Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Kampung Pampang, Sandakan.

February 14, 2009

Hari ini aku masuk berjaulah dengan motosikalku ke kampung Pampang. Ia kulakukan sepulang dari sekolah selepas selesai Kem Bestari Solat yang diadakan buat kali pertama tahun 2009 di sekolah tempat aku bertugas.
Jalan masuk ke kampung Pampang
"Ustaz pernah jumpa balam-balam?", seorang warga Sibugal Besar pernah melontarkan persoalan itu kepadaku tidak lama dulu.
"Belum pernah...", aku menjawab ringkas.
Sememangnya cerita mengenai balam-balam, sejenis makhluk mainan ilmu hitam itu banyak diperkatakan orang. Ia masyhur di beberapa tempat. Kononnya, kalau di Kota Belud, masih ramai orang di sana mengamalkan ilmu tersebut. Wallahu 'alam. Orang Kota Belud mungkin boleh ceritakan kebenarannya.
"Kalau ustaz mahu tengok, di Pampang ada orang mengamalkan ilmu balam-balam...", warga itu memberitahuku.
Aku hanya mendengar dan tidak bermaksud untuk mempercayai khabar itu. Sudah banyak aku dengar orang menyebutkan tentang balam-balam itu. Di Pulau Tanjong Batu, tempat aku berkhidmat dahulu, ada juga cerita itu aku dengar, tetapi ia sekadar cerita. Cerita yang didengar dari orang tua-tua, diceritakan oleh anak-anak.
Beberapa muridku adalah dari kampung Pampang. Mereka tidak pula pernah bercerita di sekolah mengenainya.
Cuma, menurut seorang pemimpin masyarakat Sibugal Besar, Pampang adalah kawasan yang dihuni ramai pendatang. Pernah terjadi pembunuhan sadis di mana mayat dibuang ke paya nipah di sana.

Aku menjelajah kampung Pampang sehingga ke hujung jalan. Di sebuah jeti pangkal sungai air masim yang kehijauan, aku berhenti dan menghayati alam semula jadi indah di Pampang.
Paya nipah memang banyak di kampung Pampang. Kiri kanan jalan tumbuh pohon-pohon nipah dalam paya bakau. Sesetengah rumah warga Pampang dibina dalam kawasan paya nipah.
Di hujung jalan,di pinggir jeti, dua remaja Pampang baru pulang dari laut menunjukkan ikan hasil tangkapan mereka.
Penulis di kuala Pampang.

"Sampan kami karam...ada bot melintas laju...hanya ini yang tinggal...", dua remaja itu mengeluhkan musibah mereka hari itu.
Dua remaja Pampang pulang membawa ikan.
Aku tidak tahu apakah cerita-cerita yang kudengar mengenai kampung Pampang berasas. Kelihatan jalan masuk ke kampung pampang berturap hingga ke hujung jalan. Dalam hal ini, ia lebih baik daripada kampung Sibugal Besar. Tanah Pampang luas dan rumah berhalaman luas dan jauh antara satu sama lain. Penduduk Pampang belum cukup padat.
Ini hanya sekilas pandang dalam jaulah singkatku. Tidak aku tahu cerita-cerita desa di sebaliknya. Mungkin satu masa yang lain, aku akan datang lagi.

2 comments:

Siti Juliana Anas said...

Assalamualaikum, boleh saya tanya soalan?

Siti Juliana Anas said...

tentang kampung pampang

Post a Comment