Kerajaan Abbasiyah yang berpusat di Baghdad runtuh kerana wujudnya pengkhianat pada masa pemerintahan khalifah Al-Musta'shim Billah yang menyebabkan tentera Mongol berjaya ...Kerajaan Islam Andalusia ranap dipijak tentera Spain kerana angkara pengkhianat. Kerajaan Islam Mongol juga jatuh angkara pengkhianat bila maharajanya yang terakhir, Bahadur Syah ditawan British dan dibuang negeri. Demikianlah perjuangan-perjuangan sepanjang sejarah, wujudnya pengkhianat adalah racun dan duri yang menggagalkan perjuangan. Deponegoro pahlawan kemerdekaan di Pulau Jawa, dikhianati orangnya sendiri. Negara Melaka jatuh ke tangan Portugis kerana khianat seorang rakyat melaka, seorang perempuan!
Demikianlah onar pengkhianat sepanjang sejarah. Semoga para pengkhianat dikutuk para malaikat di langit dan segala makhluk di bumi.
Dengan tidak semena-mena, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak dijatuhkan berikutan onar pengkhianat bertiga dan seorang opurtunis yang tidak bermaruah. Usaha-usaha terakhir yang digerakkan oleh Datuk Sri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar negeri Perak untuk menyelamatkan kerajaannya bertemu jalan buntu dan kegagalan. Surat perletakan jawatan dua Adun yang berpaling tadah tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Pengumuman pembubaran DUN sejurus selepas selepas 3 DUN Pakatan Rakyat mengistiharkan diri sebagai calon bebas dan menganut BN, tidak pula diperkenankan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Syah.
Jalan sukar bagi Pakatan Rakyat untuk mempertahankan negeri. Serangan bertalu-talu golongan syu’ara dan kubaraa’ menyebabkan kerajaan negeri dilihat tidak stabil. Ditambah pula dunia yang menyilau dengan ghanimah yang bertaburan selepas peperangan tamat, menyebabkan timbul keinginan bahimah yang bersenandung dalam diri insan makar yang kemudiannya menjadi pengkhianat.
Maka runtuhlah sebuah kerajaan yang baru berusia 11 bulan. Para syu’ara yang telah lama bersenandung lagu ritha’ atas kehilangan dan madah yang digembar gemburkan pun menambahkan zammu mereka.
Bahawa kerajaan tersebut gagal menjalankan amanah selama setelah diberi peluang oleh rakyat selama 11 bulan.
Ada seorang wanita yang dahulunya menjadi gerila setelah Pakatan Rakyat berkuasa, kini tampil keluar dari hutan banatnya lalu berkata, akhirnya 11 bulan yang pahit pun berlalu.
11 bulan tinggal bergerila dalam hutan banat, hanya makan daun atau ubi kayu memang pahit. Lebih-lebih lagi bagi golongan demang yang dahulunya hidup mewah dengan cukai-cukai yang diperas dari rakyat jelata.
0 comments:
Post a Comment