Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Penagih sumpah laknat

April 29, 2011

Suka benar orang-orang yang tidak dikenali sifat agamanya dan dicurigai akhlaknya itu bersumpah. Sumpah bukan menuntut apa-apa beban daripada penuturnya. Seringan lidah yang menutur, demikianlah meluncur kalam-kalam sumpah daripada sesetengah orang. Lebih-lebih lagi, amat ringan jika ia terbit daripada mereka yang tidak menjadikan dosa pahala sebagai andal dalam hidupnya. Sekadar hendak berbicara dengan bunga-bunga bahasa agama dan nada insaf takwa tawadhuk, maka sesungguhnya hal tersebut telah pun dirintis terdahulu oleh kaum munafik di zaman Rasulullah. Seseorang itu dipercayai berdasarkan ketsiqahannya. Tsiqah seseorang itu dipasak di atas latar belakang sebagai orang bertaqwa.

Allah berfirman:
 

وَلاَ تَتَّخِذُواْ أَيْمَانَكُمْ دَخَلاً بَيْنَكُمْ فَتَزِلَّ قَدَمٌ بَعْدَ ثُبُوتِهَا وَتَذُوقُواْ الْسُّوءَ بِمَا صَدَدتُّمْ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَلَكُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِعَهْدِ اللّهِ ثَمَنًا قَلِيلاً إِنَّمَا عِندَ اللّهِ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ


Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kaki (mu) sesudah kokoh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan (di dunia) Karena kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah; dan bagimu azab yang besar. Dan janganlah kamu tukar perjanjianmu dengan Allah dengan harga yang sedikit (murah), Sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui.

Surah An-Nahlu: Ayat 95-95

Sejak bila sumpah laknat menjadi mekanisme pembuktian. Orang-orang jahil sahaja yang suka memanipulasikan sumpah laknat setelah tangannya terkapai-kapai untuk mendapatkan bukti tetapi gagal diperolehi.Bagi yang mencintai agama, janganlah mudah terpesona dengan bahasa indah bicara bukan ahlinya mengenai aspek sumpah syariat. Sumpah syariat tidak pun menuntut masjid sebagai tempat dan tidak pula menjadikan Al-Quran sebagai junjungan.



Renungkan firman Allah SWT sifat sejenis manusia;


وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِن يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُّسَنَّدَةٌ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ


Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. dan jika mereka Berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. mereka Itulah musuh (yang sebenarnya) Maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?


(Surah Al-Munafiqun: Ayat 4)

Menjadi muttabi'

April 25, 2011

Ramai kalangan kita, apabila ditanya mazhabnya, dengan pantas dan spontan akan mengatakan mazhabnya adalah Syafie. Ada semacam kebanggaan pula bagi sesetengah orang untuk mendakwa bahawa dia bermazhab Syafie. Kebanggan ini disokong pula oleh pelbagai cerita mengenai kehebatan imam As-Syafie rahimahullah. Bagi sesetengah yang ta'sub, Imam Syafie adalah yang terhebat di antara semua imam. Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali tidak setanding dengan imam As-Syafie. Apatah lagi kalau imam-imam yang tidak tersenarai dalam 4 mazhab yang masyhur.

Benarkah dia mengikut mazhab Syafie? Hal tersebut sebenarnya amat terbuka kepada persoalan. Kalau mengikut mazhab Syafie, kenapa bayar zakat fitrah guna duit? Kenapa pula ada amalan beli tempahan untuk kain baju? Kenapa pula bersentuh lelaki dan perempuan tidak batal wuduk semasa bertawaf di Baitullah? Semua persoalan ini adalah sebahagian persoalan yang boleh ditanyakan kepada mereka yang amat berbangga mendakwa bahawa dia adalah pengikut As-Syafie.

Sebenarnya, sampai bila kita hendak jadi muqallid. Kalau kita jadi muqallid yang setia boleh juga dibanggakan. Namun, dalam keadaan kita mendakwa sebagai muqallid, kita membelakangi pendapat imam yang kita taqlidkan dalam keadaan-keadaan yang kita sukar mengamalkannya. Padahal, kita bukan bertaqlid kepada imam As- Syafie. Kita hanyalah bertaqlid kepada mufti yang memberi pandangan. Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, kita tanya kepada mufti sama ada mufti yang dilantik kerajaan atau mufti si pemberi fatwa yang ada di pelbagai peringkat yang kita percayai. Apabila mufti itu memberi hukum, hukumnya ringkas dan tidak disertakan dalil dan hujah. Sama ada halal atau haram. Sah atau batal dan sebagainya. Maka kepadanyalah orang yang bertanya bertaqlid. Bukan kepada As- Syafie.

Sebab itu, kita diseru supaya menjadi muttabi'. Muttabi' mengikut dengan ilmu sedangkan muqallid mengikut dengan kejahilan. Sandaran muttabi' adalah dalil yang digunapakai. Imam bagi mutabi' adalah Rasulullah SAW. Sememangnya pun itulah yang dituntut kepada setiap orang Islam. Mengikut selain daripada Rasulullah terdedah kepada kemungkinan untuk disesatkan. Kerana terlalu bertaqlid kepada syeikh maka ramai pengkagum ajaran dan tariqat menempa jalan sesat. Kekaguman kepada syeikh itu menerbitkan taqlid membuta tuli tanpa dipandukan dengan dalil. Tidak ditanya kepada seyeikh apakah dalil yang digunapakai untuk melegitimasikan amalannya. 

Menjadi muttabi' bukannya jalan mudah. Biarpun sukar, kita perlu berusaha menjadi muttabi'. Kalau mampu jadi mujtahid, silakan. Namun menjadi muqallid bukan standard yang layak bagi seorang muslim sejati.