Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

10 Juzuk Al-Quran tersembunyi

February 27, 2009


Seorang teman bercerita kepadaku kisah masyarakat dan keagamaan segelintir penduduk di beberapa kawasan di Sabah;
"Mereka mendakwa ada lagi 10 juzuk Al-Quran yang tidak didedahkan kepada orang ramai...".
Dia bercerita mengenai apa yang didengarnya dari seorang yang berhijrah dari Selatan Filipina dan kini menetap di Sabah.
Aku mendengar dengan ta'jub. Kisah Al-Quran disembunyikan ini seperti kepercayaan sebahagian Syiah juga.
" Al-Quran 10 juzuk itu mengandungi ilmu-ilmu rahsia yang tidak diketahui oleh orang biasa, seperti ilmu kebatinan, ilmu perbomohan, ilmu isim dan sebagainya...", teman itu mendedahkan kepadaku hasil perbualannya dengan warga tersebut beberapa tahun lampau.
Teman itu bercerita mengenai logiknya kepada warga itu. Ketika ditanya apakah warga itu pandai membaca Al-Quran yang 30 juzuk tersebut, mereka menggelengkan kepala. Justeru katanya, habiskan bacaan yang 30 juzuk dan fahaminya, baru dapatkan yang 10 juzuk lain itu.
Ternyata mainan syaitan ke atas anak Adam amat dasyat sekali. Jalan benar disimpangsiurkan sehingga manusia yang mencari-cari kebenaran tak menemui kebenaran tersebut. Akhirnya mereka sesat dalam dunia sedangkan mereka menyangka mereka mendapat petunjuk.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi, Ayat 103-104:
Katakanlah: "Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?" Yaitu orang-orang yang Telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

BERZIKIR SAMBIL BERDIRI, MELOMPAT DAN MENARI...


Dalam sebuah liqa', aku melontarkan satu pertanyaan:
"Apakah sandaran bagi amalan sesetengah tariqat yang mengadakan majlis zikir sambil berdiri dan kemudian melompat-lompat, apakah ia ada dalam Al-Quran maupun hadis?".
Rujuk contoh:





Tariqat alawiya

Tariqat Naqsyabandi



Syeikh muda itu menyebutkan sebuah firman Allah swt dari surah Ali Imran ayat 191:


الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ


وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya:
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Katanya, dari ayat tersebut jelas Allah menyebutkan bahawa zikir itu boleh dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Justeru, tidak menjadi kesalahan kalau berzikir sambil berdiri dan melompat sebagaimana yang dipraktiskan oleh sesetengah golongan tariqat.
 
Jawapan Syeikh tersebut tidak meyakinkan aku. Aku menyemak sebuah kitab tafsir untuk mengetahui maksud ayat tersebut iaitu Tafsir Al-Qurtubi.

Apa yang dimaksudkan berdiri, duduk dan berbaring menurut Tafsir Al-Qurtubi ialah:

"Mengingati Allah dalam keadaan berdiri ketika solat, dalam keadaan duduk ketika solat dan bukan solat, dalam keadaan berbaring ketika tidur".

Keadaan zikir berdiri, duduk dan berbaring dalam tafsir Al-Qurtubi tidak ditafsirkan selain daripada tiga keadaan tersebut. Zikir sambil berdiri adalah merujuk kepada qiam dalam solat. Zikir sambil duduk boleh difahami dalam keadaan tasyahud solat dan boleh juga duduk di luar solat.

Jadi, jelas daripada tafsir ulama-ulama tafsir bahawa makna zikir dalam ayat tersebut merujuk kepada solat sama ada berdiri atau duduk.

Selain daripada itu, zikir pula dilakukan dalam keadaan sebagaimana yang dimaksudkan menerusi firman Allah SWT dalam surah Al-'Araf, Ayat 55:

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas".

Doa adalah termasuk dalam makna zikir.

Sabda Rasululullah SAW:

صل قائما فإن لم تستطع فقاعدا فإن لم تستطع فعلى جنبك

"Solatlah dalam keadaan berdiri, jika tidak mampun solatlah dalam keadaan duduk, jika tidak mampu, solatlah di atas lambungmu (mengiring)".
(Bukhari dan Muslim)
 
Mentafsirkan ayat itu sebagai menyokong kewajaran zikir sambil berdiri, hatta melompat dan menari sebagaimana kelakuan beberapa golongan tariqat, adalah menyimpang dari tafsir yang ma'sur.

Nampaknya, mereka yang menamakan diri mereka golongan sufi mempunyai cara tersendiri dalam mentafsirkan ayat Al-Quran. Tidak merujuk kepada tafsir muktabar tetapi menggunakan pendekatan tafsir kesufian.

Benarkah Matahari Mengelilingi Bumi?

February 25, 2009

Dalam Al-Quran surah Yasin: Ayat 38:

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

"Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui".





Perbincangan dalam Daurah Al-Quran di Masjid Fajar malam kerlmarin menyentuh isu dakwaan dalam sebuah buku bertajuk "Matahari Mengelilingi Bumi: Sebuah Kepastian al-Qur'an dan as-Sunnah" yang ditulis oleh Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu Yusuf.Ia ditimbulkan oleh seorang ahli daurah dalam konteks  memahami konsep bahawa al-Quran dan sains adalah tidak bertentangan. Ini kerana, Sains sejauh ini telah  menyimpulkan bahawa bumi dan sebilangan planet dalam sistem suria mengelilingi matahari. Menurut perbahasan dalam buku tersebut, keadaan adalah sebaliknya. Matahari dikatakan mengelilingi bumi dan perkara itu dibuktikan dengan Al-Quran dan as-Sunnah.

Aku pernah membaca buku itu lama dahulu sewaktu masih belajar di universiti. Buku itu aku terjumpa dalam surau asrama dan membaca sepintas lalu, aku kebingungan kerana penulisnya begitu keras dalam menegakkan hujjah bahawa matahari mengelilingi bumi. Menurutnya, sesiapa yang mempercayai teori sains moden yang mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari, dia telah membelakang fakta dari Al-Quran dan As-Sunnah. Sesiapa yang menolak fakta Al-Quran dan As-Sunnah, dia adalah dari kalangan orang kafir.

Namun, setelah lama masa berlalu, kini aku memahami sedikit pokok persoalan isu ini. Meneliti beberapa hujjah ayat yang ditampilkan oleh penulis untuk menegakkan pendapatnya bahawa matahari yang mengelilingi bumi, ternyata ia tidak cukup kuat. Misalnya ayat 38 dari surah Yasin di atas, dikatakan sebagai dalil bahawa matahari yang beredar mengelilingi bumi dan bukan bumi yang beredar mengelilingi matahari.

Jika kita teliti ayat tersebut, tidak dinyatakan secara jelas bahawa matahari mengelilingi bummi. Ia hanya menyebut bahawa matahari berjalan di tempat peredarannya. Tempat peredarannya tidak dinyatakan mengelilingi bumi. Sains moden juga memperakui bahawa matahari beredar bersama segala planet di atas orbitnya.

Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin juga berhujjah mengatakan bahawa nas Al-Quran maupun Al-hadis menyebutkan yang beredar adalah matahari dan bukannya bumi. Oleh itu mataharilah yang mengelilingi bumi dan bukannya matahari. Hal ini disebutkan dalam Majmu Fatawa Arkanul Islam.

Aku faham begini:

Bumi adalah salah satu dari 11 planet yang mengelilingi matahari di orbit masing-masing (Sains moden hanya mengesahkan 9 planet dan telah menemui planet ke-10. Planet dalam sistem suria ada 11 berdasarkan surah Yusuf, ayat 4). Teori bahawa bumi dan planet-planet lain mengelilingi matahari adalah  penemuan ilmiah yang tidak dinafikan secara jelas oleh mana-mana ayat al-Quran. Justeru, tidak salah mempercayai teori ilmiah sebegini.

Menurut sains moden, sistem suria adalah salah satu daripada berjuta-juta sistem yang terdapat dalam Bima Sakti. Sistem Suria dan berjuta-juta sistem lain tersebut beredar mengelilingi satu pusat graviti yang sangat kuat dinamakan "Black Hole".Pengetahuan manusia tentang black holeh masih terbatas dan kajian  masih diteruskan.





Black Hole


Jika demikian, apa yang bersalahannya Al-Quran dengan pengetahuan manusia yang dirumuskan dalam teori sains masa kini?  Sememangnya matahari ada "mustaqar'nya dan kita boleh mengatakan mungkin 'mustaqar "tersebut adalah mengelilngi black hole.

Kesimpulan yang boleh aku buat dalam daurah itu adalah dengan mengatakan bahawa Al-Quran tidak sekali-kali bertentangan dengan akal manusia. Cuma akal manusia yang selalu bertentangan dengan  Al-Quran. Jika akal itu bertentangan dengan Al-Quran, yang silap dan salah bukan al-Quran, tapi akallah yang silap dan salah.

Matahari tidak boleh dikatakan mengelilingi bumi. Aku menerima teori bahawa bumi mengelilingi matahari dan matahari pula beserta dengan segala planet dalam sistemnya beredar mengelilingi satu pusat yang lain. Black hole adalah teorinya setakat ini.

Semua benda dalam alam ini beredar. dari benda sebesar-besarnya hinggalah benda sekecil nukleus.

Safar haji: Dalam jutaan manusia, aku betemu Muhairizal

Sudah lama...lebih lima tahun tidak bertemu dengan seorang sahabat lama dari Maktab Perguruan Kent. Ustaz Muhairizal. Dalam kebetulan yang tak disangka-sangka, satu hari ketika bersesak-sesak mencari ruang untuk solat Maghrib di Masjidil Haram, aku bertemu Muhairizal.
Sungguh ajaib takdir Allah swt. Dalam jutaan manusia, aku bertemu Muhairizal yang lebih lima tahun kehilangan khabar berita daripadaku. Menurutnya, dia datang ke Mekah membawa ayahnya. Seperti aku membawa ibuku.
Bercerita dengannya, dia mengkhabarkan perkembangannya. Dia sudah beranak tiga dan kini bertugas di Sk. Seremban Jaya.
Aku catatkan hal ini kerana kagum dengan takdir Allah swt. Allah yang mempertemukan manusia dan memisahkan manusia.
Para sahabat yang berkasih sayang...perlu sedar bahawa Allah yang mempertemukan mereka dan sampai saat, Allah juga akan memisahkan.
Para suami isteri yang diikatkan dengan akad perkahwinan...perlu insaf bahawa Allah yang menjodohkan mereka dan sampai saat, Allah akan memisahkan...sama ada di dunia atau dengan kematian.
Semua yang sedang bertemu...akan sampai saatnya berpisah. Semuanya disusun oleh takdir Allah yang maha esa. Jika kita memahami makna sebuah takdir sekecil ini, kita akan memahami beberapa takdir lain yang lebih besar. Lantas, kita akan meredhai semua takdir Allah tersebut.
Kita akan menjadi orang beriman yang dikagumi oleh Allah dan Rasulnya sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadisnya:
عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير ، وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن ؛ إن أصابته سرّاء شكر ؛ فكان خيراً له ، وإن أصابته ضرّاء صبر ؛ فكان خيراً له
"Sungguh ajaib melihat keadaan seorang yang beriman, semua keadaan adalah baik baginya. Tiadalah keadaan ini ada pada orang lain melainkan ada pada orang beriman sahaja. Jika dia dikurniakan kesenangan, dia bersyukur. Keadaan itu menjadi baik untuknya. Jika dia ditimpa musibah, dia bersabar. Keadaan itu pun baik baginya".
(Hadis Riwayat Muslim)

Safar haji: Paklong Solah dari Kuala Kedah

February 22, 2009

Tanggal 16 Disember 2008, pulang dari solat Subuh di Masjidil Haram, aku bersarapan pagi di kantin hotel Sevilla. Duduk di sebuah meja, aku berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Paklong Solah. Orangnya sudah kelihatan agak berumur.namun bicaranya bukan sebagaimana orang kebanyakan. Ada kematangan dan keluasan pengetahuan. Cara pemikiran pula bukan seperti angkatan agamawan tradisonal.
"Anta tahu...Islam yang berada di tangan ulama-ulama pondok tidak berkembang dalam mesyarakat. Mereka hanya membina kelompok terpencil yang ghairah menuntut ilmu dalam koloni pondok mereka...Islam hanya tersebar bila gerakan Islam memainkan peranan dalam masyarakat. Sistem dan cara hidup Islam mula tersebar dalam masyarakat bila golongan yang terdidik dengan kesedaran gerakan Islam semakin ramai dalam masyarakat..para wanita ramai bertudung, sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan...pemikiran politik Islam mula dihayati...", Paklong Solah mengulas isu sosial dengan penuh kritis menyebabkan aku menilainya sebagai kalangan bukan sembarangan.
Paklong Solah dari Kuala Kedah
"Anta kenal ustaz Nasir Zakaria?", Paklong Solah bertanya kepadaku setelah mengetahui aku berasal dari daerah Padang Terap.
"Kenal...dia berasal dari kampung yang tak jauh dari kampung ana", jawabku.
Ustaz Nasir Zakaria adalah Ahli Parlimen bagi Padang Terap. Dia berasal dari Kampung Masjid, tidak jauh dari kampungku. Cuma selang 2 buah kampung. Di Universiti Malaya dahulu dia adalah junior kepadaku. Dalam masa-masa tertentu, aku sering bersua dengannya di rumah bapa mentuaku. Sila Klik Ustaz Nasir Zakaria untuk ke laman webnya.
Aku bersama bapa mentuaku sebelum keberangkatan ke Tanah Suci
Dia selalu bertandang ke rumah bapa mentuaku sebelum dimasyhurkan sebagai calon ahli parlimen bagi Padang Terap dalam pilihanraya umum tahun 2008. Waktu itu, aku telah menduga bahawa ustaz Nasir mempunyai urusan dengan bapa mentuaku dalam hal berkaitan calon pilhanraya umum. Ini kerana bapa mentuaku itu adalah orang kuat parti PAS di daerah Padang Terap. Dia adalah timbalan yang dipertua Pas Kawasan Padang Terap. Namun, ramai mengatakan dia adalah perancang sebenar semua gerak kerja parti di Padang Terap.
"Pak Long kenal dengan Pak ya Saud?", aku melontarkan soalan kepada Paklong Solah.
"Mengapa tak kenal pula ...kami selalu makan bersama lepas ceramah atau mesyuarat di Kuala Kedah", jawab Paklong Solah.
"Dia adalah bapa mentua saya...", aku meberitahu Pak Long Solah.
Dia agak terkejut dengan kebetulan itu.
"Anta patut terjun dalam politik dan serius mendokong perjuangan ayahmu...", Paklong Solah memeberi nasihat kepadaku.
"Ana sebenarnya kurang berminat untuk serius dalam politik...",balasku berbasa basi.
"Tidak! anta kena bersiap dari sekarang...perjuangan Pak Ya perlu diteruskan...", tukas Paklong Solah.
Saat sudah balik ke Malaysia, aku bertanya ayah mentuaku tentang Paklong Solah.Mereka memang kenal rapat dan menurut ayah mentuaku, Paklong Solah pernah ditahan di bawah ISA.

Safar Haji: Habibur Rahman

Hari ini tanggal 7 Disember 2008. Aku berwukuf di Arafah bersama jutaan umat Islam seluruh dunia yang sedang melaksanakan ibadah haji. Aku bersama sekitar 2000 jema'ah haji Malaysia yang lain dalam kawasan khemah Maktab 76. Terdapat beberapa khemah lagi yang menempatkan jema'ah haji dari Malaysia seperti khemah Maktab 74,75 dan 78.Aku tidak hafal berapa banyak maktab yang melibatkan jema'ah haji Malaysia.

Sejak senja kelmarin iaitu 8 Zulhijjah, aku telahpun berada di Arafah. Keadaan di Arafah pada malam hari sangat sejuk. Cuaca sejuk itu berterusan dan semakin menggigit hingga ke pagi. Menjelang duha, keadaan semakin panas pula. Sementara menunggu matahari gelincir untuk dikira sebagai waktu bermulanya wuquf, aku lebih banyak menghabiskan masa dalam khemah.
Berbagai ragam para jema'ah haji. Ada yang tidur, bersembang, membaca quran, berzikir, berdoa dan sebagainya. Aku melakukan beberapa daripada aktiviti itu kecuali tidur. Mana mungkin tidur dalam saat dan kesempatan berharga di Arafah di mana terdapat saat mustajab berdoa.
Sebelah petang, cuaca panas sekali. Berada dalam khemah tidaklah selesa. Aku keluar berjalan-jalan keluar dari kawasan maktab 76. Aku menyusur jalan di depan khemah-khemah maktab jema'ah haji Malaysia. Aku bertemu sekumpulan Jema'ah haji dari Pakistan. Mereka sedang duduk di kaki lima jalan berteduh di balik teduhan dinding dan bayangan pokok.
Kelihatan mereka kumpulan orang-orang yang terpancar kesolehan di wajah mereka.
"Assalamu'alaikum...", aku melontarkan salam mesra menunjukkan semangat persaudaraan Islam.
"Wa'alaikumussalam...", mereka menjawab serentak
"Apa khabar kamu semua?", aku bertanya dalam bahasa Arab .
"Alhamdulillah...", jawab salah seorang daripada mereka dan kemudiannya bertanyaku dengan nada mesra, "mahu ke mana saudaraku?'.
"Saya berjalan-jalan...melihat gunung ganang dan merenung kebesaran Allah...di hari yang amat besar ini", balasku agak bersastera sambil tersenyum kepadanya sambil memberi isyarat tangan ke arah gunung berbatu di sebelah barat Arafah.
"Saudaraku dari Malaysia?", dia menduga.
"Ya...dan saudaraku ini dari mana pula?", aku pula bertanya ingin tahu.
" Pakistan",jawabnya.
Kami berbual-bual berbagai perkara. Dari hal ehwal latar belakang diri masing-masing kepada persoalan haji dan kesalahan-kesalahan haji yang diamalkan sebahagian jema'ah. Kami berbual mengenai ulama-ulama silam. Hanya seorang yang rajin bercakap. Namanya Habibur Rahman. Dia pengkagum Bin Baz yang dikatakannnya sebagai ulama besar yang menjadi gunung ilmu bagi ramai ulama lain sezaman dan sesudahnya.
Dia bertanya kenapa wanita Malaysia tidak berpurdah sedangkan purdah adalah wajib.
Aku sekadar mengatakan bahawa kami berpegang pendapat yang mengatakan bahawa muka dan tapak tangan wanita muslimah bukan aurat. Habibur Rahman amat tidak senang dengan sudut pandangan itu. Dia mengemukakan beberapa hujah. Aku kekurangan dalil dalam dhabitku untuk dihujjahkan kepada pemuda seperti Habibur Rahman. Aku hanya mendengar tanpa banyak respons.
Habibur Rahman memberitahuku bahawa dia dan kawan-kawannya itu baru tiba kelmarin dari Riyadh. Mereka tinggal di sana dan mengusahakan sebuah sekolah tahfiz Al-Quran di sana.
"Datang dengan isteri?", Habibur Rahman bertanya.
"Tidak, dengan ibu, isteri tinggal di Malaysia...",jawabku.
"Oh...anak yang baik, sudah punya anak?",tanya Habibur Rahman lagi.
"Sudah...satu...anak perempuan", aku memberitahu.
"Apa namanya", tanya Habibur Rahman.
"Zamila Salsabila", balasku.
"Masya Allah...nama yang cantik...kebiasaan para ulama memberikan nama yang mempunyai sebutan dan makna yang balighah pada anak-anak", Habibur Rahman memuji. Dia menggunakan istilah"da'bul ulama" untuk membawa maksud perkataan kebiasaan para ulama tersebut.
"Apakah bagimu juga ada anak?", aku pula bertanya kepada Habibur Rahman.
Aku mengesan ada bayang kemurungan di wajahnya walaupun dia menutupnya dengan senyuman.
"Tiada...belum dikurniakan razeki", jawab Habibur Rahman.
"Berapa tahun sudah berkawin?", soalku.
"5 tahun", balasnya.
Aku membacakan ayat Al-Quran kepadanya:
رَبِّ لا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
"Semoga Allah berikan anda cahaya mata...".lanjutku.
"Kita bukanlah dari kalangan orang yang berputus asa..." Habibur Rahman menjawab dengan waqar di hati.

Untuk apa sebuah pertanyaan?


Pepatah Melayu ada menyebutkan:
'Malu bertanya sesat jalan'.

Sememangnya kita digalakkan untuk bertanya. Al-Quran sendiri memerintahkan agar kita bertanya kepada orang yang berilmu jika kita tidak ada ilmu mengenai apa yang kita tanya. Firman Allah SWT:
فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
"Maka tanyalah orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui".
(Surah An-Nahlu:Ayat 43)
Namun, perlu diingat bahawa jangan suka bertanya. Suka bertanya tanpa tujuan untuk mendapatkan ilmu adalah sikap kaum Yahudi.
Mereka banyak bertanya kepada nabi Musa A.S apabila diperintahkan kepada mereka agar menyembelih seekor lembu. Tugas yang asalnya mudah, menjadi sukar lantaran pertanyaan yang tak perlu, dilontarkan kepada nabi Musa. Nabi Musa sendiri diuji dengan jangan bertanya ketika pengembaraannya bersama nabi Khaidir. Nabi Musa gagal menahan hatinya, lalu bertanya sedangkan yang ditanya tidak suka ditanya.Mereka berpisah setelah nabi Musa bertanya soalan ketiga. Walaupun jawapan diberikan pada kesudahannya, pengajarannya, bertanya tidak selalunya bagus. 
Allah melarang perbuatan suka bertanya tanpa tujuan mencari ilmu atau banyak bertanya tetapi tidak berniat mengamalkan apa yang ditanya.
Bertanya soalan untuk menguji orang yang ditanya juga tidak digalakkan jika tidak ada sebab.
Bertanya agar orang yang ditanya malu kerana tidak dapat menjawab, juga pertanyaan yang dicela.
Bertanya soalan yang kita sudah tahu orang yang ditanya tidak suka menjawabnya, seharusnya kita elakkan dan jauhi, kerana ia menyakiti. Seorang muslim adalah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah dalam hadisnya:
‏ ‏المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده
"Orang Islam ialah mereka yang selamat lidahnya dan tangannya daripada menyakiti orang Islam yang lain".
(Riwayat Bukhari)
Renunglah apa yang Allah firman dalam surah Sad: Ayat 6
يا أيها الذين آمنوا لا تسألوا عن أشياء إن تبد لكم تسؤكم وإن تسألوا عنها حين ينزل القرآن تبد لكم عفا الله عنها والله غفور حليم
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Quran itu diturunkan, niscaya akan diterangkan kepadamu, Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."
(Surah Al-Maidah: Ayat101)
Isu pertanyaan ini ditimbulkan berkaitan dengan lontaran pertanyaan yang ditujukan kepada penceramah-penceramah yang berceramah di atas pentas yang tidak mengizinkannya menjawab soalan yang ditanya sebagaimana yang dikehendaki oleh yang bertanya. Pertanyaan yang yang sebegini tidak perlu dan perlu dielakkan berdasarkan beberapa sebab:

  • Ia akan menggasak penceramah ke satu sudut yang sukar untuknya menjawab dalam keterpaksaan memilih jawapan terbaik dalam kondisi audiens yang pelbagai.

  • Ia bukan bertujuan mencari ilmu tetapi mencuba sikap dan pemikiran penceramah.

  • Ia akan menimbulkan fitnah dengan kesan tanggapan negatif kepada penceramah.
Kesimpulannya, kita perlulah berhati-hati dalam bertanya. Sebelum bertanya, tanyalah diri dahulu, 'tujuan apakah aku bertanya? Apakah pertanyaanku ini boleh menyelesaikan masalah? Apakah ia tidak menimbulkan polimik yang membazirkan masa dan tenaga? Apakah ia tidak menyakiti yang ditanya? Apakah kita benar-benar bebas daripada riak dalam pertanyaan?'
Jika pertanyaan itu terbit dari hati yang bersih, tanyalah. Tetapi jika ia terbit daripada hati yang curiga dan berniat buruk, tinggalkan. Dunia akan berubah dengan bekerja  dan beramal tetapi tidak akan berubah dengan banyak bertanya.

Safar Haji:Pak Mardi, Antara Tariqat dan Salafi

February 21, 2009


Aku berkenalan dengan seorang lelaki dalam lingkungan 50-an dari Indonesia. Namanya Pak Mardi. Penampilannya, seperti kebanyakan pak kyai dari Indonesia, bersongkok dengan kain serban melilit leher.
"Mana lebih anda cenderung...pengamalan Islam secara tariqat atau Salafi?", Pak Mardi melontarkan persoalan itu kepadaku.
"Kalau saya, saya memilih salafi...",ujarku menjawab lontaran soalan Pak Mardi."Kalau Pak Mardi sendiri bagaimana?", aku seterusnya bertanya pula kepada Pak Mardi.
"Yah...kalau saya lebih cenderung kepada Tariqat...dalam ertikata lain meneruskan pengamalan yang bersifat tradisi seperti tahlil, talqin dan seumpamanya...", Pak Mardi mengemukakan jalan fikirannya.
"Kenapa memilih pengamalan agama sebegitu...?"seterusnya aku bertanya.
"Dengan cara itu kita bisa membersihkan hati... ",jawab Pak Mardi."Anda pula kenapa memilih pengamalan secara salafi...",dia seterusnya melontarkan pertanyaan.
"Itu lebih meyakinkan, tanpa simpang siur, merujuk generasi awal Islam sebagai teladan...",ujarku mengenai kewajaran jalan fikirku.

*****
"Anda kira apa yang dinamakan Masjidil Haram itu?"Pak Mardi bertanyaku.
"Pada saya, semua bangunan yang namanya masjid, ia Masjidil Haram...", aku menjawab menurut keyakinanku.
"Bererti di mana-mana solat dalamnya mendapat kelebihan 100 ribu kali darjat?",soal Pak Mardi.
"Ya, begitulah...", balasku.
"Saya berpendadapat yang namanya Masjidl Haram dan berhak diganjari 100 ribu darjat solat dalamnnya itu ialah bangunan asas yang dibina pada zaman Rasulullah dahulu...demikian juga Nasjid Nabawi....persis 30 meter dari Ka'abah kalau masjid ini...", Pak Mardi menyatakan pandangannya.
"Terusterang saya tidak bersetuju dengan jalan fikir Pak Mardi, kalau begitulah, nas difahami secara statik...padahal manusia bertambah...masjid makin luas...sekiranya masjid ini diluas hingga ke hotel tempat tinggal kita, ia menjadi Masjidil Haram dan solat di dalamnya diganjari 100 ribu kali lipat berbanding masjid lain...", aku menegaskan pandanganku pula.
Demikianlah sebuah anekdot perkenalan ringkas antara aku dan Pak Mardi. Dua jalan fikir yang berbeza antara dua negara serumpun. Namun, kami saling bertasamuh meraikan perbezaan jalan fikir tersebut. Terima kasih Pak Mardi.

Sedutan Khutbah Jumu'at-Khurafat bulan Safar

February 20, 2009

Prolog
"Siapa yang sudah mandi tolak bala?",aku bertanya muridku.
"Saya sudah ustaz...", seorang murid lelaki pantas menjawab.
"Di mana kamu mandi?", aku bertanya kepadanya.
"Di Lot, ustaz...", ujarnya.
"Siapa mandikan...", soalku lagi.
"Imam di sanalah",balasnya.
Hari ini adalah tanggal 24 Safar 1430. Bagi sesetengah masyarakat Islam, bulan Safar adalah bulan bala bencana. Hari Rabu minggu terakhir bulan Safar adalah kemuncak penurunan bala tersebut. Pertanyaan sepotan aku ke atas muridku seperti di atas mencungkil amalan pusaka nenek moyang tersebut masih diamalkan oleh masyarakat Islam di sana sini. Ia diterajui oleh pemuka agama. 
Justeru, pada hari ini aku mengambil kesempatan mengemukakan isu khurafat bulan Safar ini dalam khutbah Jumaat di Masjid Kg. Sibugal Besar.
Berikut adalah sedutan isi khutbah yang aku sampaikan pada hari ini:
Kaum muslimin Jema’ah Juma’at yang dirahmati Allah.
Bertakwalah kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Kemudian berserahlah kepada Allah dalam kehidupan dunia maupun kehidupan akhirat, jika benar-benar kamu orang beriman.
Kaum muslimin rahimakumullah…
Sekarang ini kita berada di penghujung bulan kedua dalam kalender Islam iaitu bulan Safar. Mimbar Jumuat pada hari ini ingin mengingatkan kepada sidang Jumu’at sekalian mengenai kepercayaan khurafat yang pernah dan sedang menguasai pemikiran beberapa kalangan orang Islam berkaitan bulan Safar.
Bagi sesetengah masyarakat Islam, terutama yang tinggal jauh di pedalaman, khususnya di daerah kepulauan, bulan Safar dipercayai sebagai bulan yang penuh dengan bala bencana dan musibah. Bulan Safar dianggap sebagai bulan yang mengandungi sial.
Justeru, beberapa amalan dilakukan untuk membuang sial dan menolak bala bencana tersebut. Menjadi kewajipan kita untuk membersihkan masyarakat kita daripada segala bentuk amalan yang tidak berasas dan menyimpang daripada petunjuk baginda Rasulullah SAW ini:
Dalam sebuah hadis, baginda telah bersabda:
لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَةَ وَلَا هَامَةَ وَلَا صَفَرَ

وَفِرَّ مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسَدِ
Maksudnya:
“Tiada jangkitan penyakit, tiada sial pada sesuatu, tiada petanda buruk pada bunyi burung hantu,tiada bala bencana kerana bulan Safar. Dan larilah daripada penyakit kusta sebagaimana kamu lari daripada singa”.
Sidang Jumu’at sekalian…
Terdapat beberapa kepercayaan dan amalan karut dan khurafat yang perlu diwaspadai berhubung dengan bulan Safar ini. Kepercayaan dan amalan ini adalah rekaan yang tidak pernah thabit dalam Hadis maupun Al-Quran. Di antara kepercayaan dan amalan tersebut adalah:
1. Mandi Safar (mandi tolak bala) iaitu dengan cara mandi beramai-ramai sama ada di pantai atau sungai. Dalam upacara mandi ini diselitkan upacara membuang bala dan sial. Ia juga bagi menghapuskan dosa.
2. Melarang mengadakan majlis perkahwinan atau pertunangan, kononnya jika dilakukan akan mendatangkan musibah, perkahwinan tidak kekal, tidak mendapat zuriat dan sering bergaduh serta tidak menemui kebahagiaan.
3. Melarang bermusafir atau berpergian jauh pada bulan safar dengan kepercyaan bahawa akan menemui musibah dalam perjalanan jika dilanggari.
4. Menganggap bahawa hari Rabu minggu terakhir bulan Safar sebagai kemucak penurunan bala. Oleh itu upacara menolak bala dilakukan pada hari tersebut dengan mandi tolak bala, menghadiahkan kepada diri sendiri dan keluarga bacaan syahadah (3kali), Istighfar (300 kali), Ayatul Kursiy (7 kali) dan surah Al-Fil (7kali). Hari itu juga dilarang keluar rumah.
5. Membaca jampi serapah tertentu sepanjang bulan Safar.
6. Menjamu makanan kepada makhluk halus yang dikatakan penyebab kepada sesuatu musibah.
7. Mengaggap bahawa bayi yang lahir pada bulan Safar bernasib malang dan untuk mengelak nasib malang tersebut, perlu dijalani upacara timbangan buat membuang nasib buruk. Alat-alat seperti penumbuk padi, kain putih, sebekas air, seikat kayu, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda digunakan semasa upacara timbangan.
8. Mempercayai bahawa dalam perut manusia ada ‘al-hayyah’(ular) yang boleh mendatangkan musibah ketika lapar.
9. Menganggap bahawa bulan Safar adalah bulan sunnah dan mendakwa nabi menamakannya Safar Al-Khair.
10. Mempercayai bahawa Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia pada bulan Safar.
11. Mendakwa bahawa banyak kaum terdahulu dibinasakan Allah pada bulan Safar dan kerana itu safar adalah bulan bencana.
12. Mengamalkan membaca syahadah (3kali) dan Astaghfirullah (300 kali) dengan anggapan sebagai pelindung bala pada bulang Safar.
13. Memberi Sedekah setiap hari pada bulan Safar untuk Allah swt dengan niat menghindari musibah.
14. Membuat korban pada hari ke-27 daripada bulan Safar untuk Allah swt sebagai cara mengelakkan diri daripada ditimpa musibah.
15. Membaca surah Al-Fil (7kali) dan Ayatul Kursi (7 kali) setiap hari di bulan Safar untuk menolak bala bencana.
16. Mendakwa ada 70,000 bala akan turun ke dunia dan mandi Safar boleh mengelakkan daripada terkena bala tersebut.
Fatwa mengharamkan amalan khurafat berkaitan bulan Safar ini telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah 18 Januari 2001. Seharusnya ia menjadi ingatan dan pedoman kepada kita semua agar membanteras amalan ini tanpa kompromi.
Sidang Jumu’at Sekalian
Sesungguhnya Allah tidak menetapkan bahawa sesuatu hari ataupun bulan tertentu untuk mendatangkan bala atau musibah. Ini bererti, bulan Safar seperti juga bulan-bulan yang lain. Ia tidak dikhususkan dengan kedatangan bala dan musibah. Segala bala dan musibah datang bukan kerana bulan Safar tetapi kerana telah ditakdirkan oleh Allah swt sebagaimana kenyataan yang ditegaskan oleh Allah dalam Al-Quran.
Firman Allah:
قل لن يصيبنا الا ما كتب الله لنا هو مولانا وعلى الله فليتوكل المومنون
Maksudnya:
Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah pelindung kami, dan Hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal."
(Surah At-Taubah: Ayat 51

Safar Haji: Pemuda Penjaga Kubur Ma'la

Hari ini tanggal 4 November 2008. Sepulang dari solat subuh, aku merasa bosan untuk berkurung di bilik hotel. Beberapa hari aku banyak banyak menghabiskan masa di kamar hotel saban kali pulang dari solat waktu di Masjidil Haram. Cuaca panas dan kesihatan yang tak memberangsangkan membuatkan aku jarang keluar kecuali untuk mengejar waktu-waktu solat di masjid.
Hari ini, bosan sekali menghabiskan masa pagi hari dengan berada di bilik hotel atau sekadar di lobinya. Aku mengambil keputusan untuk membawa kaki menyusur sekitar kota Mekah. Aku ingin sekali pergi ke kawasan perkuburan Ma'la kerana beberapa lepas aku bertemu dengan seorang pemuda Indonesia yang bekerja di sebuah kedai buku di satu lorong jalan kota Mekah. Dalam pertemuan tersebut dia memberitahuku bahawa kalau mahu membeli kitab-kitab yang murah harganya, serendah 5 Riyal, ada sebuah kedai buku di kawasan yang tidak jauh dari perkuburan Ma'la. Katanya, kitab-kitab berkulit keras, tebal dan karya ulama terkenal, dijual dengan harga yang murah.
Itulah antara tarikan utama aku menyusur kaki mencari perkuburan Ma'la. Aku tidak tahu ke mana arahnya Ma'la. Sekadar menduga ke sana sini, aku mengikut gerak hatiku.
"Kam Ujrah ila Maqbiratil Ma'la...", aku bertanya kepada sebuah teksi yang berhenti di tepi jalan.
"'Isyrin....", balasnya.
Aku tidak jadi naik teksi. Setahuku, dari cerita-cerita yang aku dengar, perkuburan Ma'la bukan jauh sangat. Pemandu teksi itu meminta 20 riyal. Itu tambang yang sangat mahal. Memang pemandu teksi di Mekah amat menghisap darah di musim haji. Mereka berhabis-habisan mengaut keuntungan di musim haji. Aku pernah bertanya kepada seorang pemuda yang membawa teksi sewaktu aku dan ibu menaiki teksinya dengan jema'ah haji lain menuju Tan'im buat berniat Umrah, berapa hasilnya semusim haji. Kata pemuda itu, biasanya 10 ribu riyal.
Aku menyusur di celah bangunan tinggi mencari perkuburan Ma'la. Setelah bertanya seorang polis pak pacak, dia menunjukkan aku arahnya. Akhirnya aku nampak papan tanda yang tertulis kawasan Ma'la. Tidak jauh dari situ kelihatan pagar kawasan tanah perkuburan yang agak luas. Aku masuk ke dalam dan kelihatan tanah perkuburan yang berceretet dengan batu-batu nisan yang diletak sana sini.
Tanah Persemadian Ma'la
Tanah perkuburan Ma'la tidak bernisan melainkan batu yang diletak atasnya dan boleh dipindahkan kalau diangkat. Tiada nama yang ditulis. Jika anda bertanya, "kubur siapa ini?', tiada jawapan bagi pertanyaan seperti itu. Dan pertanyaan seperti malah dilarang dan dipandang sinis oleh penjaga kubur di sana. Anda mungkin dicurigai sebagai "ubbadul kubur".
Di satu pondok, aku mendapati kitab-kitab diedarkan percuma. Terdapat kitab pelbagai bahasa yang membicarakan pelbagai isu. Umumnya, banyak berkisar mengenai amalan haji dan persoalan akidah yang bersih daripada kekhurafatan.
"Kalau saya ingin belajar bahasa Inggeris, di mana saya harus belajar, di Malaysia, India atau Indonesia?, aku ditanyai seorang pemuda Afrika bernama Umar yang bekerja menjaga perkuburan dan menjadi juru edar kitab-kitab dan risalah penerangan di pondok perkuburan Ma'la itu. bahasa Arabnya mudah difahami dan dia menggunakan Arab Fusha.
Umar, Pemuda Afrika.
Tel : 00962552821102
"India memang maju bahasa Inggerisnya tapi, sebuatannya agak ketara huruf 'ra'nya...kalau di indonesia saya rasa lebih baik di Malaysia'.Aku memberi jawapan menurut persepsiku.
"Boleh berikan saya nama-nam kolej yang boleh saya belajar di sana?", Umar si Afrika itu meminta.
"Oh...kalau itu saya tidak dapat memberinya sekarang....", aku meminta maaf kerana aku bukannya ada alamat kolej-kolej terkemuka di Malaysia.
Kami berbual-bual seketika mengenai latar belakang diri sebelum aku meneruskan jelajahku ke kakwasan lain di tanah perkuburan tersebut. Di satu sudut, aku melihat kawasan berpagar hijau. Aku merasakan itu adalah kawasan perkuburan Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid, Ummul Mukminin.
Di pinggir pagar itu ali bacakan doa buatnya dan buatku juga. Aku bisikkan dalam hatiku...
"Wahai Tuhan...jadikan puteriku seperti Khadijah binti Khuwailid Ummul Mukminin...".
Tidak dibenarkan berlama-lama di perkuburan utama. Penjaga kubur akan segera datang jika ada aktiviti yang mencurigai. Akan dilarangnya dengan keras jika ada orang bertamassuh untuk tabarruk dengan mana-mana bahagian di kawasan tanah perkuburan. Membaca Quran di atas tanah perkuburan juga dilarang.
Aku bertemu dengan seorang pemuda Champa bernama Abd Ghani. Dia juga bertugas di Ma'la untuk membanteras amalan yang bertentangan dengan syrai'at. Dia Fasih berbahasa Melayu.
Abd Ghani, Pemuda Champa
"Boleh saya ambil gambar pagar perkuburan Ummul Mukminin?",aku bertanya pemuda itu. Dia fasih bercakap bahasa Melayu. Katanya dia pernah belajar di Giat Mara di negeri Kelantan.
"Itu adalah dilarang...", dia tersenyum dan menyatakan keberatannya.
"Sebagai kenangan...", dia menggeleng kepala. Aku tidak memaksa.
"Kalau begitu gambar kamulah....sebagai kenangan saya...", aku tetap mahu ambil gambar juga. Dia bersetuju.
Setelah puas melihat sana sini, aku pun beredar. Sebelum beredar, kupanjatkan doa buat mereka yang bersemadi di sini.
"Sesungguhnya kamu beruntung kerana terpilih untuk permukiman abadi di tanah suci. Aku?entahlah. Di bumi mana aku akan bersemadi dan hancur bertulang temulang".Aku mengeluh sendiri.
Di tepi pintu pagar keluar, aku duduk berehat sebentar. Seorang lelaki Indonesia juga duduk di situ.
"Kamu dari Malaysia ya?", dia bertanya ramah.
"Ya...", aku mengiyakan.
"Wah...orang Malaysia kaya-kaya yuk...", ujarnya.
Aku tersenyum. Geli hati pun ada. Rupanya begitu persepsinya terhadap orang Malaysia.
Aku tidak menemui kedai buku yang kucari. Zohor sudah hampir. Aku menyusur mancari cari jalan menuju Masjid Haram. Tidak susah mencari arah Masjidil Haram. Lihat sahaja arus manusia, mereka berbondong-bondong menuju Masjidil Haram kalau waktu solat fardhu sudah mendekat.
Aku menjenguk Pasar Ghazzah.
Sebuah pasar jualan di kota Mekah
Di kaki lima sebatang jalan, ada kedai-kedai yang masih beroperasi sedangkan waktu solat telah hampir. Seorang petugas yang hanya bermotor kapcai mengeluarkan arahan supaya barang-barangnya dirampas dan disumbat ke dalam lori sampah. Nampaknya polis pengawal waktu solat ini berkuasa merampas semua jualan yang melanggar batas waktu.
Seorang polis sedang mengarahkan barang yang masih dijual dirampas dan disumbat ke lori sampah.
Aku berjalan kaki jauh sekali hari ini hari ini. Aku tidak tahu berapa kilometer aku berjalan. Namun, terasa lenguh sekujur kaki.
Akhirnya aku sampai di Masjil Haram. Manusia...ramainya...masya Allah. Masjid seluas itu, setiap ruangnya berisi manusia. Melimpah keluar dan memenuhi halaman.Mereka semua mahu mendirikan solat. Aku sukar sekali mencari ruang untuk solat. Akhirnya aku menemui juga di bawah panas terik mentari.
Alangkah ramainya ummat nabi Muhammad. Aku merasa kerdilnya diriku di laut manusia ummat Muhammad.

Lihatlah jari-jari tanganmu wahai muridku...

February 19, 2009

Adaptasi satu sessi pengajaran dalam menghuraikan makna sebuah firman:


لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم
"  Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya "
Surah At-Tin : Ayat 4
Dalam kelas hari ini, aku menceritakan kesempurnaan kejadian manusia kepada murid-muridku. Aku merumuskan bahawa kesempurnaan ciptaan Allah terhadap manusia adalah disebabkan akal yang dibekalkan untuk manusia. Berbanding semua makhluk lain, kehebatan akal yang ada pada manusia telah menyebabkan manusia berkembang maju.
Dari manusia bercawat menjadi manusia berpakaian.. Dari manusia yang menghuni gua-gua batu menjadi manusia yang membina rumah-rumah dan bangunan pencakar langit. Dari manusia yang bergerak dengan berjalan kaki, menjadi manusia berkenderaan sehingga boleh bergerak sepantas roket.
Sungguh hebat akal manusia....hebat lagi pencipta akal tersebut.
Aku bentangkan buat murid-muridku itu lebihnya manusia dengan sebab akal mereka.
Biarpun kalau berlawan lari, manusia akan kalah kepada cheetah, tetapi manusia boleh bergerak lebih pantas daripada cheetah dengan terciptanya kenderaan yang bergerak pantas seperti kereta, motosikal, jet dan sebagainya.

Cheetah boleh berlari dengan kelajuan antara 112 hingga 120 km/j
Biarpun kekuatan manusia tak dapat mengatasi kekuatan seekor gajah yang bisa menumbang pohon kayu sepemeluk, manusia telah mencipta bulldozer yang boleh meruntuhkan gunung ganang yang lebih besar.
Biarpun manusia tak dapat berenang seperti ikan, manusia boleh menyelam ke dasar laut dengan kapal selam yang diciptakan oleh manusia.
Biapun pun manusia tak dapat terbang seperti terbangnya burung, manusia boleh terbang dengan kapal terbang yang sarat dengan muatan.
Sunggu hebat akal manusia....hebat lagi pencipta akal tersebut.
Pencipta akal itu memang bijaksana. Dialah Allah yang telah menciptakan manusia dengan kejadian yang sempurna. Aku menunjukkan kepada muridku tentang ajaibnya kejadian jari jemari tangan.
"Kenapa Allah tidak ciptakan jari-jari ini sama panjang? ", aku melontarkan pertanyaan yang tidak menuntut jawapan. 
Aku menayangkan lima jemari tangan kananku.
"4 jemari ini, jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingkin adalah bandingan manusia yang pelbagai tingkat kehidupan dan tarafnya di dalam dunia ini. Sementara jari ibu adalah ibarat Allah yang maha kuasa...semua manusia tunduk kepada Allah yang maha kuasa sebagaimana jari-jari ini tunduk di deoan ibu jari....dan apabila mereka tunduk di depan Allah, mereka semua adalah sama depan Allah sebagaimana jari-jari yang mulanya tak sama panjang menjadi sama di depan Allah...", aku membengkokkan empat jariku di depan jari ibu.
"Pencipta jari-jari ini amat bijaksana....", aku mengeluh dan murid-muridku khusyuk mendengar tamsil ibarat yang aku lontarkan.
Kubacakan ayat Al-Quran :
أليس الله بأحكم الحاكمين
"Bukankah Allah itu paling bijak di atas segala orang yang bijak?".
Surah At-Tin : Ayat 8

Safar Haji: Aku Melontar Jumrah, Bukan Merejam Syaitan

February 18, 2009

Semasa aku berada di Mina, berehat-rehat dalam khemah, bersama-sama dengan pakcik-pakcik dan abang-abang yang lebih berumur daripadaku, kami berbincang mengenai pekerjaan melontar Jumrah yang akan kami lakukan sebelah malamnya nanti. Seorang daripada kami kemudiannya menyebutkan tentang doa melontar jumrah yang telah dihafalnya.
بسم الله ألله أكبر رجما للشياطين وحزبه
Mendengar doa yang dibacakannya, aku berterusterang mengatakan ia bukan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Apa yang Rasulullah ajarkan hanya lafaz:
بسم الله ألله أكبر
"Melontar Jumrah bukan untuk merejam Syaitan. Melontar Jumrah hanya semata-mata mengikut sunnah baginda Rasulullah".kataku kepada kumpulan pakcik-pakcik dan abang-abang senior yang bersamaku dalam khemah di Mina.
"Mereka yang beriktiqad merejam syaitan semasa melontar Jumrah telah berbuat salah dalam ibadah haji...Kalau nak melontar Syaitan, kita gunakan batu yang lebih besar, biar syaitan benar-benar cedera...",demikian aku melontarkan logik.
"Betul tu ustaz...kita melontar ikut perintah Allah sahaja, bukan kerana yang lain...", seorang pegawai dari Mada menyatakan persetujuannya dengan apa yang aku utarakan.

Demikianlah, pelajaran yang bercapur baur dalam kursus haji dan dari pelbagai sumber telah menimbulkan kefahaman salah bagi sesetengah konsep amalan haji. Aku sendiri, sebelum menjejaki kaki ke Makkah, membeli buku doa-doa untuk amalan haji buat digantung dileher supaya mudah dibaca sepanjang mengerjakan haji. Namun, apabila aku tiba sahaja di Jeddah, pemuda-pemuda Arab yang bertugas mengedarkan risalah haji kepada bakal-bakal haji yang baru tiba, memberikan aku buku mengenai beberapa fakta menyimpang yang selalu diamalkan semasa haji, timbullah kesedaran dalam hatiku.
Sementelahan, dalam kunjunganku ke perkuburan Ma'la, aku telah mendapat banyak buku percuma mengenai ibadah haji. Aku membacanya dan memahami perlaksanaan ibadah haji menurut pandangan ulama-ulama Arab Saudi. Ia cukup mudah dan berdasarkan dalil daripada amalan Rasulullah.
Ada suara menasihatiku di Malaysia sebelum safar haji, bahawa aku perlu berhati-hati dengan buku-buku yang diedarkan percuama di Makkah dan Madinah. Kata mereka, itu buku-buku Wahabi.
Sebenarnya aku tak peduli tentang Wahabi. Aku bersikap terbuka dengan ilmu dan berpegang pula dengan satu prinsip bahawa sebarang ibadat dan akidah perlu bersandarkan dalil Hadis atau Quran.
Aku pernah berkata kepada seorang yang mencurigai karya ulama-ulama ArabSaudi tentang ibadat haji.
"Mereka adalah orang yang paling dekat dengan Ka'abah dan Masya'irul Haram, mereka paling tahu tentang haji berbanding kita yang tinggal beribu batu jauhnya dari Makkah. Mereka mengkaji tentang haji lebih kerap berbanding kita yang hanya mengkaji di musim-musim haji sahaja...dan mempelajari haji berdasarkan teori",
Aku telah melihat keperihatinan ulama-ulama masjidil haram, malah pengawal-pengawal Masjidil Haram mengawal penyimpangan dalam ibadah haji. Mereka melarang keras tamassuh dengan ka'abah, solat sunat di belakang Maqam Ibrahim dalam kesibukan manusia, ikhtilat lelaki perempuan dalam saf solat, merakamkan video dalam kawasan Hasjidil Haram dan sebagainya.
Kita hanya ajam yang berdatangan dari seluruh pelusuk dunia ke bumi di mana mereka adalah pemegang amanahnya. Sesungguhnya Allah tidak akan silap meletakkan amanah dua kota sucinya ke tangan orang yang merosakan agamanya. Justeru, kerana mereka boleh disandarkan menjaga dua kota suci Islam, maka Allah mentakdirkan apa yang sedang berlaku.
Ibadah haji akan menjadi berkecamuk dan berbaur khurafat dan penyimpangan sunnah jika ummat dibiarkan beribadah haji mengikut kehendak sendiri.

Aku sarankan untuk dibaca sebuah artikal Dr. Asri Zainal Abidin bertajuk : Haji: Antara falsafah, tokok tambah dan nas.


Berlumba Untuk Paling Kaya

February 17, 2009


Menjadi kaya memang impian kebanyakan orang. Sebab itu pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai satu tahap kekayaan yang boleh digelar jutawan. Tidak hairan, kalau perkataan jutawan menjadi umpan dan tarikan mempengaruhi orang lain. Ini kerana menjadi jutawan memang impian kebanyakan manusia.

Beberapa perniagaan MLM menawarkan peluang untuk meraih title jutawan. Terdapat nama-nama yang dipopularkan sebagai jutawan internet. Beberapa skim pelaburan juga berjaya mempengaruhi pelanggan dengan umpan gelaran jutawan.  Realitinya, ramai yang kandas.

Baru-baru ini majalah Malaysian Bussiness telah merumuskan 40 orang terkaya di Malaysia dalam terbitannya terbarunya. 10 daripadanya adalah seperti berikut:
1. Tan Sri Robert Kuok (raja Gula)-RM26.6 bilion

2. Ananda Krishnan (Maxis)-RM26.6 bilion

3. Tan Sri Teh Hong Piow (peneraju Public Bank ) RM8.15 bilion

4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation ) - RM7.4 bilion.

5. Tan Sri Quek Leng Chan (Pemilik Kumpulan Hong Leong)- RM4.5 bilion

6. Puan Seri Lee Kim Hua(Balu kepada pengasas Genting Group, Tan Sri Lim Goh Tong)-RM3.5 bilion

7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary)-RM3.18 bilion

8. Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group)- RM1.79 bilion

9. Tan Sri Tiong Hiew King(Kumpulan Rimbunan Hijau)- RM1.64 bilion

10. Tan Sri Azman Hashim ( Arab-Malaysian Corp)- RM1.42 bilion.
Bagi yang beragama Islam perlulah ingat bahawa jika kekayaan yang dimiliki tidak dipergunakan sebaik-baiknya, amaran Allah SWT dalam surah Al-Quran cukup untuk menjadi ingatan.
"والذين يكنزون الذهب والفضة ولا ينفقونها في سبيل الله فبشرهم بعذاب أليم، يوم يحمى عليها في نار جهنم فتكوى بها جباههم وجنوبهم وظهورهم هذا ماكنزتم لأنفسكم فذوقوا ما كنتم تكنزون"
Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, Maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, Lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, Maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu."
Surah At-Taubah :Ayat 34-35
Bukan tidak ada kalangan sahabat Rasulullah yang bergelar jutawan. Mereka tidak mengumpulkan harta kekayaan mereka. Abdul Rahman bin Auf, seorang ahli perniagaan yang bukan sedikit asetnya. Namun lantaran ketinggalan satu takburatul ula solat berjema’ah bersama Rasulullah di Madinah, beliau sanggup menginfaqkan seluruh kafilah dengan keuntungan perniagaannya demi menutup kerugiannya. Miski, perbuatan tersebut masih tidak dapat menampung kerugiannya kerana tidak dapat takbiratul ula bersama Rasulullah.

Kaya sejati adalah kaya jiwa. Itulah yang paling sukar digapai.

Lunakkan suaramu, santuni mereka

February 15, 2009

Firman Allah Swt:


ولو كنت فظاً غليظ القلب لانفضوا من حولك


"Andainya kamu (Muhammad) bersifat kasar dan keras hati, tentulah mereka akan lari meninggalkanmu".
Seorang sahabat mengeluh.

"Ustaz kerdil yang berceramah di surau dan masjid dengan suara lantang, bernada kasar, menyerang sehabis-habisnya pihak yang menentang Islam....musuh kepada perjuangan Islam, merupakan beban kepada jema'ah...".
Dia bercerita mengenai apa yang disaksikannya di beberapa masjid sekitar Kuala Lumpur.
"Mereka mengeluarkan kata-kata yang terbit dari emosi tidak bersendikan ilmu....tanpa memikirkan kesan dan akibat dari kata-kata itu...",sahabat itu berkomentar.
"Jika itu yang anta saksikan sekarang, sesunguhnya demikianlah aku saksikan 10 tahun yang lalu di sana, sewaktu aku dalam khulwat ilmu di sebuah kartaksis...", aku menyahut komentar sahabat itu. Aku pernah berada di Kuala Lumpur sepanjang tempoh pengajianku di Universiti Malaya dan beberapa tahun bekerja di sana.
"Nampaknya keadaan tak banyak berubah...", aku mengeluh atas keluhannya.
"Keadaan bertambah baik...contoh teladan pimpinan gerakan Islam disantuni ramai pendakwah kecuali segelintir", kata sahabat itu mententeramkan.
"Bukan berdakwah tapi bersifat penghukum...",lanjutnya.
Inilah dilema sebahagian mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah. Tanpa sedar, mereka sebenarnya bukan pendakwah tapi penghukum dengan sebab kekasaran bahasa dan kekerasan hati yang mereka tunjukkan. Apabila mereka menggunakan payung jema'ah, mereka menimbulkan beban yang bukan sedikit buat jema'ah. Jema'ah mengalami luka, cedera, tercalar dan berpalit kata nista dengan sebab angkara mereka.
Hasan Hudaibi yang pernah menjadi Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin pernah mengarang sebuah buku, "دعاة لا قضاة" bagi merincikan ciri-ciri pendakwah yang diperlukan pada zaman ini.
Para pendakwah yang selama ini keras dan melepaskan geram dalam kata-kata, perlu memperlahankan suara, melembutkan bahasa dan mendamaikan jiwa manusia.
Sesungguhnya kita menyemai hari ini bukan untuk dituai esok. Ia terlalu cepat. Mungkin seratus tahun lagi!
Bukan pula untuk kita yang menuainya, tetapi mereka yang datang sesudah kita.

Kepada Pemuda Perjuangan

Aku bermohon kepada Allah agar memberkati para pemuda ini. Pemuda yang kukenali sebagai mereka yang berjuang untuk melebarkan sayap agama di bumi ini. Yang menunjukkan iltizam di bawah satu kalimat "perjuangan".
Bukan perjuangan perut dan syahwat, tapi perjuangan untuk menolong agama Allah. Bukan didorong harapan memperolehi pamrih duniawi tetapi didorong pahala daripada Allah SWT...

Sesungguhnya pada zaman ini, tarikan dunia amat kuat. Sekian ramai pemuda yang hanya mengejar duniawi. Sekian ramai pula yang tasaqut dari perjuangan.

Wahai Allah...berkati pemuda yang tidak menelan dunia hingga lupakan tugas memperjuangkan agamamu.

Aku berdoa agar para pemuda yang mengorbankan sebahagian pendapatannya untuk membangunkan kehidupan berjemaah demi Islam diberi keberkatan hidup.

Aku berdoa agar pemuda yang terjun ke tengah hiruk pikuk remaja hanyut di malam sambutan tahun baru, kemerdekaan dan lain-lainya, menyebarkan risalah dakwah, diberi keberkatan hidup.

Aku berdoa agar pemuda yang beristiqamah dengan usrah, qiamullail, dan program-program Islam diberi keberkatan.
Pemuda yang tidak mengumpulkan hartanya dari kesibukan kerjaya siang dan malam...
Tidak mementingkan diri dan rumah tangga, lalu melupakan gejolak masyarakat...
Tidak memilih jalan bersantai tanpa beban amanah dan tugas...
Tidak menjadi hamba suruhan manusia melebihi hamba penerus tugas kekhilafahan yang dibebankan Allah...
Mereka pemuda yang kupohon diberkati hidup mereka
Hanya mereka Ya Allah...
Allahumma Amin....