Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI


COUNTDAWN AIDIL ADHA


Untuk dihubungi:

Email:
kama_wahba99@yahoo.com


Waktu Malaysia

TUKAR PASWORD YES

Sinar Harian

Media

Sinar Harian Harakah Harian Metro Online Malaysiadateline Warta Darulaman Bernama News Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Sinar Harian Utusan Online Berita Harian Online Tranungkite Sabahkini Sabahdaily Menarik TV3 Yahoo News Utaranews Aljazeera English Republika Online CNN News Eramuslim Al-Arabi Islamtoday Islamtoday BBC News BBC News BBC News WorldNewsNetwork Al-Ayyam Al-Ayyam UtaraNews dailymail Al-Monitor Islampedia

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

Online Services

maybank2u iRakyat CIMBcliks Ambank Airasia Airasia Airasia Airasia Airasia Airasia MAS TRANSNASIONAL MALINDO AIR TM TM

TV ONLINE

TV Malaysia TV Pas TV3 Al-Muttaqin Malaysiakini TV

KULIAH ONLINE

Maybank2U CIMBcliks Ambank Airasia MAS TM Airasia Airasia

AKSESORI

Facebook Youtube Photobucket Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET

Yahoo Messenger

Rujukan

Yahudi Sumber Kerosakan Agama.

September 29, 2014

Syiah memetik ajaran Yahudi lalu ahli Sunnah termakan ajaran Syiah. Benarlah bahawa ummat ini akan menciplak sunan Yahudi dan Nasrani dalam kehidupan.

Ada persamaan antara ajaran Yahudi dan Syiah dalam kepercayaan terhadap Al-Masih Al-Yahud dan Imam Mahdi.

# Al-Masih Yahudi adalah insan yang dijanjikan kemunculannya di akhir zaman menurut keyakinan Yahudi. Dia adalah dari keturunan Raja Daud.

1) Ketika munculnya Al-Masih Yahudi, ummat Yahudi akan berkumpul di tempat suci mereka, Al-Quds. Manakala menurut Syiah-Rafidhah, apabila muncul Imam Mahdi, para penyokongnya akan berkumpul di tempat suci mereka iaitu Kufah.

2) Yahudi percaya bahawa apabila Al-Masih Yahudi muncul, akan bangkit dari kubur para Yahudi yang telah mati dan mereka bergabung menjadi tentera Al-Masih Yahudi. Maka, demikian pula para Syiah percaya, bahawa bila munculnya Imam Mahdi, akan bangkit semula para Syiah yang telah mati untuk menjadi askar Imam Mahdi.

3) Yahudi percaya bahawa bila Al-Masih Yahudi muncul, mayat yang derhaka kepada ajarah Talmud akan bangkit semula dan disiksa oleh penganut Yahudi. Demikian Syiah meniru dengan mengatakan bila muncul Imam Mahdi, sahabat-sahabat nabi yang derhaka (Abu Bakar, Umar dan Uthman) akan dibangkitkan semula dan disiksa oleh tentera Al-Mahdi.

4) Yahudi percaya Al-Masih mereka akan menghukum setiap musuh Yahudi dan begitu pula Syiah percaya Al-Mahdi akan menghukum setiap musuh Syiah.

5) Yahudi percaya bila Al-Masih mereka muncul, ummat Yahudi jadi berubah jasad iaitu tinggi 200 hasta dan panjang umur mereka. Demikian pula Syiah mengatakan bahawa bila Al-Mahdi mereka muncul, seorang lelaki mereka akan diberi kekuatan 40 orang lelaki dan dia akan memijak musuh mereka serta pendengaran dan penglihatan mereka menjadi lebih tajam.

6) Yahudi percaya bila Al-Masih mereka muncul, banyak kebaikan akan diteguk oleh ummat Yahudi. Gunung ganang dikatakan mengalirkan  sungai susu buat mereka. Demikianlah pula Syiah mengatakan bahawa bila Al-Mahdi mereka muncul, Kufah akan mengalirkan sungai air dan susu untuk mereka.

7) Yahudi mengatakan Al-Masih mereka akan berperang dan menguasai 2/3 dunia. Demikian pula Al-Mahdi Syiah, dikatakan mereka akan menguasai 2/3 dunia.

8) Al-Masih Yahudi ghaib dan akan muncul ,  demikian pula kepercayaan Syiah mengenai Al-Mahdi.

Lebih mengherankan, Syiah mengatakan bahawa bila Al-Mahdi mucul, dia akan menyeru Allah dalam bahasa Ibrani, dia akan membuka kota-kota sambil membawa Tabut dan dia akan berhukum dengan hukum nabi Daud.

Melihat persamaan-persamaan tersebut, maka nyatalah bawa Syiah adalah ciplakan daripada kepercayaan Yahudi. Syiah adalah jambatan yang direntang untuk Yahudi merosakkan Islam. Kita melihat banyak dogma Yahudi menjadi pegangan Syiah.

Sementara, tanpa sedar, kita yang mengaku Ahli Sunnah Wal-Jma'ah menciplak kebiasaan Syiah. Syiah suka meratap tangis atas kematian, ramai kalangan kita menirunya. Syiah mencipta bait-bait "ar-ratha' " untuk pemimpin mereka yang mati, ramai pula kalangan kita berbuat hal yang sama. Syiah memuja kubur-kubur orang soleh mereka, mengunjunginya dan mengambil berkat daripadanya, malangnya ada pula kalangan kita menjejakinya dan menjadi ziarah kubur dan mengambil berkat daripadanya kerana kesolehan masa hidupnya.

Kekadang, kita cuba melawan Syiah dengan mencipta pula dongeng seumpama Syiah. Kita pun membuat cerita-cerita ajaib versi kita untuk menantang versi Syiah. Lihat dan bandingkan apa yang dihikayatkan tentang Nur Muhammad  dan semak pula apa yang Syiah riwayatkan tentang Nur Muhammad!.

Perhatikanlah sekeling kita. Sungguh banyak resapan Syiah sedang berdondang sayang mengasyik makhsyuk atas kita. Kita tidak mampu menghitungnya lagi. Kita berbaur dengan Syiah dari segi amalan dan kepercayaan.

Sebenarnya, manba' pertama adalah Yahudi....

"Boo" mantera syaitan.

September 20, 2014


Saya tidak hadir muktamar. Tapi riuh dalam media sosial meriwayatkan beberapa pimpinan di"boo" oleh sebahagian perwakilan. Kerana kenyataan pimpinan itu tidak sebagaimana yang dikehendaki, sekumpulan perwakilan melemparkan cemohan dalam bentuk ungkapan "boo". Saya sedih ada budaya sedemikian dalam jemaah yang mengaku memperjuangkan Islam.

Gelagat mem"boo" orang adalah gelagat orang-orang bodoh dan tidak berakhlak. Dalam dunia barat yang sistemnya yang diwarnai kekufuran pun akan mentafsirkannya sebagai perbuatan biadap dan rendah akhlak, apatah lagi dalam dunia Islam. Sementelahan dalam lingkungan gerakan Islam.

Islam mengajak mujadalah dengan cara yang baik (wajadilhum billati hiya ahsan) dengan mereka yang menentang Islam dari menolak dakwahnya. Tiada akal yang sempurna akan mentafsirkan perbuatan mem"boo" rakan seperjuangan itu sebagai mujadalah yang elok. Bahkan mem'boo" musuh pun boleh dihukumkan sebagai kebejatan akhlak dan peribadi.

Entah budaya siapa yang dicedok Melayu Islam dalam hal mem"boo" ini. Saya tidak percaya ada dalam thurath Islam walau sedakwat ajaran sedemikian. Saya juga yakin bahawa gerakan Islam tidak pernah mengajar hal yang sedemikian.

Menyongsang kepimpinan itu adalah menyalahi adab berjema'ah. Walau bagaimanapun, kejadian menyongsang kepimpinan itu sering terjadi dalam setiap episod sejarah perjuangan Islam. Sahabat-sahabat pemanah di bukit Uhud pun tega menyongsang arahan nabi. Itu lumrah tabiat manusia dalam menyusun organisasi. Tiada yang sempurna.

Namun mem"boo" pemimpin semasa berucap, ia bukan lumrah manusia. Ia bukan kesilapan rutin dalam menyusun ketertiban organisasi. Ia adalah mantera yang dirangka syaitan dan dilemparkan ke kelompak domba untuk diragut lahap.

Bagaimana para dunggu boleh menjadi perwakilan dan membawa suara akar umbi. Kalau demikian, ia tidak menggambarkan kebangkitan generasi kepimpinan masa depan yang berilmu dan beradab. ia tidak menawarkan pilihan yang menenangkan hati buat rakyat. Hati sanubari manusia mudah tersentuh dan benci dengan kejelikan peribadi. Orang lebih sanggup membela serigala yang bersih daripada membela kucing yang kotor cemar.

Hanya orang yang tiada idea besar, tiada gagasan bermakna, tiada hujah sahaja, melawan musuh dengan "boo". Kaum nabi Nuh, apakala sudah tidak larat mem"boo" hujah dakwah nabi Nuh, akhirnya mereka menutup telinga-telinga mereka dengan jemari mereka, bahkan menyerudung kepala mereka dengan pakaian mereka. Itulah penyakit orang yang kehilangan hujah. Kehilangan hujah bermakna kejahilan dan tiada ilmu.

Sahabat-sahabat saya dalam perjuangan, hubaya-hubayalah agar tidak menganut mantera durja itu. Bertertiblah dan jadilah pendengar yang bijak sekalipun terhadap ucapan musuh. Apatah lagi ucapan rakan seperjuagan. Rakyat sedang memerhati. Allah dan malaikat di langit terlebih memerhati gelagat kita yang mendakwa pembela agama Allah.

Kepemimpinan itu mempersendakanmu.

September 12, 2014

Lihatlah bagaiman jawatan sebagai pemimpin itu mempersendakan kamu. Ketika kamu menolak untuk dilantik sebagai pemimpin, para pengikutmu mendesakmu agar sudi menjabatnya. Ketika kamu sudah menerima amanah sebagai pemimpin itu, para pengikutmu mengkritikmu, memperlecehkanmu dan menuntutmu melepskannya. Hinggalah kamu sampai berkata:

" Alangkah baiknya kalau dulu aku tidak menerimanya...".

Demikianlah kepemimpinan itu telah mempersendakan Saidina Othman dan Saidina Ali. Hanya pemimpin yang berjiwa besar akan melepasi liuk lintuk badai makar pengikut durja.

Aku tidak mimpi mendakap kepemimpinan!

Soalan Peperiksaan asyik bocor.

September 10, 2014

Soalan peperiksaan patut dicetak di langit. Kemudian simpan di Luh Mahfuz. Hari peperiksaan, baru bawa turun ke bumi. Mungkin dengan cara itu kejadian soalan bocor dapat dielakkan.

Nampaknya sistem peperiksaan tidak lagi telus pada masa kini. Manusia yang mengendalikannya berbelang. Kejujuran dan amanah makin menipis. Kerana nak kejar kecemerlangan, ada warga pendidikan yang sanggup bermain sulap. Mungkin juga ada pihak yang menangguk di pergentingan untuk dapatkan keuntungan ringgitan yang tidak seberapa.


Kerana itu, sistem yang ada sekarang sudah usang. Peperiksaan yang penuh rahsia itu tidak lagi boleh diharapkan menjadi pengukur prestasi murid.

Mungkin kamahiran meniru dalam peperiksaan perlu diangkat sebagai mekanisma belajar untuk murid-murid. Kalau dihalang meniru pun murid-murid meniru. Justeru, jadikan meniru sebagai sebuah kaedah pembelajaran.

Kepada pihak KPM,mohon difikirkan peperiksaan yang mengizinkan murid-murid membuka "tuwaa" masing-masing. Kemudian pakat-pakat tiru. Anggap itu sebagai latihan kemahiran dan kemahiran meniru jadi pengukur prestasi baru...ceh..

Mohd. Faiz Syahmi

September 5, 2014

 Aku tidak tahu tentang apa yang dikatakan pemuda Melayu bernama Mohd Faiz Syahmi, 23 tahun,  isytihar murtad di laman twitter sehinggalah mendapat jemputan di surau taman yang aku tinggal ke rumahnya. Ada majlis doa selamat. Rupanya kedua orang tuanya berumah di kejiranan yang kuhuni ini sahaja. Kedua-kedua mereka adalah bekas guru. Sungguh trajis mendengar anak menjadi murtad sedangkan ibu bapa bukan kalangan yang longgar agama.



Mereka telah lakukan yang terbaik dalam pendidikan agama buat anak-anak. Dari Sekolah Rendah Lunas Jaya, kemudian melanjutkan pelajaran peringkat menengah di SM Agama Baling dan seterusnya ke KLMU, apa yang dapat kukatakan, bekalan yang diberi sudah cukup untuk menenangkan perasaan ibu bapa tentang keselamatan akidah sang anak.

Tetapi, bayang-bayang hitam kekufuran itu menyelinap bagai sang pencuri di malam hari. Tidak ada rumah yang boleh merasa selamat sekalipun rumah ulama di balik pagar pasentren. Bahana apakah sampai iman generasi kita tidak lagi terjamin?

Aku berbual sendiri dengan ayahnya mengenai musibah yang menimpa anaknya. Menurutnya, lewat terakhir sebelum anaknya itu membuat kenyataan kontroversi itu di lama twitter, anaknya mendapat rawatan jiwa dari doktor dan diberi makan ubat. Maka, bagi para pembaca di luar sana, mengenai kedudukan Mohd Faiz Syahmi ini, masih belum ada kejelasan mengenai status kesedarannya. Jika berdasarkan pengakuan ayahnya yang menyatakan anaknya mungkin mengalami gangguan jiwa dan pernah mendapat rawatan paqkar, beliau tidka harus dicemuh atas kenyataan-kenyataan kufrawiyyahnya,

Semoga Allagh mengembalikannya kepada iman dan memulang permata hati ayah bondanya. Sementara kita semua yang menyaksikan, jangan rasa selamat. Anak, adik, abang dan kakak kita bukan insan-insan yang dijamin terpelihara. Berdoalah untuk kelangsungan iman, dan bermujahadahlah mempertahankannya. 

Semoga Allah memberikan penawar buat keimanan Mohd Faiz Syahmi.

Perobohan Maqam Rasulullah: Berita Semberang Selat

Tersebar berita di pagi buta, kerajaan Arab Saudi sedang merancang untuk memindahkan maqam Rasulullah SAW. Bukan berita dari tanah hijaz, tetapi berita datang dari semberang Selat Inggeris. Pastinya ia sesuatu yang sangat menggugahkan nurani seluruh ummat yang cintakan Rasulullah. Memindahkan maqam baginda adalah satu pencerobohan yang merobek dan mengoyak hati semua pencinta baginda.

Sudah lebih satu alaf Rasulullah disemadikan di tempat di mana baginda melepaskan dunia fana bersatu dengan Rafiqul A'la. Tempat yang merupakan rumah Saidatina A'isyah r.a. Generasi sebelum kita tidak pernah cuba mengubah tempat di mana kubur baginda berada. Berapa banyak orang yang lebih jahat dan lebih kejam menguasai tanah haram sepanjang sejarah, kubur baginda tetap di sana menjadi mercu sejarah dan pautan hati ummat.

Allah memelihara jasad baginda.

Kini, setelah berlalu lebih satu alaf, ada cerita tentang upaya memindahkan kubur baginda Rasulullah. Aneh. Muslihat apa ini?

Adakah Allah sedang amanahkan tanah haram buat kaum yang Dia benci? Jika demikian, ummat sedang berada dalam fasa terburuk sepanjang sejarah. Sedangkan, kita membaca sejarah, ada fasa yang lebih buruk dari yang sedang kita hadapi. Tanah Hijaz pernah digerogoti oleh penguasa zalim penumpah darah. Pernah juga Mongol si penjarah melewatinya. Tetapi, mengapa tidak kita dengar mereka berusaha membongkar kubur Rasulullah SAW?

Kalau pun ada usaha membongkar kubur nabi SAW, ia adalah pakatan sulit oleh kalangan Zindiq yang sering digagalkan. Namun, mendengar kerajaan penguasa tanah Haram menajanya, tidak sekali-kali. Allah yang mencipta tanah Haram dan Allah yang memelihara isinya yang mulia.


Ketika saya safar haji 2008, saya merasa sungguh terharu dengan layanan pemerintah Arab Saudi terhadap para hujjaj. Para hujjaj yang baru sampai dibawa ke Madinatul Hujjaj dan di sana mereka disambut dengan edaran air zam-zam dan buah kurma. Ketika itu , saya terfikir, mampukan kerajaan negara saya Malaysia melakukan hal yang sama jika ditakdirkan seandainya Ka'abah itu berada di Malaysia? Apa yang kerajaan Arab Saudi lakukan untuk menjaga kebajikan para hujjaj adalah sangat besar ertinya. Ia melewati kebajikan yang pernah dibuat oleh Qusai dan juga pemuka Quraisy di zaman sebelum fathu Makkah.

Segala kemudahan yang dibuat hari ini telah memudahkan para hujjaj. Lapangan tawaf yang dibuat bertingkat, tempat sa'ie yang dibuat bertingkat, komplek melontar Jamrah, Mina, Arafah dan banyak lagi perubahan yang meyalahi apa yang ada di zaman Rasulullah telah mempermudahkan para hujjaj. Kita ada pilihan antara dua. Kekal dengan keaslian sejarah masa lalu, atau kita berdepan dengan masalah semasa melaksanakan haji. Kita sudah jenuh mendengar peristiwa tragedi yang menimpa para hujjaj akibat kesasakan melampau. Apakah kerana sayangkan tinggalan sejarah kita menahan diri untuk hidup susah? Rumah kita di kampung, dulu berdinding buluh, beratap nipah. Kini sudah berdinding batu mar-mar dan beratap genting. Kita padamkan warisan sejarah yang tidak perlu dipertahankan demi keselesaan kita. Mengapa kita perlu marah jika kota suci jantung hati kita dibangunkan demi kemudahan kita?

Penulis yang menimbulkan polimik perpindahan kubur nabi SAW itu jugalah yang memainkan isu titik-titik sejarah yang dihilangkan di kota Makkah. Barangkali, baginya rumah Khadijah perlu abadi selamanya. Bukit Safa dan Marwah perlu kekal keasliannya. Jika demikian, Masjidil Haram juga perlu sebagaimana asalnya. Penambahan dan peluasan adalah merobek keaslian sejarah. Apa jadi jika kejumudan ini dibiar mendominasi?

Kita seharusnya berterimakasih kerana yang menguasai Arab Saudi itu bukan kelompok seperti yang sedang merajai tanah Syam, Iraq dan Iran. Mereka sedang mencemburui dan mengintai peluang. Bayangkan seandainya Syiah pencaci sahabat itu bertempat sebagai penjaga Haramain. Apakah selamat kubur Abu Bakar dan Umar? Selamatkah tanah perkuburan Baqi' sebagaimana hari ini? Apa guna jika kubur Rasulullah dibangunkan "adhrihah" mencakar langit dan bertatah emas sekalipun jika kubur para sahabat yang lain dibongkar dan dibakar menjadi debu?

Kerajaan Arab Saudi sering dilihat sebagai sebuah lambang kewahabian. Tidak semua yang datang dari Arab Saudi itu wahabi. Dan tidak semua yang didendangkan oleh kelompok wahabi itu menyalahi jalan ahli sunnah. Demikian pula, tidak semua yang kita amalkan di Nusantara kita ini mengikut galur Ahli Sunnah.

Tempat kita jauh beribu batu dari "masdar" wahyu. Bi'ah kita juga berbaur gelap warisan Sriwijaya dan Majapahit. Bagaimana kita boleh membanggakan diri lebih dari warga yang menempati dua kota suci?

Berita ancaman terhadap maqam Rasulullah perlu dicermati. Daripada sumber mana ia datang? Kelompok alawi sudah lama membuat makar di dada sejarah. Nama baik alawi telah direbut dan dimahkotakan di kepala-kepala rafidhah yang bergentayang di pelusuk dunia. Jangan kita termakan racun yang ditembak jauh beribu batu dari tanah Sang Ratu.