Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, ketika menyampaikan khutbah Jumuat di Masjid Umar Al-Khattab di Doha menyeru agar perjuangan rakyat Syria menumbangkan regim Assad perlu dibantu oleh sekelian muslimin. Beliau menyatakan keyakinannya bahawa lambat bangat, regim zalim tersebut pasti akan jatuh dan kebangkitan rakyat Syria akan menggapai kemenangan.
Beliau juga menyatakan kekesalan terhadap sebilangan ulama di Syria yang masih berdiri di pihak regim Assad termasuk ulama tersohor Dr. Muhammad Ramadhan Al-Buti. Beliau menyifatkan ulama yang menyokong regim Assad tersebut sebagai tersesat jalan dan mengubah agama Allah dan sunnah RasulNya. Tidak ada mantik yang boleh diterima untuk mengizinkan para ulama Islam untuk mendokong para penguasa zalim yang membunuh rakyatnya secara batil.
Sukar diterima kenapa Al-Buti mendokong regim Assad tersebut. Sekali fikir memang tidak mahu percaya. Bukunya menjadi bacaan ramai para pelajar yang mendalami ilmu Islam. Sirah Nabawiyyah yang dikarangnya menjadi bacaan berharga buatku. Tetapi, mengetahui bahawa beliau berada di pihak Assad, menjadi hambar untuk menggali khazanah ilmu dalam bukunya.
Tidak menghairankan, ulama yang mendokong kerajaan sudah menjadi fitnah kepada para ulama sejak zaman dahulu kala lagi. Bukankah kisah Bal'am bin Ba'ura yang menyokong kerajaan yang menentang nabi Musa ada disebutkan dalam Al-Quran? Pada zaman tersebut sehingga mana-mana zaman, termasuk zaman kini, ulama yang mendokong kerajaan selalunya terpalit dengan fitnah. Kebanyakan mereka menjadi seperti anjing, jika diberi makan ia menjelir lidah dan jika tidak diberikan, ia tetap menjelir lidah juga.

2 comments:
parasit
SubhanaAllah....inilah fitnah akhir zaman yg Allah tentukan bakal menimpa sesiapa jua yg Allah kehendaki...xkira ryat bawahan, penguasa mahupun golongan ulamak....
Post a Comment