Hari ini, hari terakhir aku di Sk. Tanjong Batu. Aku akan berpindah ke sebuah sekolah baru iaitu Sk. Sibugal Besar. Kenangan di Tanjong Batu selama 5 tahun terlalu banyak untuk diabadikan di sini. Kebanyakannya tidak tertulis dan hanya menjadi monolog yang tenggelam timbul dalam hati.
Biarlah...
Kenangan hampir lima tahun di Sk. Tanjong Batu adalah asam garam yang melengkapkan ramuan sebuah pengalaman hidup. Pahit atau manis, ia adalah kenangan berharga buat renungan di masa hadapan. Setiap langkah derap yang telah ditempuhi...tiada sesal dan kecewa. Aku telah mengembara sejauh ini, telah banyak singgah bermastautin di rantau orang dengan pelbagai kisah, cinta, persahabatan, sengketa, dakwah dan dugaan...dan sebagainya. Ini cumalah lanjutan kisah-kisah yang telah sedia terakam dalam memori tersurat.

Allah Swt telah menamatkan khidmat saya di Tanjong Batu. Allah ingin hantar saya di tempat yang lain. Keberadaanku di Tanjong Batu tidak lagi menguntungkan dakwah yang menjadi sebab kenapa saya dihantar ke Tanjong Batu.
Dua tahun yang produktif cuma menjadi kenangan yang tidak bisa diulangi. Dua tahun yang terumbang-ambing sudah membuatkan saya hampir karam lemas. Syukur kepadamu ya Allah...kerana selamatkan daku!
Dua tahun yang produktif cuma menjadi kenangan yang tidak bisa diulangi. Dua tahun yang terumbang-ambing sudah membuatkan saya hampir karam lemas. Syukur kepadamu ya Allah...kerana selamatkan daku!
Malam-malam sunyi di Tanjong Batu telah menjadi memori berlumut yang tak bisa diulangi. Laungan sayu azan shahdu muridku di malam Ramadhan di tepian tangki air depan rumah guru di Tanjong Batu kini sebuah kenangan yang mengharukan. Suara riuh rendah takbir, tahmid dan tasbih taraweh di surau Tanjong Batu akan kuingat sebagai tungul kenangan indah bersama murid-murid. Murid perempuan bertudung manis dan murid lelaki berkopiah tawadhuk...mengaji alif ba ta di waktu petang...tinggal kenangan...
Selamat tinggal warga Tanjong Batu yang tergolong kalangan muqarrabin denganku.
Selamat tinggal Fazle yang pernah membawa saya merentas laut ke Jampiras, Pulau Baik dan hingga Mumiang. Selamat tinggal keluarga Pak Loman yang pernah mengundangku merasmikan majlis menurunkan kapalnya ke laut. Selamat tinggal Pak Mail yang menghadiahkan aku buaian jala dan pernah memintaku membuat papan tanda nama surau Tanjong Batu Darat yang hingga akhirnya aku tak dapat melaksanakannya. Maafkan aku. Selamat tinggal Amran yang beberapa malam rajin berguru denganku tantang Al-quran. Selamat tinggal anak-anak lelaki Syarif Osman, Herman dan Sulaiman yang menguruskan kapal penambang Sinar Suria.
Selamat tinggal...Selamat tinggal...banyak sekali nama-nama warga Tanjong Batu yang aku tinggalkan tanpa luka dan menjadi kenangan hayat yang tak terlupakan.

Guru-guru Sk. Tanjong Batu, mereka menjadi teman yang amat memahami.
Guru Besar yang begitu memahami para guru. Cikgu Martin yang lama kukenal sewaktu dia masih sendirian termenung di tangga rumah guru di kelilingi pemuda-pemuda pulau sambil menghitung jenuhnya bintang di langit malam gelap Tanjong Batu. Cikgu Andi dan Norzarina suami isteri yang setia mendiami Tanjong Batu sejak zaman bujangan. Ustaz Azman yang cool dan lambat disambar emosi. Iruan yang banyak gurau senda dan jenaka. Hatimah yang petah bercerita dengan pelbagai intonasi dan lemah lembut dalam bicara. Sadina dan Jumaidah dua sahabat yang sering dilihat bersama, jegilan mereka kutafsirkan gurauan cuma. Darwis dan persidangan parlimen balkoni bersamaku dengan secawan cappucino atau tungkat Ali. Cikgu Azarie yang sering berkacamata hitam di bawah panas mentari. Ellyrona yang manja dan lembut. Guru-guru baru....Bahari, Fazly, Sarmini, Adibah, Suharti dan Fitriana...
Selamat tinggal semuanya...Ilalliqa...
abgkama
Lot 268 Taman Fajar
10.42 pm
07 Ogos 2008
0 comments:
Post a Comment