Seorang pemuda mengirimkan sms kepadaku mengutuk tindakan rampasan kuasa yang berlaku di negeri Perak. Pemuda itu dengan semangat berkobar, menggesa agar perjuangan Islam seharusnya kembali kepada landasan yang asal iaitu memproklamasikan idealisme negara Islam dan perlaksanaan undang-undang hudud. Menurutnya, dalam mempertahankan dua prinsip ini, kita tidak perlu takut biarpun kepada rakan yang bekerjasama. Dia bukan orang yang berjuang seperti mereka yang terpaksa berijtihad dengan penuh kebijaksanaan. Dia hanya pelontar idea yang dipandu semangat tanpa kendala. Mungkin juga berkendala, tapi kendala yang tidak dimatangkan dengan kebijaksanaan.Mempelajari agama tapi bukan faham dalam agamanya. Membaca idealisme besar mengembalikan kegemilangan Islam, tapi tak menghadam jalan-jalannya.
Bagiku, berilah kepercayaan kepada mereka yang berada di barisan hadapan medan jihad. Mereka memahami liku-liku penyerbuan terhadap musuh.
Sambil menyemak laman mykhalifah milik hizbut tahrir, sebuah artikal bertajuk Wajarkah Erdorgan dijuluki Al-Fateh secara sinis merendahkan apa yang telah dilakukan oleh Racep Tayyip Erdorgan, perdana menteri Turki, berhubung isu Palastin di dalam persidangan Davos.
Mereka yang berbicara mengenai perjuangan Islam dan mengembalikan kegemilangan Islam, menghendaki tegakkanya sebuah negara khalifah, tidak mampu berbuat apa-apa. Apa yang dilakukan oleh para pejuang Islam di Malaysia, merentas jalan berliku dengan hikmah dan kebijaksanaan, tak perlu diulas dan dikritik dari sudut teoritikal yang tidak dapat dilaksanakan. Biarpun sebakul besar idea dan kajian ilmiah yang dibentangkan tentang manhaj perjuangan mendaulatkan Islam, jika tidak disertai dengan amal islami yang menunggu ke arahnya, ia hanya menjerumuskan diri ke dalam kutukan Allah swt sebagaimana ditegaskan dalam Al-Quran:
وقل أعملو فسيرى الله عملكم وروسوله والمؤمنون
"dan katakanlah wahai Muhamamd, bekerjalah olehmu maka Allah dan rasulnya serta orang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan..."
Mereka yang dangkal mengenai sepak terajang sekularisme di Turki, lalu mengatakan bahawa Erdorgan tidak melakukan apa-apa untuk rakyat Palastin, kerana tidak mengirimkan bala tentera sebagaimana Salehuddin Al-Ayubi mengirimkan bala tentera membebaskan Al-Quds, sesungguhnya mereka sendiri tidak melakukan apa-apa. Mereka menghendaki sesuatu lalu mengharapkan ada orang melakukan seperti mana yang mereka mahu. Inilah golongan yang mendabik dada sebagai pencinta Islam tetapi gelojoh. Sesungguhnya perjuangan Islam adalah perjuangan panjang dan menuntut kesabaran.
Sesiapa yang mengamati politik Turki dan usaha yang dilakukan oleh Erdorgan, tentu akan mengkagumi keberhasilan setakat ini merubah lanskap Turki yang pekat dengan sekularnya. Siapa yang meneliti jatuh bangun Erdorgan, tentu akan menghargai apa yang telah dilakukannya setakat ini.Turki sebenarnya mendapat pemimpin yang tepat pada masanya untuk menyongsang arus sekularisma di Turki.
Sila baca Erdogan dan Dakwah Islam di Turki.
Allah tidak akan menilai pendapatmu yang canggih dan murni mengenai perjuangan tapi tak dilaksanakan, tetapi Allah akan bertanyamu apa yang telah kamu lakukan!
0 comments:
Post a Comment