Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Jangan tanggalkan pakaian itu

February 14, 2009

Kisah bahawa Datuk Sri Nizar tidak mahu meletakkan jawatan dari kedudukannya sebagai MB perak telah hangat diperkatakan. Paling rancak adalah media masa yang tidak jemu-jemu mengulas isu tersebut dari pelbagai dimensi. Dimensi derhaka kepada sultan nampaknya paling menarik untuk ditempelkan kepada Datuk Sri Nizar. Dalam artikal yang lalu, aku sebagai satu generasi melayu telah menyatakan sikapku tentang istilah derhaka kepada sultan tersebut. Bahawa, aku tidak beriman dengan khurafat pantang derhaka. Telah aku katakan bahawa istilah "pantang derhaka" mungkin idea juak-juak istana zaman dahulu untuk menindas pemikiran masyarakat Melayu.
Kisah datuk Sri Nizar enggan meletakkan jawatan mengingatkan aku kepada kisah Khalifah Saidina Uthman bin Affan yang bertegas tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai khalifah apabila didesak oleh gerombolan pemberontak yang datang dari Mesir. Kata-kata masyhurnya bahawa beliau tidak akan menanggalkan pakaian yang telah dipakaikan kepadanya cukup jelas mengambarkan sikapnya. Sesungguhnya jauh sekali kalau hendak didakwa beliau tamakkan kuasa. Itu menggambarkan sikap pemimpin yang berprinsip.
Aku mencari nas mengenainya. Terima kasih kepada pengendali laman Saifulislam yang telah memasukkan riwayat mengenai kata-kata tersebut dalam laman webnya.Kini aku dapat mewajarkan tindakan MB perak itu bersandarkan nas.
Bahawa Rasulullah telah bersabda kepada Saidina Uthman bin Affan:
Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!”
[riwayat Ibn Majah]
Kepimpinan umpama pakaian. Manusia memakai pakai mengikut tertib dan cara tertentu dan seharusnya ia ditanggalkan dengan tertib dan cara tertentu juga. Mana mungkin ia boleh direnggut sesuka hati.
Allah yang memakaikan pakaian kepimpinan kepada seseorang, dan bukan raja atau sultan.
Kepada Datuk Sri Nizar, jangan tanggalkan pakaian itu.

0 comments:

Post a Comment