Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

PANTANG DERHAKA

February 5, 2009

Aku tidak tahu ada bangsa lain dalam dunia ini yang begitu kental dengan terma "derhaka kepada raja". Sejak zaman dahulu, zaman pertarungan epik bersejarah antara Hang Tuah dan Hang Jebat, melayu digambarkan sebagai bangsa yang pantang derhaka
Aku ingin memberi pandanganku tanpa rasa takut derhaka dan keluar dari paradigm warisan Melayu, "pantang derhaka" tersebut.
Pantang derhaka hanya terhadap Allah dan Rasulnya. Tiada pantang derhaka buat manusia.
Antara perasaan bosan, jelak dan jemu mendengar orang melayu bercakap mengenai pantang derhaka. Kata pantang derhaka terlalu berlebihan dan menindas kebebasan dan kemerdekaan yang menjadi otoriti setiap manusia.
Jika 100 tahun yang lalu, saat minda ummat melayu masih dicengkam feudalism, tuduhan derhaka mungkin menggerunkan.
Derhaka adalah termasuk jenayah berat yang tidak tolok bandingnya. Lihat bagaimana Sejarah Melayu mencatatkan bahawa Hang Jebat  yang derhaka kepada rajanya, mayatnya, rumahnya, malah tiang rumahnya digali dan dibuang ke laut. Demikian pula Laksaman Bentan yang membunuh Sultan Mahmud, kononnya mendapat tulah daulat raja sehingga tumbuh rumput di tempat lukanya.
Masyarakat hari ini tidak harus lagi memainkan istilah derhaka kepada raja. Ia amat memalukan. Berapa banyak derhaka kepada Allah dan derhaka kepada rasul dilakukan, tidak pula dimomokkan dengan kutukan dan cemuhan sebagaimana cemuhan perbuatan yang dikatakan derhaka kepada raja. Hukum dan syariat Allah dimainkan...mana orang yang berselogan pantang derhaka itu?Silalah bela.Sunnah baginda Rasulullah dipersendakan...mana jaguan yang mempertahan raja dengan selogan pantang derhaka itu? Silalah bela.
Sememangnya rakyat perlu taat kepada raja kerana raja adalah ulil amri. Tetapi, dengan ketaatan bersyarat serta tidak pula dibayangi momokan pantang derhaka.
Ummat melayu tidak lagi bersembah ke bawah duli.Tiada lagi batu jemala yang dijunjung.Jangan pula beristilah sembah derhaka.
 ولله الملك جميعا

0 comments:

Post a Comment