Malaysia akan  bankrap pada tahun 2019 jika subsidi minyak tidak dihentikan.Demikianlah  apa yang disebutkan oleh Idris Jalla. YB Datuk Hj Mahfuz Omar  menyebutkan dalam sebuah ceramah umumnya di Tawau semalam. Menurutnya,  kebankrupan itu adalah disebutkan kerajaan Malaysia kehilangan upaya  untuk membayar hutang disebabkan kekurangan sumber pendapatan disamping  kegagalan pengurusan ekonomi oleh para pemimpin. 
Kesilapan-kesilapan yang dilakukan  oleh para pemimpin terpaksa ditanggung oleh rakyat. Ketika Perdana  Menteri terdahulu menandatangani surat penyerahan telaga minyak Blog L  dan Blok M kepada kerajaan Brunei, Malaysia kehilangan sumber pendapatan  yang dijangkakan sebanyak RM320 bilion setahun. Brunei, sebuah negara kaya  diberikan secara percuma kawasan telaga minyak yang didakwa sebagai  mempunyai masalah pertindihan hal milik. Kononnya, penyerahan  tersebut adalah sebagai tukaganti kesediaan Brunei untuk menggugurkan tuntutannya  terhadap Limbang. Namun, Brunei kemudiannya menafikan bahawa ia  memasukkan persetujuan menggugurkan tuntutan ke atas limbang dalam  perjanjian penyerahan 2 blog telaga minyak itu.
Audit Negara mengesahkan  pada tahun-tahun sebelum ini bahawa kerajaan mengalami ketirisan dalam  jumlah yang besar dalam projek-projek kerajaan. Ini, sebahagiannya  berpunca daripada pemberian projek kerajaan secara tender tertutup  kepada syarikat pilihan yang hanya mahu mengautkan keuntungan.
Semua ini menyebabkan kerajaan  mengalami kehilangan banyak wang dan kini menjadi lemah daya bayar  hutangnya sehingga dianggarkan akan bankrap pada tahun 2019.
Kebobrokan pengurusan ekonomi negara  yang dilakukan pihak lain akhirnya akan dibebankan ke atas bahu rakyat.  Harga minyak dijangka akan dinaikan 15 sen seliter dan disel sebanyak  10 sen seliter. Menjadi pengetahuan umum bahawa kenaikan harga minyak  akan menyebabkan kenaikan hampir semua barang keperluan lain.
"Atas semangat patriotik,saya setuju  subsidi minyak diberhentikan tetapi dengan satu syarat. Mereka yang  bertanggunjawab menjadikan negara terperangkap dalam kancah kebankrapan  hendaklah dihukum. Mereka tidak layak dibenarkan memerintah. Siapa boleh  menjamin bahawa subsidi yang ditarikbalik daripada rakyat itu akan  digunakan buat menyelamat negara daripada bankrap?", YB Mahfuz  menegaskan disusuli dengan laungan takbir para hadirin.
Subsidi minyak adalah hak rakyat. Ia perlu diberikan kepada rakyat. Menarik subsidi minyak adalah mencabul hak rakyat. Cari cara lain untuk menyelamatkan negara sebelum merampas hak rakyat. Rakyat tidak wajar dibebankan dosa yang disengajakan oleh para lintah-lintah yang menghisap kekayaan negara. Kalau sudah tidak mampu menyelesaikan, biar rakyat yang selesaikan. 
 
 

%20-%20Google%20Chrome.png)






































































%20to%20Inch%20-%20Google%20Chrome.png )

 


























































0 comments:
Post a Comment