Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

Untuk dihubungi:

Email:
kama_wahba99@yahoo.com


Waktu Malaysia

Media

Sinar Harian Harakah Harian Metro Online Malaysiadateline Warta Darulaman Bernama News Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Sinar Harian Utusan Online Berita Harian Online Tranungkite Sabahkini Sabahdaily Menarik TV3 Yahoo News Utaranews Aljazeera English Republika Online CNN News Eramuslim Al-Arabi Islamtoday Islamtoday BBC News BBC News BBC News WorldNewsNetwork Al-Ayyam Al-Ayyam UtaraNews dailymail Al-Monitor Islampedia

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

Online Services

maybank2u iRakyat CIMBcliks Ambank Airasia Airasia Airasia Airasia Airasia Airasia MAS TRANSNASIONAL MALINDO AIR TM TM

TV ONLINE

TV Malaysia TV Pas TV3 Al-Muttaqin Malaysiakini TV

KULIAH ONLINE

Maybank2U CIMBcliks Ambank Airasia MAS TM Airasia Airasia

AKSESORI

Facebook Youtube Photobucket Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET

Yahoo Messenger

Rujukan

Minta Izin meninggalkan kerja Jama'ah.

March 28, 2012

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِذَا كَانُوا مَعَهُ عَلَى أَمْرٍ جَامِعٍ لَمْ يَذْهَبُوا حَتَّى يَسْتَأْذِنُوهُ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ فَإِذَا اسْتَأْذَنُوكَ لِبَعْضِ شَأْنِهِمْ فَأْذَن لِّمَن شِئْتَ مِنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمُ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka Itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, Maka apabila mereka meminta izin kepadamu Karena sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah An-Nur: ayat 62)

Allah menggesa orang beriman agar menjaga adab dengan Rasulullah SAW. Ketika hendak masuk bertemu Rasulullah SAW, ucapan salam didahulukan, maka ketika hendak meninggalkan Rasulullah SAW juga hendaklah minta izin daripada baginda. Seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya datang dan pergi. Perbuatan semberono sebegitu merupakan perangai orang munafiqin.

Bagi yang menyertai perjuangan Islam, perlu melihat ayat ini dalam konteks penyertaannya dalam perjuangan Islam di bawah pimpinan ketuanya. Ketika dia mahu menyertai perjuangan, dia nyatakan keinginannya untuk menyertai dengan pengisytiharan. Borang keahlian diisi dan komitmen dinyatakan. Ia seperti ucapan salam yang dihadapkan kepada Rasulullah SAW oleh para sahabatnya yang datang bertemu dengannya. Justeru, sepanjang bersama pemimpin jama’atul muslimin yang memimpin perjuangan Islam, adab-adab hendaklah dipelihara. Antaranya adalah “assam’u wat to’ah” (Dengar arahan dan patuh), tidak menyeru pimpinan dengan panggilan lantang yang biasa diserukan kepada orang lain dan apa-apa sahaja perbuatan yang menyakitinya.

Hatta...bila mahu meninggalkan jama’ah, keizinan hendaklah dipinta. Misalnya seorang yang sudah lama memagang jawatan dalam jama’ah, dia tidak boleh meletakkan jawatan sesuka hatinya. Kebenaran dari pimpinan hendaklah diperolehi. Jika dia meletakkan jawatan sesuka hati, perbuatan itu adalah mirip kepada mereka yang mahu lari dari perjuangan. Lari daripada perjuangan pada masa Rasulullah SAW menjadi tabi’at orang-orang munafiq.

Alangkah lancangnya sesetengah anggota jama’ah perjuangan Islam di Malaysia dewasa ini. Ada yang suaranya lebih lantang daripada ketua. Ada yang masuk dan keluar sesuka hati. Masuk bila rasa suka kepada jama’ah dan keluar bila sudah bosan atau tidak suka dengan sesuatu yang tidak cocok dengan dirinya dalam jama’ah. Apa yang harus dikatakan buat orang seperti ini? Sesungguhnya mereka melepaskan diri daripada ikatan Islam setelah menambat diri mereka dengan Islam. Mereka yang sebegitu, sebagaimana yang diperingatkan nabi SAW sedang menempa jalan mati jahiliyyah.

Wal Iyazubillah!

'Haul' dan Tradisi Tahlil

March 17, 2012

Apabila terjadi sesuatu kematian, maka keluarga si mati akan mengadakan majlis tahlil. Majlis tahlil sudah menajdi kebiasaan yang mengakar dan berselirat dalam masyarakat kita. Boleh dikatakan tidak sah kalau berlaku satu-satu kematian, tidak diadakan majlis tahlil. Biar semiskin mana keluarga si mati, sanggup berhutang demi melaksanakan majlis tahlil.

"Berapa malam kita nak buat tahlil?", soalan tersebut akan dilontarkan oleh pengendali acara tahlil seusai majlis tahlil pada malam pertama.

Kalau di kampungku, di negeri Kedah, jawapan yang selalu diberikan oleh wakil keluarga si mati adalah 7 hari. Ada yang letak 3 hari sahaja. Biasanya jika kalau keluarga yang kurang berkemampuan. Tiga hari atau tujuh hari, setiap lepas solat insya', berdatanganlah orang kampung untuk membacakan ayat-ayat tahlil yang telah disusun dan mengaminkan doa-doa yang telah dikaryakan oleh pendahulu. Selepas selesai berdoa, semua menikmati makanan.

Kemudian, dari semasa ke semasa akan menyusul tahlil. Di Sabah, aku menemui istilah majlis tahlil disebutkan sebagai "makan". Makan satu, makan tiga, makan tujuh, makan dua puluh, makan empat puluh dan makan seratus adalah istilah yang selalu berlegar sekitar majlis tahlil. Ada juga makan tahunan. Perletakan hari untuk tahlil itu diambil berat dan berhubungkait dengan kepercayaan tertentu. Setiap tahun, ada satu bulan yang disebut sebagai bulan arwah iaitu bulan Sya'ban. Keluarga si mati akan mengadakan majlis tahlil pada bulan sebagai tambahan kepada tahlil-tahlil yang telah disebutkan.

Baru-baru ini pula, di sebuah masjid di Sandakan, aku terbaca satu iklan mengenai majlis "haul". Ia adalah majlis memperingati kematian seseorang. Biasanya kematian seorang ulama habib. Teman jemaah di surau kejirananku mengajak untuk mengunjungi majlis "haul" tersebut yang khabarnya untuk  seorang habib terkemuka dari Indonesia. Aku tidak bercadang untuk ikut serta kerana ia bukan kebiasaanku. Di Kedah, tempat yang aku kira lebih kuat beragama berbanding Sandakan, tidak pernah pula ada majlis "haul" seperti ini. Demikian pula, negeri Kelantan yang khabarnya lebih semarak ilmu agama berbanding negeri-negeri lain, tidak pula dibiasakan dengan majlis "haul" tersebut. Maka, aku tidak dibiasakan dengan sambutan "haul". Sambutan "haul" bukan budaya keagamaan yang aku membesar bersamanya.

Hanya di Sandakan ini, aku temui perayaan "haul". Sudah banyak kali "haul" diadakan di sini dan semuanya berkaitan dengan tokoh-tokoh dari tanah semberang (Indonesia) yang bergelar habib. 

Kerana mahu tahu, aku menyusul juga ke masjid tersebut. Ketika itu majlis sedang berlangsung. Orang ramai memenuhi masjid. Kebanyakan berpakaian putih. Sebilangannya ada yang aku kenal. Bacaan maulid (Simtud Durar) sedang didendangkan. Ia mengandungi syair pujian dan keluhan ke atas ulama habib yang diraikan di selang seli dengan salawat ke atas nabi SAW. Aku duduk di belakang dan tidak lama. Menjelang waktu insya, aku pun pulang. Cukuplah untukku berada dalam majlis tersebut untuk lahzoh singkat.

Temanku berkata ia majlis zikir. Aku menjawab sebenarnya majlis syair. Yang tidak memahami bahasa arab, akan mendefisikan ungkapan Arab sebagai zikir. Orang Melayu zaman dulu kala sangat menyanjung bahasa Arab. Pak lebai zaman al-marhum bapaku sangat pantang dengar lagu-lagu nyanyian penyanyi Melayu. Haram, kata mereka. Tetapi, pak lebai yang sama juga sangat suka dengar lagu Arab. Lagu-lagu Omm Kalthum lagi. Sebab bunyi arab, dirasakan mendengarnya jadi ibadah dan berpahala. Ini masalah tanggapan yang keluar daripada kajahilan. 

Sambutan "haul" untuk seorang habib pada hakikatnya terbit daripada tradisi yang sama dengan penetapan majlis tahlil mengikut bilangan harinya. Ia adalah majlis tahlil ulangan untuk setahun buat sang habib. Hanya ia diistilahkan sebagai "haul". Kalau buat pakcik makcik yang dah meninggal di Sabah ini, ia disebut sebagai "makan tahun". Sudah tentu majlis tahlil tahunan buat pakcik makcik yang sudah meninggal itu tidaklah semeriah "haul" seorang habib. Siapalah arwah pakcik makcik kalau nak dibandingkan dengan habib?

Tetapi, siapalah pula para habaib itu kalau hendak dibandingkan dengan sahabat nabi Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Tolib? Para sahabat besar nabi itu, tidak pernah kita dengar disambut "haul" buat mereka. Tidak perlu bandingkan dengan sahabat besar nabi SAW. Bandingkan sahaja dengan Imam Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali. Mereka ulama besar dalam mazhab yang sangat berjasa buat Islam. Tidak pernah kita dengar ada 'haul' yang diadakan untuk mereka.

Setiap ulama punya kelebihan masing-masing. Sudah tentu kita tidak boleh sewenangnya menafikan kehebatan ulama habaib yang diraikan 'haul' mereka itu. Namun, tentulah kehebatan mereka tidak mengatasi kehebatan para sahabat nabi di mana peringkat pun. Kehebatan dan keutamaan mereka tidak melewati kehebatan dan keutamaan para ulama  'ikon' mazhab-mazhab yang menjadi panutan ummat.  Jika untuk para sahabat nabi SAW dan ulama-ulama besar mazhab tidak diadakan 'haul', apakah layak untuk habaib yang datang di belakang hari diadakan 'haul' besar-besaran?

Mengapa pula hanya golongan ulama habaib? Dengan kata lain, kenapa hanya mereka yang ada kaitan dengan ahli bait Rasulullah SAW yang disambut 'haul' mereka? Apakah makna di sebalik semua ini?

Kita mungkin boleh nampak dengan terang dan cerah daripada mana datangnya 'haul' kalau kita lihat bagaimana golongan syiah meratapi kematian Saidina Hussin bin Ali di medan Karbala. Saban tahun, pada tanggal 10 Muharam, mereka meraikan 'haul' buat Saidina Hussain bin Ali. Mereka akan menyiksa diri dan menyanyikan ratha' buat Hussain yang kononnya menjadi kecintaan mereka.  Padahal, Syiah adalah golongan Rawafidhoh yang merosakkan Islam. 

Al-Hafizh Ibnu Rojab rahimahullah menyebutkan dalam Lathoiful Ma'arif (hal. 113) “Adapun menjadikan hari Asyuro sebagai hari kesedihan (ratapan) sebagaimana dilakukan oleh kaum Rofidhoh karena terbunuhnya Hussain bin Ali, maka hal itu termasuk perbuatan orang yang tersesat usahanya dalam kehidupan dunia sedangkan dia mengira berbuat baik. Alloh dan rosul-Nya saja tidak pernah memerintahkan agar hari musibah dan kematian para nabi dijadikan ratapan, lantas bagaimana dengan orang yang selain mereka?”

Meraikan 'haul' untuk para habaib ada pengaruh golongan syiah. Ia tidak layak diserapkan ke dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jam'ah. Sekalipun para habaib tersebut tidak pernah ditampilkan sebagai tokoh syiah, malah dikenali sebagai ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah, dengan mengadakan 'haul' untuk mereka, ia mengikuti jejak langkah Syiah.

Kita memang disuruh mencintai ahli bait nabi. Aku mahu katakan bahawa cintaku sangat buat mereka. Tetapi, pertama dalam cinta selepas Rasulullah adalah ke atas Abu Bakar dan kemudian Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Tolib. Seterusnya sahabat lain yang berhijrah dan terlibat dalam Badr Al-Kubro. Kemudian mereka yang berjanji setia dalam Bai'tur Ridhwan! Tidak sayugia menampakkan cinta berlebihan kepada ahli bait sehingga timbul tandatanya mengenai kecintaan kita kepada sahabat akrab nabi itu. Berlebihan dalam mengulang kesedihan kematian ulama habaib dan tidak atas kematian ulama bukan habaib adalah sangat menimbulkan persoalan.

Kepada sahabat-sahabat yang ghairah dalam jemaah 'haul', saya hanya mengajak untuk berfikir.  Sewaktu kita di tengah masyarakat yang bergelumang dengan adat istiadat tahlil yang pelik, banyak yang kita sisihkan. Adat makan mengikut bilangan hari, berasap kemiyan, jumlah hidangan berdasarkan jumlah orang yang ditahlilkan dan berbagai-bagai lagi. Apa yang mereka lakukan adalah kerana mereka jahil tentang ilmu Islam. Islam yang diamalkan adalah hanya warisan nenek moyang terdahulu. 

Lantas, bagaimana dengan orang yang berpengetahuan agama? Buatlah pilihan antara keaslian dan kelencongan.

Allahummahdina...


Kontrak 600 juta hal sepele.

March 7, 2012



Apabila didedahkan sendiri oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi bahawa punca krisisnya dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abd Razak itu ialah kontrak bernila RM600 juta yang diberikan kepada sebuah syarikat yang terkait dengan seorang pemimpin UMNO bahagian, dapatlah kita fahami duduk perkara (bukan duduk perkara pergeseran dan percanggahan pendapat itu sahaja, yang telah mengganggu tumpuan dan kerja orang lain), tetapi, duduk perkara yang lebih penting adalah tahap pemikiran exco yang terbabit. Dalam pemerintahan negeri, bagaimanakah keutamaannya? 

Kalau orang sanggup bergolak gadai demi RM600 juta, kita tahulah bahawa jumlah itu baginya sangat berharga. Kalau tidak, masakah beralang-alang menyeluk pekasam. Kestabilan negeri jadi goyah hanya semata-mata RM600 juta. Para sahabat kepimpinan pelbagai peringat terganggu tidur lantaran bunyi bising dalam dapur kerajaan negeri. Banyak kerja lain pula terpaksa dibelakangkan hanya kerana terpaksa pergi menegok dan tolong selesaikan pergaduhan tersebut. 

Pergaduhan yang bertitik tolak daripada hal yang sepele.

Saudaraku dari kedah mengatakan ia adalah pergaduhan budak kampung. Dalam politik, kalau ia pergaduhan ahli politik, kita boleh terima. Pergaduhan ahli politik dilihat profesional. Tetapi pergaduhan budak-budak kampung, ia membosankan serta memalukan. Katanya, konflik yang terjadi dalam PKR banyak pergaduhan orang politik. Beberapa ADUN dan MP dari PKR yang melompat, itu adalah pergaduhan ahli politik. Ia dapat ditangani secara politik oleh PKR.  Namun, pergaduhan di Kedah itu adalah pergaduhan budak kampung. Budak inggusan! Itu kata saudaraku dari Kedah. Dia sangat marah kerana dia adalah antara pekerja parti yang bertungkus lumus di musim p[ilihan raya dan bekerja keras menconvertkan pemuda parti lawan ke dalam Pas.

Gelagat pemimpin yang menggoncang kestabilan kerajaan negeri dengan hal sepele itu amat mengecewakan. Pada sangka pemimpin seperti itu, apakah mereka diperlukan oleh pengikut bawahan?!Kalau sudah tidak sanggup bertasamuh dan membuang kepentingan diri, dipersilakan keluar dari lingkungan batu batan pemerintahan. Itu juga keluhan saudaraku itu.

RM600 juta, kenapa perlu digundahkan? Kalau dapat kepada syarikat terkait dengan pemimpin UMNO  bahagian, apakah itu salah? Orang akan jadi gundah kalau dia sendiri mengharapkan RM600 juta itu dapat kepadanya. Politik yang semberono memang tidak benarkan orang lain berkongsi laba.  Itu politik penuh dendam. Kerana para pemimpin UMNO itu telah mengaut banyak kekayaan semasa pemerintahan terdahulu, kalau boleh dia perlu diharamkan dari sebarang kontrak kerajaan dalam pemerintahan sekarang. Ini jalur fikiran ahli politik yang tidak berwawasan dan berbaur dendam. Lebih jelik kalau disasarkan pula projek untuk diri sendiri. Ini ahli politik oppurtunis.

RM600 juta itu nilainya kecil berbanding ukhwah dalam jamaah. Amat kecil berbanding kestabilan negeri yang perlu diperlihatkan kepada rakyat, terutama pada ketika deruan angin pilihanraya umum kian membadai. Tolol amat kalau kerana RM600 juta, rela melihat kerajaan yang dikendong berantakan!

Padaku, biarpun hal ini kononnya telah selesai, ia tetap menimbulkan parut. Sekalipun yang mencetus angkara telah kembali ke pangkal jalan dan bertaubat, ia tidak senang untuk dilupakan. Ada madah politik menyebutkan, kesalahan lain ada kemaafannya. Namun, kesalahan dalam politik tidak boleh dimaafkan. Madah ini ada benarnya kerana apabila berpolitik, seorang pesalah politik telah berdosa kepada puluhan ribu orang yang berada di bawahnya.

Para pencinta perubahan, pendokong perjuangan dan petugas hizbullah perlu terus lestari. Pemimpin yang memperlihatkan aulawiyat buat hal sepele tidak perlu dilanjutkan pada tahun-tahun mendatang kerana tahun-tahun tersebut akan lebih banyak ujiannya. Kilauan pedang dan permata akan bertambah dan akan kian menggerunkan dan mempesonakan.

Aladdul Khisom!

March 5, 2012

Ingatkan, sesudah tidak berkuasa, masa lapang yang banyak itu akan dipergunakan untuk mendalami ilmu agama. Namun, saat-saat hujung usia yang dilapangkan itu tidak dipergunakan untuk mendalami Islam dan memperbetulkan segala khilaf kata dan kelakuan semasa berkuasa dulu. Lebih malang lagi, bahasa lama masih berkumandang, malah lebih sengit. Kalau sudah begitu, apa lagi yang boleh diharapkan. 



Dr. Mahathir, terbaru dalam satu ucapannya menjawab satu pertanyaan, mendakwa hukum hudud hanyalah ciptaan ahli fekah. Beliau mengatakan begitu kerana menurutnya dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menekankan tentang pentingnya berlaku adil. Disebabkan persepsinya bahawa hukum hudud itu berlawanan dengan prinsip keadilan, maka jalan mudah baginya ialah menjustifikasikan bahawa tiada hudud dalam Quran. Hudud yang selalu disebut orang itu pula hanyalah rekaan para ahli fekah.

Siapa ahli fekah? Sudah tentu bila sebut ahli fekah, kita tidak boleh keluarkan nama-nama besar ulama mazhab terutama yang empat. Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Syafie dan Imam Hambali. Mereka semua itu adalah ahli fekah, tidak syak lagi. Kalaupun hudud itu rekaan ahli fekah, apakah pemahaman mereka terhadap Al-Quran itu kurang berbanding Dr. Mahathir. Rekaan mereka yang faham Quran itu salah atau Penafian Dr. Mahathir yang tahu Al-Quran dari bahasa selain bahasa Arab itu yang betul. 

Itu kalau kita mahu menerima sementara andaian bahawa hudud itu rekaan para fuqaha. Tegasnya, kalaupun rekaan, sudah tentu ia betul kerana mereka memahami Al-Quran. Mereka bicarakan mengenai hudud dalam kitab-kitab mereka, sedangkan Dr. Mahathir kata hudud tidak ada dalam Quran!

Amat jauh keilmuan imam-imam  mazhab  berbanding Dr. Mahathir itu.

Nampaknya juga Dr. Mahathir tidak memahami dengan baik konsep keadilan. Menurutnya, adil itu apa yang dirasakan adil pada otak fikirnya. Padahal keadilan itu adalah apa yang ditegakkan menurut hak. Penentuan hak itu adalah kepunyaan Allah. Jika Allah katakan perlukan 4 saksi bagi kes zina, maka itulah keadilan sekalipun payah dan hampir mustahil melunasinya. Dr. Mahathir menjadikan kes rogol sebagai hujah untuk condemn keperluan 4 saksi. Itu jelas melambangkan kemalasannya mendalami ilmu Islam sekalipun telah pencen daripada Perdana Menteri. Sayang sekali!

Kalau hati sudah berbaur permusuhan terhadap perundangan Islam, begitulah akibatnya. Dikorek dan digali segala hujah untuk menafikan kewajaran undang-undang hudud. Belanjakanlah  masa-masa yang ada untuk menggagalkan perlaksanaan syariat Allah SWT. Siapa menyemai badai, taufanlah yang akan dipetiknya. Tidak perlu bimbang, ketika sampai janji Allah, syariatNya pasti tertegak.

Bukan senang buat mereka yang "aladdul Khisom" untuk menemui jalan kembali.  Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya!

Al-Buti Mendokong Regim Assad

March 1, 2012

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, ketika menyampaikan khutbah Jumuat di Masjid Umar Al-Khattab di Doha menyeru agar perjuangan rakyat Syria menumbangkan regim Assad perlu dibantu oleh sekelian muslimin. Beliau menyatakan keyakinannya bahawa lambat bangat, regim zalim tersebut pasti akan jatuh dan kebangkitan rakyat Syria akan menggapai kemenangan.

Beliau juga menyatakan kekesalan terhadap sebilangan ulama di Syria yang masih berdiri di pihak regim Assad termasuk ulama tersohor Dr. Muhammad Ramadhan Al-Buti. Beliau menyifatkan ulama yang menyokong regim Assad tersebut sebagai tersesat jalan dan mengubah agama Allah dan sunnah RasulNya. Tidak ada mantik yang boleh diterima untuk mengizinkan para ulama Islam untuk mendokong para penguasa zalim yang membunuh rakyatnya secara batil.

Sukar diterima kenapa Al-Buti mendokong regim Assad tersebut. Sekali fikir memang tidak mahu percaya. Bukunya menjadi bacaan ramai para pelajar yang mendalami ilmu Islam. Sirah Nabawiyyah yang dikarangnya menjadi bacaan berharga buatku. Tetapi, mengetahui bahawa beliau berada di pihak Assad, menjadi hambar untuk menggali khazanah ilmu dalam bukunya.

Tidak menghairankan, ulama yang mendokong kerajaan sudah menjadi fitnah kepada para ulama sejak zaman dahulu kala lagi. Bukankah kisah Bal'am bin Ba'ura yang menyokong kerajaan yang menentang nabi Musa ada disebutkan dalam Al-Quran? Pada zaman tersebut sehingga mana-mana zaman, termasuk zaman kini, ulama yang mendokong kerajaan selalunya terpalit dengan fitnah. Kebanyakan mereka  menjadi seperti anjing, jika diberi makan ia menjelir lidah dan jika tidak diberikan, ia tetap menjelir lidah juga.