Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Judi bola sepak cetusan penyembah bola sepak

May 23, 2010

Kini, heboh pasal judi bola sepak. Ia cuma sebahagian daripada berbagai-bagai cemar yang ada pada bola sepak piala dunia. Sebab itu aku tak minat bola sepak. Apa lagi bola sepak dunia.

Banyak sangat orang meminati bolasepak sampai ke peringkat ketagihan. Ketagihan itu membawa kepada pendewaan. Pendewaan bola sepak sampai ke peringkat mempertuhankan bola sepak dalam tidak sedar. Di sesetengah negara, rakyatnya tanpa segan silu menlaungkan selogan bahawa bola sepak adalah agama baru. "Football is my religion". Negara Brazil yang telah melahirkan ikon-ikon berprestij dalam dunia bola sepak seperti Ronaldo dan Ronaldinho menjadikan lambang bola sepak sebagai benderanya.

Peminat bola sepak lebih cekap menghafal nama-nama kelab bola sepak berbanding nama-nama rukun Islam dan Iman. Mereka lebih memahami sirah pemain bola sepak berbanding sirah Rasulullah sendiri. 

Demi melangsaikan minat peminat tegar bola sepak sanggup berbuat apa sahaja termasuk tindakan-tindakan radikal yang yang mengancam ketenteraman awam. Sungguh kasihan kepada peminat bola sepak yang sanggup berkerumun ke stadium sebelum Maghrib untuk menyaksikan permainan yang dijadualkan pada malamnya. Berapa ramai yang menunaikan solat Maghrib? Kalau pun solat maghrib, maka apakah ahli solat itu tidak terdetik rasa bersalah berada dalam sebuah bangunan yang dipenuhi mojoriti manusia yang mengabaikan solatnya demi memperhambakan diri kepada bola sepak? Apakah bukan redha kepada kekeufuran itu kufur dan redha atas kemaksiatan itu maksiat?

Biarlah aku mengambil jalan bara'ah daripada dunia bola sepak. Dunia bola sepak bererti bola sepak yang menjadi kegilaan manusia sedunia. Tak termasuk bola sepak yang dimainkan atas nama sukan atau menautkan ukhuwwah disamping menjaga adab-adab Islamnya.

Apabila Datuk Awang Adik Hussin, Timbalan Menteri Kewangan berkata kerajaan bersedia untuk meluluskan lesen perjudian bola sepak kepada syarikat Berjaya Group sebagai satu cara mengawal perjudian tidak berlesen yang menjadi masalah saban tahun di musim piala dunia, ia tidak lebih merupakan petanda cengkaman bola sepak ke atas pemikiran dan tindakan sudah amat melampau. Demi bola sepak yang dipertuhankan, perjudian mahu dihalalkan!


Sudahlah masyarakat sudah disumbatkan dengan gaya hidup piala dunia yang berkecamuk dengan pelbagai persoalan, ditambah pula dengan perjudian.  Meminati pemain-pemain antara bangsa yang membawa syiar kekufuran itupun sudah meragukan, apalagi kalau ditambah dengan "tazyin" perjudian untuk menjadikannya lebih menarik.

David Beckham yang diminati oleh ramai pengkagum bola sepak, diberitakan akan mengunjungi markas tentera British di Afghanistan yang terletak didaerah Helmand. Menurut Beckham, dia mengkagumi tentera yang sedang berkhidmat untuk negaranya di bumi Afghanistan yang sedang dijajah Tentera Ahzab moden


Tidak adakah sensitiviti ummat dalam jiwa pengkagum David Beckham? Siapa David Beckham? Seorang pemain bola sepak dunia. Tidak adakah sensitiviti ummat dalam jiwa peminat bola sepak piala dunia?

Orang-orang kafir mencengkam ummat muslimin dengan pelbagai cara. salah satunya melalui bola sepak. Ummat muslimin dilalaikan dengan perebutan piala dunia yang akan diadakan. Seluruh fikiran tertumpu kepada piala dunia. Ketika penonton di hujung sana sedang bersorak kerana pemain pujaan mereka berjaya menjaringkan gol, penonton tv dan layar skrin yang didirikan di seluruh ceruk rantau dunia pun bersorak sama. 

Applause...

Lalu...tangisan saudara seagama di Palestin, Irak. Afghanistan, Patani, Mindanau dan merata-rata tempat di seluruh dunia dilupakan. 

Buangkanlah bola sepak piala dunia dari hidup kita kerana ia adalah kotoran yang ditebarkan kaum kafir. Jika kita membenci perjudian bola sepak, sesunguhnya perjudian bola sepak akan terus ada selagi ada hamba-hamba bola sepak yang menjadikan bola sepak Tuhan. Mereka akan terus mengadakan pelbagai persembahan kepada Tuhan sembahan mereka sebagaimana penyembah berhala membuat korban kepada berhala sembahan mereka.

0 comments:

Post a Comment