Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Abu Bakar bukan ceti dan Umar bukan penzina

May 13, 2026

 Sesiapa yang banyak becakap, kalau tersalah cakap, hendaklah istighfar dan minta ampun kepada Allah SWT. Kekadang kesilapan dalam percakapan itu merupakan satu teguran daripada Allah SWT. Kalau Allah mahu, Allah pelihara lidah kita daripada tergelincir. Tapi jika Allah biarkan lidah kita tergelincir, itu adalah kerana Allah meninggalkan 'ismah buat kita. Allah tak pelihara kita. Mungkin kerana sesuatu dosa yang kita buat  atau mazmumah yang bersarang dalam hati. Orang yang insaf akan cepat membaca rahsia kejadian dan segera bercermin diri. Bahawa, kekhilafan dalam bercakap itu ada sebab dan itu antara cara Allah mengajar kita. Apatah lagi jika khilaf dalam bicara itu memberi efek kritikan dan bantahan yang besar di kalangan massa dan ahli ilmu dalam masyarakat.


Jika tidak juga mahu mengaku kelemahan diri, sebaliknya berdolak dalik dan mempertahankan kesalahan dengan madah berhelah, itu adalah tanda kerasnya hati. Kerasnya hati adalah satu bala tambahan buat diri. Ketulan di atas ketulan. Sakit ditambah sakit.


Mengatakan Abu Bakar As-Siddiq adalah BAPA CETI dan menindas orang miskin untuk mengkayakan dirinya adalah perkataan yang melampau dan tidak punya asas. Ia tidak diucapkan oleh mana-mana ulama yang mendalam dalam sirah. Walaupun pada zaman Jahiliyyah, Abu Bakar As-Siddiq adalah orang mulia. Jahiliyyah yang dikaitkan dengan kehidupan Abu Bakar sebelum Islam adalah jahiliyyah akidah. Berapa ramai kalangan Arab Quraisy yang hidup pada zaman Jahiliyyah, mereka menyimpan nilai mulia dalam akhlak, sikap dan perlakuan hidup seharian. Menyembah berhala, minum arak dan suka bergaduh bukan bermakna mereka menindas orang miskin untuk kaya. Abu Bakar As-Siddiq jauh sekali. Malah, beliau berada di kemuncak hidup bermaruah dalam masyarakat.

Banyak orang termakan budi Abu Bakar. Seorang bangsawan Taif yang bernama Urwah bin Mas'ud dalam peristiwa sebelum perjanjian Hudaibiyah mengungkapkan kemuliaan Abu Bakar di zaman Jahiliyyah. Mulanya dia memperlecehkan kesetiaan para sahabat Nabi Muhammad dan mengatakan mereka itu akan meninggalkannya. Perkataan itu didengar oleh Abu Bakar dan dia mengherdik Urwah bin Mas'ud serta menegaskan bahawa dia dan para sahabat Nabi tidak akan sekali-kali meninggalkan Nabi SAW. Urwah bin Mas'ud yang mendapat kecaman keras Abu Bakar tekejut dan bertanya suara siapakah yang mengecamnya itu. Lalu diberitahu bahawa yang bersuara itu adalah Abu Bakar As-Siddiq. Maka berkatalah Urwah bin Mas'ud:


أما والذي نَفسي بيَدِه، لَولا يَدٌ كانَت لك عِندي لم أجزِك بها لَأجَبتُك

"Adapun sesungguhnya, demi yang jiwaku berada di TanganNya, kalaulah tidak kerana engkau ada jasa buatku yang belum aku balas, tentu akan aku balas katamu kepadaku itu".


Kisah ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sahehnya (No. Hadis: 2731). Ia menggambarkan bagaimana kehidupan Abu Bakar di masa Jahiliyyah. Orang seperti Urwah bin Mas'ud pun termakan jasanya dan hormat serta malu alah kepada Abu Bakar. Orang sebegini jauh sekali menjadi penindas masyarakat dan menopang hidupnya dengan perolehan harta haram.



Kita baca sirah, semasa ornag Quraisy membina semula Kaabah yang runtuh dipukul banjir, mereka tak cukup dana. Kaabah asal zaman Nabi Ibrahim bebentuk empat segi tepat, namun kerana kekurnagan dana , dibinalah Ka'abah empat segi sama. Selebihnya dibuat lingkungan Hijir Ismail. Kenapa tak cukup dana? Itu kerana orang Quraisy yang masih dalam zaman jahiliyyah itu tidak mahu harta haram digunakan buat membina Kaabah. Saat pembinaan semula Kaabah itu, usia Nabi SAW sekitar 35 tahun. Pemuka Quraisy yang mengatur pembinaan Kaabah dengan duit halal itu adalah antaranya Al-Walid bin Al-Mughirah, Utbah bin Rabiah dan Abu Lahab yang kelak akan memusuhi dakwah Nabi SAW. Termasuk juga Abu Talib , Pakcik Nabi SAW yang menjadi pemimpin utama Mekah dewasa itu. Kalau mereka pun tahun harta halal dan haram, apakah mereka itu lebih terhormat daripada Abu Bakar sehingga Abu Bakar jenis makan duit haram?

Abu Bakar masa Jahiliyyah lebih mulia daripada mereka semua itu. Bahkan, Abu Bakar masa Jahiliyyah lebih bermaruah dan terhormat berbanding kita yang hidup dalam Islam di zaman ini!

Sementara Umar Al-Khattab pula, dia memang seorang preman di Kota Makkah. Namun, bukan preman bangsat seperti yang suka buat kerja-kerja mafia di zaman ini. Umar Al-Khattab adalah seorang yang terhormat dan cintakan perpaduan kota Makkah. Dia ta'asub dengan bangsa Quraisy dan leluhur. Kerana melihat Nabi SAW sebagai pemecahbelah masyarakat, dia membenci Nabi SAW. Sebagaimana kebiasaan para pemimpin Quraisy, Umar Al-Khattab menjalani kehidupam yang sentiasa menjaga maruah diri. Tidak benar sama sekali untuk dikatakan Umar Al-Khattab itu seorang womaniser atau kaki zina. Jauh sekali berwatak macam perompak atau lanun yang menyerang desa Semerah Padi dan merampas dara tunangan Taruna untuk dinoda maruahnya. Itu perangai bangsa Melayu yang jahat di zaman dulu. Kita banyak dengar dari orang tua kita mengenai bahari dulu. Orang gagah dalam kampung perangainya macam setan. Bini orang dibuat macam bininya. Anak dara orang diculik dan dijadikan gundik. Hatta, Sultan Melaka sendiri menzinai isteri laksamananya sendiri, Tun Biajid.

Itu perangai bangsa Melayu zaman dulu. Jangan samakan dengan perangai bangsa Arab Quraisy. Mereka bangsa yang ta'sub kepada keturunan dan salasilah. Penzinaan merosakan keturunan dan salasilah. Umar Al-Khattab tidak terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti itu kerana ia melanggar norma masyarakat Quraisy yang menjunjung tinggi harkat keturunan mereka. Keturunan yang bersambung hingga ke nabi Ibrahim.A.S. Sementelahan tidak ada satu pun riwayat yang menggambarkan bahawa Umar Al-Khattab itu habinya berzina. Kalaulah Umar Al-Khattab itu pernah berzina, tentu akan adanya anak zinanya. Masa dia jadi khalifah akan datanglah anak zinanya mengaku bahawa dia anak Umar. Tiada!

Kepada Umar tidak berlaku sebagaimana yang diriwayatkan berlaku kepada Abu Sufian. Abu Sufian masa Jahiliyyahnya dia pernah berzina denagn seorang hamba di Taif yang bernama Sumayyah. Dia adalah hamba kepada Ubaid As-Tsaqafi dan lahirlah Ziyad pada masa nabi masih hidup. Namun, dia tidak sempat bertemu dengan Nabi SAW dan tidak dianggap sahabat. Ziyad anak Sumayyah itu kemudiannya dikenal sebagai Ziyad bin Abihi iaitu Ziyad anak bapanya. Abu Sufian, ketika melihat Ziyad berkhutbah dan khutbah Ziyad dikenali sebagai Khutbah Al-batraa', dia berkata kepada saidina Ali yang bersamanya bahawa Ziyad itu adalah anaknya. Bila Ali bin Abu Taklib persoalkan kenapa dia tidak berterus terang sahaja supaya semua orang tahu, Abu Sufian mengatakan dia takut kepada Umar Al-Khattab ( yang ketika itu merupakan Amirul Mukminin)

Perbuatan zina dalam masyarakat Arab Quraisy adalah janggal Abu Sufian pun menyimpan rahsianya dan tidak diberitahukan kepada sesiapa. Hanya kerana bintang Ziyad bersinar, dia membuat pengakuan khusus kepada Ali bin Talib bahawa dialah ayah sebanr kepada pemuda yang mengkagumkan itu.

Untuk lebih jelas mengenai tabiat Quraisy yang tidak menjadikan perzinaan sebagai hobi, kita teliti jawapan Hindun isteri Abu Sufian ketika dia masuk Islam dan diminta mengungkap Bai'atun Nisa di kota Mekah. Bila nabi SAW suruh mereka berjanji tidak akan bersina, Hindun keheranan tentang keperluan mengungkapkan aku janji itu kerana baginya wanita bangsawan Quraisy sepertinya tidak kenal perbuatan fahisyah itu. Dia berkata kepada Nabi SAW:
أوتزني الحرة ؟

" Apakah ada wanita merdeka itu berzina"


Hindun berkata demikian kerana setahunya wanita Quraisy tidak berzina. Maka apa perlunya membuat sumpah setia untuk tidak berzina?


Kalau begitu akhlak Hindun, apakah Umar Al-Khattab yang ditakdirkan Allah SWt menjadi sahabat Nabi dan orang kedua termulia selepas Abu Bakar menjadi kaki zina? Apakah dia lebih cemar dari Hindun? Apakah dia tidak punya fikrah yang lebih baik dari Hindun yang tidak pernah berzina? Hindunkah yang berdiri di tebing perlimbahan kotor perosak keturunan sedang Uamr Al-Khattab berenang dalam perlimbahan nista penzinaan??


Sebenarnya, ramai kalangan yang keliru dalam menilai makna kejahiliyahan bangsa Quraisy. Mereka bernaggapan bahawa apabila Jahiliyyah, maka masyarakat yang jahiliyyah itu rosak serba serbinya. Hakikatnya, sesiapa yang menyemak sumber, akan menemui di sana ada gugusan nilai mulia yang diamalkan masyarakat Quraisy sebelum Islam, bahkan masyarakat Arab keseluruhannya. Jahiliyyahnya mereka itu hanya zulmat pekat kelam dalam perkara akidah. Dalam soal akhlak, prinsip hidup dan etika, tatakelola, kejujuran, memuliaan tetamu, menolong orang msuatdh'afin, menjaga pusaka bangsa, tradisi dan sebagainya, ia masih bersinar di sana sini. Walau sinar itu ada bayang gelapnya.


Sahabat Nabi adalah orang terpilih. Abu Bakar As-Siddiq adalah mulia, baik masa sebelum Islam atau selepasnya. Umar pun demikian. Dia bukan kasanova. Dia bukan seperti mafia atau tokan dadah. Dia memang berwatak keras tapi punya maruah yang unggul. Dalam msyarakat dia menjadi benteng dan penjaga. Bukan perosak!


Semua sahabat Nabi , terutama 10 yang dikhabarkan Syurga punya latarbelakang mulia masa jahiliyyah walaupun mereka belum beriman. Tidak harus membuat cerita yang kalau ditampalkan kepada kita, kita pun tak sudi. Kita dalam Islam pun belum tentu semulia akhlak dan perinsip mereka pada masa jahilliyahnya mereka!


Camkan baik-baik dan suluh diri sendiri kerana nilai kita tidak sekutil daging ketuat pun dihujung jari sendiri kalau dibandingkan dengan sahabat Nabi SAW. 

0 comments:

Post a Comment