan keluarga Rasulullah. Mereka malah menyebarkan berita-berita yang menyebarkan keraguan mengenai kesucian A’shah dalam masyarakat sehingga ia dipercayai pula oleh segelintir sahabat nabi sendiri.

Allah, akhirnya menurunkan ayat membersihkan saidatina A'ishah radiallahu anha. Firman Allah SWT

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.
(Surah An-Nur: Ayat 11)

Isteri Rasulullah SAW sendiri pun terpalit dengan berita dusta yang mengandungi racun fitnah, maka apatah lagi orang-orang lain. Termasuklah kita sendiri. Tidak ada siapa pun boleh menjamin kita akan selamat dari angkara murka yang ditimbulkan oleh orang fasiq.

Golongan fasiq dalam masyarakat memang tidak menjaga titur kata dan lidah mereka. Golongan fasiq memang suka membuat kerosakan, menfitnah, mengadu domba  dan menjadikan orang-orang yang hidup aman tenteram terganggu.

Istilah fasiq adalah merujuk kepada seorang yang melakukan dosa besar dan berkekalan pula di atas dosa kecil.

Jika kita lihat kepada apa yang dihidangkan oleh TV, akhbar-akhbar dan internet, kita dapat merumuskan bahawa ia adalah alat-alat yang mewakili sifat fasiq tersebut. Dalam TV ada program haram seperti nyanyian-nyanyian yang bertentangan dengan syarak, filem-filem yang menayangkan aurat dan babak-babak yang haram. Sementara itu ada juga rancangan yang baik ditayangkan. Dalam akhbar, selain ada berita-berita, artikal yang berfaedah, ada juga keputusan nombor ekor, sisipan hiburan yang mempamerkan tubuh personalitii wanita dan sebagainya. Dalam internet, janganlahlah diceritakan lagi. Amat banyak laman-laman porno yang bersepah.

Sifat fasiq yang ada pada media-media tersebut sudah terang lagi bersuluh. Justeru, apabila media-media tersebut menyebar berita, hendaklah kita selidiki dan berwaspada. Sesuatu yang kita dengar, kita lihat dan kita rumuskan daripadanya akan dipertanggungjawabkan di depan Allah di akhirat kelak. Allah SWT berfirman:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
(Surah Al-Israk: Ayat 36)
Tanggungjawab kita adalah menapis setiap berita dengan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.  Bukanlah sifat seorang  yang berakal untuk menelan segala perkara yang disumbat kepadanya.

Dalam dunia ini bukan hanya  ada benda halal. Selain yang halal, ada yang haram. Mungkin yang halal dan haram itu kita dapat mengenali dengan mudah. Kendatipun begitu, untuk mengenalinya, seseorang itu memerlukan ilmu. Akal manusia semata-mata tidak mamopu mengenal pasti halal haramnya sesuatu perkara. Sebab itu, Allah utuskan para Rasul kepada manusia untuk menjadikan manusia terpandu dalam menilai sesuatu perkara.

Perlu diingat pula, selain daripada perkara halal dan haram , ada pula perkara –perkara musytabihat. Rasulullah mengatakan bahawa sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara  musytabihat, maka sesungguhnya dia telah terjatuh  ke dalam yang haram.

Sabda Rasulullah SAW:

إن الحلال بين وإن الحـرام بين وبينهما أمور مشتبهات لا يعـلمهن كثير من الناس

“ Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Tetapi antara keduanya ada perkara-perkara mengelirukan yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia”.
( Hadis Riwayat Bukhari)

Berita juga demikian. Ada berita yang jelas halal dan ada pula berita yang terang-terang haram. Ada pula berita yang tidak dapat dipastikan. Makan janganlah ditelan beritan yang kabur dan tidak dipastikan kerana ia adalah mainan orang-orang fasiq.

Pada zaman Rasulullah, generasi yang hidup pada zaman tersebut adalah generasi terbaik dalam sejarah manusia. Kendatipun begitu, wujud golongan munafiq. Wujud juga golongan fasiq. Jika demikian halnya di zaman Rasulullah, maka apatah lagi di zaman kita ini.

Rasulullah mengingatkan kita dalam hadisnya berkenaan tanda-tanda akhir zaman, iaitu apabila orang jahat di kalangan kita dianggap mulia. Orang mulia pula dianggap jahat. Pada zaman ini, berapa banyak sudah kita saksikan, perompak dianggap pendeta sedangkan ulama dicaci nista.

Orang lebih ghairah membaca akhbar daripada membaca Al-Quran dan karya-karya ulama cendikia. Orang lebih banyak mendengar berita yang tidak tentu hujung pangkal  berbanding alunan ayat-ayat suci Allah dan pengisian ilmu. Inilah zaman kita. Amat besarlah hazar yang perlu kita sematkan di dada agar kita diselamatkan daripada tipu daya pesona.

Para ulama silam amat cermat dalam menerima berita seseorang. Hari ini kita menerima hadis-hadis saheh, mempertimbangkan yang daif dan menolak total yang maudhu’. Sebelum kita mendapat apa yang disifatkan sebagai hadis saheh,daif dan mauhu’ serta lain-lainnya  sebagaimana hari ini, para ulama telah bermujahadah menapis riwayat dan khabar yang sampai kepada mereka.

Terdapat buku-buku yang hebat dikarang oleh ulama-lama dalam bidang hadis mengenai kecacatan dan keadilan sesorang perawi hadis.  Seorang yang dikenali sebagai pendusta dituliskan sebagai pendusta. Seorang yang lemah ingatan dicatatkan sebagai kurang dhabitnya. Individu-individu fasiq tersenarai semuanya. Kalau di zaman pengumpulan hadis itu pun manusia fasiq telah bergentayangan mencipta hadis palsu, maka apatah lagi di zaman kita. Apatah lagi kalau cerita-cerita kehidupan dan politik sebagaimana yang banyak disajikan kepada kita menerusi media-media fasiq.

Hari ini,  yang menjadi tunggak berita, dan kandungan dalam dalam media-media adalah mereka yang kita panggil sebagai wartawan, seniman, artis, blogger, juruhebah dan sebagainya. Mereka ini adalah golongan yang mungkin termasuk apa yang dipanggil “as-syuara’” sebagaimana yang diperingatkan Allah dalam surah As-Syu’araa”.


هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَى مَنْ تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ (221) تَنَزَّلُ عَلَى كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ (222) يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ (223) وَالشُّعَرَاءُ يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ (224) أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ (225) وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ (226) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَانْتَصَرُوا مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ (227)
221.  Apakah akan Aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan- syaitan itu turun?22 2.  Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa, 223.  Mereka menghadapkan pendengaran (kepada syaitan) itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta. 224.  Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. 225.  Tidakkah kamu melihat bahwasanya mereka mengembara di tiap- tiap lembah[1089], 226.  Dan bahwasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan(nya)? 227.  Kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kezaliman. dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.
(Surah As-Syuaraa: Ayat 221-227)


بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فىِ الْقُرأنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِى وَاِيَّاكُمْ بِمَافَيْهِ مِنَ الايَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تَلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَالسَّمِيْعُ العَلِيْمُ. اَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَأسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ اِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الَّرحِيْم    فَاسْتَغْفِرُوْه فَيَا فَوْزَ  الْمُسْتَغْفِرِيْنَ   وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

0 comments:

Post a Comment