Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

Untuk dihubungi:

Email:
kama_wahba99@yahoo.com


Waktu Malaysia

Media

Sinar Harian Harakah Harian Metro Online Malaysiadateline Warta Darulaman Bernama News Bernama News Suara Kontemporari The Star Melayu Nst Online Malay Mail The Star Sinar Harian Utusan Online Berita Harian Online Tranungkite Sabahkini Sabahdaily Menarik TV3 Yahoo News Utaranews Aljazeera English Republika Online CNN News Eramuslim Al-Arabi Islamtoday Islamtoday BBC News BBC News BBC News WorldNewsNetwork Al-Ayyam Al-Ayyam UtaraNews dailymail Al-Monitor Islampedia

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

Online Services

maybank2u iRakyat CIMBcliks Ambank Airasia Airasia Airasia Airasia Airasia Airasia MAS TRANSNASIONAL MALINDO AIR TM TM

TV ONLINE

TV Malaysia TV Pas TV3 Al-Muttaqin Malaysiakini TV

KULIAH ONLINE

Maybank2U CIMBcliks Ambank Airasia MAS TM Airasia Airasia

AKSESORI

Facebook Youtube Photobucket Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET

Yahoo Messenger

Rujukan

Israel attacks Gaza aid fleet

May 31, 2010


Israeli forces have attacked a flotilla of aid-carrying ships aiming to break the country's siege on Gaza.



At least 19 people were killed and dozens injured when troops intercepted the convoy of ships dubbed the Freedom Flotilla early on Monday, Israeli radio reported.

The flotilla was attacked in international waters, 65km off the Gaza coast.

Avital Leibovich, an Israeli military spokeswoman, confirmed that the attack took place in international waters, saying: "This happened in waters outside of Israeli territory, but we have the right to defend ourselves."


Footage from the flotilla's lead vessel, the Mavi Marmara, showed armed Israeli soldiers boarding the ship and helicopters flying overhead.


Al Jazeera's Jamal Elshayyal, on board the Mavi Marmara, said Israeli troops had used live ammunition during the operation

The Israeli military said four soldiers had been wounded and claimed troops opened fire after "demonstrators onboard attacked the IDF Naval personnel with live fire and light weaponry including knives and clubs".

Free Gaza Movement, the organisers of the flotilla, however, said the troops opened fire as soon as they stormed the convoy.

Our correspondent said that a white surrender flag was raised from the ship and there was no live fire coming from the passengers.

Before losing communication with our correspondent, a voice in Hebrew was clearly heard saying: "Everyone shut up".

Israeli intervention

Earlier, the Israeli navy had contacted the captain of the Mavi Marmara, asking him to identify himself and say where the ship was headed.

Shortly after, two Israeli naval vessels had flanked the flotilla on either side, but at a distance.

Organisers of the flotilla carrying 10,000 tonnes of humanitarian aid then diverted their ships and slowed down to avoid a confrontation during the night.

They also issued all passengers life jackets and asked them to remain below deck.

Al Jazeera’s Ayman Mohyeldin, reporting from Jerusalem, said the Israeli action was surprising.
"All the images being shown from the activists on board those ships show clearly that they were civilians and peaceful in nature, with medical supplies on board. So it will surprise many in the international community to learn what could have possibly led to this type of confrontation," he said.

Meanwhile, Israeli police have been put on a heightened state of alert across the country to prevent any civil disturbances.

Sheikh Raed Salah,a leading member of the Islamic Movement who was on board the ship, was reported to have been seriously injured. He was being treated in Israel's Tal Hasharon hospital.

In Um Al Faham, the stronghold of the Islamic movement in Israel and the birth place of Salah, preparations for mass demonstrations were under way.

Protests

Condemnation has been quick to pour in after the Israeli action.

Mahmoud Abbas, the Palestinian president, officially declared a three-day state of mourning over Monday's deaths.

Turkey, Spain, Greece, Denmark and Sweden have all summoned the Israeli ambassador's in their respective countries to protest against the deadly assault.

Thousands of Turkish protesters tried to storm the Israeli consulate in Istanbul soon after the news of the operation broke. The protesters shouted "Damn Israel" as police blocked them.

"(The interception on the convoy) is unacceptable ... Israel will have to endure the consequences of this behaviour," the Turkish foreign ministry said in a statement.  

Ismail Haniya, the Hamas leader in Gaza, has also dubbed the Israeli action as "barbaric".

Hundreds of pro-Palestinian activists, including a Nobel laureate and several European legislators, were with the flotilla, aiming to reach Gaza in defiance of an Israeli embargo.

The convoy came from the UK, Ireland, Algeria, Kuwait, Greece and Turkey, and was comprised of about 700 people from 50 nationalities.

But Israel had said it would not allow the flotilla to reach the Gaza Strip and vowed to stop the six ships from reaching the coastal Palestinian territory.

The flotilla had set sail from a port in Cyprus on Sunday and aimed to reach Gaza by Monday morning.

Israel said the boats were embarking on "an act of provocation" against the Israeli military, rather than providing aid, and that it had issued warrants to prohibit their entrance to Gaza.

It asserted that the flotilla would be breaking international law by landing in Gaza, a claim the organisers rejected.

 Sumber: Aljazera.net



Ohh...harga minyak akan naik lagi?

Mendengar celoteh pak menteri dan pakar-pakar ekonomi yang tak dikenali itu mengenai kewajaran subsidi minyak dimansuhkan secara berperingkat-peringkat, aku percaya hati ramai orang mendengkam. Tiada  rakyat yang sudi menerima rancangan itu, lebih-lebih lagi rakyat marhain. Rakyat telah benyak berkorban untuk negara tetapi para pemimpin banyak yang mensia-siakan pengorbanan rakyat. Amanah dan kepercayaan yang diberikan tidak dilaksanakan dengan telus dan penuh tanggungjawab.

Sebagai rakyat yang telah menyaksikan dan mendengar mengenai gelagat pemimpin negara dalam tempoh 20 tahun terakhir ini, aku menolak kewajaran subsidi minyak ditarik. Sebelum rakyat terbanyak dibebankan dengan kenaikan harga minyak yang akan mempengaruhi kenaikan harga barangan lain, langkah-langkah lain perlu diawali. Elaun-elaun pak menteri yang bernilai puluhan dan ratusan ribu perlu dikurangkan semaksima mungkin.Bila pak menteri naik kereta kerajaan, biar poket sendiri yang menanggungnya. Naikkan dulu cukai orang kaya-kaya semaksima mungkin. Hisap sehabis-habisnya poket golongan elit sebelum menhisap poket rakyat yang sememangnya kempis.

Jika sudah lakukan semua yang patut ke atas pemimpin-pemimpin dan golongan kaya serta elit masyarakat, tak berjaya juga, baru minta bantuan rakyat jelata. Jika rakyat meyakini keikhlasan para pemimpin, rakyat tentu sanggup berikat perut demi patriotik.

Dualisme najis sekularisme.

(Sentuhan isu peguam syar'i bukan Islam)



Ada dua jalan, imma syakur...imma kafur.
(Ini bukan dualisme)

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dualisme dalam banyak perkara. Dualisme adalah salah satu ciri sistem sekularisme yang secara dasarnya memisahkan urusan agama daripada dunia. Oleh kerana Islam menolak sekularisme dalam pemerintahan, maka Islam juga menolak dualisme.

Kita sering tertipu dengan konsep dualisme ini. Orang yang menolak sekularisme, kekadang menelan dualisme dan memperjuangkannya pula.Oleh itu, persoalan dualisme ini perlu dicermati.

Di Malaysia, ada dua aliran pendidikan. Pendidikan kebangsaan dan pendidikan agama. Anda dikenali daripada dua aliran ini. Sama ada anda aliran agama atau aliran kebangsaan. Jika anda aliran agama, anda dipanggil ustaz, biarpun miskin ilmu agama dan miskin amal agama. Jika anda aliran kebangsaan, anda tidak akan dipanggil ustaz biapun anda kaya ilmu agama dan kaya amal agama. Inilah mindset kebanyakan anggota masyarakat. Padahal, berapa banyak lulusan aliran agama tidak membawa wajah agama. Sesetengahnya dipanggil ustaz, tetapi tidak membawa ciri-ciri  keustazan yang terbina dalam mindset  masyarakat. Ironinya, ramai pula yang dikatakan lulusan kebangsaan, berjaya menampilkan wajah agama dalam kehidupan mereka. Biarpun mereka tidak dipanggil ustaz, mereka memiliki ciri-ciri ustaz. Malah, jika kita lihat dewasa ini secara nisbi, yang berjuang dalam gerakan Islam dan menjadi pimpinannya, tidak ramai dari kalangan ustaz. Sesetengah pertubuhan Islam, pemimpinnya adalah seorang yang bukan lulusan agama tetapi semangat, fikrah dan perjuangannya, masya Allah, melebihi apa yang ada pada kebanyakan ustaz yang lulus daripada fakulti pengajian Islam di Malaysia, pulang daripada Mesir, Jordan, Madinah, Ummul Qura dan sebagainya.

Siapa kalangan ustaz yang datang daripada lulusan agama berani mengatakan bahawa dia lebih faham Islam daripada Sayyid Qutb rahimahullah seorang lulusan kejuruteraan yang pernah memimipin Ikhwanul Muslimin?

Sebab itu, aku ingin menolak fahaman dualisme dalam pendidikan. Bidang apapun yang kita pelajari, ia tidak membawa erti apa-apa kalau ilmu yang diperolehi itu gagal diperhambakan untuk agama. Ilmu adalah satu, manusia yang memecahkanya untuk mudah dipelajari. Bersama dengan pemecahan itu, jangalah pula dipisah-pisahkan kerana ilmu, bila dipisahkan, muncullah sekularisme dalam ilmu!

Dalam sistem perekonomian, juga ada dualisme. Jika anda ke bank, anda boleh pilih mahu menggunakan sistem Islam atau konvensional. Satu bank, di kaunter yang sama menawarkan dua sistem perekonomian untuk kita pilih.

Dalam sistem perundangan, ada dua sistem. Islam dan Common Law. Maka lahirnya dua jenis mahkamah. Mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Dalam sistem sosial, kita didedahkan dengan konsep dualisme dalam pelbagai juzuknya. Dalam sebuah bandar, ada pusat maksiat dan ada pusat ibadat.  Ada tempat perjudian ,ada tempat pengajian. Di pasaraya hatta kedai-kedai runcit, dijual minuma halal pembasah tekak, ada pula arak tersusun di rak. Persembahan nyanyian diadakan buat menghibur orang ramai. Ada nasheed ada pula dangdut inul gelek gerudi.

Malaysia mengamalkan dualisme. Kononnya, rakyat dibiarkan memilih. Para pendokong syaitan boleh membuat kempen menyeru rakyat agar memilih sisinya. Manakala para pendokong Allah menyeru rakyat agar memilih sisinya. Tapi...dalam banyak keadaan, pendokong syaitan itu mendapat ruang dan dokongan untuk menjalankan kempennya. TV dan media massa milik kerajaan menjadi agen yang mewar-warkan bahagian dan sisi syaitan. Manakala bahagian dan sisi Allah, dinafikan atau diminimakan.

Berbicara mengenai dualisme ini, aku ingin mengaitkan dengan satu isu yang berkaitan dengan perundangan iaitu cadangan agar peguam bukan Islam boleh menjadi peguam syar'i.

Hanya ada satu keadilan.

Beberapa pihak, termasuk kalangan peguam syar'i nampaknya melenting marah dengan cadangan ini. Cadangan ini dilihat sebagai satu cadangan yang mencabar hak dan prerogatif para peguam muslim. Tanpa sedar, pihak yang melenting dengan cadangan membenarkan peguam bukan Islam menjadi peguam syar'i ini telah terpengaruh dengan dualisme perundangan, secara khusus dualisme mahkamah. Lebih khusus lagi, dualisme guaman. 

Islam hanya menerima satu sistem mahkamah sahaja. Inilah idealisme hukum dan perundangan dalam Islam. Permainan musuh telah menyebabkan lahirnya dua sistem mahkamah disusuli pula dengan dualisme dalam segala aspek yang berkaitan dengan kedua-duanya.

Oleh kerana Islam hanya menerima satu sistem mahkamah bagi menjamin keadilan rakyat dalam sebuah negara, maka tidak boleh kita menghalang orang bukan Islam untuk menjadi peguam dalam mahkamah. Masakan orang Islam yang membawa kesnya ke mahkamah mahu melantik peguam Islam? Sudah tentu mereka akan memilih peguam yang paling mereka percaya.  Tugas peguam adalah menghujah dan penghujahan tidak tertambat dengan agama. Orang bukan Islam boleh berhujah sebagaimana orang Islam juga.

Cuba lihat bahasa yang Allah gunakan ketika mengungkapkan:


وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

 "Dan saling berhujjahlah dengan mereka dengan cara yang baik"
(Surah An-Nahlu: Ayat 125)

Perkataan "جادل" membawa konotasi penglibatan kedua-dua pihak dalam penghujahan. Ia tidak akan berlaku dari sebelah pihak sahaja maka satu pihak lagi cuma mendengar. Islam adil dalam hal dakwah yang berperanan menyampaikan mesej Islam, apatah lagi dalam soal keadilan menjadi kewajipan untuk ditegakkan. 

Untuk melarang orang bukan Islam menjadi peguam syar'i, apakah dalilnya? Sebelum menyatakan dalil melarang orang bukan Islam menjadi peguam syar'i, ada baiknya dicari dalil bahawa ada peguam syar'i dan ada yang bukan syar'i.

Dalil-dalil yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam berhujah sebagai peguam (bukan atas nama profesion),  ada berlaku di  zaman Rasulullah dan Salafus Soleh. Maka, apa hujah yang boleh digunakan untuk mensyaratkan Islam untuk menjadi peguam.

Bukan menjadi peguam sivil. Cuma dilarang menjadi peguam syar'i. Mungkin itu yang akan dikata mereka yang melarang keterlibatan bukan Islam sebagai peguam syar'i. 

Maaf...aku tidak mahu menerima dualisme. Dualisme adalah najis sekularisme. Aku sedang berusaha membersihkan pemikiranku dari dualisme yang banyak menghantui kehidupanku. Semoga Allah membantuku mengenal antara kerlipan bintang daripada kerdipan mata ular berbisa.
 

Jika judi bola sepak dilesenkan...

May 30, 2010

Jika judi bola sepak dilesenkan...

Kedai-kedai sport toto akan menjadi tumpuan ramai orang. Tahi judi sudah tentu. Yang bukan tahi judi pun akan jadi penjudi.

Peminat-peminat bolasepak dari generasi awal usia sehingga yang lanjut usia akan terdedah kepada judi. Kita tahu bahawa apabila minat, orang sanggup buat apa sahaja demi minatnya.

Setiap  orang yang ada pasukan pilihannya berkemungkinan akan tertarik untuk membuat pertaruhan.

Kanak-kanak yang sudah mempunyai minat mendalam kepada bola sepak piala dunia akan minta duit daripada ibu bapa untuk membeli tiket pertaruhan. Konflik sosial akan merebak. Anak yang tidak mendapat duit daripada ibu bapa akan menderhaka ibu bapa. Kalau judi yang haram itu sanggup dicicipi, mereka tentu juga sanggup mencuri untuk berjudi.

Berjaya Corporation yang diberikan hak untuk menjual judi bola sepak akan bertambah kaya. Tidak ada syarikat perjudian yang bertambah miskin. Yang bertambah miskin adalah tahi judi.

Nilai transaksi judi setiap hari yang kini sudah pun mencecah jutaan ringgit akan meningkat berkali ganda.

Judi bola sepak, kelak akan melebar sayapnya. Bukan sahaja pada musim piala dunia ia akan dijual. Pada musim-musim yang lain juga judi bola sepak akan turut dijual. Mungkin ketika Piala Malaysia juga akan dijual. Silap-silap, ketika piala bola sepak peringkat sekolah-sekolah, murid-murid yang sudah didedahkan dengan judi bola sepak yang dijual secara terbuka akan berjudi  juga. Mereka bertaruh untuk memilih jaguh masing-masing.


Pasukan polis dan penguatkuasa membanteras judi haram bolasepak akan bekerja mempertahankan judi halal bola sepak yang dijual oleh Berjaya Corporatian. 

Ketika pengusaha judi haram dan pembelinya ditahan, mereka bertanya:"Di mana kami boleh jual beli judi bola sepak yang halal?" 

Pasukan penguatkuasa sepatutnya menjawab:"Dapatkannya di premis-premis berjaya Corporation".
 
Vicent Tan duduk goyang kaki di rumah. Polis-polis yang gaji mereka dibayar oleh rakyat bekerja untuk memperatahankan perniagaan judi Vincent Tan. 

Pasukan penguatkuasa sudah menjadi kumpulan gangster berlesen yang berkhidmat untuk Vincent Tan!

Apakah kerana takut negara bankrup pada tahun 2019, sumber judi yang dijadikan penyelamat?

Negara akan bankrap pada 2019-salah siapa?

May 29, 2010

Malaysia akan bankrap pada tahun 2019 jika subsidi minyak tidak dihentikan.Demikianlah apa yang disebutkan oleh Idris Jalla. YB Datuk Hj Mahfuz Omar menyebutkan dalam sebuah ceramah umumnya di Tawau semalam. Menurutnya, kebankrupan itu adalah disebutkan kerajaan Malaysia kehilangan upaya untuk membayar hutang disebabkan kekurangan sumber pendapatan disamping kegagalan pengurusan ekonomi oleh para pemimpin.



Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh para pemimpin terpaksa ditanggung oleh rakyat. Ketika Perdana Menteri terdahulu menandatangani surat penyerahan telaga minyak Blog L dan Blok M kepada kerajaan Brunei, Malaysia kehilangan sumber pendapatan yang dijangkakan sebanyak RM320 bilion setahun. Brunei, sebuah negara kaya diberikan secara percuma kawasan telaga minyak yang didakwa sebagai mempunyai masalah pertindihan hal milik. Kononnya, penyerahan tersebut adalah sebagai tukaganti kesediaan Brunei untuk menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang. Namun, Brunei kemudiannya menafikan bahawa ia memasukkan persetujuan menggugurkan tuntutan ke atas limbang dalam perjanjian penyerahan 2 blog telaga minyak itu.

Audit Negara mengesahkan pada tahun-tahun sebelum ini bahawa kerajaan mengalami ketirisan dalam jumlah yang besar dalam projek-projek kerajaan. Ini, sebahagiannya berpunca daripada pemberian projek kerajaan secara tender tertutup kepada syarikat pilihan yang hanya mahu mengautkan keuntungan.

Semua ini menyebabkan kerajaan mengalami kehilangan banyak wang dan kini menjadi lemah daya bayar hutangnya sehingga dianggarkan akan bankrap pada tahun 2019.

Kebobrokan pengurusan ekonomi negara yang dilakukan pihak lain akhirnya akan dibebankan ke atas bahu rakyat. Harga minyak dijangka akan dinaikan 15 sen seliter dan disel sebanyak 10 sen seliter. Menjadi pengetahuan umum bahawa kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan hampir semua barang keperluan lain.

"Atas semangat patriotik,saya setuju subsidi minyak diberhentikan tetapi dengan satu syarat. Mereka yang bertanggunjawab menjadikan negara terperangkap dalam kancah kebankrapan hendaklah dihukum. Mereka tidak layak dibenarkan memerintah. Siapa boleh menjamin bahawa subsidi yang ditarikbalik daripada rakyat itu akan digunakan buat menyelamat negara daripada bankrap?", YB Mahfuz menegaskan disusuli dengan laungan takbir para hadirin.

Subsidi minyak adalah hak rakyat. Ia perlu diberikan kepada rakyat. Menarik subsidi minyak adalah mencabul hak rakyat. Cari cara lain untuk menyelamatkan negara sebelum merampas hak rakyat. Rakyat tidak wajar dibebankan dosa yang disengajakan oleh para lintah-lintah yang menghisap kekayaan negara. Kalau sudah tidak mampu menyelesaikan, biar rakyat yang selesaikan. 

Demokrasi yang kufur atau manusia yang kufur?

May 25, 2010

Seruan ke arah menegakkan semula khilafah Islam sebenarnya telah dimulakan oleh Imam As-Syahid Hasan Al-Banna apabila beliau telah menubuhkan jema'ah Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928. Dia telah berjuang dengan penuh gigih, hikmah dan kebijaksanaan sehingga beliau terbunuh pada tahun 1948. Jemaah yang ditubuhkannya terus hidup dan mendominasi gerakan Islam untuk beberapa dekad sehingga munculnya pelbagai gerakan yang mengaplikasikan metod dan pemikiran Hasan Al-Banna sebagai tokoh ulung gerakan Ikhwanul Muslmin.

Di beberapa negara, termasuk di Malaysia, pengaruh Ikhwanul Muslimin menunjangi dalam kebanyakan gerakan Islam.Cuma beberapa perubahan pendekatan berdasarkan waqi' setempat telah diamalkan.


Hizbut Tahrir yang ditubuhkan pada tahun 1953 oleh Taqiuddin An-Nabhani dan memproklamasikan secara khusus seruan ke arah penegakkan khilafah Islam sebagai penyelesaian kepada semua perkara yang menghantui umat Islam dewasa ini. Hizbut Tahrir mendasari pemikirannya kepada beberapa perkara. Di antara yang paling banyak diperkatakan ialah penolakan terhadap sistem kufur dalam kehidupan ummat Islam. Antaranya ialah sitem demokrasi yang disifatkan sebagai sistem kufur dan haram disertai oleh gerakan Islam. Oleh itu, sebuah gerakan Islam tidak wajar menyertai pilihan raya kerana pilihan raya itu merupakan satu daripada syiar sistem demokrasi yang kufur.

Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ust Abd Hakim Othman beserta beberapa orang anggota pempinan Hizbut Tahrir pusat telah datang ke Sandakan baru-baru ini bagi menyampaikan pembentangan dalam sebuah seminar anjuran Hizbut Tahrir. Secara umumnya, pembentangannya tentang keperluan menegakan sistem khalifah itu dipersetujui oleh semua orang Islam yang cintakan Islam. Ini kerana seruan menegakkan khilafah sudah lama dikumandangkan seawal gerakan ikhwanul muslimin lagi. 

Persoalan yang menimbulkan konflik ialan apabila kita memperkatakan tentang cara menegakkan khilafah tersebut. Di sini Hizbut Tahrir berkontradik dengan gerakan Islam yang lain. Hizbut tahrir menolak pendekatan PAS yang menggunakan jalan demokrasi dengan menyertai pilihanraya.

Aku tidak mahu membahaskan hal ini kerana persoalan ini panjang, berliku dan memang sukar mencari titik temu. Dalam seminar tersebut aku turut hadir bersama beberapa rakan. sefikrah. Setelah mendengar 2 pembentangan, aku sempat melontarkan pertanyaan. Dua pertanyaan yang aku kemukakan kepada pembentang adalah seperti berikut:-

a) Anda mengatakan sistem demokrasi adalah sistem kufur yang tidak boleh disertai. Tetapi anda mengatakan sistem khalifah telah ranap pada tahun 1923 sedangkan sistem kekhalifahan itu  ke tempoh tersebut sebahagian besarnya didirikan di atas sistem pewarisan. Sistem pewarisan bukanlah sebuah sistem Islam. Ia merupakan sistem yang telah diamalkan oleh kerajaan Parsi dan Rom sebelum lahirnya Islam.

Kalau begitu, khalifah-khalifah Islam yang anda sendiri akui keabsahannya sesudah Khulafaur Rasyidun bermula daripada Yazid bin Muawiyah adalah dibina atas sistem kufur yang ditiru daripada kerajaan Parsi dan Rom. Anda menolak demokrasi tetapi menerima sistem pewarisan sedangkan kedua-duanya bukan sistem Islam. Saya bercakap tentang demokrasi dalam pemilihan pemimpin dan bukan demokrasi dalam pembentukan undang-undang. 

Jawapan Hizbut Tahrir: Pembentang mengatakan bahawa sistem pewarisan yang diamalkan oleh khalifah-khalifah Islam itu diikuti dengan 'proses bai'ah' yang menjadikan setiap khalifah itu sah.

Aku pernah menimbulkan satu sudut pemikiran dengan beberapa syabab HT bahawa sistem bai'ah pada zaman sekarang boleh diterjemahkan dalam bentuk baru. Undi yang diberikan rakyat dalam pilihanraya mungkin boleh difikirkan sebagai satu mekanisma bai'ah. Apakah pelantikan yang dibuat oleh YDPA tidak boleh diperkemaskan agar menjadi seperti bai'ah. Bukankah pernah terjadi dalam zaman khalifah Islam yang lalu, pelantikan seorang khalifah pernah dibai'ah oleh seorang ulama sahaja yang dikatakan mewakili ummat. Siapa pula mewakilkan ulama itu untuk membai'ah khalifah itu? Apakah bai'ah itu sah?Mungkin sahaja ulama itu ulama yang ditolak sebahagian ummat Islam yang lain pada zaman itu.

Kita juga tahu bahawa sewaktu Yazid bin Mu'awiyah dilantik menjadi khalifah oleh ayahnya, perlantikannya ditentang oleh ramai sabahat. Kebanyakannya yang tinggal di Madinah dan  Makkah.  Cucunda Rasulullah sendiri membantah. Hassin terbunuh di Karbala dan tak pernah membai'ah Yazid. Demikian  juga Ibn Zubair.  Sampai mati terbunuh mempertahankan kota Makkah, Ibn Zubair tidak membai'ah Yazid. Lalu, mengapa Yazid masih diterima sebagai khalifah pada pandangan Hizbut Tahrir?

Mengikut tanggapanku, penolakan sistem pelantikan pemimpin di bawah sistem demokrasi yang dibawa oleh Hizbut Tahrir mengandung banyak hujjah balas yang tak dapat dijawab dengan hujah konkrit. Kalau kita mengatakan demokrasi itu melibatkan pembuatan undang-undang di parlimen, kita perlulah memilih pemimpin yang bertakwa agar para perangka dasar dan undang-undang di parlimen tunduk kepada undang-undang Allah. 

Bukan sitem demokrasi yang menyebabkan terbitnya undang-undang yang melawan hukum Allah. Ia adalah kerana manusia yang ada di parlimen itu. Jika menggunakan sistem pewarisan dan diperkemaskan dengan bai'ah sekalipun, seorang khalifah itu boleh membuat undang-undang menurut hawa nafsunya. Dia manusia biasa. Dalam banyak keadaan, manusia yang mengawal sistem dan bukan sistem yang mengawal manusia.

Ambil contoh khalifah Harun Ar-Rasyid yang meminta kebenaran Imam Malik untuk menggantungkan kitab Muwatta' di Ka'abah. Jika itu terlaksana, jadilah undang-undang negara bahawa setiap orang perlu bersandarkan sumber hukum sebagaimana imam Malik sahaja. Dengan kata lain, mazhab maliki akan menjadi mazhab yang diperakukan dan mazhab lain tidak dibernarkan. Namun, Imam Malik menolak hasrat khalifah itu.

Kita juga pernah dengar kisah khalifah Al-Makmun dalam zaman Abbasiyyah memaksakan rakyat akidah salah mengatakan Al-Quran adalah makhluk. Ramai ulama dipaksa untuk itu dan ada yang disiksa kerana enggan mengakuinya. Bukanklah Al-Makmun adalah salah satu khalifah yang diakui Hizbut Tahrir. Kenapa boleh dia membuat undang-undang yang bertentangan dengan hukum Allah? Pada zaman tersebut, kemahuan khalifah menjadi undnag-undang tak langsung.

Bagiku, jelas sekali bahawa ia kerana bukan masalah sistem yang melantiknya tetapi masalah manusia yang dilantik.  Jika buruk manusia itu, buruklah yang lahir. Jika baik, baiklah yang lahir.

Bayangkan,  jika melalui sistem pilhanraya dapat ditempatkan manusia-manusia yang takutkan Allah dan mahu mendaulatkan hukum Allah di parlimen, maka akan tertegaklah undang-undang Allah. Sebaliknya jika manusia yang dipilih tidak bertakwa dan memandang rendah hukum Allah, maka bagaimanalah hukum Allah akan tertegak. Masalah pengabaian beberapa aspek hukum Allah pernah berlaku dalam beberapa episod pemerintahan khalifah dan ia kini sedang terjadi di bawah sistem demokrasi.

Aku tidak boleh menerima kaedah memboikot pilihanraya atas alasan ia terbit daripada sitem demokrasi kufur. Ia seperti lari dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Kalau menyertai pilihanraya itu haram, dengan jalan apa hendak menegur para penguasa yang menzalimi rakyat dan meninggalkan hukum Allah? Aku pernah dengar bahawa Hizbut Tahrir menggunakan kaedah meminta nusrah.  Nabi pernah meminta nusrah daripada penduduk Yathrib melalui perjanjian Aqabah pertama dan kedua. Dalam kontek zaman sekarang, nusrah boleh diperolehi daripada negara tertentu. Dalam sebuah negara seperti Malaysia, nusrah mungkin boleh didapat daripada panglima Angkata Tentera Malaysia. Kalau boleh daripada Yang Dipertuan Agung selaku ketua Angkatan Tentera.

Aku katakan Yang Dipertuan Agung di Malaysia tak boleh mengubah sistem yang ada di Malaysia. Sama ada dari segi track recode maupun bidangkuasa. Kalau mahu dapatkan nusrah untuk membongkar sitem jahiliah di Malaysia, mintalah daripada perdana menteri Malaysia. Cubalah kalau dapat. Hantar delegasi jumpa Datuk Sri Najib Tun Razak dan bincang untuk tukar perlembagaan Malaysia kepada perlembagaan Islam. Buang perlembagaan Lord Reid yang kufur dan ganti dengan perlembagaan Islam. Minta tegakkan undang-undang hudud di Malaysia.

Saudara...Allah tidak akan soal kamu di akhirat tetang idelisma kamu. Tentang falsafah-falsafah perjuangan yang meniti dibibir. Tetapi Allah akan tanya kamu tentang apa yang kamu lakukan untuk menegakkan idealisma itu. Tentang bagaimana usaha kamu untuk realisasikan falsafah perjuangan itu. Biar sekecil zarrah, jika diusahakan dengan amal, ia akan bererti di akhirat kelak.

b) Anda menolak jihad kecuali jika ada khalifah yang menitahkannya. Oleh kerana tiada khalifah dewasa ini, maka tiadalah jihad yang boleh digerakkan. Jihad yang dimaksudkan ini adalah jihad peperangan. Justeru, kematian jenis apa yang akan kita lebelkan kepada mereka yang terkorban di Palestin, Mindanau, Afghanistan dan lain-lain tempat di dunia kerana berjuang demi agama? Mereka digerakkan oleh gerakan setempat mereka. Di Palestin oleh Hamas, di Mindanau oleh gerakan MILF dan lain-lain. Di Afghanistan oleh Taliban, Mujahideen dan sebagainya. Mereka tidak melancarkan serangan kepada tentera kafir yang menginjak kehormatan mereka dengan arahan khalifah kerana sememangnya khalifah tiada. Apakah gerakan mereka bukan jihad?

Persaoalan ini dijawab dengan mengatakan bahawa Hizbut Tahrir tidak mengambil jalan jihad bersenjata selagi khalifah tidak tertegak. Lagipun jihad bukan untuk pemimpin Islam. Jihad hanya kepada kelompok kafir harbi. Sementara kumpulan-kumpulan lain yang menggerakan oposisi bersenjata lalu ada yang terkorban, maka mereka itu adalah syahid. Pembentang membahagikan jihad kepada dua iaitu jihad melawan dan jihad mempertahankan diri. Jihad melawan hendaklah dengan arahan khalifah manakala jihad mempertahankan diri boleh dilakukan oleh siapa sahaja yang tertindas.

Satu analogi dikemukakan tentang perjuangan menegakkan khalifah dengan cara yang salah seperti menyertai sistem demokrasi dan sebagainya. Ia dibandingkan dengan perkahwinan yang didahului dengan perbuatan mungkar dan dosa. Seseorang itu berzina lalu setelah itu mereka bertaubat dan berkahwin.Perkahwinannya sah tetapi jalannya menuju perkahwinan itu adalah haram.

Agak lucu dan bersimpang siur jalan fikir yang dikemukakan apabila dinyatakan bahawa seandainya melalui jalan demokrasi PAS dapat memenangi pilihanraya di Malaysia dan semua parti Islam di seluruh dunia dapat memenangi pilihanraya, lalu sistem khalifah dapat ditegakkan hasil kemenangan tersebut, Hizbut Tahrir akan menerima khalifah itu sebagai khalifah yang sah sekalipun jalannya haram.

"Hasilnya diterima tetapi jalannya tak mahu diterima...", seorang teman mengeluh sewaktu kami dalam perjalanan meninggalkan seminar.

Cuma, ketika pemimpin Hizbut Tahrir itu mengatakan, untuk Hizbut Tahrir jalan yang akan ditempuhnya bukan melalaui penyertaan pilihanraya, aku merasa lapang dada. Untuk Hizbut Tahrir...untuk gerakan Islam lain, terpulang kepada pendekatannya.Cuma Hizbut Tahrir menyampaikan nasihat agar membetulkan jalan saudara seperjuangan daripada gerakan yang lain.

Kalau begitu, bagiku kita perlu berlapang dada jalan yang difikirkan betul oleh Hizbut Tahrir. Apa yang mereka fikirkan betul belum tentu betul. Jalan yang dipersalahkan itu juga digariskan oleh pejuangnya bersandarkan hujah. Inilah ijtihad politik. Siapa berijtihad lalu betul, baginya 2 pahala. Siapa yang berijtihad lalu salah, baginya satu pahala. Banyak persoalan ijtihadi dalam pelbagai bidang ilmu Islam kekal neutral , tak dapat dibuktikan salah atau betulnya sehingga hari ini.

Maka, biarlah parti politik Islam yang menyertai pilihanraya menjalani ijtihad politiknya dan jangan katakan ia salah pada perkara yang bersandarkan hujjah. Tentangilah musuh sebenar dan jangan disibukan persoalan ijtihadi yang akan membuang masa dan tenaga sehingga menghilangkan fokos sebenar.

Untung bukan pada nilai wang ringgit

May 24, 2010

Beberapa hari lalu, printerku berjenama Canon ip1800 mengalami masalah ketika mahu digunakan. Hasil yang keluar pada cetakkan kertas kelihatan terputus-putus. Aku telah banyak mencetak bahan dengan printer tersebut. Mungkin sudah beribu helai. Sejak teknologi modified printer dengan menjadikan dakwat diisikan dalam bekas di luar printer, ramai orang mencetak kertas tanpa terfikir masalah dakwat akan habis lagi. Paras dakwat dapat dilihat dan boleh ditambah pada bila-bila masa sahaja.


Aku hantarkan printerku ke sebuah kedai menjual alatan komputer dan servis peralatan komputer yang nama sudah popular di kalangan penduduk Sandakan iaitu Digital Wise. Setelah beberapa hari, hari ini, juruteknik yang ditugaskan membaiki masalah printerku itu menalifonklu dan mengatakan black cartridge sudah rosak dan perlu diganti baru. Aku suruh dia ganti sahaja. Harganya, menurutnya RM75 termasuk service charge. Aku setuju sahaja kerana padaku hasil yang dapat aku perolehi daripada printer itu kelak nilainya melebihi jumlah tersebut.


Petang ini, aku setelah habis tugas rutinku di sekolah, aku mengunjungi kedai tersebut untuk mendapatkan semula printerku. Setelah diuji dan aku berpuas hati dengan hasil cetakannya, aku mahu menjelaskan bayaran di kaunter. Pekerja kaunter bayaran mengambil resit yang ditampalkan di atas printer tersebut dan membuat keep in data kos perkhidmatan.

"RM15.00", kata pekerja kauter itu.

"Berapa?", aku terkejut dan bertanya semula. 

Pekerja kaunter itu mengulangi sebutan kos tersebut. Terdetak dalam hati kecilku untuk bersetuju sahaja. Aku telah melihat resit yang ditampal atas printer itu sebelumnya. Angka 75 yang ditulis seperti 15 sahaja. Tak hairanlah kalau pekerja kaunter itu boleh tersilap baca.

Aku teringat bahawa printerku ini akan aku print banyak bahan ilmiah. Aku akan print juga tugasan yang berkaitan kerjaku sebagai guru. Tentunya semua itu menuntut keberkatan. Bagaimana hendak berkat kalau harga sebenar pembaikannya ialah RM75 tetapi disebabkan khilaf pandangan mata pekerja kaunter itu aku hanya perlu membayar RM15?

Aku menolak bisikan yang mengajak aku bersetuju sahaja harga yang disebutkan penjaga kaunter. Memang menguntungkan kalau aku hanya perlu membayar RM15. Aku dapat jimat RM55. Itulah congakan keuntungan berdasarkan matematik. Namun, congakan keuntungan berdasarkan nilai keberkatan tidak mengikut jalan congakan matematik. Lalu...

"Tadi saya dihubungi dan dinyatakan kos semua adalah RM75", akhirnya aku memaklumkan. 

Biarpun aku memaklumkan begitu, dia mengatakan harganya tetap RM15. Aku suruh dia hubungi juruteknik yang sedang di tingkat atas bertanyakan harga sebenar. Kawannya menghubungi dan setelah mendapat pengesahan jurutekniknya, barulah dia bersetuju bahawa harganya adalah RM75. Resit bayaran untuk harga tersebut pun dikeluarkan.

Aku bukan menulis hal ini untuk mengatakan aku seorang yang jujur. Tetapi sekadar renungan tentang apa yang aku fikirkan. Aku berhadapan dengan dua pilihan saat itu. Mahu keuntungan harga atau mahu keberkatan penggunaan. Aku memilih keberkatan penggunaan kerana aku yakin di sana faedahnya besar dan lebar. Dari printer yang diberkati, aku akan mencetak lembaran bahan ilmiah. Aku akan membacanya dan menambahkan ilmu di dada. Ilmu menjadi berkat. Aku akan mencetak bahan-bahan berkaitan kerjaku seperti laporan, kertas soalan ujian dan peperiksaan dan sebagainya, lalu aku menyempurnakan tugasku dan cukup bulan mendapat gaji. Gaji menjadi berkat. Gaji itu perlu diberkati daripada pelbagai aspek termasuk printer yang mempermudahkan kerja bergaji itu.

Semoga Allah menjadikan kita muslim yang amanah dalam meniti jambatan hidup. Pamrih duniawi tak kekal tetapi kebaikan ukhrawi itulah yang kekal. Marilah kita bermujahadah melawan hawa yang mengajak kita mencicip lumut dunia dengan lahap. Dunia memang mempesona tetapi apalah ertinya keuntungan dunia kalau kita hilang kemuliaan diri sebagai muslim.

Judi bola sepak cetusan penyembah bola sepak

May 23, 2010

Kini, heboh pasal judi bola sepak. Ia cuma sebahagian daripada berbagai-bagai cemar yang ada pada bola sepak piala dunia. Sebab itu aku tak minat bola sepak. Apa lagi bola sepak dunia.

Banyak sangat orang meminati bolasepak sampai ke peringkat ketagihan. Ketagihan itu membawa kepada pendewaan. Pendewaan bola sepak sampai ke peringkat mempertuhankan bola sepak dalam tidak sedar. Di sesetengah negara, rakyatnya tanpa segan silu menlaungkan selogan bahawa bola sepak adalah agama baru. "Football is my religion". Negara Brazil yang telah melahirkan ikon-ikon berprestij dalam dunia bola sepak seperti Ronaldo dan Ronaldinho menjadikan lambang bola sepak sebagai benderanya.

Peminat bola sepak lebih cekap menghafal nama-nama kelab bola sepak berbanding nama-nama rukun Islam dan Iman. Mereka lebih memahami sirah pemain bola sepak berbanding sirah Rasulullah sendiri. 

Demi melangsaikan minat peminat tegar bola sepak sanggup berbuat apa sahaja termasuk tindakan-tindakan radikal yang yang mengancam ketenteraman awam. Sungguh kasihan kepada peminat bola sepak yang sanggup berkerumun ke stadium sebelum Maghrib untuk menyaksikan permainan yang dijadualkan pada malamnya. Berapa ramai yang menunaikan solat Maghrib? Kalau pun solat maghrib, maka apakah ahli solat itu tidak terdetik rasa bersalah berada dalam sebuah bangunan yang dipenuhi mojoriti manusia yang mengabaikan solatnya demi memperhambakan diri kepada bola sepak? Apakah bukan redha kepada kekeufuran itu kufur dan redha atas kemaksiatan itu maksiat?

Biarlah aku mengambil jalan bara'ah daripada dunia bola sepak. Dunia bola sepak bererti bola sepak yang menjadi kegilaan manusia sedunia. Tak termasuk bola sepak yang dimainkan atas nama sukan atau menautkan ukhuwwah disamping menjaga adab-adab Islamnya.

Apabila Datuk Awang Adik Hussin, Timbalan Menteri Kewangan berkata kerajaan bersedia untuk meluluskan lesen perjudian bola sepak kepada syarikat Berjaya Group sebagai satu cara mengawal perjudian tidak berlesen yang menjadi masalah saban tahun di musim piala dunia, ia tidak lebih merupakan petanda cengkaman bola sepak ke atas pemikiran dan tindakan sudah amat melampau. Demi bola sepak yang dipertuhankan, perjudian mahu dihalalkan!


Sudahlah masyarakat sudah disumbatkan dengan gaya hidup piala dunia yang berkecamuk dengan pelbagai persoalan, ditambah pula dengan perjudian.  Meminati pemain-pemain antara bangsa yang membawa syiar kekufuran itupun sudah meragukan, apalagi kalau ditambah dengan "tazyin" perjudian untuk menjadikannya lebih menarik.

David Beckham yang diminati oleh ramai pengkagum bola sepak, diberitakan akan mengunjungi markas tentera British di Afghanistan yang terletak didaerah Helmand. Menurut Beckham, dia mengkagumi tentera yang sedang berkhidmat untuk negaranya di bumi Afghanistan yang sedang dijajah Tentera Ahzab moden


Tidak adakah sensitiviti ummat dalam jiwa pengkagum David Beckham? Siapa David Beckham? Seorang pemain bola sepak dunia. Tidak adakah sensitiviti ummat dalam jiwa peminat bola sepak piala dunia?

Orang-orang kafir mencengkam ummat muslimin dengan pelbagai cara. salah satunya melalui bola sepak. Ummat muslimin dilalaikan dengan perebutan piala dunia yang akan diadakan. Seluruh fikiran tertumpu kepada piala dunia. Ketika penonton di hujung sana sedang bersorak kerana pemain pujaan mereka berjaya menjaringkan gol, penonton tv dan layar skrin yang didirikan di seluruh ceruk rantau dunia pun bersorak sama. 

Applause...

Lalu...tangisan saudara seagama di Palestin, Irak. Afghanistan, Patani, Mindanau dan merata-rata tempat di seluruh dunia dilupakan. 

Buangkanlah bola sepak piala dunia dari hidup kita kerana ia adalah kotoran yang ditebarkan kaum kafir. Jika kita membenci perjudian bola sepak, sesunguhnya perjudian bola sepak akan terus ada selagi ada hamba-hamba bola sepak yang menjadikan bola sepak Tuhan. Mereka akan terus mengadakan pelbagai persembahan kepada Tuhan sembahan mereka sebagaimana penyembah berhala membuat korban kepada berhala sembahan mereka.

Guruku Tok Wan Ali

May 17, 2010


Bila disebut guru, ramai yang nampak guru sekolah. Ucapan selamat hari guru banyak ditujukan kepada guru-guru sekolah. Drama-drama yang ditayangkan dalam TV sempena hari guru juga berkisar pengorbanan seorang guru sekolah. Tergambar, dalam minda ramai orang bahawa sambutan hari guru adalah sebagai mengenang jasa guru-guru sekolah.

Hari guru tahun ini, aku ingin mengenang jasa seorang guruku. Dia tidak pernah dipanggil guru maupun cikgu. Dia juga bukan dipanggil ustaz atau ustazah. Tetapi, bagiku, dia adalah seorang guruku yang amat berjasa kepadaku. Aku memanggilnya Tok Wan. Semua muridnya memanggilnya Tok Wan. Tok Wan Ali.

Tok Wan Ali berpangkat datuk saudaraku.Umurnya kini telah melebihi 80 tahun. Mungkin sudah mencapai 90 tahun. Dialah satu-satunya tok wan aku yang masih hidup. Alhamdulillah, sehingga kini dia masih sihat. Sewaktu-waktu aku pulang bercuti di kampung,  aku dapat mendengar suara Tok Wan Ali memecah kesunyian dini dari corong pembesar suara di masjid. Dia melagukan bacaan Quran sejurus sebelum subuh.  Seingatku sudah beberapa tahun dia melakukan kebiasaan itu tanpa ketinggalan satu pagi pun. Kata ibuku, saban pagi suara Tok Wan Ali pasti kedengaran memecah sunyi dini.

Hampir 30 tahun yang lalu, aku meladeni kehidupan kanak-kanak di kampung dengan disiplin warga yang sudah menjadi kemestian buat setiap anak yang sedang membesar. Terutamanya anak lelaki. Setiap kanak-kanak akan pergi mengaji Quran. Dalam kampungku, hanya ada dua orang yang menjadi tumpuan kanak-kanak untuk mengaji Quran pada masa itu. Satunya  Tok Wan Ali dan satu lagi seorang nenek perempuan bernama Tok Long. Aku tidak cukup kenal Tok Long tetapi cukup mengenali Tok Wan Ali.

Masa itu, kampungku belum ada kemudahan asas. Penduduknya masih berpelita ayam. Sumber air bergantung kepada air perigi dan bila musim kemarau yang mengeringkan perigi, air sungailah menjadi tumpuan. Dalam keadaan kekurangan itu, kami kanak-kanak kampung begitu rajin bertandang ke rumah Tok Wan Ali untuk mengaji Quran. Tok Wan Ali mengajar mengaji pada waktu malam, selepas solat maghrib. Setiap murid Tok Wan Ali akan datang mengaji dengan membawa pelita ayam masing-masing. Dari rumah datang membawa pelita ayam berdendeng daun pisang. Ada yang buat dendeng daripada tin susu atau tin minyak tanah yang ditebuk lubang. Dari lubang itu cahaya menyuluh gelap jalan.

Di belakang dinding serambi rumah Tok Wan Ali berceretek pelita ayam. Botol-botol minyak gas sering disembunyikan di belakang almari. Seringkali minyak gas murid Tok Wan Ali dikebas sesama sendiri.

Tok Wan Ali mengajar kami dengan sabar. Tiada sebarang bayaran ibu bapa kami berikan kepadanya. Kalaupun ada bayaran, adalah pejabat agama berikan hadiah setahun sekali. Itupun hanya sejumlah kecil wang. Seingat aku jumlahnya tak sampai seratus ringgit. Ya...tak sampai seratus ringgit untuk khidmat Tok Wan Ali mengajar kami setiap malam, kecuali malam-malam tertentu yang dia tidak mahu mengajar. Tok Wan Ali mengajar kami dengan ikhlas. 

Menghargai pengorbanan Tok Wan Ali, biasanya kebanyakan ibu bapa di kampungku menyerahkan zakat padi kepadanya. Fi sabilillah.

Aku diajar Tok Wan Ali mengaji dari alif ba ta sehinga pandai mengaji dan mampu menjadi guru pula kepada murid-murid baru yang lain serta murid-murid lama yang lambat meningkat. Sesungguhnya aku tidak melupakan jasa Tok Wan Ali kepadaku.  Aku sentiasa mengenang pengorbanannya mengajarku di saat masa lalu sewaktu aku lemah dan jahil.

Di kala aku membaca Quran hari ini dengan lancar, aku terkenang siapa yang mengajarku. Dialah Tok Wan Ali. Di saat aku mengajar murid-muridku hari ini mengenal alif ba ta, aku terhimbau mengenang suara-suara Tok Wan Ali di malam riuh mengaji berpandukan pelita ayam mengajarku alif ba ta.

Tok Wan Ali telah mengraduatekan ramai sekali murid. Aku tidak dapat menghitung bilangannya. Ramai yang lebih tua daripadaku, sebaya denganku dan yang lebih muda daripadaku, merupakan murid-murid Tok Wan Ali belaka.

Semenjak kampungku telah mendapat bekalan api elektrik, kanak-kanak yang mengaji dengan Tok Wan Ali sudah berkurangan. Banyak yang suka menghabiskan masa menonton tv. Waktu itu, aku berhenti belajar di rumah Tok Wan Ali. Aku mula menamatkan pengajianku di rumah Tok Wan Ali ketika Tok Wan Ali mula mengajarkan pelajaran tambahan iaitu fekah daripada kitab "Hidayatus Sibyan" dan "Munyatul Musolli". Lampu kalimantang yang terang benderang di serambi rumahnya mendorong Tok Wan Ali memasukkan pengajian kitab kuning di rumahnya. Namun, jiwa anak murid saat itu tidaklah seterang lampunya. Dalam kepala banyak berserabut dengan rancangan tv yang mahu diburu selepas habis mengaji.

Tok Wan Ali adalah guruku. Aku mengenangnya dan menginsafi pengorbanannya sebagai guruku yang amat bererti. Semoga Allah melanjutkan usianya dalam kesihatan dan ketaatan. 

Catatan ini adalah dedekasi hari guru 2010  buat Tok Wan Ali...

ABU HUZAIFAH BIN UTBAH: LIDAH TIDAK BERTULANG

May 15, 2010


Sebelum perang Badar, Rasulullah berpesan: “Sesungguhnya aku mendapat tahu bahawa dari  kalangan Bani Hasyim dan beberapa yang lain, mereka dipaksa keluar memerangi kita sedangkan mereka tidak menyukai untuk memerangi kita. Sesiapa yang menemui seseorang daripada Bani Hasyim, maka janganlah membunuhnya. Sesiapa yang menemui Abu Al-Bakhtari bin Hisyam, maka janganlah membunuhnya. Sesiapa yang menemui Abbas bin Abd Mutallib, maka janganlah membunuhnya. Sesungguhnya mereka itu dipaksa keluar memerangi kita”.
Ucapan Rasulullah SAW itu disalahtanggapi oleh seorang sahabat. Mungkin pada perkiraannya Rasulullah hanya mementingkan mereka yang punya hubungan darah dengannya. Beliau adalah Abu Huzaifah bin Utbah.
Belia telah menuturkan kata-kata berikut: “Adakah kita akan membunuh bapa-bapa kita, anak-anak kita, saudara-saudara kita dan kaum keluarga kita padahal kita membiarkan Abbas. Demi Allah, andainya kutemui Abbas, akan aku libas lehernya dengan pedang!”.
Perkataan Abu Huzaifah itu telah sampai kepada Rasulullah SAW yang ketika itu sedang duduk bersama para sahabatnya. Baginda berkata kepada Umar al-Khattab: Wahai Abu Hafs, adakah patut melibaskan pedang ke wajah bapa saudara Rasulullah?
Umar Al-Khattab, mengerti perasaan Rasulullah SAW lalu berkata kepada baginda: “Ya Rasulullah, izinkan aku pancung leher Abu Huzaifah, demi Allah, sesungguhnya dia telah menjadi munafiq.”
Permintaan Umar itu tidak dijawab oleh baginda Rasulullah. Abu Huzaifah mendapat tahu ketersinggungan Rasulullah SAW itu dan dia amat menyesal.
Abu Huzaifah berkata: “Demi Allah, aku tidak akan merasa aman setelah mengucapkan kata-kata itu dan aku sentiasa ketakutan  kecuali jika Allah mengampunkan aku dengan mematikan aku sebagai syahid!”.
Harapan Abu HUzaifah itu telah dikabulkan Allah SWT dan dia telah mendapat syahid dalam peperangan al-Yamamah yang meletus pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Allah meredhainya.
Pengajaran: Janganlah bercakap sesedap rasa. Sesungguhnya banyak kebinasaan disebabkan oleh lidah. Kata pujangga Melayu masa lalu, sesungguhnya lidah itu tidak bertulang. Telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya. Mujur Abu Huzaifah kembali menyesal atas kata-katanya dan bermohon keampunan daripada Allah. Kalau dia menjadi degil dan egoistic, maka tiadalah keampunan buatnya. Dia menuntut syahid sebagai bukti keampunan Allah buatnya dan Allah melunaskannya.

Rujukan: Tafsir Ibn Kathir

Mari Hayati Lagu Arab ini (terjemahan melayu)

May 9, 2010

Politik Islam Dalam Masjid

May 7, 2010

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Syah Al-Haj telah bertitah (berkata) bahawa masjid dan surau bukan tempat berpolitik. Oleh itu, mana-mana pihak dilarang untuk menjadikan masjid dan surau sebagai medan berpolitik kerana dikhuatiri akan menimbulkan perpecahan dan mencemarkan kesucian masjid.

Zaid Ibrahim, seorang peguam menganggap larangan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor itu adalah pandangan peribadi dan bukan arahan. Sebaliknya Khir Toyo, Ketua pembangkang DUN Selangor menganggap kata-kata Sultan Selangor itu adalah arahan. Apabila disebut sebagai pandangan peribadi, sebagaimana tanggapan Zaid Ibrahim, maka ia boleh diterima dan boleh juga ditolak. Sekadar pandangan peribadi. Apabila disebut sebagai arahan, maka ia hendaklah dipatuhi, terutama oleh rakyat di bawah pemerintahannya.

Perbezaan pandangan ini adalah satu khilaf pendapat yang biasa terjadi. Masing-masing punya hujah berdasarkan interpretasi sendiri berdasarkan cara memahami konsep raja berpelembagaan maupun undang-undang tubuh negeri.

Aku melihat beberapa aspek dalam isu ini untuk menggarap pendirianku :

1) Islam pada dasarnya tidaklah melarang aktiviti politik dalam masjid kerana Rasulullah SAW membuat keputusan-keputusan politik dalam masjid pada zamannya. Namun, semenjak pemahaman konsep politik menjadi medan pergaduhan dan bukan lagi medan mengatur urusan dunia dan agama, politik telah dilihat cemar, kotor, nista dan orang-orang politik dikatakan manusia paling pembohong dalam dunia. Inilah politik menurut kamus moden yang berasaskan isme ciptaan manusia. Sekiranya politik itu dilihat berdasarkan kamus Islam, ia adalah suci, bersih, murni dan orang-orang politik adalah insan terhormat yang menjadi pelaksana kepada tugas khilafah.

2) Memang kalau aktiviti politik yang dilarang dalam masjid itu adalah dalam bentuk ceramah politik yang menyerang pihak lawan, kata mengata, berbahasa kasar dan menghilangkan ketenangan masjid, ia memang wajar. Wajah politik yang menjadi begitu buruk hari ini sehingga enggan dibenarkan masuk ke dalam gerbang masjid oleh setengah pihak adalah kerana kesalahan dan cemar perilaku kebanyakan ahli politik. Ahli politik yang menjadikan kutuk mengutuk,  cela mencela, cantas mencantas dan matlamat menghalalkan cara sebagai ulam petai berpolitik telah merosakkan wajah politik yang sepatunya cantik dan mulia.

3) Menolak sama sekali cakap-cakap politik dalam masjid juga tidak wajar kerana politik adalah sebahagian daripada Islam. Jika politik itu dalam bentuk memahamkan khalayak pendengar tentang ketinggian Islam, keadilannya dan keperluan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan sistem Islam, maka ia adalah satu keperluan. Adalah memalukan dan lekeh kalau dikatakan dalam masjid hanya boleh bercakap soal batal sah wuduk, nikah kahwin, hukum haid dan nifas dan hukum hakam yang berkisar pada kehidupan ibadat seseorang. Persoalan politik banyak membentuk wajah kehidupan manusia, maka perkara itu lebih wajar diperjelaskan. Masjid boleh menjadi medannya.

4) Adalah merbahaya jika pihak yang mempunyai kefahaman bahawa persoalan politik sama sekali tidak boleh dibacarakan dalam masjid. Politik dalam ertikata mengurus kehidupan dunia dan menegakkan agama. Penafian hak berpolitik dalam masjid, dan menjadikan masjdi hanya tempat solat dan belajar fardhua ain semata-mata akan membawa kepada iktikad pemisahan dunia dari agama yang selalu disebut "agama suku politik suku". Islam tidak menerima pemecahan ini kerana seseorang yang memasukki Islam hendaklah masuk secara keseluruhan.

5) Kata-kata seorang sultan bukanlah firman atau sabda. Kata-kata manusia biasa terdedah kepada khilaf. Jika benar, kata-kata itu hendaklah disokong dan jika salah hendaklah dibetulkan. Tiada bezanya kata-kata benar seorang Sultan dengan kata-kata benar seorang pengemis. Sokongan adalah kepada kebenaran kata-kata bukan kepada siapa yang berkata. Bantahan dan pembetulan adalah kepada kata-kata yang khilaf bukan kepada siapa yang berkata.

Ketika Abu Bakar dilantik menjadi khalifah, beliau telah berpidato kepada orang ramai:


“Aku telah diangkat menjadi pemimpin kalian, padahal aku bukan yang terbaik diantara kalian. Oleh karena itu, jika aku benar bantulah aku dan jika aku berbuat salah tegurlah (luruskanlah) aku”

6) Mengkritik Sultan selalu dilebel sebagai menghina Sultan. Apakah benar pesepsi ini? Dalam Islam, tiada manusia yang maksum kecuali para nabi dan rasul. Melarang dan mendefinasikan sebagai menghina sebarang kritikan kepada Sultan akan membawa kepada fikrah mentaqdiskan sultan. Nabi Muhammad sendiri melarang sahabat mentaqdiskannya. Khalifah Abu Bakar, sehebat-hebat pemimpin selepas Rasulullah SAW, pernah dikritik. Khalifah Umar Al-Khattab pernah ditempelak keras oleh seorang perempuan ketika Umar Al-Khattab berhasrat mengeluarkan arahan penetapan kadar mahar. 

Lihatlah kaum salafussoleh yang terdidik dalam tarbiah nubuwwah, mereka telah dibebaskan daripada perhambaan sesama makhluk kepada memperhambakan diri semata-mata kepada Allah SWT. 

Semoga kita menjadi rakyat yang mendaulatkan Islam di atas segala daulat manusia. Kita hanya menjadi hamba Allah dan membebaskan diri daripada perhambaan kepada manusia. Kita memiliki akal merdeka yang tidak menyandarkan untung nasib kepada manusia tetapi hanya kepada Allah. Kita gunakan seluruh ruang hidup yang dipinjamkan ini buat menyampaikan misi Islam dan meninggalkan misi rekaan manusia di belakang.

Allhummahdina wa thabbitna...!