Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Sedutan Khutbah-Haram Menyambut Hari Valentine

February 13, 2009

Pada hari ini, aku menyampaikan Khutbah di masjid Jannatun Na'im, Sri Taman Sandakan. Tajuk yang kubawakan adalah "Haram Menyambut Valentine's Day". Aku meletakkan sedutan khutbah di sini sebagai rujukan bagi yang memerlukan.
Ummat Islam pada masa ini berada dalam krisis keyakinan diri. Ramai yang tidak merasa kehebatan Islam sedangkan Islam itu hebat. Kadang-kadang, orang islam malu mengaku dirinya Islam. Sedangkan Rasulullah telah menegaskan dalam sepotong hadisnya:
الإسلام يعلو ولا يعلى عليه
“Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”.
(Hadis Riwayat Baihaqi-dihasankan oleh Albani)
Umat Islam dewasa ini memuja Barat. Budaya dan kehidupan Barat ditiru dan ditinggalkan budaya dan kehirupan Timur dan Islam. Bahasa dari Barat diangkat dan disanjung tinggi sedangkan bahasa Arab ditinggalkan dan dijahili.
Negara yang mendakwa negara Islam gerun dengan Amerika Syarikat dengan kekuatan ekonomi dan persenjataan yang dimilikinya sehingga sanggup menjadi tunggangan kuasa besar dunia tersebut. Lalu kita menyaksikan bagaimana rakyat Gaza seolah-olah sendirian dalam menentang hujanan bom berangkai Yahudi tanpa bantuan negara-negara jirannya sekalipun. Arab Saudi yang dianugerahkan kekayaan minyak, tidak mampu berbuat apa-apa. Mesir yang berbangga dengan dakwaan “sebaik-baik tentera adalah tentera Mesir”, juga tak berbuat apa-apa. Malah dengan teganya menutup sempadannya kepada rakyat Gaza.
Maka benarlah apa yang diamarankan oleh baginda dalam hadis yang diriwayatkan Tsaubah r.a:

يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ ، كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا ، فَقَالَ قَائِلٌ : وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ ، قَالَ : بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ ، وَلَيَنزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ ، وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ ، فَقَالَ قَائِلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ ؟ قَالَ : حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَة الآخرة
“Nyaris-nyaris orang-orang kafir menyerbu ke atas kalian seperti kalian menyerbu makanan dalam piring”.Maka bertanya satu orang: “Apakah kerana kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?”. Jawab baginda: “Tidak, bahkan kamu pada hari itu ramai sekali. Tetapi kamu adalah seperti buih di atas air. Allah mencabut rasa takut musuh-musuh terhadap kalian dan menjangkitkan dalam hati kalian penyakit wahnu”. Lalu bertanya satu orang: “Apakah wahnu itu ya Rasulullah?Jawab baginda: Itulah cinta dunia dan takut mati”.
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Kelemahan dan kemunduran muslimin ini telah menyebabkan bukan ummat Islam menanggung kerugian, malam alam seluruhnya menanggung krugian akibat kemunduran umat Islam. Inilah yang diungkapkan oleh Abu Ali Hasan An Nadwi dalam bukunya, ma za khasiral ‘alam bit tadhuril muslimin.
Ketahuilah bahawa kemuliaan dan keagungan adalah milik Allah swt.

Dalam Al-Quran,Allah berfirman:


مَن كَانَ يُرِيدُالْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا


“Barang siapa yang mahukan kemuliaan, maka ketahuilah bahawa kemuliaan itu milik Allah semuanya”.

(Surah Fatir:Ayat 10)
Ummat Islam tidak harus meniru dan mencontohi gaya hidup ummat yang lain kerana perbuatan tersebut melambangkan rendahnya jatidiri sebagai muslim. Umat Islam adalah ummat yang terbaik dan meniru ummat yang lain menunjukkan kita tidak menghargai anugerah sebagai ummat terbaik yang Allh kurniakan kepada ummat Islam.
Walau bagaimanapun, perbuatan meniru gaya hidup Yahudi dan Nasara ini merebak mempengaruhi generasi Islam tanpa di sedari.

Salah satu bentuk peniruan tersebut ialah hari Valentine yang disambut pada tanggal 14 Februari sebilangan pemuda-pemudi beragama Islam. Sama ada sedar itu tidak disedari oleh anak-anak muda ini, hari velentine mempunyai latarbelakang sejarah, tradisi dan ajaran kristian.

Terdapat 3 pandangan mengenai asal usul velentine’s day:
1. Ia adalah perayaan yang disambut orang-orang Rom bagi meraikan dewa dewi pujaan mereka. Ia disambut pada 14 Februari saban tahun. Pada 15 Februari mereka mereka merayakan pula Pesta Lupercalia di mana nama-nama gadis ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam satu bekas. Ia dicabut oleh setiap pemuda dan nama gadis yang diperolehinya akan menjadi pasangannya sepanjang pesta berlangsung.
2. Pendapat kedua pula mengatakan ia ada hubungan peristiwa pada zaman pemerintahan Claudius II, raja Romawi yang memerintah dari tahun 268-270M. semasa pemerintahannya, Rom terlibat dalam banyakpeperangan dan oleh itu beliau telah membatalkan semua pertunangan dan perkahwinan. Seorang paderi bernama St. Velentine telah mengahwinkan pasangan-pasangan secara rahsia dan apabila aktiviti ini terbongkar, paderi tersebut telah disiksa dan dihukum bunuh pada 14 Februari 270M. Sebagai mengenang ketabahan dan pengorbanan St. Velentine tersebut, ia disambut oleh masyarakat kristian awal sebagai hari keagamaan.
3. Pendapat ketiga mengatakan ia berkaitan dengan peristiwa pada zaman ratu Isabella yang telah menghancurkan kerajaan Islam di Andalusia. Seorang paderi yang berkedudukan tinggi selepas Pope, bernama St Velentine yang bermaszhab katolik telah bercadang untukberkahwin dengan seorang wanita dari kelompok Protesten.Ratu Isabella murka dengan hasrat paderi tersebut dan memenjarakannya. Ratu tersebut menetapkan 14 Februari sebagai hari kekasih untuk St Velentine.


Mana-mana tiga pendapat di atas, menyambut hari velentine jelas tidak lari daripada sejarah, tradisi dan ajaran Kristian.
Adalah tidak wajar hari ini disambut.Tidak wajar rancangan telivisyen memaparkan iklan di bawah tajuk "Velentine’s special” dengan penampilan watak pasangan kekasih yang romantik. Umat Islam tidak harus melayan lambakan kad ucapan velentine yang dijual di mana-mana kerana ia buka budaya kita. Pada hari tersebut, tidak wajar pemuda Islam memberikan jambangan bunga atau keluar makan malam bersama kekasihnya. Tidak wajar juga suami isteri sekalipun merayakan hari tersebut atas nama kononnya mengembalikan keromantikan hubungan suami isteri. Terdapat lebih 300 hari dalam setahun, suami isteri boleh pilih hari yang lain untuk menyatakan cinta kepada pasangannya!


Umat Islam wajib mengelakkan diri dari meniru upacara berkaitan keagamaan selain Islam.

Oleh sebab sambutan hari velentine tersebut mempunyai latarbelakang keagamaan kristian, ia adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Pusat Kebahagiaan wanita dan remaja (KEWAJA) yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Ini kerana Sebahagian besar remaja lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”


Disebutkan dalam hadis, Rasulullah saw telah bersabda:

لتتبعن سنن من كان قبلكم شبرا شبرا وذراعا بذراع حتى لو دخلوا جحر ضب تبعتموهم قلنا يا رسول الله اليهود والنصارى قال فمن !!


“ Demi sesungguhnya kamu akan menjejaki kebiasaan ummat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak, kamu akan mengikuti mereka. Kami bertanya: Ya rasulullah, apakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Jawab baginda: Siapa lagi.”
(Riwayat Bukhari)


Ternyata pada hari ini apayang diingatkan oleh Rasululullah itu sedang menjadi kenyataan. Menyambut Velentine adalah satu contoh daripadanya. Banyak lagi amalan tradisi keagamaan dan cara hidup yahudi dan nasrani yang menjadi menjadi anutan dan ikutan sebagahagian ummat
Islam. Ekonomi riba menjadi sumber razeki. Budaya kuning menjadi kegilaan remaja. Politik Machieveli menjadi budaya para politikus. Makanan, cara pergaulan, cara mendidik anak-anak dan sebagainya, banyak yang dicedok daripada sumber yahudi dan nasrani.
Subhanallah…Masya Allah…La haula Quwwata Illa Billah….inilah dilemma umat Islam hari ini.
Marilah kita selamatkan generasi kita dari menelan racun Yahudi dan Nasrani. Wahai para pemuda,anda adalah pemikul amanah mempertahankan kehidupan Islam di akhir zaman. Wahai para bapa, setiap kegelinciran anak-anak,anda tidak akan terlepas dari dipersoalkan di akhirat.
Oleh itu marilah kita pelihara diri dan kaum keluarga dari mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani. Kita tegaskan bawa kita adalah orang Islam dan kemudian kita beritiqamah atas jalan Islam.

0 comments:

Post a Comment