Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Mana pembunuh Gaddafi?

February 26, 2011

Mu'ammar Gaddafi pasti akan kalah. Rakyat Libya akan berhasil menjatuhkannya. Tidak ada seroang penzalim di atas muka bumi melainkan kesudahannya akan menemui kajatuhan yang hina. Demikian, zalim Hajjaj bin Yusuf As-Thaqafi sebagaimana tercatat dalam sejarah Islam, dia menemui khatimah yang malang setelah didoakan oleh Said bin Jubair. Setelah tak berguna senjata bikinan manusia, maka akan datang senjata kiriman Allah SWT.


Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, ketika khutbah Jumuat kelmarin, membuat seruan kali kedua dengan lebih tegas supaya Gaddafi dibunuh. Sesiapa yang boleh sampai tangan kepadanya, hendaklah dilakukan misi ini. Membunuh Gaddafi akan menyelamatkan ribuan rakyat Libya yang lain. Sehingga catatan ini, sudah lebih 2000 rakyat yang bangkit menentangnya terbunuh. Keadaan masih tidak menunjukkan angka itu  berhenti di situ. Menurut Al-Qardhawi, dia akan bertanggungjawab di depan Allah SWT atas apa yang beliau fatwakan sebagai penghalalan darah Gaddafi.

Kononnya Gaddafi mahu mati syahid, sedangkan jalan perjuangannya bukan Islam. Dia berkhayal dalam mimpinya yang panjang berdekad. Sehingga saat rakyat telah menolaknya dan dunia telah mengutuk kekejamannya, dia masih merasakan dia di pihak yang benar. Demikian boreknya bapa, begitu pula rintiknya anak. Anaknya Saiful Islam, yang disifatkan oleh Al-Qardhawi sebagai "Saiful Jahiliyyah" mempertegaskan kedegilannya untuk tidak meninggalkan Libya dan rela mati di negerinya.

Tiga pilar yang mendokong kekuasaan Gaddafi telah pun hilang daripadanya. Tentera, diplomat dan ketua -ketua kabilah. Di beberapa bahagian wilayah Libya, tentera telah menyokong gerakan rakyat. Gaddafi  hanya bergantung kepada tentera upahan yang dijadikan sebagai tentera pengawal revolusi silamnya dan pengawal peribadinya. Para diplomat di negara-negara luar telah mengistiharkan tidak lagi setia dengan kerajaan Gaddafi.. Pagawai-pegawai tinggi dalam negara juga ramai yang telah meletakkan jawatan. Ketua-ketua Kabilah yang selama bertahun dirasuah, diancam dan dipujuk agar mendokongnya sudah  lari daripadanya. Libya telah lumpuh. Gaddafi tidak lagi memerintah sebuah negara melainkan hanya memerintah ammarah dirinya. Kesombongan memerintah selama lebih 4 dekad membuatkannya tidak boleh menerima kajatuhan.

Dia sendiri mengangapkan dirinya "king of the kings" bagi para pemimpin di benua Afrika. Bagaimana mungkin dia boleh merelakan seorang pada kedudukan sepertinya itu jatuh? Tapi...dia pasti jatuh. 

Gaadafi sebagaimana gaya kebanyakan pemimpin negara Arab, adalah pelakun-pelakun amatur dalam kekuasaan mereka. Mereka boleh berucap kepada dengan  mengunggap bismillah dan puji syukur kepada Allah untuk menawan hati rakyat. Malah, dengan rasa tidak malu dan mengada-ngada, kalangan mereka boleh berlagak laksana seorang ulama di tengah masyarakat. Mereka berjalan sambil membilang biji tasbih, berzikir, sedangkan yang dizikirkan mereka bukan mentaqdiskan Allah. Sebaliknya mereka hanya mentaqdiskan diri untuk memanjangkan tempoh pemerintahan. Selama ini kita kagum dengan keberanian Gaddafi main cabar mencabar dengan Amerika Syarikat. Kadang-kadang dia menggancam Israil. Tapi tak ke mana. Itu semua sandiwara. Dia bukan seorang pejuang Islam biarpun dia mengatakan dia adalah seorang pejuang. Dia hanya pejuang sosialis. Rakan seangkatannya adalah Hugo Chavev, presiden Venezuela yang lantang dan keras melawan Amerika Syarikat. Kedua-dua mereka adalah pemimpin sosialis. 


Gaddafi akan mati. Membunuhnya adalah kebanggan bagi sang pembunuh. Dalam jutaan rakyatnya, pasti ada penyelinap berjiwa tegar dan nekad. Dunia Gaddafi sebenarnya telah sempit sekarang. Nikmatilah hidup maksiat dengan pengawal-pengawal peribadi wanita yang mendokongnya. Celakalah untuk pemimpin yang ditolak rakyat. Lebih celaka pemimpin yang ditolak Allah SWT.

Ya Allah...kirimkan sang pembunuh untuk membunuh lelaki durja ini!


Halal darah Muammar Gaddafi-Qardhawi

February 22, 2011


Sambil meyifatkan Muammar Gaddafi sebagai seorang yang sudah gila kerana sanggup menggunakan tembakan dari udara untuk membunuh rakyatnya yang berdemonstrasi menentangnya, Dr. Yusuf Al-Qardhawi berfatwa bahawa beliau hendaklah dibunuh. Dengan kata lain, halal darahnya. Bagi melaksanakan fatwanya, beliau menyeru mana-mana anggota tentera yang punya kesempatan membenamkan peluru maut kepada Muammar Gaddafi hendaklah segera melakukan. Menurutnya, dengan cara tersebut, ia menyelamatkan lebih ramai rakyat Libya daripada menjadi mangsa lelaki gila dan zalim bernama Muammar Gaddafi.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyeru rakyat Libya agar tetap penderian dan bersabar mempertahankan perjuangan mereka untuk memerdekakan diri. Menurutnya, yang gugur terkorban di kalangan mereka adalah tergolong kalangan para syuhada. Sambil menyifatkan perbuatan Muammar Gaddafi mengarahkan tembakan udara membunuh rakyatnya sangat kejam dan gila, katanya Israil sendiri tidak melakukan hal seperti itu ketika menyerang Gaza.

Sementara anak Muammar Gaddafi, Saiful Islam  yang begitu kuat mempertahankan bapanya, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyifatkannya sebagai "pedang jahiliyyah" dan bukannya "pedang Islam". Beliau berkata demikian kepada saluran Al-Jazeera.

Sumber : lahaonline

Untung sabut timbul...

February 20, 2011


Asal batu tenggelam, asal sabut timbul. Sekalipun lama rakyat dan ummat Islam ditindas oleh penguasa taghut, apabila sampai waktunya, mereka akan kembali kepada asalnya. Berapa banyak lumpur yang dipalit ke kanvas ummat, ia tidak menghalang untuk tiba saatnya mereka bangkit kembali. bercahaya Ini sedikit komentar yang boleh aku rumuskan dalam menilai kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir yang rata-ratanya adalah kaum muslimin.

Saat para pejuang Islam telah hampir buntu menemukan jalan menumpaskan penguasa taghut, ketika itulah Allah kirimkan pertolongannya. Sesungguhnya Allah itu maha besar dan maha bijaksana. Dia tidak pernah ketandusan cara untuk memenangkan hak dan menumpaskan kebatilan.Firman Allah SWT:


حَتَّى إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّواْ أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُواْ جَاءهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاء وَلاَ يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ


Sehingga apabila para Rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan mereka) dan Telah meyakini bahwa mereka Telah didustakan, datanglah kepada para Rasul itu pertolongan kami, lalu diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. dan tidak dapat ditolak siksa kami dari pada orang-orang yang berdosa.
(Surah Yusuf:Ayat 110)

Wahai orang yang berjuang untuk agama Allah. Jangan kalian menyangka bahawa kalianlah yang memenangkan perjuangan untuk agamaNya. Dialah Allah yang memenangkannya. Jangan merasa ujub dengan strategi canggih yang anda susun. Dengan kerja kuat anda siang dan malam. Semua itu bukanlah yang memenangkan perjuangan Islam.

Lihatlah, bagaimana Allah tunjukkan di Tunisia. Kejatuhan pemerintahan "istibdadiyyah" selama berdekad  itu bukan hasil perjuangan jema'ah An-nahdhah pimpinan Rachid Ghanushi. Apa kaitannya dengan peristiwa seorang pemuda membakar diri membantah ketidakadilan pemerintah dengan Jema'ah An-Nahdhah?  Tiada! Peristiwalah itulah yang menjadi asbab lonjakan emosi ramai pemuda Tunisia. Sebahagian besarnya bukan  pun pemuda yang lahir dari tarbiah Jema'ah An-Nahdhah.

Bukan juga, kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir kerana hasil perjuangan Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul Muslimin telah ditindas habis-habisan sepanjang pemerintahan para taghut Mesir. Dunia Islam tidak melihat selain bahawa Ikhwanul Muslimin tidak mampu bangkit lagi di bawah pemerintahan taghut itu. Hanya istiqamah dan kelangsungan perjuangan mereka yang menjadi nafas hayat yang dibanggakan untuk jema'ah itu. Sebahagian besar daripada jutaan pemuda Mesir yang bangkit, bukan pendokong Ikhwanul Muslimin pun.

Tak kira mereka daripada Gerakan Islam atau tidak, apabila saatnya Allah ingin memenangkan Islam, Allah akan kembalikan mereka kepada asal mereka. Bahawa, asal Islam itu berjiwa merdeka. Malah itulah yang menjadi fitrah manusia. Allah hanya mencipta makarNya yang tidak terduga oleh sesiapapun.

Oleh itu, amatilah baik-baik kejadian kemenangan tak terduga ini. Insafilah bahawa di belakang semua ini ada campurtangan kuasa yang maha hebat. Usahlah mendabik dada saat menang. Bukan anda yang memenangkan perjuangan. Anda dimanahkan untuk menguruskan kemenangan itu. Uruslah dengan baik dan penuh ketakwaan. 

Di  Tunisia dan Mesir, Allah telah berikan sebahgian jalan kemenangan. Dengan rasa amanah dan ketakwaan jemaah Islam di sana, kemenangan yang belum matang itu hendaklah diterajui agar ia menjadi kemenangan Islam. 

Jemaah Islam di Malaysia, hendaklah ambil ingat...

Yang jahat itu Nasionalis dan Kapitalis

February 17, 2011

"Orang Cina itu jahat, kejam dan tidak boleh dipercayai...", ulas seorang lelaki Melayu ketika kami berbual sambil minum kopi di sebuah warung. 

Dia membawakan kepadaku contoh-contoh kejahatan bangsa Cina. Menurutnya, orang Cina, apabila dia menubuhkan sebuah syarikat dia akan menaikkan bangsa Cina dan menidakkan hak bangsa lain untuk menapak naik dalam syarikat, khasnya orang Melayu. Bersumberkan pengalamannya yang pernah bekerja dalam sebuah syarikat milik orang Cina, dia disuruh melatih seorang pekerja baru Cina dan kemudian pekerja baru itu mendapat kedudukan yang lebih baik daripadanya dalam syarikat dan memperolehi gaji yang lebih tinggi.

Di negeri Sabah, banyak konsesi balak dimiliki oleh orang Cina. Malah, tanah-tanah di banyak tempat dalam kawasan Sandakan dimiliki oleh orang Cina. Dengan menyebutkan kawasan batu 10 sebagai contoh, katanya hampir 90 peratus adalah milik orang Cina. 

Sebuah bandar baru yang hampir siap dibina di Sandakan, dinamakan Bandar Letat. Ditulis Letat, tetapi sebenarnya Lee Tat, nama seorang Cina. Bandar tersebut muncul dengan prasarana pasar yang mengiklankan secara melampau arak "calrsberg". Aku pernah meninjau sepintas lalu kedai-kedai makan di atas pasar bandar tersebut, hampir keseluruhan signboard nama-nama kedai di situ diletakkan bersama  logo "calrsberg".

Ini kerana orang Cina memang jahat. Lelaki Melayu yang berbual dengan itu menyimpulkan. Mereka nak tunjuk "power" sehingga menghina orang Melayu Islam. Presiden MPS pun seorang Cina dan dia tentu melebihkan kaum Cina dalam membangunkan Sandakan. Orang Melayu di Sandakan, penempatan mereka adalah di persisir pantai, kawasan kampung air yang miskin. Sedangkan kawasan perumahan mewah dengan rumah agam dan halaman yang selesa seperti di Grand View dan beberapa taman awal yang lain, dimiliki oleh kaum Cina. Cuma perumahan baru yang sedang dibina, oleh kerana terikat dengan koata bumiputera, pegangan kaum Cina sudah berkurang. 

"Itu pun mereka cuba membantah...tidak puas hati...", lelaki Melayu itu berang.

"Kalaulah negeri Sabah ada Sultan...orang Cina taklah sewenang-wenangnya seperti sekarang!", Dia mengeluh mengimbau kehilangan institusi Sultan di Sabah, tidak sebagaimana negeri-negeri Melayu di Semenanjung.

" Yang jahat itu bukan bangsa Cina...bangsa melayu pun jahat", balasku.

Kalau orang Cina jadi pengarah syarikat besar, mengutamakan bangsanya, itu tidak lebih jahat daripada bangsa Melayu yang diberi jawatan mengepalai sesebuah syarikat besar milik negara tetapi mengutamakan hanya adik beradiknya. Mereka, malah tega merampas tanah orang miskin dengan alasan projek pembangunan. Soal mengumpulkan kekayaan dengan jalan haram, rasuah, pecah amanah dan sebagainya telah menjadi kebiasaan pula bagi konglomerat Melayu. Kehidupan di belakang tabir pula dihiasi dengan party air setan dan wanita-wanita simpanan. Sebagaimana watak peniaga-peniaga besar bangsa Cina, demikian pula watak kapitalis Melayu ini.

Ketika mereka diberi undi untuk menjadi YB dan terpilih untuk menjadi pemimpin di peringkat tertentu, mereka jadikan jawatannya sebagai jalan merebut peluang kekayaan. Kalau ada yang lebih baik sedikit, asyik melaungkan selogan perjuangan bangsa secara membuta tuli. Bukan juga bangsanya yang diperjuangkan, melainkan hanya kelompoknya sahaja yang rata-rata berbangsa Melayu. Melayu teramai tidak juga terbela.


Justeru, bukan persoalan bangsa yang menentukan jahat baiknya. Nasionalis dan kapitalis seseorang itulah  yang membuatkannya  jadi jahat. Bani Israil itu bukan jahat, tetapi nasinalis dan kapitalis merekalah yang jahat. Huru hara di Palestin itu lantaran api nasionalisme Yahudi yang dimarakkan. Kegawatan ekonomi dunia dan ketidakseimbangan pembahagian kekayaan dunia antara negera-negara adalah gara-gara kapitalis Yahudi yang menguasai ekononomi dunia.

"Yang Jahat itu nasionalis dan kapitalis, tak kira bangsa apa pun dia, baik Cina maupun Melayu...", aku menegaskan hal itu buat lelaki Melayu itu.

Orang dulu tak tahu tarikh lahirnya

February 15, 2011

Dalam kampungku ada seorang tua. Dianggarkan umurnya telah melebihi 90 tahun. Namanya Tok Wi. Sampai sekarang dia masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Namun, dia sudah uzur benar dalam dua tahun terakhir ini. Dalam kampungku, orang-orang setuanya sudah pupus. Ada beberapa orang tua yang mungkin sebaya atau lebih tua daripadanya, tetapi perempuan. Seingatku, orang tua lelaki, dia seorang sahajalah. Apabila Tok Wan Ali meninggal pada hujung tahun lepas, tinggallah Tok Wi sebagai  lelaki paling tua dalam kampungku. Masa Tok Wan Ali meninggal, umurnya dikatakan 93 tahun. Namun, ada yang kata 98 tahun. Masalah menentukan umur sebenar berlaku kerana pada masa lahirnya, tidak ada catatan surat beranak sepertimana sekarang.

Umur Tok Wi aku tak tahu. Beberapa tahun yang lalu, masa dia masih sihat dan mampu berjalan ke masjid untuk solat Jumuat, dia kerap singgah di rumahku dalam perjalanan pulang daripada masjid.  Ketika berbual, aku pernah tanyakan tentang umurnya. Dia pun tak dapat menyebutkan nerapa umurnya secara tepat. Cuma dia memberi bayangan kepadaku bahawa ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, dia adalah seorang pemuda belasan tahun. Berapa belas, dia pun tak ingat dan tak tahu. Mungkin menghitung umur bukan hal penting bagi pemuda sezamannya. Al-maklumlah, mereka belum mengerti menyambut hari lahir.

Pengiraan umur bagi generasi tua dulu adalah dengan mengaitkan kepada benda dan kejadian sekeliling. Ada yang kaitkan dengan sepohon beringin tua. Ada kaitkan dengan kejadian gerhana matahari bersejarah di Tanah Melayu untuk bayangkan umurnya waktu itu. Peristiwa-peristiwa penting bersifat nasional juga tidak kurang menjadi penanda umur mereka.

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada ketidaktahuan warga tua itu mengenai umur mereka ialah bahawa mereka tidak mempedulikan hari lahir mereka. Memang begitu orang dahulu, mereka tidak punya kecenderungan menitiberatkan hari lahir mereka sebagaimana orang sekarang yang menaruh minat penuh mengenainya. Sebab itu, orang dahulu tidak tahu tarikh lahir mereka secara tepat.

Tarikh lahir nabi Muhammad SAW juga tidak diketahui secara tepat. Rasulullah SAW hanya menyatakan  dia lahir pada tahun raja Abrahah menyerang Makkah. Bila harinya tidak dinyatakan. Para sahabat baginda pun tidak menaruh perhatian tentang tarikh tepat hari lahir Rasulullah SAW. Sebab itu,ahli sirah kemudiannya memberikan pandangan yang pelbagai dalam menetapkan hari lahir baginda. Ada yang kata 12 Rabi'ul Awal. Ada yang kata 10 Rabi'ul Awal dan kata 8 Rabi'ul Awal. Khilaf pandangan ini menunjukkan bahawa penetapan tarikh lahir nabi tidak diberatkan oleh golongan sahabat dan Salafus Soleh.

Bukan tradisi Islam mengingati hari lahir. Dakwaan bahawa mengenang hari lahir nabi boleh mengembalikan cinta kasih kepada nabi SAW adalah tidak dapat dibuktikan. Lagi pun, cinta nabi  bukan dengan menyambut hari lahirnya tetapi adalah dengan menegakkan sunnahnya. Sekarang ini, banyak sunnah nabi diabaikan miski Maulid nabi disambut meriah saban tahun.

Pemerintahan tidak ditegakkan mengikut pemerintahan nabi. Kenyataan ini cukup menjadi dalil sinis mengapa dikatakan sambutan Maulid nabi tidak menambahkan cinta kepada nabi. Ia, malah hanya menimbulkan riak pihak tertentu bahawa merekalah pencinta nabi. Menumpang reputasi nabi untuk meningkatkan reputasi diri.

Maulid anda bagaimana?


Tahukah anda bahawa sambutan Maulid Nabi bukanlah satu-satunya sambutan hari lahir yang dilakukan oleh orang-orang Islam? Terdapat berpuluh-puluh , malah beratus sambutan Maulid yang dilakukan untuk mengingati seseorang tokoh yang telah meninggal. Sambutan Maulid sangat popular di kalangan pengikut sesuatu tariqat. Tidak dapat aku mengingati berapa banyak nama syeikh yang sambutan Maulidnya dibuat oleh murid-murid yang mengkaguminya. Umpamanya tahun lepas, di Masjid Negara, satu Majlis Maulid & Haul Syeikh Abd Qadir al-Jailani telah diadakan. Bagi pengikut tariqat, mereka ada taqwim sambutan maulid buat mengingati syeikh-syeikh mereka. Dalam sambutan itu, dibacakanlah syair-syair "madah" yang memuji tokoh-tokoh mereka.

Mereka mendakwa inilah jalan kelompok Ahli Sunnah Wal Jama'ah.Berhujahkan bahawa kita perlu mencintai Rasulullah, maka dibuat Maulid Nabi. Kerana kita disuruh mencintai para ulama, maka para pengikut masyayeikh buat sambutan Maulid masyayeikh. Tanda cinta dijelmakan dengan pujian dan majlis Maulid.

Jumlah sambutan maulid yang berentetan ini mengelirukan aku. Apakah ini jalan ahli Sunnah Wal Jama'ah? Apakah ini pula cara meluahkan cinta dan kasih kepada nabi dan ulama? Orang-orang kafir Makkah mengungkapkan "madah" buat nabi dengan menggelarkannya "al-amin", namun mereka mengkufuri nabi Muhammad SAW. Malah, Abu Lahab, pada hari kelahiran nabi, dia membebaskan hambanya dan menyembelih unta untuk dikendurikan tanda gembira atas kelahiran nabi SAW. Namun, apakah Abu Lahab itu beriman dengan nabi? Tidak! Malah dia memusuhi nabi dan tergolong kalangan ahli neraka.

Kalau Maulid adalah jalan Ahli Sunnah, tentu nabi buat dan para sahabat buat. Para sahabat adalah contoh unggul Ahli Sunnah. Para Salafus Soleh pula adalah "al-Jama'ah". Mana Maulid yang dibuat oleh imam mazhab yang empat?  Mana pula Maulid yang dibuat oleh orang lain untuk mereka?

Mungkin ketika Maulid Nabi diperkenalkan, aku boleh memikirkan untuk menerimanya berdasarkan hujah positifnya. Namun, apabila aku melihat di sana ada beratus sambutan Maulid selain nabi, ternayatalah sambutan maulid ini adalah satu yang menimbulkan tandatanya dan mengelirukan. Apakah keperluannya maka sambutan Maulid Masyayeikh yang beratus jumlahnya itu diadakan?

Mengapa orang tak buat sambutan Maulid Abu Bakar r.a, Umar Al-Khattab r.a dan Uthman. bin Affan r.a? Sambutan Maulid Fatimah binti Rasulillah r.a, Ali r.a, Hasan r.a , Husain r.a, Zainab dan keturunan-keturunan mereka banyak sekali diadakan. Perangai siapa yang menyanjung keturunan Ali r.a berlebihan ini? Apakah ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah sejak zaman silam pernah beranggapan Ali lebih mulia daripada Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan?

Justeru, mengapa pendokong perjuangan Imam As-Shahid Hasan Al-Banna, Sayyed Qutb dan ratusan ulama pejuang lain yang terkorban dalam jihad mereka, tidak melakukan Maulid untuk mereka?  Kalau mahu dinilai pengorbanan untuk Islam, apa yang mereka lakukan adalah lebih besar daripada apa yang segala masyayeikh tariqat itu lakukan. Mengapa Maulid Masyayeikh dilakukan dan tidak Maulid para Mujaddid agama yang begitu berjasa?

Kepada siapa cinta kasih kita sepatutnya tumpah? Kepada mereka yang dicerca dan terkorban demi membela agama ini atau kepada mereka yang hidup terhormat tanpa cercaan dan mati dimaqamkan di bawah kubah agam?

Kalau kita boleh menerima sambutan maulid dengan kepelbagaian acaranya itu, maka janganlah mengata nista pula kalau anak kecil yang baru mencecah tahun-tahun awal hayatnya menngungkapkan peringatan buat ibu bapanya:

"Papa...mama...birthday saya tahun ni jangan lupa...",

Kuihnya mahu besar. Mesti ada lilin yang dipacakkan mengikut jumlah usia. Ada pula topi Santa Claus di kepala. Kemudian diiringi nyanyian lagu "happy birthday to you". Seterusnya ada "party".

Apakah sambutan Maulid Masyayeikh sahaja mahu diadakan? Kami juga mahu diadakan maulid untuk kami. Mungkin itulah ocehan anak-anak kecil itu...Apa kita nak kata?

Maulid anda bagaimana?

Velentine's day bukan dari agama Kristian.

Tanpa disangka-sangka, Pemuda Gereja-gereja Malaysia (Pemuda CCM) menegaskan bahawa sambutan Hari Kekasih (Velentine's day) bukan dari tadisi amalan kristian. Justeru,mereka menyifatkan perkaitan yang dibuat oleh Siti Nor Bahyah  antara Velentine's Day serta pakej kemaksiatannya dengan agama Kristian adalah satu penghinaan tehadap masyarakat Kristian. Mereka selanjutnya menuntut agar beliau memohon maaf atas kenyataannya.

Siti Nor Bahyah

Dalam hal ini, sebagai kalangan muslimin, kita tidak perlu melatah untuk membela Siti Nor Bahyah lalu membantah tuntutan Pemuda CCM itu. Sememangnya kesilapan telah dilakukan oleh beliau kerana lontaran komen secara 'simplistik' terhadap Velentine's day dan mengaitkannnya dengan agama kristian tanpa fakta yang kukuh. Islam menuntut kita untuk menghomati agama lain dan tidak menghina amalan mereka. Apatah lagi kalau kita menempelkan satu-satu keburukan terhadap agama mereka padahal mereka sendiri tidak mengakuinya. Ia merupakan satu fitnah dan fitnah tidak boleh dilakukan sekalipun tehadap orang bukan Islam.

Minta maaf adalah jalan mulia. Ia tidak menjatuhkan martabat, malah mengangkat harakat kita sebagai muslim yang berakhlak. 

Sekuang-kurangnya, dengan kesilapan yang Siti Nor Bahyah lakukan, kita mendapat pelajaran penting. Bahawa agama kristian bukan pembela sambutan Velentine's day. Kita boleh meleksanakan kempen membanteras sambutan tersebut pada tahun-tahun mendatang sebagai satu jihad agama dan sosial untuk membanteras kerosakan moral masyakat akibat budaya jahiliyah. Kalangan kristian juga wajar diseru untuk menyertai kempen tersebut kerana mereka juga tidak merestuinya.

Terima kasih juga kepada Ustazah Siti Nor Bahyah kerana membuka ruang  secara tidak langsung kepada kita semua  untuk mengetahui hakikat tanggapan Velentine's day di kalangan penganut taat Kristian.

Bagaimana rakyat Yaman akan bangkit?

February 13, 2011

Ribuan dilaporkan berarak di jalan raya ibu negara Republik Yaman, Sanaa, mendesak agar presiden Ali Abdul Saleh melepaskan jawatannya. Perarakan itu merupakan inspirasi daripada apa yang berlaku dan telah dicapai di negara Mesir. Namun, berlaku pergaduhan antara kumpulan yang mendesak pengunduran presiden Ali Abdul Saleh dengan penyokongnya.

Beliau telah menjadi presiden Republik Yaman sejak tahun 1978. Minggu yang lalu, melihat kepada kebangkatan rakyat di rantau Arab, dia telah berjanji untuk melepaskan jawatannya menjelang 2013 dan tidak akan mewariskan kepada anakanya.

Presiden Ali Abdul Saleh

Penduduk Yaman berjumlah sekitar 23 juta. 40 peratus daripada rakyatnya berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan USD2  sehari.

Mungkin tidak besar harapan yang boleh diletakkan ke atas penduduk Yaman untuk kebangkitan kali ini. Penduduk Yaman kebanyakannya adalah penagih daun Qat. (Kalau di utara Semenanjung Malaysia, macam daun Ketum). Mereka makan daun tersebut untuk kesegaran dan tenaga. Namun, untuk jangka panjang, ia adalah memudaratkan diri. Negara Arab Saudi telah mengharamkan daun tersebut.  Namun, di Yaman, 60 peratus lelaki, 35 peratus wanita adalah pengunyah daun ini.

Sebuah negara yang rakyatnya dikhayalkan dengan penagihan (tidak kira apa pun bahannya) akan dengan mudah ditindas penguasa. Macam negara kita, rakyatnya dikhayalkan dengan hedonisme. Sukarnya menyedarkan mangsa penagihan.
 
Bagaimanalah rakyat Yaman akan bangkit? Namun khabarnya ada usaha golongan intelek di sana menghapuskan kebiasaan mengunyah daun qat ini.

Kemudian...Algeria

February 12, 2011



Kini, mari kita alihkan perhatian kita ke Algeria. Ia sebuah lagi negara kaum muslimin yang sedang digerogoti penguasa taghut. Setelah keberhasilan rakyat Mesir menghapus penguasa taghut di negaranya, seharusnya Algeria pula mengambil gilirannya. Setiap negara yang sedang diperintah penguasa zalim wajib runtuh. 


Allahumma...Ya Allah, berikan keberanian kepada rakyat Algeria. Tumbangkan kerajaan taghut berlumut di sana!

Selamat tinggal Hosni Mubarak

Meraikan kemenangan rakyat Mesir dan mengucapkan tahniah atas penyingkiran presiden Hosni Mubarak, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, ulama tersohor dunia berasal negara Mesir mengungkapkan:


دولة الباطل ساعة ودولة الحق إلى يوم الساعة

“Kerajaan yang batil itu hanya beberapa ketika, namun kerajaan yang haq akan berdiri sehingga kiamat”.


Selama ini, rakyat Mesir dituduh sebagai rakyat yang lemah dan tidak pandai melawan penguasa. Dengan kebangkitan rakyat ini, ternyata rakyat Mesir telah membuktikan bahawa mereka adalah rakyat yang menyimpan khazanah tamadun berabad. Kebangkitan rakyat telah menjadi lautan dan ombak yang memalu kebatilan berlumut keluar dari negaranya.

Kata Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Medan Tahrir yang menjadi lokasi perhimpunan rakyat merupakan sebuah universiti yang mana rakyat belajar untuk mengenal kepentingan orang lain di atas kepentingan diri. Sesudah ini, kita semua akan berfikir bahawa tidak selamanya kebatilan dan penindasan ke atas rakyat berkekalan.

Hosni Mubarak bukan lagi dikenang sebagai bekas presiden mesir semata-mata, tetapi presiden yang disingkirkan rakyat. Dalam umurnya menjangkau 82 tahun, dia hanya mampu meratah sisa usianya dalam kehinaan dan penyesalan. Tunggulah saat nyawa direnggut malaikat maut dan baki umur yang ada tidak cukup untuk mensucikan dosa angkara murkanya buat rakyat selama berdekad. Kasihan…

Allah Khairulmakirin

February 6, 2011

Ketika kita mengeluh resah dan gelisah melihat kedaifan ummat Islam berbangsa Arab yang tidak berdaya melawan penguasanya yang menjadi tunggangan negara Barat dan Yahudi, tiba-tiba Allah mencipta makarnya. Seorang pemuda tidak masyhur dari Tunisia membakar dirinya kerana memprotes ketidakadilan penguasa ke atasnya. Dia adalah salah seorang daripada jutaan ummat Islam seantero dunia yang merintih kerana ketidakadilan penguasa yang menunggangi ummat ini. Siapa sangka, dengan  tindakannya membakar diri telah mencetuskan revolusi yang menumbangkan "taghut" berlumut di negaranya.  Kemudiannya, api kebangkitan itu kini sedang bernyala dan menyambar membakar "taghut-taghut"  lain di negara tetangga. 

Ketika banyak gerakan Islam yang menyertai pilihanraya tewas, kedengaranlah bahawa pilihanraya tidak akan memungkinkan kemenangan Islam. Parti Islam yang pernah memenangi pilihanraya di Algeria satu masa dahulu, tidak dapat memerintah. Demikian, Hamas yang memenangi pilihanraya Palestin kecundang dengan permainan negara barat yang mendokong demokrasi, terhimpit hanya di semenanjung kecil bernama Gaza. Di Mesir, pejuang gerakan Islam Ikhwanul Muslimin tidak dapat memanfaatkan pilihanraya untuk memenangkan Islam. Tekanan demi tekanan dikenakan.

Lalu berkatalah sesetengah orang, bahawa Islam tidak akan menang dengan cara yang sedang ditelusuri oleh parti-parti politik berhaluan Islam di seluruh dunia. Sebahagian mencadangkan revolusi. Tetapi, sekadar mencadang tanpa keberanian, tidak ada gunanya. Islam menolak jalan yang mengundang mafasid yang lebih besar. selagi ada jalan yang ringan, maka tidak harus memilih jalan yang berat. Ada pula hanya bergantung kepada dakwah islahiyyah. Buat seminar, sebar risalah dan membina kader-kader du'at yang disuntik ruh perjuangan, namun, ibarat membina tembok pasir di tepi pantai, sekali ombak mendebur, berkecailah tembok pasir itu. Penguasa yang bermaharajalela di tampuk kuasa tidak mengizinkan rakyatnya didakwahkan. dengan begitu sahaja. Mereka mencipta lawan dan saingan sebagaimana lumrah kebaikan lawannya kejahatan. Sarana yang pelbagai digunakan untuk meruntuhkan binaan kesedaran  yang dibangunkan menjadi puing-puing yang berkecai. Media massa dan racun hedonisme ditebarkan sehingga generasi muda mejadi lesu longlai.

Tanpa meraih kuasa, dakwah tidak sempurna. Islam bukan datang untuk mengisi lakuna sosial di bawah kekuasaan taghut. Islam datang untuk merebut kekuasaan itu dan menjadi Islam di atas  segala isme-isme ciptaan manusia. Tidak akan sampai ke hadaf dan ghayah perjuangan kalau hanya bergantung kepada  idealisme dan kerja-kerja Islahiyyah. Sementara tidak menafikan pentingnya kerja-kerja Islahiyyah, merebut kuasa daripada penguasa yang menekan Islam adalah keperluan penting dalam perjuangan Islam.

Tidak pasti jalan mana Islam akan memang. Allah yang telah menjatuhkan Islam pada satu waktu dahulu sehingga ummat jadi lemah dan hilang jati diri. Maka, Allah juga yang akan mengangkatnya kembali. Namun, ia bukan bermakna kita duduk berpeluk tubuh. Berjuang untuk merealisasikan kebangkitan semula Islam itu adalah tawaran tukaran (tijarah)  yang paling menguntungkan Allah berikan buat pendokong agamanya. Siapa yang mahu meraih keuntungan akhirat yang lumayan, maka, hendaklah ia melakukan sesuatu yang terdaya olehnya. 

Makar Allah akan mengatasi makar semua orang. Betapa pun banyak penipuan dalam pilihanraya, Allah boleh memenangkan perjuang-pejuang agamanya yang meledeni jalan itu. Malah, Allah boleh mencipta jalan yang tidak terduga untuk memenangkan agamanya.

Renunglah kisah ajaib daripada Tunisia itu....
 

Ketika syaitan lari terbirit-birit


Hosni Mubarak, kini kehilangan sokongan para walinya. Demikianlah orang yang berwalikan selain Allah SWT, akan tiba masanya dia tergapai mencari tempat bergayut. Itulah wali yang menjadi dambaan jiwanya pada satu episod hidupnya. Namun, wali-wali selain Allah, tidak akan dapat menyelamatkannya di saat mana ia amat diperlukan. 

Selama lebih 30 tahun, kekuasan Hosni Mubarak disokong oleh tentera Mesir. Kini, petanda bahawa tentera Mesir tidak lagi mahu menyokongnya kian terserlah. Dalam menangani kebangkitan rakyat Mesir menentang Hosni Mubarak, tentera mengambil jalan lebih santun dan tidak mengerasi rakyat dengan tindakan bersenjata. Negara-negara kafir yang selama ini teman akrab Hosni Mubarak kian menjauhi diri mereka. 

Sesungguhnya Hosni telah hilang kebaikannya. Mubarak telah sirna keberkatannya.

Jenayah Hosni kepada Mesir dan Islam sama sederet dengan jenayah Raja Farouk yang telah hancur dimamah cacing dan mungkin sedang berdepan persoalan berat dalam kubur mengenai kepimpinan bengkok yang dibawanya semasa hayat. Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna yang juga telah berpulang kepada "Rabnya" dengan meninggalkan haruman darah dan nama bertinta emas, menjadi suri teladan kepada penerus gerakan Islam seantero dunia, kini di negeri yang sama dengan Raja Farouk. Negeri barzakh. Sementara Raja Farouk meninggalkan hembusan nafas hanyir dan nama bertinta darah merah para syuhada. Berhitunglah di sana. Dengan apa akan dibayar segala kekejaman buat Imam As-Syahid Hasan Al-Banna yang mati terbunuh angkara tembakan polis rahsia yang meurut telunjuknya?

Ketika pemerintahan raja Farouk tumbang menyembah bumi, bangkit pemerintahan ketenteraan di bawah Muhammad Naguib dan kemudian digantikan dengan  Gamal Abdul Nasser. Gamal Andul Naseer telah melumuri tangannya dengan darah para pejuang Ikhwanul Muslimin. Sayyed Qutb dan Ali Audah  adalh dua orang tokoh besar Ikhwanul Muslimin yang menemui tali gantung di bawah pemerintahan kejam Gamal Abdul Nasser. Ramai lagi tokoh dan anggota Ikhwan yang dibunuh, dipenjarakan dan dihilangkan dari muka bumi tanpa nesan.  Mereka yang terkorban mendapat kemuliaan syahid.

Sekejam mana Gamal Abdul Naseer, kini dia juga telah mati dan berada di negeri yang sama dengan mereka yang dibunuh syahid olehnya. Kini, rasailah penyesalan dan tunggulah hari perhitungan di hari penghisaban. Dengan apa hendak dibayar segala kekejama ke atas insan-insan pejuang yang dikasihi Allah tersebut?

Kemudian, Mesir mendapat Anwar Saadat sebagai pemimpinnya. Beliau juga menodai lembaran kepimpinannya dengan kekejaman dan pengkhianatan terhadap Islam kerana bersahabat dengan Israil. Pemimpin sebuah negeri umat Islam yang besar dan bertuah, menjadi budak suruhan negera barat, khususnya Amerika Syarikat. Allah membunuhnya di tangan seorang tentera biasa Mesir bernama Khaled Islambouli.

Timbalan Presiden Anwar Saadat yang bernama Hosni Mubarak menggantikannya. Pemerintahan Hosni Mubarak tidak berbeza dengan pendahulunya. Derita rakyat Mesir belum juga berakhir. Kebanggaan yang diharapkan daripada kepimpinan yang menegakkan Syariat Allah dan amanah terhadap harta rakyat masih menjadi igauan, khusunya di kalangan anggota gerakan Islam Ikhwanul Muslimin. Sudah lebih 30 tahun Hosni Mubarak terpacak di atas piramid negeri Mesir mengungkapkan kalam durjana sang Firaun "ana rabbukumul a'la". Kini, sampainya waktunya Allah SWT menentukan pusingannya.Yang berkuasa pasti jatuh. 

Kebatilan itu mungkin lama tetapi ia tidak akan kekal. Kebenaran itu mungkin lemah tetapi ia pasti menang. Inilah keyakinan dan inilah sunnatullah.

Ketika kebatilan telah tewas syaitan-syaitan yang menompang bebannya pun lari terbirit-birit. Sebelum perang Badar berlaku, tentera musyrikin Makkah dimotivasikan dan dijanjikan kemenangan oleh syaitan yang menjelma sebagai manusia di kalangan mereka. Saat peperangan berlangsung, syaitan itu ikut serta dan menjelma dalam rupa Suraqah bin Malik. Namun, ketika tentera Islam mula meraih kemenangan, syaitan itupun lari terbirit-birit.

Seseorang yang semasa hidupnya memiliki kemegahann dunia hasil ilmu syaitan yang dipelajarinya ada titik kesudahannya. Berapa lama seorang yang memiliki ilmu kebal akan kebal? Berapa lama perempuan yang kelihatan cantik kerana memakai susuk akan kekal cantik? Dan berapa lama seorang yang membela hantu raya boleh berbangga dengan khadamnya si hantu raya itu?

Pada saat datangnya sakratul maut, larilah syaitan yang menompang kemegahan duniawinya itu. Lari terbirit-birit. Saat itulah tidak berguna segala wali selain Allah. Allahu Akbar. 

Malanglah mereka yang selama hidupnya bergantung kepada selain Allah. Semua itu bukan kawan yang setia. Lihatlah bagaimana nasib presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali. Semua syaitan telah lari terbirit-birit. Tunggu dan lihat pula bagaimana nasib Hosni Mubarak. Syaitan-syaitannya sedang luruh satu demi satu. Demikian akan menyusul pemimpin-pemimpin Arab yang lain. Mereka yang menegakkan kekuasaan dengan bantuan syaitan-syaitan dari kalangan manusia dan jin.

Itulah pengajaran berguna buat para pemimpin di sebuah negara tumpah darahku bernama Malaysia. Saat kejatuhan sudah di ambang mata, tiada guna kembali menjanjikan amanah. Tiada guna kembali mendakwa mampu menegakkan syariat Allah. Dua bekalan kepimpinan ini (Al-Qowiyyul Amin) hanya boleh dibuktikan sementara kekuasaan masih teguh selesa. Saat kegoncangan telah datang, terimalah kehancuran dan Allah tidak miskin untuk menggantikan penerus yang melangsungkan takdirnya. Dialah zuljalali wal ikram. Pemilik kekuasaan di langit dan bumi. Dia mentakdirkan segalanya!

Ya Allah...berikan kekuasaan kepada orang yang kau cintai. Hampirkan hari-hari kemenangan buat agamamu!


Cemar duli

Sering disebut, apabila seorang raja, sultan atau permaisurinya datang ke satu majlis atau pertemuan dengan rakyatnya, bahawa "baginda berkenan mencemar duli". 

Mencemar duli ditakrifkan mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah mengotorkan kaki. Perkataan duli itu  membawa maksud debu dan ia merujuk kepada debu di tapak kaki. Apabila seorang raja atau kerabatnya yang tertentu keluar dari lingkungan istananya, ia dianggap oleh orang Melayu zaman dahulu sebagai telah mengotorkan debu-debu yang ada di tapak kakinya.  

Ia cuma sebuah ungkapan bahasa. Mungkin begitulah rumusan kita. Dalam banyak hal, kita dapati bahasa Melayu membezakan antara bahasa rakyat biasa dengan bahasa istana. Namun, jika didalami yang tersirat di sebaliknya, ia memberi maksud kewujudan kecenderungan perhambaan yang keterlaluan dalam minda masyarakat Melayu. 

Ketika disebutkan "mencemar duli"seorang raja yang mengunjungi majlis atau pertemuan dengan rakyat, tertanya dalam fikiranku, apakah yang yang telah mencemarkan debu tapak kakinya. Apakah rakyat yang tinggal di kampung-kampung itu begitu kotor sehingga ia mencemarkan debu kaki seorang raja? Ini satu pentaqdisan yang keterlaluan. Nabi Muhammad SAW pun tidak ditaqdis sedemikian rupa sedangkan baginda Rasul itu, jika hendak dibandingkan dengan mana-mana raja dalam dunia ini jauh lebih mulia. Bagaikan bintang di langit dengan rumput di bumi. 

Bahasa melambangkan keperibadian sesuatu bangsa. Ummat Islam bukan ummat yang berjiwa hamba. Kedatangan Islam telah mengeluarkan sekelian banyak bangsa dalam dunia daripada perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan hanya kepada khaliq.

Mungkin kita akan menganggap perkataan "cemar duli" tu cuma bahasa istana. Ia tidak membawa maksud apa-apa. Namun, Islam juga mementingkan ungkapan yang betul ketika kita memanggil seseorang kerana ungkapan yang salah akan membawa maksud yang salah. Allah berfirman dalam Al-Quran:


يا أيها الذين آمنوا لا تقولوا راعِنا، وقولوا انظُرْنا]

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu katakan (kepada Muhammad): "Raa'ina", tetapi Katakanlah: "Unzhurna…”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 104)


Perkataan "raa'ina" membawa maksud permintaan agar memberikan pahatian kepada apa yang kami katakan. Perkataan ini mempunyai persaamaan dengan kata-kata "unzhurna" yang bermaksud lihatlah kami. Namun, kata-kata "raa'na" ini digunaka oleh masyarakat Yahudi untuk mencela seseorang. Bagi mereka, ia bermaksud "bodoh". Pada peringkat permulaan, apabila orang-orang Islam ingin agar nabi Muhammad SAW mendengar apa yang akan mereka katakan, mereka menyubut "Ya Rasululllah...raa'ina..". Orang-orang Yahudi pun menybut demikian juga. Tetapi kemudiannya mereka tertawa. Saad bin Mu'az, seorang sahabat nabi menyedari konotasi negatif di sebalik bahasa yang mereka gunakan lalu dia mengancam dengan mengatakan bahawa jika dia mendengar lagi ungkapan tersebut daripada mereka, dia akan bunuh mereka.  Puak Yahudi berhjah bahawa perkataan tersebut juga digunakan oleh orang-orang Islam. Lalu turunlah perintah Allah agar mengubah bahasa yang negatif itu kepada yang lebih positif.

Aku melihat dalam bahasa Melayu, ada perkataan yang negatif. Umpamanya "cemar duli". Ia tidak harus digunakan kerana ia membawa konotasi negatif iaitu perlecehan kepada rakyat bawahan. dan pentaqdisan yang tidak layak buat manusia atas manusia.  Seolah-olah persekitaran dan jasmani rakyat adalah kotor dan cemar sehingga mencemarkan pula seorang raja yang mengunjunginya.


Wallahu a'lam.

Rabu terakhir bulan Safar

February 2, 2011

Sabda nabi SAW:

" Tiada jangkitan pada penyakit, tiada sial mial, tiada petanda buruk pada bunyi burung hantu dan tiada sial pada bulan Safar. Larilah daripada penyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa".
(HR Bukhari)


Rupanya, hari ini Rabu terakhir bulan Safar. Rabu terakhir bulan safar punya keistimewaan khusus bagi para penganut khurafat bulan Safar. Bagi mereka, bulan Safar adalah bulan bala bencana dan amalan-amalan tertentu hendaklah dilakukan bagi menolak bencana tersebut. Bencana itu paling banyak sekali pada Rabu terakhir bulan Safar.


Kebetulan pula hatiku  tergerak untuk mengambil jalan menyusur pantai Pasir Putih, Sandakan ketika pulang dari bandar selepas membeli keperluan dapur di pasar besar Sandakan pagi tadi. Tertanya-tanya kenapa ramai orang sedang bermandi manda di pantai, aku singgah menyaksikan. Sambil berfikir, kenapa hari ini, bukan juga hujung minggu, orang ramai berhimpun di pantai Pasir Putih. Sejenak, baru aku sedar bahawa hari ini hari rabu dan minggu terakhir di bulan Safar.


Semasa aku bertugas di pulau dulu, setiap tiba bulan Safar, aku akan mengingatkan murid-muridku tentang kebatilan kepercayaan berhubung bulan Safar. Aku mencela amalan mandi bulan Safar yang sebenarnya diterajui oleh tokoh-tokoh agama setempat. Peringkat awal aku mula menjalankan tugas, aku mendapati saban hari Rabu bulan Safar, lebih-lebih lagi Rabu terakhir bulan Safar, kuantiti murid yang hadir ke sekolah merosot teruk.  Murid-murid pula dengan bangga menceritakan bahawa mereka mengikut imam dan orang kampung pergi mandi tolak bala di pantai Pulau Berhala. 

Tahun-tahun berikut, sebelum menjelang bulan Safar, aku telah memberi peringatan bahawa acara mandi tolak bala adalah sesat, khurafat dan berdosa.  Bila ditanya siapa mandi tolak bala, ramai yang menafikan. Keberhasilan mereka untuk tidak ikut serta dalam acara tersebut diceritakan pula dengan bangga. Yang terpaksa ikut, dengan malu-malu mengakui keikutsertaan mereka dalam acara tersebut. 

Terakhir, sebelum aku dipindahkan ke bandar, aku menulis artikal mengkritik kealpaan pemuka agama setempat yang berlebihan menyuburkan pula amalan yang telah difatwakan haram dan khurafat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut. Ia merosakkan dan sesat serta menyesatkan pula generasi baru.


Hari ini Rabu terakhir. Hari ini mereka berhabisan mandi tolak bala. Amalan mandi tolak bala bulan Safar itu tidak mudah dicantas mati hingga ke akar umbi. Tentu memerlukan silih ganti beberapa generasi untuk dilupuskan sepenuhnya. Amalan tersebut masih berlangsung di Pantai Pasir Putih, Sandakan. Generasi tua duduk di tepian pantai lagak pendeta. Merekalah memimpin acara dan membaca doa. Generasi muda tentunya lebih suka bermandi manda sebelum dipanggil oleh waris dan ibu bapa untuk memulakan acara. Ramai yang berdatangan ke pantai untuk memakmurkan acara tersebut adalah warga kampung persisir pantai yang berasal dari negara tetangga. Sebahagian besarnya adalah kaum pendatang yang membawa adat songsang tersebut dari negara asal mereka. Aku melihat ramai menunggu bas dengan beg plastik berisi pakaian. Aku menduga destinasi mereka tentu pantai Pasir Putih. 

Orang Melayu zaman dahulu adalah jahillliyah. Sebagaimana orang Arab zaman sebelum Islam adalah Jahiliyyah. Adat-adat jahiliyyah diwarisi oleh masyarakat Arab dan terus diwarisi sebahagiannya oleh sebahagian orang yang tidak cukup memahami ajaran Islam. Keadaan itu berlansung sehinggalah Rasulullah wafat dan negara Islam diperintah oleh para khalifah yang bijaksana. Jika demikian halnya dengan masyarakat Arab, kaum lokal yang menerima dakwah langsung dari nabi Muhammad SAW, bagaimanalah pula halnya dengan orang Melayu. Tentunya banyak warisan jahilliyah alam Melayu yang terus diwarisi sekalipun Melayu telah menganut Islam. Nampak luarnya Islam, tetapi dalamnya berkecamuk dengan pelbagai karut marut bukan Islam.

Amalan mandi tolak bala adalah warisan jahilliyah Melayu. Ia juga ada dalam jahilliyah Arab, malah ada dalam jahilliah India dan lain-lain bangsa. Untuk kembali kepada ketulinan Islam kita perlu membebaskan diri daripada warisan nenek moyang yang telah dimansukhkan oleh Islam.


Pihak berkuasa agama boleh mengambil tindakan membanteras amalan khurafat ini dengan mewujudkan unit-unit pencegahaan di pantai pada hari-hari yang disambut penganut khurafat bulan Safar. Mencegah maksiat bukan dengan mengintip pasangan-pasangan yang mencurigakan dalam bilik rumah tumpangan atau hotel. Malah itu adalah maksiat yang tdiak lebih besar daripada maksiat akidah seperti amalan khurafat. Jika ada pasukan pencegahan maksiat untuk maksiat-maksiat seumpama itu. selayaknya lebih diperlukan pasukan pencegah maksiat besar seperti maksiat khurafat.

Allahumma ameen...berikan kami kekuatan membela agamamu.

Rachid Ghannouchi kembali ke Tunisia

February 1, 2011

Rachid Ghannouchi adalah pemimpin Gerakan Islam An-Nahdha yang tinggal dalam buangan di London sejak tahun 1991. Beliau kembali semula ke Tunisia pada  hari Ahad yang lalu, dua minggu setelah kerajaan presiden  Zein al-Abidine Ben Ali. An-Nahdha merupakan gerakan yang mempunyai hubungan dengan Ikhwanul Muslimin dan pada tahun 1989 telah muncul sebagai pembangkang yang kuat dalam pilihanraya parlimen. Kebangkitan An-Nahdha pada tahun tersebut menimbulkan kebimbangan presiden Zainul Abidin Ben Ali dan beliau telah mengambil tindakan mengharamkan gerakan An-Nahdha. Wakil-wakil An-Nahdha tidak berdiri sebagai ahli parlimen bebas.

Ancaman penangkapan melanda pemimpin-pemimpin utama An-Nahdha termasuk Rachid Ghanouchi yang keluar masuk penjara sejak zaman Bourguiba.

Kini Rachid Ghannouchi telah kembali. Semoga gerakan Islam dapat mengisi lakuna politik yang sedang melanda Tunisia.