Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Demokrasi yang kufur atau manusia yang kufur?

May 25, 2010

Seruan ke arah menegakkan semula khilafah Islam sebenarnya telah dimulakan oleh Imam As-Syahid Hasan Al-Banna apabila beliau telah menubuhkan jema'ah Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928. Dia telah berjuang dengan penuh gigih, hikmah dan kebijaksanaan sehingga beliau terbunuh pada tahun 1948. Jemaah yang ditubuhkannya terus hidup dan mendominasi gerakan Islam untuk beberapa dekad sehingga munculnya pelbagai gerakan yang mengaplikasikan metod dan pemikiran Hasan Al-Banna sebagai tokoh ulung gerakan Ikhwanul Muslmin.

Di beberapa negara, termasuk di Malaysia, pengaruh Ikhwanul Muslimin menunjangi dalam kebanyakan gerakan Islam.Cuma beberapa perubahan pendekatan berdasarkan waqi' setempat telah diamalkan.


Hizbut Tahrir yang ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Taqiuddin An-Nabhani dan memproklamasikan secara khusus seruan ke arah penegakkan khilafah Islam sebagai penyelesaian kepada semua perkara yang menghantui umat Islam dewasa ini. Hizbut Tahrir mendasari pemikirannya kepada beberapa perkara. Di antara yang paling banyak diperkatakan ialah penolakan terhadap sistem kufur dalam kehidupan ummat Islam. Antaranya ialah sitem demokrasi yang disifatkan sebagai sistem kufur dan haram disertai oleh gerakan Islam. Oleh itu, sebuah gerakan Islam tidak wajar menyertai pilihan raya kerana pilihan raya itu merupakan satu daripada syiar sistem demokrasi yang kufur.

Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ust Abd Hakim Othman beserta beberapa orang anggota pempinan Hizbut Tahrir pusat telah datang ke Sandakan baru-baru ini bagi menyampaikan pembentangan dalam sebuah seminar anjuran Hizbut Tahrir. Secara umumnya, pembentangannya tentang keperluan menegakan sistem khalifah itu dipersetujui oleh semua orang Islam yang cintakan Islam. Ini kerana seruan menegakkan khilafah sudah lama dikumandangkan seawal gerakan ikhwanul muslimin lagi. 

Persoalan yang menimbulkan konflik ialan apabila kita memperkatakan tentang cara menegakkan khilafah tersebut. Di sini Hizbut Tahrir berkontradik dengan gerakan Islam yang lain. Hizbut tahrir menolak pendekatan PAS yang menggunakan jalan demokrasi dengan menyertai pilihanraya.

Aku tidak mahu membahaskan hal ini kerana persoalan ini panjang, berliku dan memang sukar mencari titik temu. Dalam seminar tersebut aku turut hadir bersama beberapa rakan. sefikrah. Setelah mendengar 2 pembentangan, aku sempat melontarkan pertanyaan. Dua pertanyaan yang aku kemukakan kepada pembentang adalah seperti berikut:-

a) Anda mengatakan sistem demokrasi adalah sistem kufur yang tidak boleh disertai. Tetapi anda mengatakan sistem khalifah telah ranap pada tahun 1923 sedangkan sistem kekhalifahan itu  ke tempoh tersebut sebahagian besarnya didirikan di atas sistem pewarisan. Sistem pewarisan bukanlah sebuah sistem Islam. Ia merupakan sistem yang telah diamalkan oleh kerajaan Parsi dan Rom sebelum lahirnya Islam.

Kalau begitu, khalifah-khalifah Islam yang anda sendiri akui keabsahannya sesudah Khulafaur Rasyidun bermula daripada Yazid bin Muawiyah adalah dibina atas sistem kufur yang ditiru daripada kerajaan Parsi dan Rom. Anda menolak demokrasi tetapi menerima sistem pewarisan sedangkan kedua-duanya bukan sistem Islam. Saya bercakap tentang demokrasi dalam pemilihan pemimpin dan bukan demokrasi dalam pembentukan undang-undang. 

Jawapan Hizbut Tahrir: Pembentang mengatakan bahawa sistem pewarisan yang diamalkan oleh khalifah-khalifah Islam itu diikuti dengan 'proses bai'ah' yang menjadikan setiap khalifah itu sah.

Aku pernah menimbulkan satu sudut pemikiran dengan beberapa syabab HT bahawa sistem bai'ah pada zaman sekarang boleh diterjemahkan dalam bentuk baru. Undi yang diberikan rakyat dalam pilihanraya mungkin boleh difikirkan sebagai satu mekanisma bai'ah. Apakah pelantikan yang dibuat oleh YDPA tidak boleh diperkemaskan agar menjadi seperti bai'ah. Bukankah pernah terjadi dalam zaman khalifah Islam yang lalu, pelantikan seorang khalifah pernah dibai'ah oleh seorang ulama sahaja yang dikatakan mewakili ummat. Siapa pula mewakilkan ulama itu untuk membai'ah khalifah itu? Apakah bai'ah itu sah?Mungkin sahaja ulama itu ulama yang ditolak sebahagian ummat Islam yang lain pada zaman itu.

Kita juga tahu bahawa sewaktu Yazid bin Mu'awiyah dilantik menjadi khalifah oleh ayahnya, perlantikannya ditentang oleh ramai sabahat. Kebanyakannya yang tinggal di Madinah dan  Makkah.  Cucunda Rasulullah sendiri membantah. Hassin terbunuh di Karbala dan tak pernah membai'ah Yazid. Demikian  juga Ibn Zubair.  Sampai mati terbunuh mempertahankan kota Makkah, Ibn Zubair tidak membai'ah Yazid. Lalu, mengapa Yazid masih diterima sebagai khalifah pada pandangan Hizbut Tahrir?

Mengikut tanggapanku, penolakan sistem pelantikan pemimpin di bawah sistem demokrasi yang dibawa oleh Hizbut Tahrir mengandung banyak hujjah balas yang tak dapat dijawab dengan hujah konkrit. Kalau kita mengatakan demokrasi itu melibatkan pembuatan undang-undang di parlimen, kita perlulah memilih pemimpin yang bertakwa agar para perangka dasar dan undang-undang di parlimen tunduk kepada undang-undang Allah. 

Bukan sitem demokrasi yang menyebabkan terbitnya undang-undang yang melawan hukum Allah. Ia adalah kerana manusia yang ada di parlimen itu. Jika menggunakan sistem pewarisan dan diperkemaskan dengan bai'ah sekalipun, seorang khalifah itu boleh membuat undang-undang menurut hawa nafsunya. Dia manusia biasa. Dalam banyak keadaan, manusia yang mengawal sistem dan bukan sistem yang mengawal manusia.

Ambil contoh khalifah Harun Ar-Rasyid yang meminta kebenaran Imam Malik untuk menggantungkan kitab Muwatta' di Ka'abah. Jika itu terlaksana, jadilah undang-undang negara bahawa setiap orang perlu bersandarkan sumber hukum sebagaimana imam Malik sahaja. Dengan kata lain, mazhab maliki akan menjadi mazhab yang diperakukan dan mazhab lain tidak dibernarkan. Namun, Imam Malik menolak hasrat khalifah itu.

Kita juga pernah dengar kisah khalifah Al-Makmun dalam zaman Abbasiyyah memaksakan rakyat akidah salah mengatakan Al-Quran adalah makhluk. Ramai ulama dipaksa untuk itu dan ada yang disiksa kerana enggan mengakuinya. Bukanklah Al-Makmun adalah salah satu khalifah yang diakui Hizbut Tahrir. Kenapa boleh dia membuat undang-undang yang bertentangan dengan hukum Allah? Pada zaman tersebut, kemahuan khalifah menjadi undnag-undang tak langsung.

Bagiku, jelas sekali bahawa ia kerana bukan masalah sistem yang melantiknya tetapi masalah manusia yang dilantik.  Jika buruk manusia itu, buruklah yang lahir. Jika baik, baiklah yang lahir.

Bayangkan,  jika melalui sistem pilhanraya dapat ditempatkan manusia-manusia yang takutkan Allah dan mahu mendaulatkan hukum Allah di parlimen, maka akan tertegaklah undang-undang Allah. Sebaliknya jika manusia yang dipilih tidak bertakwa dan memandang rendah hukum Allah, maka bagaimanalah hukum Allah akan tertegak. Masalah pengabaian beberapa aspek hukum Allah pernah berlaku dalam beberapa episod pemerintahan khalifah dan ia kini sedang terjadi di bawah sistem demokrasi.

Aku tidak boleh menerima kaedah memboikot pilihanraya atas alasan ia terbit daripada sitem demokrasi kufur. Ia seperti lari dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Kalau menyertai pilihanraya itu haram, dengan jalan apa hendak menegur para penguasa yang menzalimi rakyat dan meninggalkan hukum Allah? Aku pernah dengar bahawa Hizbut Tahrir menggunakan kaedah meminta nusrah.  Nabi pernah meminta nusrah daripada penduduk Yathrib melalui perjanjian Aqabah pertama dan kedua. Dalam kontek zaman sekarang, nusrah boleh diperolehi daripada negara tertentu. Dalam sebuah negara seperti Malaysia, nusrah mungkin boleh didapat daripada panglima Angkata Tentera Malaysia. Kalau boleh daripada Yang Dipertuan Agung selaku ketua Angkatan Tentera.

Aku katakan Yang Dipertuan Agung di Malaysia tak boleh mengubah sistem yang ada di Malaysia. Sama ada dari segi track recode maupun bidangkuasa. Kalau mahu dapatkan nusrah untuk membongkar sitem jahiliah di Malaysia, mintalah daripada perdana menteri Malaysia. Cubalah kalau dapat. Hantar delegasi jumpa Datuk Sri Najib Tun Razak dan bincang untuk tukar perlembagaan Malaysia kepada perlembagaan Islam. Buang perlembagaan Lord Reid yang kufur dan ganti dengan perlembagaan Islam. Minta tegakkan undang-undang hudud di Malaysia.

Saudara...Allah tidak akan soal kamu di akhirat tetang idelisma kamu. Tentang falsafah-falsafah perjuangan yang meniti dibibir. Tetapi Allah akan tanya kamu tentang apa yang kamu lakukan untuk menegakkan idealisma itu. Tentang bagaimana usaha kamu untuk realisasikan falsafah perjuangan itu. Biar sekecil zarrah, jika diusahakan dengan amal, ia akan bererti di akhirat kelak.

b) Anda menolak jihad kecuali jika ada khalifah yang menitahkannya. Oleh kerana tiada khalifah dewasa ini, maka tiadalah jihad yang boleh digerakkan. Jihad yang dimaksudkan ini adalah jihad peperangan. Justeru, kematian jenis apa yang akan kita lebelkan kepada mereka yang terkorban di Palestin, Mindanau, Afghanistan dan lain-lain tempat di dunia kerana berjuang demi agama? Mereka digerakkan oleh gerakan setempat mereka. Di Palestin oleh Hamas, di Mindanau oleh gerakan MILF dan lain-lain. Di Afghanistan oleh Taliban, Mujahideen dan sebagainya. Mereka tidak melancarkan serangan kepada tentera kafir yang menginjak kehormatan mereka dengan arahan khalifah kerana sememangnya khalifah tiada. Apakah gerakan mereka bukan jihad?

Persaoalan ini dijawab dengan mengatakan bahawa Hizbut Tahrir tidak mengambil jalan jihad bersenjata selagi khalifah tidak tertegak. Lagipun jihad bukan untuk pemimpin Islam. Jihad hanya kepada kelompok kafir harbi. Sementara kumpulan-kumpulan lain yang menggerakan oposisi bersenjata lalu ada yang terkorban, maka mereka itu adalah syahid. Pembentang membahagikan jihad kepada dua iaitu jihad melawan dan jihad mempertahankan diri. Jihad melawan hendaklah dengan arahan khalifah manakala jihad mempertahankan diri boleh dilakukan oleh siapa sahaja yang tertindas.

Satu analogi dikemukakan tentang perjuangan menegakkan khalifah dengan cara yang salah seperti menyertai sistem demokrasi dan sebagainya. Ia dibandingkan dengan perkahwinan yang didahului dengan perbuatan mungkar dan dosa. Seseorang itu berzina lalu setelah itu mereka bertaubat dan berkahwin.Perkahwinannya sah tetapi jalannya menuju perkahwinan itu adalah haram.

Agak lucu dan bersimpang siur jalan fikir yang dikemukakan apabila dinyatakan bahawa seandainya melalui jalan demokrasi PAS dapat memenangi pilihanraya di Malaysia dan semua parti Islam di seluruh dunia dapat memenangi pilihanraya, lalu sistem khalifah dapat ditegakkan hasil kemenangan tersebut, Hizbut Tahrir akan menerima khalifah itu sebagai khalifah yang sah sekalipun jalannya haram.

"Hasilnya diterima tetapi jalannya tak mahu diterima...", seorang teman mengeluh sewaktu kami dalam perjalanan meninggalkan seminar.

Cuma, ketika pemimpin Hizbut Tahrir itu mengatakan, untuk Hizbut Tahrir jalan yang akan ditempuhnya bukan melalaui penyertaan pilihanraya, aku merasa lapang dada. Untuk Hizbut Tahrir...untuk gerakan Islam lain, terpulang kepada pendekatannya.Cuma Hizbut Tahrir menyampaikan nasihat agar membetulkan jalan saudara seperjuangan daripada gerakan yang lain.

Kalau begitu, bagiku kita perlu berlapang dada jalan yang difikirkan betul oleh Hizbut Tahrir. Apa yang mereka fikirkan betul belum tentu betul. Jalan yang dipersalahkan itu juga digariskan oleh pejuangnya bersandarkan hujah. Inilah ijtihad politik. Siapa berijtihad lalu betul, baginya 2 pahala. Siapa yang berijtihad lalu salah, baginya satu pahala. Banyak persoalan ijtihadi dalam pelbagai bidang ilmu Islam kekal neutral , tak dapat dibuktikan salah atau betulnya sehingga hari ini.

Maka, biarlah parti politik Islam yang menyertai pilihanraya menjalani ijtihad politiknya dan jangan katakan ia salah pada perkara yang bersandarkan hujjah. Tentangilah musuh sebenar dan jangan disibukan persoalan ijtihadi yang akan membuang masa dan tenaga sehingga menghilangkan fokos sebenar.

10 comments:

yassir said...

Hasilnya khilafah adalah ibu segala kefarduan yang akan melaksanakan Islam secara keseluruhan. Daulah Khilafah perlu dilaksanakan. Jalan untuk mendirikannya telah ditunjuki oleh Rasulullah saw, nabi kita, rasul kita melalui hadisnya ...khilafah ala minhaj an nubuwwah(mengikut jalan kenabian).

Jadi, mengapakah kita perlu ikut jalan selain itu? Sebagai umat yang mengaku Muhammad adalah Nabi kita... kita ikutlah sunnah perbuatan, perjuanganNya mendirikan Daulah Islam di Madinah. Fikir-fikirkan lah...

Tufail said...

"Hasilnya diterima tetapi jalannya tak mahu diterima...", seorang teman mengeluh sewaktu kami dalam perjalanan meninggalkan seminar.

sememangnya khilafah jika dengan jalan yg salah, wajib diterima. sebab mentaaati khilafah tetap hukumnya wajib. case per case basis, tidak ada yg lucunya

untuk masalah demokrasi
http://adivictoria1924.wordpress.com/2010/03/07/keharaman-dalam-menerapkan-sistem-demokrasi-bukan-masalah-ijtihadiy/

http://adivictoria1924.wordpress.com/2010/04/27/tanggapan-tulisan-terkait-tulisan-islam-dan-demokrasi-di-eramuslim-com/

prospek untuk mendatangkan khilafah bukan di malaysia sahaja tetapi seluruh tanah umat Islam. Sebab itu nusrah bergerak bukan di malaysia sahaja.

ternyata parti yg berbasis Islam seperti di turki(yang dibangga-banggakan sesetengah pihak) tidak mampu menerapkan Islam bahkan terpaksa berkompromi dengan kekufuran. Tidak perlu lihat jauh. lihat di malaysia sahaja.

tanyalah mana-mana pemimpin dunia, mengenai negara yg paling demokratis. mereka akan mengatakan indonesia adalah negara paling demokratis, hatta pengembang demokrasi "uncle sam" sendiri tidak sedemokratis indonesia. tetapi, hakikatnya, indonesia merupakan negara yg cukup rosak dengan pelbagai perkara.
semokrasi yg diklaim sebagai Islami itu sendiri adalah utopia, bahkan menggunakan demokrasi sekarang yg jelas ternyata adalah sistem kufur merupakan "salah kaprah" nya gerakan Islam.

Anda yakin dengan sepenuh hati demokrasi sekarang ini, Islam mampu ditegakkan?

PerenungLangit said...

Pertanyaan anda sama ada saya meyakini demokrasi sebagai jalan menegakkan khilafah...maka saya jawab bahawa saya meyakini bahawa sistem khilafah Islam akan dapat ditegakkan beserta dengan keyakinan saya bahawa Islam akan menang diakhirnya. Mengenai jalannya, sama ada demokrasi, revolusi atau sebagainya...kita tidak dapat menentukannya.

Mereka yang memilih jalan menyertai pilihanraya telah melakukan sesuatu untuk membela Islam.

Saudara...ironinya..kenapa begitu sengit HT menentang demokrasi di negara-negara demnokrasi. Bukan sahaja demokrasi sistem kufur. Mengapa tidak menyerang sistem pewarisan tahta yang diamalkan di kebanyakan negara Arab? Mengapa gerakan HT mula rancak semasa demokrasi mula berbunga di Turkidan parti berhaluan Islam memang di sana. Mengapa HT tidak berkembang di Arab Saudi, Jordan dan semua negara Islam yang mengamalkan monarki?

Sesungguhnya, dalam demokrasi yang dikatakan kufur, ada rahmat buat gerakan Islam. Islam boleh memanfaatkannya utuk dakwah dan kerja-kerja politik.

Masuk bertanding pilihanraya adalah satu cara memanfatkannya.

Bayangkan...apa akan jadi kalau tiada parti Islam masuk bertanding pilihanraya. Kerajaan buas danzalim akan terus berkuasa dan menindas rakyat tanpa takut dikalahkan. Anda lihat hari ini, betapa kerajaan UMNO-BN berusaha untuk memenangi hati rakyat dan berhati-hati memerintah. Siapa yang memaksa mereka untuk turun melihat rakyat di sana sini?

Pembangkang...kewujudan pembakang mengancam dan mengingatkan mereka.

Jika gerakan Islam mengambil pendekatan anda...memboikot pilihanraya...apakah anda yakin bahawa penguasa itu akan memansuhkan pilihanraya?

Dan anda hanya berkata....kita akan mencari nusrah...nusrah...

Masuk bertanding pilihanraya adalah cara mendapatkan nusrah.

Laskar politik adalah berubah mengikut zaman. Para ulama yang berfikiran tajam akan mencerna manhaj berdasarkan perubahan itu.

Anonymous said...

ketika saya mengikuti seminar yang di anjurkan oleh HTM di sandakan. saya setuju dengan cara untuk menegakkan kembali DAULAH KHILAFAH iaitu dengan THORIQAH RASULULLAH S.A.W.

jika kita perhatikan dengan lebih teliti. Khilafah al Rashidun adalah yang ter baik dan selepas itu Khilafah mulkan aldhon muncul. dan bagi pengamatan saya. pada zaman Khilafah umayyah,abasiyah dan uthmaniyah adalah sistem khilafah juga. walaupun pemerintah menurunkan melalui pewarisnya tetapi masi ada bai'at yang sah dan sistemnya adalah yang islami.

Apa yang saya nampak dari per bincangan.ada yang mendefinisikan DEMOKRASI ini adalah pilihan raya (memilih calon Penguasa dengan jalan mengundi).Sebenarnya pilihan raya dalam islam adalah MUBAH.DEMOKRASI itu pula adalah satu sistem pemerintahan jadi kita kena asing kan.Mana memilih calon dan mana sistem.

Kadang kadang kita rasa pendapat kita itu betul.... adakah Demokrasi itu hasil IJTIHAD, bagi pendapat saya DEMOKRASI bukanlah hasil ijtihad sedangkan DEMOKRASI adalah sistem Perlembagaan yang lahir dari peradaban (HADHARAH) KUFUR. sedangkan apa yang saya tahu hasil Ijtihad dalam Islam mestilah di gali dari sumber quran Dan Sunnah.

Sekarang kita yakin bahawa sistem islam itu sudah sempurna..... Dan di sini ada sistem Demokrasi, sempurna kah atau tidak.

Jika saya mengatakan saya inginkan sistem demokrasi, mungkin ada umat islam mengatakan ada baik dan ada buruk kan.
jika saya mengatakan saya mahu terapkan sistem Islam, pasti 100 peratus umat islam setujuh dan NA'UZUBILLAH JIKA ADA YANG BERANI KATA ADA BURUK.

Dan apa Yang ingin saya kongsi bersama, untuk mendirikan DAULAH KHILAFAH perlu dengan jalan IJTIHADIY yang di gali dari sumber umat islam yakni Quran dan sunnah Rasul. Dan bukan dengan Sunnah orang yunani DEMOKRASI.

KERNA NABI SUDAH MENGKHABAR KAN PADA UMATNYA KHILAFAH INI AKAN BERDIRI LAGI ATAS JALAN KENABIAN.

Tufail said...

"mengenai jalannya, sama ada demokrasi, revolusi atau sebagainya...kita tidak dapat menentukannya. "

saya pula akan mengatakan: saya meyakini thariqah Rasulullah akan berjaya.

Adakah benar HT tidak mengkritik sistem monarki?
sila rujuk buku ajhizah daulah alkhilafah.

kenapa demokrasi nampak dominan dalam kritikan HT? pada pandangan saya yang bukan ahli HT pun, dan pandangan orang awam juga boleh didapati jawapannya: kerana demokrasilah merupakan sistem yg banyak diterapkan, didakwahkan oleh paman sam serta majoriti negara dan disebarluaskan dan menjadi alasan setiap tindak tanduk. bahkan demokrasi tidak pernah terpisah dengan sekular kapitalis.

"Mereka yang memilih jalan menyertai pilihanraya telah melakukan sesuatu untuk membela Islam."

baik, mengenai pilihanraya, sila search pendapat HT di mykhilafah.com, kerana daripada ayat ini saya nampak ada sesuatu yg kurang jelas.

"Mengapa gerakan HT mula rancak semasa demokrasi mula berbunga di Turkidan parti berhaluan Islam memang di sana. Mengapa HT tidak berkembang di Arab Saudi, Jordan dan semua negara Islam yang mengamalkan monarki?"

kenapa HT rancak di negara demokrasi ini dijadikan dalil betapa "halal"nya demokrasi?
sekali lagi saya katakan, negara paling demokratis saat ini adlah indonesia. namun hakikatnya negara ini sangat ambruk. gerakan Islam bergerak sama rancaknya dengan gerakan liberal dan sekular atas nama demokrasi dan hak asasi.

jika saudra yang mulia memberikan hujah bahawa HT dan gerakan Islam menjadi lebih rancak ketika demokrasi menjadi subur, ya, gerakan yang berlawanan dengan Islam juga semakin rancak dan subur. kesan demokrasi juga.

"Jika gerakan Islam mengambil pendekatan anda...memboikot pilihanraya...apakah anda yakin bahawa penguasa itu akan memansuhkan pilihanraya?"

sekali lagi, sila search mengenai pandangan HT mengenai pilihan raya di mykhilafah.com.

"Sesungguhnya, dalam demokrasi yang dikatakan kufur, ada rahmat buat gerakan Islam. Islam boleh memanfaatkannya utuk dakwah dan kerja-kerja politik. "

saya juga mengatakan, dalam keadaan ditindas dipenjara dengan penyiksaan dan pembunuhan, ada rahmat buat para aktivis gerakan Islam dan dakwah, tetapi tidak menghalalkan penindasan dan kekejaman tersebut.

"Dan anda hanya berkata....kita akan mencari nusrah...nusrah...

Masuk bertanding pilihanraya adalah cara mendapatkan nusrah.

Laskar politik adalah berubah mengikut zaman. Para ulama yang berfikiran tajam akan mencerna manhaj berdasarkan perubahan itu."

dan ternyata "nusrah" itu utopia kerana gerakan Islam tidak meletakkan calon yang cukup bahkan jauh dari cukup dan terpaksa berkompromi dengan parti kufur dan parti sekular.

manhaj diambil dari dalil dan zaman dicerna untuk selari dengan dalil.para ulama yang berfikiran tajam akan mampu melihat perlunya zaman mengikut dalil, bukan manhaj mengikut perubahan zaman.

saya tercari2 setiap pembahasan di parlimen diulas berdasarkan Islam namun kecewa kerana cuma perkara tertentu sahaja (saya mengeneralisasi "keislaman" pembahasan apabila dibahas dengan menyentuh walau sedikit aspek keislaman). Yang lain, macam biasa, berdasarkan manfaat dan mudharat semata-mata.demokrasi bukan sekadar pilihan raya.pilihan raya adalah uslub sahaja. tetapi demokrasi adalah lebih daripada itu. tanyalah para penggagas demokrasi. daripada zaman yunani kuno, zaman pertengahan eropah, zamannnya Adam smith ataupun zamannya kini.

saya letakkan semula link ini untuk akhi ustaz kama yang dimuliakan Allah.

http://adivictoria1924.wordpress.com/2010/03/07/keharaman-dalam-menerapkan-sistem-demokrasi-bukan-masalah-ijtihadiy/

http://adivictoria1924.wordpress.com/2010/04/27/tanggapan-tulisan-terkait-tulisan-islam-dan-demokrasi-di-eramuslim-com/

yassir said...

Seruan Hizbut Tahrir kepada umat

Videos and Photographs of Khilafah Conference 2010

http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/07/videos-and-photographs-of-khilafah.html

Anonymous said...

.demokrasi itu bukan syura dan syura itu bukan demokrasi..kedua2nya sama,mereka memilih pemimpin...tapi satu sistem meletakkan Allah sbg hak pemerintahan tertinggi manakala sistem lagi satu meletakkan manusia sebagai hak pemerintahan tertinggi...yg satu tu islam dan yg lagi satu tu syirik...mana boleh ada sesiapa memegang hak pemerintahan tertinggi melainkan Allah...ini isu tauhid yg menentukan sama ada kita mati sbg seorg islam atau seorg kafir...

zane said...

Well said anon 26/1/11. Inilah pokoknya yg p2nulis blog tidak memahaminya. Sistem demokrsi mendaulatkan suara majoriti manusia yakni makhluk manakala sist33m khilagah mendaulatkan perintah allah dlm berumdang2 dan berperaturan. Selama 1300 tahun pemerintahan khilafah memang ada khalifah yang berbuat onar tetapi kejahatan mereka tidak sampai merampas hak allah dlm berundang2. Mereka mungkin berzina atau kinum arak tetapi mereka tidak menukar hukum negara dr rujukan al quran dan hadis. Pemimpin sebegini masih wajib ditaati sebab menentangnya akan menyebabkn kerosakan lebih besar lagi ke atas umat. Namun jika pemimpin yakni khilafah itu menukar hukum alah dgn hukum makhluk, tiada kompromi lagi melainkan menentangnya sedaya upaya kamu! Dlm soal demokrasi jgn masuk sistem yg merampas hak allah, termasuklah jgn gatal2 tangan mengundi!

zane said...

Well said anon 26/1/11. Inilah pokoknya yg p2nulis blog tidak memahaminya. Sistem demokrsi mendaulatkan suara majoriti manusia yakni makhluk manakala sist33m khilagah mendaulatkan perintah allah dlm berumdang2 dan berperaturan. Selama 1300 tahun pemerintahan khilafah memang ada khalifah yang berbuat onar tetapi kejahatan mereka tidak sampai merampas hak allah dlm berundang2. Mereka mungkin berzina atau kinum arak tetapi mereka tidak menukar hukum negara dr rujukan al quran dan hadis. Pemimpin sebegini masih wajib ditaati sebab menentangnya akan menyebabkn kerosakan lebih besar lagi ke atas umat. Namun jika pemimpin yakni khilafah itu menukar hukum alah dgn hukum makhluk, tiada kompromi lagi melainkan menentangnya sedaya upaya kamu! Dlm soal demokrasi jgn masuk sistem yg merampas hak allah, termasuklah jgn gatal2 tangan mengundi!

Aisyah M.Yusuf said...

demokrasi itu bukan syura dan syura itu bukan demokrasi..kedua2nya sama,mereka memilih pemimpin...tapi satu sistem meletakkan Allah sbg hak pemerintahan tertinggi manakala sistem lagi satu meletakkan manusia sebagai hak pemerintahan tertinggi.
Dalam demokrasi orang-orang kafirpun ikut serta duduk dalam majelis perwakilan,ikut membuat Undang-Undang bahkan tanpa persetujuan mereka ayat-ayat Allah tak bisa berlaku di negara demokrasi, mereka yang duduk diparlemen lebih kuasa dari pada Tuhan mana-mana hukum yang mesti berlaku dinegara demokrasi.

Post a Comment