Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Jangan jadikan sunnah Syiah Rafidhah sebagai ikutan.

April 18, 2026

Golongan yang dikenali sebagai Syiah hari ini rata-rata terjerumus ke dalam sikap golongan yang dulunya disebut sebagai Rafidhah. Rafidhah ertinya yang enggan. Engan terhadap apa? Enggan terhadap kepimpinan. Asal mulanya mereka enggan terhadap sikap dan kepimpinan pemimpin mereka sendiri di masa itu iaitu Zaid bin Ali (Assajjad). Kemudian kenggana itu membarah dan dizahirkan kepada keengganan kepada kepimpinan khalifah kaum muslimin bermula daripada Abu Bakar As-Siddiq dan seterusnya. Kecuali terhadap kepimpinan khalifah Ali bin Abu Talib.

Golongan Syiah menjadikan kepimpinan sebagai perkara akidah.  Soal kepimpinan , jika salah pilih,  boleh rosak akidah. Dari situ, Syiah membina kelompoknya dengan mengkultuskan pemimpin pilihan mereka!

Syiah umumnya suka mencela. Hatta, mereka jadikan celaan sebagai ibadah. Mereka anggap perbuatan mencela itu dapat pahala. Bukan sebarang orang yang meeka cela. Sahabat besar Nabi. Abu Bakar As-Siddiq  dan Umar Al-Khattab.Isteri Nabi, Aisyah binti Abu Bakar dan Hafsah bintu Umar Al-Khattab juga dicela dan dilaknat. Disebut-sebut sebagai ahli neraka. Macamlah mereka itu dipastikan ahli syurga. Perangai menerakakan orang, ini perangai Syiah Rafidhah!

Bila sebut perangai Syiah, ia sebenarnya berasal daripada perangai Yahudi dan juga Nasrani. Yahudi terutamanya. Sunan ummat terdahulu yang menajdi ikutan, masuk ke dalam rumah kaum muslimin dan diikuti sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga ke lubang biawak, pintu masuknya adalah gerbang Syiah.

Syiah adalah pintu meresapnya sunnah Yahudi dan Nasara.

Mari kita kita semak, apakah amalan Syiah yang asalnya dari Yahudi dan Nasrani.

Yahudi dan Nasrani kata merekalah ahli syurga. Tak masuk Syurga melainkan kelompok mereka. Syiah pun mendakwa sedemikian. Hatta dengan beraninya menerakakan sahabat nabi. 

Seterusnya Syiah suka melaknat para sahabat. 

Syiah banyak berfikir siang malam tentang imamah( kepimpinan). Ertinya, kuasa jadi pusat tumpuan. Mereka mencipta konsep kepimpinan maksum. Orang yang nak jadi pemimpin mestilah seorang tanpa dosa. Lalu lahirlah negara yang dipimpin para mullah yang mewakili Imam Al-Mahdi. Dalam dunia Kristian pernah ada konsep ini. Ia dipanggil " State Of Theolgy".  Dunia Eropah pernah dibelanggu konsep pemerintah para agamawan gereja selama satu tempoh sehingga dirobohkan oleh Renaissance.

Syiah suka berbohong dan buat cerita. Sebab itu ulama hadis tak ambil riwayat tokoh yang dikenali sebagai Syiah, sebaliknya tokoh Khawarij diambil. Itu kerana orang Khawarij anggap buat dosa, tidak beriman. Masuk neraka. 

Syiah rasa Allah berada di pihak mereka. Apa yang mereka lakukan, sentiasa benar.

Ummat Islam dewasa ini banyak terpedaya dengan Syiah. Mengambil budaya songsang Syiah sebagai amalan. Dari hal-hal berkaitan akidah, ibadah dan bahkan muamalat dan akhlak. 

Banyak perkara yang boleh diuraikan. Ianya berserakan dalam fikiranku. Namun, aku cuma ingin menumpukan satu perangai dominan Syiah iaitu sebagai ahli laknat. Ahli Kecam. Pencela. Fahish!

Syiah paling berahi mencela para pemimpin ummat Islam. Perangai ini banyak berjangkit di serata tempat. Pemimpin Arab dicela dan dihina  keran tidak bersatu melawan Yahudi. Mereka berikan tapak di negara mereka sebagai pangkalan tentera US. Yang mencela dan kononnya membela Palestin itu hanyalah pemndekar keyboard yang kesiangan. Tidak sekutil budi dan jasa pun buat rakyat Palistin berbanding trilionan ringgit yang diberikan para pemimpin Arab kepada rakyat Palestin. 

Berahi mencela pemimpin adalah sunnah Syiah yang ditaburkan dan mempengaruhi ummat Islam yang kononnya Sunni.

Pemimpin negara sendiri juga dicela dan dikecam dengan sehabis perkataan. Kekadang, semua kata kecil dalam kamus perbendaharan kata digunapakai untuk dihamburkan buat pemimpin negara. Ini bukan akhlak Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini ciplakan sunnah Syiah. Ummat kita sedang menirunya. Ia berjangkit dan membarah dan akan membentuk sunnah ikutan yang kental. Selepas berlalu tempoh masa kepimpinan hari ini, kepimpinan baru yang naik akan memikul beban sunnah yang tercipta ini. Pemimpin hari ini dikecam dengan kata nista, pemimpin akan datang juga akan turut dikecam  dengan kata nista. Sunnah telah dibina. Perangai Syiah telah lazat dihirup. Ia menjadi pakaian sendiri.

Syiah anggap yang paling hebat mencela sebagai pencinta agama, pahlawan dan ikon. Ada upaya untuk mengangkat para pencela sebagai ikon dalam masyarakat kita. Ini juga satu ciplakan daripada budaya Syiah. Sedangkan, mereka yang berlidah fahish tidak layak mendapat kemuliaan, apatah lagi seabagi pahlawan.

Allahul Musta'an!