Mu'ammar Gaddafi pasti akan kalah. Rakyat Libya akan berhasil menjatuhkannya. Tidak ada seroang penzalim di atas muka bumi melainkan kesudahannya akan menemui kajatuhan yang hina. Demikian, zalim Hajjaj bin Yusuf As-Thaqafi sebagaimana tercatat dalam sejarah Islam, dia menemui khatimah yang malang setelah didoakan oleh Said bin Jubair. Setelah tak berguna senjata bikinan manusia, maka akan datang senjata kiriman Allah SWT.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, ketika khutbah Jumuat kelmarin, membuat seruan kali kedua dengan lebih tegas supaya Gaddafi dibunuh. Sesiapa yang boleh sampai tangan kepadanya, hendaklah dilakukan misi ini. Membunuh Gaddafi akan menyelamatkan ribuan rakyat Libya yang lain. Sehingga catatan ini, sudah lebih 2000 rakyat yang bangkit menentangnya terbunuh. Keadaan masih tidak menunjukkan angka itu berhenti di situ. Menurut Al-Qardhawi, dia akan bertanggungjawab di depan Allah SWT atas apa yang beliau fatwakan sebagai penghalalan darah Gaddafi.
Kononnya Gaddafi mahu mati syahid, sedangkan jalan perjuangannya bukan Islam. Dia berkhayal dalam mimpinya yang panjang berdekad. Sehingga saat rakyat telah menolaknya dan dunia telah mengutuk kekejamannya, dia masih merasakan dia di pihak yang benar. Demikian boreknya bapa, begitu pula rintiknya anak. Anaknya Saiful Islam, yang disifatkan oleh Al-Qardhawi sebagai "Saiful Jahiliyyah" mempertegaskan kedegilannya untuk tidak meninggalkan Libya dan rela mati di negerinya.
Tiga pilar yang mendokong kekuasaan Gaddafi telah pun hilang daripadanya. Tentera, diplomat dan ketua -ketua kabilah. Di beberapa bahagian wilayah Libya, tentera telah menyokong gerakan rakyat. Gaddafi hanya bergantung kepada tentera upahan yang dijadikan sebagai tentera pengawal revolusi silamnya dan pengawal peribadinya. Para diplomat di negara-negara luar telah mengistiharkan tidak lagi setia dengan kerajaan Gaddafi.. Pagawai-pegawai tinggi dalam negara juga ramai yang telah meletakkan jawatan. Ketua-ketua Kabilah yang selama bertahun dirasuah, diancam dan dipujuk agar mendokongnya sudah lari daripadanya. Libya telah lumpuh. Gaddafi tidak lagi memerintah sebuah negara melainkan hanya memerintah ammarah dirinya. Kesombongan memerintah selama lebih 4 dekad membuatkannya tidak boleh menerima kajatuhan.
Dia sendiri mengangapkan dirinya "king of the kings" bagi para pemimpin di benua Afrika. Bagaimana mungkin dia boleh merelakan seorang pada kedudukan sepertinya itu jatuh? Tapi...dia pasti jatuh.
Gaadafi sebagaimana gaya kebanyakan pemimpin negara Arab, adalah pelakun-pelakun amatur dalam kekuasaan mereka. Mereka boleh berucap kepada dengan mengunggap bismillah dan puji syukur kepada Allah untuk menawan hati rakyat. Malah, dengan rasa tidak malu dan mengada-ngada, kalangan mereka boleh berlagak laksana seorang ulama di tengah masyarakat. Mereka berjalan sambil membilang biji tasbih, berzikir, sedangkan yang dizikirkan mereka bukan mentaqdiskan Allah. Sebaliknya mereka hanya mentaqdiskan diri untuk memanjangkan tempoh pemerintahan. Selama ini kita kagum dengan keberanian Gaddafi main cabar mencabar dengan Amerika Syarikat. Kadang-kadang dia menggancam Israil. Tapi tak ke mana. Itu semua sandiwara. Dia bukan seorang pejuang Islam biarpun dia mengatakan dia adalah seorang pejuang. Dia hanya pejuang sosialis. Rakan seangkatannya adalah Hugo Chavev, presiden Venezuela yang lantang dan keras melawan Amerika Syarikat. Kedua-dua mereka adalah pemimpin sosialis.
Gaddafi akan mati. Membunuhnya adalah kebanggan bagi sang pembunuh. Dalam jutaan rakyatnya, pasti ada penyelinap berjiwa tegar dan nekad. Dunia Gaddafi sebenarnya telah sempit sekarang. Nikmatilah hidup maksiat dengan pengawal-pengawal peribadi wanita yang mendokongnya. Celakalah untuk pemimpin yang ditolak rakyat. Lebih celaka pemimpin yang ditolak Allah SWT.
Ya Allah...kirimkan sang pembunuh untuk membunuh lelaki durja ini!
Ya Allah...kirimkan sang pembunuh untuk membunuh lelaki durja ini!
0 comments:
Post a Comment