Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Kunjungan Perpisahan

August 11, 2008

Pada hari sabtu, tanggal 9 Ogos 2008, buat kesekian kalinya aku mengunjungi Kampung Tanjong Batu Darat. Aku menyusur jalan mengimbau jalan ke suraunya yang pernah menjadi medan perhimpunanku bersama anak-anak kampung Tanjong Batu Darat. Semua ini...akan menjadi memori. Aku menyimpan dalam hati rasa sayang meninggalkan Kampong Tanjong Batu Darat.Perjalanan hidup seperti sungai yang mengalir...


Warga kampong, terutama keluarga Pak Loman, isterinya Makcik Hasnah dan anak-anaknya, khususnya Rami, adalah antara warga Tanjong Batu yang muqarrabin denganku. Semoga Allah memberikan mereka hidayah dan thabat dalam agama.

Ma'assalamah ya...ardhal matruk...waya...qaryatal mahjurah...
مع السلامة يا أرض المتروك ويا قرية المهجورة

CERAMAH ISRAK MIKRAJ-SMK SANDAKAN

August 10, 2008

Kelmarin, jam 8.30 pagi, saya dijemput menyampaikan ceramah di SMK Sandakan. Ceramah sempena Israk dan Mikraj kepada para pelajar dan sebahagian guru muslim. Hadir bersama ialah pengetua SMK Sandakan, En. Murukesu A/L M. Margapandu. Pengetua SMK Sandakan tersebut, dalam ucapan aluannya menyatakan peristiwa Israk dan Mikraj adalah peristiwa ajaib yang benar-benar berlaku kepada nabi Muhammad.
Ucapannya sungguh mengharukan. Dalam keadaan segelintir umat Islam meragui Israk dan Mikraj, seorang non-muslim mempercayainya. Sesungguhnya peristiwa Israk dan Mikraj yang mustahil pada akal manusia di zaman Rasulullah telah menjadi logik pada zaman sains dan teknologi ini.
Untuk meyakini Israk dan Mikraj, tidak lagi perlukan iman semata-mata, malah boleh diperakui oleh akal logik!
Subhanallah...subhanallah...subhanallah...

Khutbah Jumaat hari ini-Hargai Umur

August 8, 2008

Aku menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sri Taman. Khutbah hari ini memperkatakan mengenai peri pentingnya menghargai umur yang dikurniakan Allah.
Sila Rujuk: Khutbahku

Sk. Sibugal Besar-Aku melapor diri

Hari ini aku hadir ke Sk. Sibugal Besar melaporkan diri. Melalui jalan Sungai Batang dan masuk satu jalan grabble depan masjid Sungai Batang, akhirnya aku tiba di Sk. Sibugal Besar. Ia sebuah sekolah dalam perkampungan. Kedudukan sekolah tidak jauh daru tempat tinggalku, kira-kira 15 minit perjalanan berkereta.
Aku bertemu guru besar, Cikgu Zulkifli Harun dan berkenalan dengan beberapa guru. Ustaz Sidqi Daniel adalah ketua panitia pendidikan Islam di sana.
Hari-hari depan, mungkin beberapa tahun...aku akan berkhidmat di Sk. Sibugal Besar.

Selamat Tinggal Sk. Tanjong Batu

August 7, 2008

Hari ini, hari terakhir aku di Sk. Tanjong Batu. Aku akan berpindah ke sebuah sekolah baru iaitu Sk. Sibugal Besar. Kenangan di Tanjong Batu selama 5 tahun terlalu banyak untuk diabadikan di sini. Kebanyakannya tidak tertulis dan hanya menjadi monolog yang tenggelam timbul dalam hati.

Biarlah...
Kenangan hampir lima tahun di Sk. Tanjong Batu adalah asam garam yang melengkapkan ramuan sebuah pengalaman hidup. Pahit atau manis, ia adalah kenangan berharga buat renungan di masa hadapan. Setiap langkah derap yang telah ditempuhi...tiada sesal dan kecewa. Aku telah mengembara sejauh ini, telah banyak singgah bermastautin di rantau orang dengan pelbagai kisah, cinta, persahabatan, sengketa, dakwah dan dugaan...dan sebagainya. Ini cumalah lanjutan kisah-kisah yang telah sedia terakam dalam memori tersurat.

Allah Swt telah menamatkan khidmat saya di Tanjong Batu. Allah ingin hantar saya di tempat yang lain. Keberadaanku di Tanjong Batu tidak lagi menguntungkan dakwah yang menjadi sebab kenapa saya dihantar ke Tanjong Batu.
Dua tahun yang produktif cuma menjadi kenangan yang tidak bisa diulangi. Dua tahun yang terumbang-ambing sudah membuatkan saya hampir karam lemas. Syukur kepadamu ya Allah...kerana selamatkan daku!
Malam-malam sunyi di Tanjong Batu telah menjadi memori berlumut yang tak bisa diulangi. Laungan sayu azan shahdu muridku di malam Ramadhan di tepian tangki air depan rumah guru di Tanjong Batu kini sebuah kenangan yang mengharukan. Suara riuh rendah takbir, tahmid dan tasbih taraweh di surau Tanjong Batu akan kuingat sebagai tungul kenangan indah bersama murid-murid. Murid perempuan bertudung manis dan murid lelaki berkopiah tawadhuk...mengaji alif ba ta di waktu petang...tinggal kenangan...
Selamat tinggal warga Tanjong Batu yang tergolong kalangan muqarrabin denganku.
Selamat tinggal Fazle yang pernah membawa saya merentas laut ke Jampiras, Pulau Baik dan hingga Mumiang. Selamat tinggal keluarga Pak Loman yang pernah mengundangku merasmikan majlis menurunkan kapalnya ke laut. Selamat tinggal Pak Mail yang menghadiahkan aku buaian jala dan pernah memintaku membuat papan tanda nama surau Tanjong Batu Darat yang hingga akhirnya aku tak dapat melaksanakannya. Maafkan aku. Selamat tinggal Amran yang beberapa malam rajin berguru denganku tantang Al-quran. Selamat tinggal anak-anak lelaki Syarif Osman, Herman dan Sulaiman yang menguruskan kapal penambang Sinar Suria.
Selamat tinggal...Selamat tinggal...banyak sekali nama-nama warga Tanjong Batu yang aku tinggalkan tanpa luka dan menjadi kenangan hayat yang tak terlupakan.

Guru-guru Sk. Tanjong Batu, mereka menjadi teman yang amat memahami.
Guru Besar yang begitu memahami para guru. Cikgu Martin yang lama kukenal sewaktu dia masih sendirian termenung di tangga rumah guru di kelilingi pemuda-pemuda pulau sambil menghitung jenuhnya bintang di langit malam gelap Tanjong Batu. Cikgu Andi dan Norzarina suami isteri yang setia mendiami Tanjong Batu sejak zaman bujangan. Ustaz Azman yang cool dan lambat disambar emosi. Iruan yang banyak gurau senda dan jenaka. Hatimah yang petah bercerita dengan pelbagai intonasi dan lemah lembut dalam bicara. Sadina dan Jumaidah dua sahabat yang sering dilihat bersama, jegilan mereka kutafsirkan gurauan cuma. Darwis dan persidangan parlimen balkoni bersamaku dengan secawan cappucino atau tungkat Ali. Cikgu Azarie yang sering berkacamata hitam di bawah panas mentari. Ellyrona yang manja dan lembut. Guru-guru baru....Bahari, Fazly, Sarmini, Adibah, Suharti dan Fitriana...
Selamat tinggal semuanya...Ilalliqa...

abgkama
Lot 268 Taman Fajar
10.42 pm
07 Ogos 2008




Arab boleh buat...tapi..

August 6, 2008

Seorang sahabatku yang pernah belajar dan tinggal di negara Arab menceritakan...


"Orang Arab memandu memang luar biasa. Mereka mampu bertenang dalam suasana panik ketika memandu...",dia menceritakan.

Katanya, pernah satu kali dia memandu kereta di belakang sebuah kereta yang dipandu oleh orang Arab. Tiba-tiba kereta yang dipandu Arab tersebut tertanggal tayarnya ketika sedang bergerak. Arab tersebut memberhentikan keretanya yang kehilangan satu tayar itu dan berdiri menyaksikan tayar keretanya yang meluncur ke depan sambil bercekak pingang seolah-olah tiada apa-apa yang luar biasa. Bila tayar itu berhenti berpusing, dia pegi mengambilnya dan pasang kembali dan memandu semula. Arab memang berani. Gambar ini cukup membuatkan anda kita terkesima. Aksi luar biasa ini belum pernah kita saksikan di Malaysia atau negara barat sekalipun!

Tapi...mengapa Arab kalah?
abgkama
Lot 268, Taman Fajar
9.35 pm
6 Ogos 2008

Nasihat ibu ikan kepada anak-anaknya

August 4, 2008

Kuliah untuk sekumpulan muslimat yang berqiamullail pada malam itu disampaikan oleh seorang sahabat dalam jemaah iaitu ustaz Mohd Shahran . Beliau membawakan satu kisah perbandingan yang cukup menarik tentang hidup di dunia ini. Katanya perutusan nabi Muhammad saw kepada manusia memberi peringatan tentang akhirat umpama kisah seekor ibu ikan bersama anak-anaknya. Al-kisah, pada satu hari, seekor ibu ikan berenang-renang di tepian batu bersama beberapa ekor anaknya. Tibu-tiba mereka ternampak makanan yang enak tersangkut di mata pancing. Ibu ikan yang terlah tahu bahayanya mata pancing kepada golongan ikan, lalu member nasihat dan peringatan kepada anak-anaknya itu.
“Wahai anakku…walaupun kalian nampak makanan ini enak, tetapi ia adalah umpan yang merbahaya. Jika kita makan umpan ini, mulut kita akan tersangkut pada mata pancing dan kita akan direnggut keluar dari air oleh sejenis makhluk bernama manusia. Mereka akan membelah perut kita dan mengeluarkan isi perut kita….”, ibu ikan menceritakan kepada anak-anaknya yang duduk berceretek di sekelilingnya. Anak-anak ikan mendengar dengan khusyuk nasihat dan peringatan ibu mereka.

“Lalu, makhluk manusia itu akan melumuri kita dengan garam, dan dimasukkan kita ke dalam kuali yang berisi minyak panas. Kita dimasak dan kemudia dimakan. Tulang-tulang kita akan dimakan oleh kucing dan dcebisannya diangkut oleh semut…alangkah ngerinya akibat makan umpan ini wahai anak-anakku…”, lanjut sang ibu ikan

Anak-anak ikan mendengar dan memahami amaran ibu mereka. Namun ada seekor anak ikan yang paling kecil. Ia degil dan suka melawan cakap ibunya.

“Omongan kosong!”, anak ikan itu memintas cerita ibunya.”mana ada makhluk bernama manusia itu. Kalau ada tentu kita telah lihat. Tidak ada belah perut dan lumur garam, tiada juga kucing yang memakan tulang kita….”, si anak ikan yang degil tidak percaya cerita ibunya.

Tanpa mempedulikan nasihat ibunya dan ingatan abg dan kakaknya yang lain, si adik pun terus menyambar umpan tersebut dan akhirnya, mulutnya pun tersangkut di mata pancing. Tubuhnya pun direnggut keluar dari air dan berlakulah atasnya apa yang telah diceritakan ibunya.
“Demikianlah Nabi Muhammad ibarat ibu ikan yang menasihati anak-anaknya tadi. Nabi memberikan peringatan tentang balasan siksa neraka bagi yang melanggar perintah Allah, namun…manusia degil tidak menghiraukan nasihat dan amaran nabi…mereka melanggarnya…lalu mereka akan menemui nasib seumpama anak ikan tersebut….”, ust Mohd Shahran menyimpulkan kisahnya pada malam itu.

Itulah cerita yang menarik untuk kita renungkan bersama. Mudahan kita tidak akan menjadi sebodoh anak iakan yang degil itu.

Abgkama
Lot 268, Taman Fajar.
4 August 2008
4:50 PM

GURINDAM UNTUK ANAK

August 3, 2008



Wahai anakku permata jiwa
Dengarlah ini satu cerita
Ada nasihat hidup di dunia
Ambillah ingatan sepanjang masa

Ingatlah kisah Adam dan Hawa
Itulah asal mulanya kita
Merekalah manusia pertama dicipta
Dicipta oleh Tuhan yang berkuasa

Dari tanah Adam dicipta
Itulah asal usul manusia
Disuruh malaikat suiud semua
Iblis pula menunjuk derhaka

Kepada Adam amatlah dengki
Dia merasa hebat sekali
Amatlah sombong meninggi diri
Sujudkan Adam tidak sekali-kali

Murkalah Allah Tuhan pencipta
Iblis yang engkar lalu dicela
Dari syurga dihalau segera
Mulalah dia mengatur tipu dan daya

Adam dan Hawa di dalam Syurga
Setiap masa berseronak suka
Segala kehendak di depan mata
Kecuali satu perlu waspada

Dalam syurga sepohon kayu
Adam dilarang mendekat ke situ
Iblis mencari peluang menipu
Agar Adam tersalah laku

Setelah berlalu beberapa masa
Iblis pun dapat peluang berharga
Adam dan Hawa lalu terpedaya
Buah larangan dimakan mereka

Adam dan Hawa menyesal sekali
Namun sesal tak guna lagi
Mereka berdua dihalau ke bumi
Di sanalah mereka akan menghuni

Hidup yang senang tiadalah sudah
Sehari-hari penat dan susah
Tinggal di bumi bukanlah mudah
Jika dibanding dengan syurga Allah

Bermulalah sejarah manusia di bumi
Zuriat Adam bersilih ganti
Lahirlah Qabil dan Habil permata hati
Iblis laknatullah sentiasa memerhati

Qabil digoda lalu ditipu
Diikutnya hati yang penuh cemburu
Dibunuh adik tanpa segan dan silu
Jadilah Qabil sesal sepanjang waktu

Manusia kekal dalam iman
Sehingga menjelang beberapa zaman
Zaman nabi Nuh hilanglah panduan
Patung berhala Dijadikan Tuhan

Nuh dihantar sebagai utusan
Kepada kaumnya memberi peringatan
Agar kembali bertauhidkan Tuhan
Perbuatan syirik hendaklah dijauhkan

Nuh berdakwah gigih sekali
Kaumnya diajak setiap hari
Agar kembali menyembah Allahu Rabbi
Tiadalah letih biarpun tahun berganti

Nuh berdakwah cukup lama
Hampir seribu tahun tak putus asa
Cuma 80 orang pengikut setia
Nuh pun sedar tibanya masa

Hujan lebat Nuh pohonkan
Agar banjir serata alam
kaum derhaka biar ditenggelamkan
barulah sejahtera zuriat insane

Doa Nuh dikabulkan ilahi
Banjir tenggelah seluruh negeri
Mati lemas anak sendiri
Ajakan bapa tidak mahu diikuti

Setelah kering air bah
Tinggallah manusia berimankan Allah
Tiadalah lagi berhala disembah
Tapi tak lama iman pun goyah

Manusia kembali diperdaya syaitan
Agama Tuhan lalu disia-siakan
Rosakalah akidah perangai dan kelakuan
Banyaklah dosa menjadi mainan

Nabi dan rasul dihantar Allah
Kepada manusia tugasnya berdakwah
Hanya Allah berhak disembah
Mungkar dan dosa jangan diredah

Allah utuskan nabi Idris dan Hud
Allah juga utuskan nabi Soleh dan Lut
Kepada kaum mereka bernama ‘Add dan tsamud
Yang bertuhankan pelbagai Taghut

Allah hantarkan Ibrahim kepada Namrud
Allah utuskan Ismail, Ishak dan juga Yaakob
Nabi Yusof , Syu’aib dan juga Ayob
Musa , Harun, Zulkifli dan juga Daud

Sulaiman, ilyas , ilyasak, yunus, zakaria
Yahya , Isa semuanya rasul belaka
Nabi Muhammad penutup mereka
Membawa Islam lengkap dan sempurna

Agama kita agama Islam
Berpeganglah kukuh janganlah waham
Hendaklah percaya penuh iman
Tiada goyah walau diancam

Dunia ini penuh godaan
Pujuk rayu dari syaitan
Hendaklah ingat jangan lalaikan
Berpegang teguh agama Tuhan

Hidup di dunia tidaklah lama
Kita ini laksana pengembara
Sampai masa ajal pun tiba
Tinggallah dunia segala isinya

Janganlah lupa cari bekalan
Amal soleh sentiasa tingkatkan
Dalam kubur kelak keseorangan
Tiadalah siapa hendak berteman

Telah ramai manusia tersungkur
Digoda syaitan iman hancur
Menanggung sesal di dalam kubur
Apakan daya nasi dan jadi bubur

Syaitan itu musuh kita
Amatnya terang lagi nyata
Dalam firman dan juga sabda
Telah dinyatakan dengan tegasnya

Sejak Adam datuk kita
Disingkir dari syurga loka
angkara syaitan musuh durjana
kita sentiasa berusaha kembali ke sana

Abgkama

Sekian
08 Julai 2008
Tmn fajar