Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Jutaan Wang Rakyat Kecil Di Mata Mereka.

June 19, 2011

Kenduri kawin di rumah bapa mentuaku baru-baru ini menelan belanja sekitar belasan ribu juga. Jumlah tersebut sudah paling dijimatkan secukupnya. Namun, disebabkan kenalan bapa mentuaku ramai, sementelahan pula daripada kalangan pemimpin Pas pelbagai peringkat di Padang Terap khususnya dan negeri Kedah amnya, maka penyediaan makanan memerlukan stok yang meyakinkan. Sewaktu isteriku mengatakan ada ura-ura dari sanak saudara yang lain untuk membuat tempahan meja makan berhidang bagi pengantin, aku membantah dan mengatakan ia adalah satu pembaziran. Malah, tegasku, ia adalah haram dari segi syarak kerana ia merupakan persandingan tak rasmi. Apa lagi yang harus kita namakan kalau kedua mempelai disuruh makan di meja yang berhias cantik dan ditonton oleh khalayak ramai?  Walimatul urus yang seharusnya dicari keberkatan, akhirnya mengundang kemurkaan Allah SWT.

Aku tidak menyetujui membuat meja makan berhidang dan ditonton oleh ramai tetamu yang datang. Ia bukan jalan hidup orang yang beragama dan orang soleh. Sekalipun  pada masa ini ramai orang melakukan, ia tidak membuktikan bahawa perkara tersebut baik dan disunatkan dalam agama. Malah, dengan meniadakan persiapan makan berhidang itu, beberapa kos dapat dijimatkan.

Kalaupun belanja untuk itu dikeluarkan semasa kenduri tersebut, ia cuma pembaziran daripada harta sendiri. Paling tidak harta anak-anak. Tiada harta rakyat yang dicuri untuk itu. Itupun tetap haram di sisi syarak kerana Allah tidak sukakan pembaziran. Allah juga tidak mesyariatkan persandingan dalam bentuk apapun, kecuali di depan kaum kerabat dalam ruang yang terbatas.



Namun, lain halnya mengenai apa yang kita dengar beberapa hari ini.

Beberapa hari terakhir ini, rakyat didedahkan tentang pertunangan anak Perdana Menteri dengan seorang warganegara Kazakhstan. Perdana Menteri dikritik kerana pergi ke negara Kazakhstan atas urusan rasmi tetapi mengambil kesempatan menguruskan pertunangan anaknya. Sudah tentu kepergiannya bersama isteri ke negara tersebut ditanggung oleh negara dari wang rakyat. Kemudian majlis pertunangan diadakan di Sri Perdana, Puterajaya. Kos makanan yang dibayar kepada catering untuk majlis pertunangan tersebut dikatakan RM81,000.00. Itu baru majlis pertunangan, belum lagi majlis perkahwinan. Namun, persoalan yang ditimbulkan ialah duit siapa yang dipakai?  Dr Tan Kee Kwong dari PKR mendakwa bahawa nota pembelian makanan catering dari sebuah hotel terkemuka dibuat atas nama Jabatan Perdana Menteri.


Jika begitu, wang negaralah yang diguna. Sementara rakyat disuruh berjimat cermat, diminta membayar cukai itu dan ini, dikurangkan hak untuk mendapat subsidi dan diminta reda dengan kenaikan harga barang, wang rakyat digunakan hanya untuk majlis pertunangan anak seorang pembesar negara. Rakyat berfikir dan mempertimbangkan banyak perkara untuk buat kenduri kahwin anak, sedangkan mereka bergembira menjamah makanan kelas mewah untuk sebuah majlis pertunangan.


Demi Tuhan...sebagai rakyat,  aku tidak merestui wang yang menjadi bahagianku digunakan untuknya. Sekecil manapun bahagianku, hatta biarpun sepuluh sen sahaja, akan aku perhitungkan di akhirat kelak. Alangkah berat bebanan para pelahap harta rakyat itu di akhirat kelak jika setiap daripada jutaan rakyat ini menuntut keadilan di akhirat kelak!


Mereka, para penguasa menganggap kecil sejumlah wang yang dirasa amat besar oleh rakyat. Dengan mudah, mereka tega bazirkan RM1.8 juta untuk syarikat kroni buat membuka dan menguruskan akaun laman sosial seperti facebook yang hanya percuma di kalangan rakyat. Hari ini, budak sekolah rendah pun tahu membuka akaun facebook dan tidak membelanjakan walau sesen pun.

Menoleh sederet episod pembaziran wang negara, kita mengerti bahawa mereka yang berkuasa tidak mencintai rakyat marhaen. Mereka  menunggangi rakyat untuk keuntungan dan kemewahan diri. Semoga Allah mempercepatkan  mudawalatul ayyam buat mereka yang menyalahgunakan kuasanya.

Apa salahnya Kelab Taat Suami?

June 13, 2011

Mereka menentang Kelab Taat Suami. Atas alasan apa sebenarnya mereka menentang kelab tesebut? Seruan agar taat kepada suami yang menjadi motif penubuhan kelab tersebut adalah sejajar dengan Islam. Nas-nas agama daripada Al-Quran maupun Hadis menekankan tentang kewajipan seorang isteri memberikan ketaatannya kepada suami. Persoalan taat kepada suami tidak harus dipertikaikan. Menubuhkan kelab untuk itu juga boleh dianggap usaha mulia. Sementara menggambarkan isteri sebagai pelacur kelas atasan itu perlu dijelaskan maksudnya. Ia mungkin merupakan bahasa bombastik yang yang digunakan.Mengapa marah kalau dianggap menjadi pelacur kelas pertama buat suami, sedangkan ramai wanita yang melacurkan dirinya sebagai pelacur kelasrendah kepada jantan-jantan durjana?

Barangkali ia satu penghinaan kerana mengganggap wanita sebagai objek seks. Seharusnya dimengerti bahawa antara tujuan perkawinan adalah melampiaskan nafsu seks secara halal. Ia bukan masalah suami sahaja sahaja,tetapi juga masalah isteri. Mengapa berat sebelah? Apakah hanya wanita sahaja yang menjadi objek seks dan lelaki tidak?

Menubuhkan Kelab Taat Suami tidak harus dilihat sebagai usaha menjatuhkan martabat isteri. Ia, malahan adalah usaha mengangkat harakat seorang isteri.


Namun, para pemuka wanita yang terlepas dari kendali agama itu merasakan perlu menentangnya. Mereka melihatnya sebagai penghinaan kepada status wanita. Bagi mereka, tidak timbul soal isteri perlu taat kepada suami kerana suami isteri adalah gambungan dua manusia yang mempunyai hak yang serupa. Tiada ada yang memimpin atau dipimpin. 


Racun gerakan "woman's Libration" telah menyerang sampai ke jantung hati mereka. Namanya sahaja wanita Islam tetapi mereka lebih dekat kepada wanita yang bergelumang nifaq yang mengasaskan gerakan mereka dari negara-negara barat.

Mereka menentang banyak perkara baik sebelum mereka mendalaminya. Mereka dipandu oleh semangat "musawa" di antara lelaki dan wanita yang dijana di Barat. Mereka enggan menoleh putaran yang dilakukan oleh wanita-wanita barat sendiri dewasa ini. Dalam keadaan kian ramai wanita barat memilih untuk kembali menjadi ibu, menjadi isteri dan menjadi wanita secara fitrahnya, mereka, wanita-wanita yang mengaku muslimah berlumba-lumba untuk menjadi jantan yang bergentayangan bebas dalam masyarakat tanpa tata susila ketimuran dan jauh segala ikatan prinsip agama.

Mereka menentang poligami kerana menganggapnya ia sebagai pencabulan hak isteri dan mendefinasikannya sebagai kebuasan nafsu suami. Mereka menuntut koata 30 peratus dalam jawatan-jawatan yang melibatkan merangka dasar dalam negara. Mereka menuntut itu dan ini dan mendakwa ia adalah untuk kebaikan kaum hawa. Mereka gagal membela kaum hawa malah semakin hari kita menyaksikan bertambahnya ekspolitasi ke atas mereka. Gejala sosial yang meruntuhkan maruah dan harga diri kaum hawa tidak mereka perjuangkan. Mereka lebih suka menelanjangkan tubuh-tubuh mereka atas nama kebebasan dan menganggap pakaian yang menutup aurat sebagai penindasan ke atas kebebasan mereka.

Mereka adalah calon-calon penghuni neraka. Barangkali...sebab itu kenapa nabi Muhammad mengingatkan bahawa kebanyakan isi neraka adalah wanita. Wanita yang menjadi berat untuk mengakui taat kepada suami.

Wahai para suami! peringatkan isteri anda semua agar menjauhi wanita-wanita yang lupa diri itu. Jagalah isterimu daripada menjadi isi neraka.

Cikgu Mahmud

June 12, 2011

Beliau hadir ke rumah mentuaku sewaktu walimatul urus yang diadakan dalam cuti sekolah baru-baru ini.  Namanya Mahmud. Katanya, orang memanggilnya Cikgu Mud. Beliau  mengenali mentuaku kerana sama-sama berjuang dalam Pas Padang Terap pada zaman susah. Zaman di mana Pas tidak punya nama dan kedudukan sebagaimana sekarang di Kedah. Setelah pencen daripada perguruan, beliau menjadi calon mewakili daerah Padang Terap. Padang Terap ketika itu adalah kawasan yang dipegang teguh oleh UMNO-BN. Hanya pada pilihanraya 2008 yang lalu, telah  menyaksikan runtuhnya kubu kuat UMNO-BN tersebut apabila calon daripada parti Pas, Ust. Nasir Zakaria memenangi pertandingan menewaskan Datuk Ghazali Ibrahim.

Ketika melihatnya  duduk menikmati hidangan di kerusi tetamu-tetamu khusus yang disediakan, aku tergerak mendekatinya dan berbual dengannya. Dia kelihatan sudah tua tetapi terserlah cahaya kesolehan dan kebijaksanaan padanya. Ketika kutanyakan umurnya, beliau memberitahuku bahawa umurnya telah mencecah 80 tahun. Dia memberitahuku bahawa dia dengan ayah mentuaku bersahabat baik sejak zaman-zaman mudanya lagi. Ayah mentuaku pernah menjadi Ketua Pemuda Pas di kawasan Padang Terap, manakala beliau pula berada pada posisi Yang Dipertua. Katanya, ayah mentuaku itu seorang yang lama dalam perjuangan dan tahan diuji. Kalau bukan kerana mengenangkan sahabat lama, dalam ketuaannya itu, dia tidak akan bersusah payah untuk bertandang ke walimatul urus di rumah ayah mentuaku itu.

Sekilas bual bicaraku dengannya berkisar tentang perjuangan orang dulu. Dia menyebutkan mehnah perjuangan yang pernah melanda Pas ketika mana berlaku peristiwa di Lubuk Merbau yang menyebabkan terbunuhnya seorang jundi bernama Abd Rahman Talib dan membawa kepada pengangkapan di bawah ISA ke atas sebilangan pemimpin Pas.

 Yahya Saud (kiri) dan Cikgu Mahmud (kanan)

Aku tidak mengetahui istimewanya dia berbanding tokoh-tokoh lama lain yang pernah kutemui sehinggalah setelah beliau menyebutkan bahawa seorang anaknya merupakan pemimpin muslimat Pas yang telah memenangi jawatan Timbalan Ketua Muslimat. Anaknya yang dimaksudkan itu ialah Dr. Mariah Mahmud. Lantas, aku melihat betapa berhasilnya dia mendidik anaknya menjadi pelapis perjuangannya. Kini, beliau menjadi bendahari Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena. Setuanya, beliau  masih berkhidmat untuk jemaah dan perjuangan. 

Semoga Allah lanjutkan usianya dan jadikan di kalangan kami pelapisnya.