Wahai anakku permata jiwa
Dengarlah ini satu cerita
Ada nasihat hidup di dunia
Ambillah ingatan sepanjang masa
Ingatlah kisah Adam dan Hawa
Itulah asal mulanya kita
Merekalah manusia pertama dicipta
Dicipta oleh Tuhan yang berkuasa
Dari tanah Adam dicipta
Itulah asal usul manusia
Disuruh malaikat suiud semua
Iblis pula menunjuk derhaka
Kepada Adam amatlah dengki
Dia merasa hebat sekali
Amatlah sombong meninggi diri
Sujudkan Adam tidak sekali-kali
Murkalah Allah Tuhan pencipta
Iblis yang engkar lalu dicela
Dari syurga dihalau segera
Mulalah dia mengatur tipu dan daya
Adam dan Hawa di dalam Syurga
Setiap masa berseronak suka
Segala kehendak di depan mata
Kecuali satu perlu waspada
Dalam syurga sepohon kayu
Adam dilarang mendekat ke situ
Iblis mencari peluang menipu
Agar Adam tersalah laku
Setelah berlalu beberapa masa
Iblis pun dapat peluang berharga
Adam dan Hawa lalu terpedaya
Buah larangan dimakan mereka
Adam dan Hawa menyesal sekali
Namun sesal tak guna lagi
Mereka berdua dihalau ke bumi
Di sanalah mereka akan menghuni
Hidup yang senang tiadalah sudah
Sehari-hari penat dan susah
Tinggal di bumi bukanlah mudah
Jika dibanding dengan syurga Allah
Bermulalah sejarah manusia di bumi
Zuriat Adam bersilih ganti
Lahirlah Qabil dan Habil permata hati
Iblis laknatullah sentiasa memerhati
Qabil digoda lalu ditipu
Diikutnya hati yang penuh cemburu
Dibunuh adik tanpa segan dan silu
Jadilah Qabil sesal sepanjang waktu
Manusia kekal dalam iman
Sehingga menjelang beberapa zaman
Zaman nabi Nuh hilanglah panduan
Patung berhala Dijadikan Tuhan
Nuh dihantar sebagai utusan
Kepada kaumnya memberi peringatan
Agar kembali bertauhidkan Tuhan
Perbuatan syirik hendaklah dijauhkan
Nuh berdakwah gigih sekali
Kaumnya diajak setiap hari
Agar kembali menyembah Allahu Rabbi
Tiadalah letih biarpun tahun berganti
Nuh berdakwah cukup lama
Hampir seribu tahun tak putus asa
Cuma 80 orang pengikut setia
Nuh pun sedar tibanya masa
Hujan lebat Nuh pohonkan
Agar banjir serata alam
kaum derhaka biar ditenggelamkan
barulah sejahtera zuriat insane
Doa Nuh dikabulkan ilahi
Banjir tenggelah seluruh negeri
Mati lemas anak sendiri
Ajakan bapa tidak mahu diikuti
Setelah kering air bah
Tinggallah manusia berimankan Allah
Tiadalah lagi berhala disembah
Tapi tak lama iman pun goyah
Manusia kembali diperdaya syaitan
Agama Tuhan lalu disia-siakan
Rosakalah akidah perangai dan kelakuan
Banyaklah dosa menjadi mainan
Nabi dan rasul dihantar Allah
Kepada manusia tugasnya berdakwah
Hanya Allah berhak disembah
Mungkar dan dosa jangan diredah
Allah utuskan nabi Idris dan Hud
Allah juga utuskan nabi Soleh dan Lut
Kepada kaum mereka bernama ‘Add dan tsamud
Yang bertuhankan pelbagai Taghut
Allah hantarkan Ibrahim kepada Namrud
Allah utuskan Ismail, Ishak dan juga Yaakob
Nabi Yusof , Syu’aib dan juga Ayob
Musa , Harun, Zulkifli dan juga Daud
Sulaiman, ilyas , ilyasak, yunus, zakaria
Yahya , Isa semuanya rasul belaka
Nabi Muhammad penutup mereka
Membawa Islam lengkap dan sempurna
Agama kita agama Islam
Berpeganglah kukuh janganlah waham
Hendaklah percaya penuh iman
Tiada goyah walau diancam
Dunia ini penuh godaan
Pujuk rayu dari syaitan
Hendaklah ingat jangan lalaikan
Berpegang teguh agama Tuhan
Hidup di dunia tidaklah lama
Kita ini laksana pengembara
Sampai masa ajal pun tiba
Tinggallah dunia segala isinya
Janganlah lupa cari bekalan
Amal soleh sentiasa tingkatkan
Dalam kubur kelak keseorangan
Tiadalah siapa hendak berteman
Telah ramai manusia tersungkur
Digoda syaitan iman hancur
Menanggung sesal di dalam kubur
Apakan daya nasi dan jadi bubur
Syaitan itu musuh kita
Amatnya terang lagi nyata
Dalam firman dan juga sabda
Telah dinyatakan dengan tegasnya
Sejak Adam datuk kita
Disingkir dari syurga loka
angkara syaitan musuh durjana
kita sentiasa berusaha kembali ke sana
Abgkama
Sekian
08 Julai 2008
Tmn fajar
08 Julai 2008
Tmn fajar
0 comments:
Post a Comment