Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Halal darah Muammar Gaddafi-Qardhawi

February 22, 2011


Sambil meyifatkan Muammar Gaddafi sebagai seorang yang sudah gila kerana sanggup menggunakan tembakan dari udara untuk membunuh rakyatnya yang berdemonstrasi menentangnya, Dr. Yusuf Al-Qardhawi berfatwa bahawa beliau hendaklah dibunuh. Dengan kata lain, halal darahnya. Bagi melaksanakan fatwanya, beliau menyeru mana-mana anggota tentera yang punya kesempatan membenamkan peluru maut kepada Muammar Gaddafi hendaklah segera melakukan. Menurutnya, dengan cara tersebut, ia menyelamatkan lebih ramai rakyat Libya daripada menjadi mangsa lelaki gila dan zalim bernama Muammar Gaddafi.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyeru rakyat Libya agar tetap penderian dan bersabar mempertahankan perjuangan mereka untuk memerdekakan diri. Menurutnya, yang gugur terkorban di kalangan mereka adalah tergolong kalangan para syuhada. Sambil menyifatkan perbuatan Muammar Gaddafi mengarahkan tembakan udara membunuh rakyatnya sangat kejam dan gila, katanya Israil sendiri tidak melakukan hal seperti itu ketika menyerang Gaza.

Sementara anak Muammar Gaddafi, Saiful Islam  yang begitu kuat mempertahankan bapanya, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyifatkannya sebagai "pedang jahiliyyah" dan bukannya "pedang Islam". Beliau berkata demikian kepada saluran Al-Jazeera.

Sumber : lahaonline

0 comments:

Post a Comment