Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Benarkah Matahari Mengelilingi Bumi?

February 25, 2009

Dalam Al-Quran surah Yasin: Ayat 38:

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

"Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui".





Perbincangan dalam Daurah Al-Quran di Masjid Fajar malam kerlmarin menyentuh isu dakwaan dalam sebuah buku bertajuk "Matahari Mengelilingi Bumi: Sebuah Kepastian al-Qur'an dan as-Sunnah" yang ditulis oleh Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu Yusuf.Ia ditimbulkan oleh seorang ahli daurah dalam konteks  memahami konsep bahawa al-Quran dan sains adalah tidak bertentangan. Ini kerana, Sains sejauh ini telah  menyimpulkan bahawa bumi dan sebilangan planet dalam sistem suria mengelilingi matahari. Menurut perbahasan dalam buku tersebut, keadaan adalah sebaliknya. Matahari dikatakan mengelilingi bumi dan perkara itu dibuktikan dengan Al-Quran dan as-Sunnah.

Aku pernah membaca buku itu lama dahulu sewaktu masih belajar di universiti. Buku itu aku terjumpa dalam surau asrama dan membaca sepintas lalu, aku kebingungan kerana penulisnya begitu keras dalam menegakkan hujjah bahawa matahari mengelilingi bumi. Menurutnya, sesiapa yang mempercayai teori sains moden yang mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari, dia telah membelakang fakta dari Al-Quran dan As-Sunnah. Sesiapa yang menolak fakta Al-Quran dan As-Sunnah, dia adalah dari kalangan orang kafir.

Namun, setelah lama masa berlalu, kini aku memahami sedikit pokok persoalan isu ini. Meneliti beberapa hujjah ayat yang ditampilkan oleh penulis untuk menegakkan pendapatnya bahawa matahari yang mengelilingi bumi, ternyata ia tidak cukup kuat. Misalnya ayat 38 dari surah Yasin di atas, dikatakan sebagai dalil bahawa matahari yang beredar mengelilingi bumi dan bukan bumi yang beredar mengelilingi matahari.

Jika kita teliti ayat tersebut, tidak dinyatakan secara jelas bahawa matahari mengelilingi bummi. Ia hanya menyebut bahawa matahari berjalan di tempat peredarannya. Tempat peredarannya tidak dinyatakan mengelilingi bumi. Sains moden juga memperakui bahawa matahari beredar bersama segala planet di atas orbitnya.

Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin juga berhujjah mengatakan bahawa nas Al-Quran maupun Al-hadis menyebutkan yang beredar adalah matahari dan bukannya bumi. Oleh itu mataharilah yang mengelilingi bumi dan bukannya matahari. Hal ini disebutkan dalam Majmu Fatawa Arkanul Islam.

Aku faham begini:

Bumi adalah salah satu dari 11 planet yang mengelilingi matahari di orbit masing-masing (Sains moden hanya mengesahkan 9 planet dan telah menemui planet ke-10. Planet dalam sistem suria ada 11 berdasarkan surah Yusuf, ayat 4). Teori bahawa bumi dan planet-planet lain mengelilingi matahari adalah  penemuan ilmiah yang tidak dinafikan secara jelas oleh mana-mana ayat al-Quran. Justeru, tidak salah mempercayai teori ilmiah sebegini.

Menurut sains moden, sistem suria adalah salah satu daripada berjuta-juta sistem yang terdapat dalam Bima Sakti. Sistem Suria dan berjuta-juta sistem lain tersebut beredar mengelilingi satu pusat graviti yang sangat kuat dinamakan "Black Hole".Pengetahuan manusia tentang black holeh masih terbatas dan kajian  masih diteruskan.





Black Hole


Jika demikian, apa yang bersalahannya Al-Quran dengan pengetahuan manusia yang dirumuskan dalam teori sains masa kini?  Sememangnya matahari ada "mustaqar'nya dan kita boleh mengatakan mungkin 'mustaqar "tersebut adalah mengelilngi black hole.

Kesimpulan yang boleh aku buat dalam daurah itu adalah dengan mengatakan bahawa Al-Quran tidak sekali-kali bertentangan dengan akal manusia. Cuma akal manusia yang selalu bertentangan dengan  Al-Quran. Jika akal itu bertentangan dengan Al-Quran, yang silap dan salah bukan al-Quran, tapi akallah yang silap dan salah.

Matahari tidak boleh dikatakan mengelilingi bumi. Aku menerima teori bahawa bumi mengelilingi matahari dan matahari pula beserta dengan segala planet dalam sistemnya beredar mengelilingi satu pusat yang lain. Black hole adalah teorinya setakat ini.

Semua benda dalam alam ini beredar. dari benda sebesar-besarnya hinggalah benda sekecil nukleus.

5 comments:

Anonymous said...

apa alasan sains yang mengatakan bumi mengelilingi matahari? takkan tengok teropong je diorang nampak bumi mengorbit matahari?

Sendiri said...

ye la matahari berjalan ditempat peredaranya dalam galaksi yg besar berdia. 9300 tahun cahaya...glaksi milky way..galaksi ini juga berputar..tak tahu laa berapa lama matahari melengkapkan pusingan dia dalam galaksi ini...

Independent Malay said...

Assalamualaikum sdra,
Maaf jika saya agak terlambat membaca & memberi komen artikel 2009 ini.Izinkan saya meyentuh perihal BUMI ini sendiri;
1)Masa kejadian Nabi Adam, Allah mengarahkan Malaikat Jibrael-Mikhael-Israfel-Israel(yg berjaya)mengambil tanah dari 4 penjuru BUMI.Kalau bulat mana penjurunya?
2)Ada ayat yg mengatakan BUMI ini 7Lapis,kalau bulat,macammana lapisannya?
3)Dalam Isra' Mi'raj kita dapat kepastian langit itu 7Lapis,jadi mana lapisan2 ini jika BUMI hanya beredar mengelilingi Matahari.
4)Dalam surah Al Kahfi,(pemuda2 ini tidurkan dalam gua beratus tahun & dibalik2kan & disinari Matahari.Mana mungkin jika Bumi mengelilingi Matahari!.
5)Juga di Akir Zaman jika kita masih hidup lagi,ada satu ketika,Matahari akan muncul/naik dari sebelah barat(bertentangan).Naik hingga atas kepala & tenggelam semula di arah Barat(dikhabarkan olih seorang guru pondok)& Bumi menjadi segelap2nya (Process KIAMAT).

Satu perkara lagi,perlandasan USA ke atas bulan adalah PENIPUAN semata2(disahkan olih para saintis/pengkaji2 mereka sendiri).

PERENUNG LANGIT said...

To IM-
1) Pernah dengar orang kata di penjuru hidup ini....

2) Pernah kupas buah limau...berapa lapis kulitnya?

3) langit bumi bukanlah langit sebenar...hanya seperti lelangit dalam mulut...

4) sejak zaman dahulu hingga sekarang matahari menyinari bumi...bukan jadi bukti matahari mengelilingi bumi.

5) Matahari setiap hari meyembah Allah di kaki arasy....menurut hadis.

Ana setuju...cerita orang fasiq tak boleh dipercayai....apalagi cerita Kuffar Amerika.

imanwafiq said...

Stuju ngn pndpt ust kama..akal kt trbatas dlm mntafsir ayat indah dn trsirat dlm al quran...mmrlukan tafsiran dan kajian mndalam...tafsiran kt diwarnai oleh tafsiran dan warna ulasan org len...moga kt diredhai Allah

Post a Comment