Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

KONFLIK KEFAHAMAN AGAMA DI TANJONG BATU

October 2, 2005

Pertemuanku dengan Pak Mail di rumah Pak Hamid malam itu membuka ruang kepadaku untuk mempersoalkan mengenai amalan mandi tolak bala yang diadakan oleh masyarakat Pulau Tanjong Batu. Aku terusterang kepadanya tentang ketidaksetujuanku terhadap amalan yang berunsurkan khurafat itu. Aku beritahu kepadanya bahawa mandi tolak bala yang diadakan saban tahun pada bulan safar itu adalah amalan karut yang boleh merosakkan akidah kita. Aku juga bercerita kepadanya tentang terhapusnya amalan tersebut di negeri-negeri di Semenangjung Malaysia yang mana satu masa dahulu diamalkan secara meluas. Juga tentang pantai Port Dickson yang tidak ada lagi pesta mandi safar lantaran penguatkuasaan keras dari Jabatan Agama Islam negeri berkenaan. Aku akhirnya menegaskan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah menghukumkan mandi tolak bala pada bulan safar adalah amalan khurafat yang boleh menjejaskan akidah dan haram serta berdosa.

Lalu, Pak Mail pun berkata:


"Kita berbeza,kami di sini masih mengamalkannya, kita masih memegang apa yang nenek moyang kita ajarkan ".

"Memang begitulah apa yang selalu diucapkan orang. Nenek moyang juga yang dituruti", balasku hampa.

"Nenek moyang banyak mewariskan kesesatan kepada kita. Nabi Muhammad, semasa menyampaikan dakwah kepada orang kafir musyrikin di Mekah dahulu, pun menghadapi hujah yang sama. Kata mereka patutkah kami meninggalkan penyembahan berhala yang kami warisi dari nenek moyang kami?, aku melanjutkan perkataanku dengan harapanPak Mail akan sedar.

Pak Mail nampaknya tidak mudah tunduk dengan hujahku. Lalu dia bercerita, bahawa dahulu ada seorang ustaz di Sk Tanjong Batu, Ustaz Fauzi namanya, pun katanya membenarkan amalan mandi tolak bala itu. Dia malah mengikuti kumpulan orang kampong sampai ke Pulau Berhala. Dia tentu membuat cerita yang auta. Itulah rumusanku dalam fikran.

"Mustahil seorang ustaz mandi tolak bala. Mana-mana ustaz di Malaysia tidak ada yang mengamalkan mandi tolak bala, ustaz itu mungkin hanya ingin tahu. Hanya ingin mengkaji dan meneliti amalan mandi tolak bala itu, dia belum pernah melihat, barangkali. Dia mungkin juga tidak pernah mendengar mengenainya lalu ingin melihat sendiri, sementara saya, sudah seringkali mendengar mengenainya dan tidak ada keperluan untuk ikut serta bagi tujuan menyaksikan...", aku mematahkan hujahnya.

Demikianlah pula sebuah episod di rumah Pak Hamid malam itu. Malam di mana jenazah anak Pak Hamid yang meninggal siangnya masih terlantar terbiar di dalam bilik. Aku sedar bahawa di sekelilingku terlalu banyak perkara yang tidak aku setujui. Aku tidak boleh terlalu berkonflik. Aku perlu berdamai pada sebahagian perkara tetapi tegas pada sebagahagian yang lain.

Umpamanya, jenazah anak Pak Hamid yang pada siangnya aku tentukan kedudukannya dengan kepala sebelah matahari naik dan kaki sebelah matahari jatuh. Kedudukan tangan aku tentukan dalam bentuk qiam dengan tangan kanan di atas kiri. Namum, pada malamnya segalanya berubah. Kepala dan kaki tidak lagi sebagaimana sebelumnya. Sudah beralih arah. Khabarnya tangan pun sudah diubah agar yang kiri di atas yang kanan. Aku melihat perubahan itu dan aku dengar itu adalah atas arahan Imam Hasan, imam tua Tanjong Batu Darat.

Apa nak buat, ini adalah wilayahnya, begitulah yang pernah aku keluhkan kepada ustaz Rosli, teman sejawat di Sk. Tanjong Batu.

Sebenarnya, ada yang lebih dahsyat dari itu. Aku sudah seringkali menghadapinya. Kenduri arwah diadakan pada waktu solat maghrib. Solat maghrib tidak dibuat dan diganti dengan tahlil kenduri arwah sahaja. Aku disampaikan maklumat bahawa imam Hasan beralasan bahawa itu adalah kerana ruh akan pulang pada waktu manghrib. Dengan bertahlil pada saat tersebut, ruh akan dapat melihatnnya.

Bukankah ini satu penyelewengan yang amat jauh? Meningalkan amalan yang wajib secara qat'i dan mengutamakan amalan yang tidak menduduki tangga amalan sunat sekalipun. Malah amalan yang dikhilafkan ulama antara bida'ah dan sunah salafussoleh.

Begitulah, apabila aku kemukakan bahawa amalan-amalan tersebut bukan sahaja tidak bersumberkan sunnah, tetapai sesat dan berdosa, orang-orang pulau ini mengatakan antara aku dan mereka ada garis pemisah. Aku melayu sedangkan mereka suluk. Bangsa Melayu dan bangsa Suluk tidak sama, miski sama-sama beragama Islam, kata mereka.

Memang di luar kemampuanku untuk memahamkan mereka bahawa aku dan mereka sama sahaja. Bangsa tidak membezakan tetapi agamalah yang membezakan. Apakala agamaku dan agama mereka satu, iaitu Islam, mereka dan aku seharusnya sama dari segi persepsi terhadap khurafat dan tahayyul.

Aku merumuskan begini:

Imam-imam di Tanjong Batu, terbawa-bawa dengan amalan nenek moyang yang diwarisi. Nenek moyang mereka pula beragama Islam dalam kekusutan kefahaman dan dangkal di daerah kepulauan yang terbatas sumber pengetahuan. Bukan sahaja imam Hasan, imam Abdul di Tanjong Batu Laut dan imam Mukalim dari Tanjong Batu Laut (Tuburan) pun sama sahaja. Merekalah pemimpin mandi tolak bala pada bulan safar, mereka juga bertahlil di waktu maghrib dan mereka membaca al-Quran dalam sebutan yang aneh dan gharib.

Bangsa Suluk memang bangsa yang bertunas serumpun dengan warga kepulauan di perairan Laut Sulu, menganjur dari Sabah sehinggalah mencecah sekitar pulau besar Mindanao. Mereka bangsa pelaut yang mempusakai kepercayaan nenek moyang mereka mengenai laut dan penunggunya. Kehidupan laut menjarakkan mereka dengan perkembangan dunia luar dan membentuk watak keras dan degil dengan pandangan sendiri.

Orang-orang tua dan dewasa yang menjadi warga Tanjong Batu tidak dapat lagi ditukar minda mereka dengan mudah. Jika kita memberitahu mereka tentang amalan-amalan yang perlu mereka tingalkan, mungkin akan membawa kepada konflik dan persengketaan. Sebagai anak perantau di negeri orang, aku perlu mengambil lorong yang selamat dan penuh hemah dan berhati-hati.

Sasaran adalah murid-murid sekolah. Jangan mengharapkan natijah yang memberangsangkan daripada pengajaran kita kepada mereka. Sebagai misal, kita berbuih mulut menerangkan kepada mereka kesesatan amalan mandi tolak bala. Belum tentu masuk ke dalam fikiran mereka dan bertapa lagi memimpin amalan dan perilaku mereka!

Mereka akan berkiblatkan ibu bapa mereka. Mudah-mudahan, satu masa, apabila mereka telah besar dan ada sedikit hak memilih dan menentukan jalan fikir, mereka akan mengingati apa yang pernah diperjelaskan oleh ustaz mereka. Besabarlah...mungkin pohon yang ditanam hari ini tak sempat dipungut buahnya oleh kita, tetapi akan dipungut oleh generasi sesudah kita.


Ust Kama.
Tg. Batu, 2005.

3 comments:

gopenghagen said...

salam ust,
sebagai anak jati sandakan, anak cukup faham dgn percampuran adat warisan yg kemudiannya diislamkan oleh imam2 yg belum tntu asa ilmunya. yg kadng2 dari fatihahnya sendiri sudah kita ketahui kedangkalan ilmu, malangnya peranan imam juga kadang2 turut diwarisi dri turun-temurun.

mahu mgubahnya mungkin hmpir mustahil, terutama di kalangan 'otai2' yg budaya sebegitu sudah mmbudaya dan mngakar.

tapi ana percaya, generasi muda punya harapan, walaupun terlalu sukar, namun masih ada harapan.

insyaAllah ana kembali ke sandakan, tpi xtahu bila. doakan ana beroleh kekuatan n kemudahan utk kembali bersama rakan2 di sana.

pADa Idi PaDa eLO said...

Laaaa ingat tanjung batu dekat Tawau..konpius..

Anonymous said...

salam ustz...sya sbg bekas pljr kat tj batu,sya pham ngn suma ney..ustz pn dlu sll gak cter ngan sya dlu..tp mayb ustz dah lupa dgn sya... sya adlh pljr drjah 6 pda thun 2006...skrg sya kat kota kinabalu.. hara ustz chat d smping istri yg cntk 2 yer...hehehe...

Post a Comment