Mereka menentang Kelab Taat Suami.  Atas alasan apa sebenarnya mereka menentang kelab tesebut? Seruan agar  taat kepada suami yang menjadi motif penubuhan kelab tersebut adalah  sejajar dengan Islam. Nas-nas agama daripada Al-Quran maupun Hadis  menekankan tentang kewajipan seorang isteri memberikan ketaatannya  kepada suami. Persoalan taat kepada suami tidak harus dipertikaikan.  Menubuhkan kelab untuk itu juga boleh dianggap usaha mulia. Sementara  menggambarkan isteri sebagai pelacur kelas atasan itu perlu dijelaskan  maksudnya. Ia mungkin merupakan bahasa bombastik yang yang digunakan.Mengapa marah kalau dianggap menjadi pelacur kelas pertama buat suami, sedangkan ramai wanita yang melacurkan dirinya sebagai pelacur kelasrendah kepada jantan-jantan durjana?
Barangkali ia satu penghinaan kerana mengganggap wanita sebagai objek seks. Seharusnya dimengerti bahawa antara tujuan perkawinan adalah melampiaskan nafsu seks secara halal. Ia bukan masalah suami sahaja sahaja,tetapi juga masalah isteri. Mengapa berat sebelah? Apakah hanya wanita sahaja yang menjadi objek seks dan lelaki tidak?
Menubuhkan Kelab Taat Suami tidak harus dilihat sebagai usaha menjatuhkan martabat isteri. Ia, malahan adalah usaha mengangkat harakat seorang isteri.
Namun, para pemuka wanita yang  terlepas dari kendali agama itu merasakan perlu menentangnya. Mereka  melihatnya sebagai penghinaan kepada status wanita. Bagi mereka, tidak  timbul soal isteri perlu taat kepada suami kerana suami isteri adalah  gambungan dua manusia yang mempunyai hak yang serupa. Tiada ada yang  memimpin atau dipimpin. 
Racun gerakan "woman's  Libration" telah menyerang sampai ke jantung hati mereka. Namanya sahaja  wanita Islam tetapi mereka lebih dekat kepada wanita yang bergelumang  nifaq yang mengasaskan gerakan mereka dari negara-negara barat.
Mereka  menentang banyak perkara baik sebelum mereka mendalaminya. Mereka  dipandu oleh semangat "musawa" di antara lelaki dan wanita yang dijana di  Barat. Mereka enggan menoleh putaran yang dilakukan oleh wanita-wanita  barat sendiri dewasa ini. Dalam keadaan kian ramai wanita barat memilih  untuk kembali menjadi ibu, menjadi isteri dan menjadi wanita secara  fitrahnya, mereka, wanita-wanita yang mengaku muslimah berlumba-lumba  untuk menjadi jantan yang bergentayangan bebas dalam masyarakat tanpa  tata susila ketimuran dan jauh segala ikatan prinsip agama.
Mereka  menentang poligami kerana menganggapnya ia sebagai pencabulan hak  isteri dan mendefinasikannya sebagai kebuasan nafsu suami. Mereka menuntut  koata 30 peratus dalam jawatan-jawatan yang melibatkan merangka dasar  dalam negara. Mereka menuntut itu dan ini dan mendakwa ia adalah untuk  kebaikan kaum hawa. Mereka gagal membela kaum hawa malah semakin hari  kita menyaksikan bertambahnya ekspolitasi ke atas mereka. Gejala sosial  yang meruntuhkan maruah dan harga diri kaum hawa tidak mereka  perjuangkan. Mereka lebih suka menelanjangkan tubuh-tubuh mereka atas  nama kebebasan dan menganggap pakaian yang menutup aurat sebagai  penindasan ke atas kebebasan mereka. 
Mereka adalah calon-calon  penghuni neraka. Barangkali...sebab itu kenapa nabi Muhammad  mengingatkan bahawa kebanyakan isi neraka adalah wanita. Wanita yang  menjadi berat untuk mengakui taat kepada suami.
Wahai para suami! peringatkan isteri anda semua agar menjauhi wanita-wanita yang lupa diri itu. Jagalah isterimu daripada menjadi isi neraka.
Wahai para suami! peringatkan isteri anda semua agar menjauhi wanita-wanita yang lupa diri itu. Jagalah isterimu daripada menjadi isi neraka.
 
 

%20-%20Google%20Chrome.png)






































































%20to%20Inch%20-%20Google%20Chrome.png )
 


























































0 comments:
Post a Comment