Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

KHURASAN

August 31, 2021

Dalam  dalam sebuah hadis Saheh yang terdapat dalam Sunan Ibn Majah:

عن ثوبان قال
يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم، ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ، ثم ذكر شيئا لا أحفظه، فقال: فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي

Sahabat nabi Tsauban berkata: Akan berlaku pergaduhan merebut kuasa di Kota Mekah melibatkan 3 putera Khalifah. Namun, seorang pun dari kalangan mereka tidak berhasil mendapatkan kuasa itu. Lalu muncullah panji hitam dari sebelah Timur, mereka akan memerangi kamu dengan perang yang tidak pernah kamu saksikan sebelumnya. Kemudian nabi sebut sesuatu yang aku tidak ingat. Seterusnya nabi berkata lagi: Apabila kamu melihatnya, maka datangilah dia walau merangkak atas salji. Kerana itulah benar-benar Imam Mahdi.


Panji hitam yang disebutkan itu akan muncul di walayah yang dulu pernah dinamakan Khurasan.


Di manakah Khurasan itu?



Kini, dalam kegawatan yang berlaku di Afghanistan dengan kebangkitan semula Toliban menerajui kuasa di sana, muncul pula kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai ISIS-Khurasan. Mereka mahu membentuk negara Khalifah yang menarik wilayah Khurasan sebagai bagian daripadanya.










Hadis "Zatu Anwat".

September 3, 2020

Teks hadis mengenainya disebutkan dalam Sunan Tarmizi yang disifatkannya sebagaio Hasan Soheh dan juga disahehkan oleh Albani:

 

 عن أبي واقد الليثي أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لما خرج إلى حنين مر بشجرة للمشركين يقال لها ذات أنواط، يعلقون عليها أسلحتهم، فقالوا: يا رسول الله! اجعل لنا ذات أنواط، كما لهم ذات أنواط. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: سبحان الله، هذا كما قال قوم موسى: {اجعل لنا إلها كما لهم آلهة}. والذي نفسي بيده لتركبن سنة من كان قبلكم

 

Ceritanya, selepas peristiwa pembukaan Kota Makkah oleh Rasulullah SAW pada tahun ke-8H. Ketika baginda Rasulullah SAW bersama tentera Islam sedang dalam perjalanan menuju ke Hunain untuk berperang dengan Bani Tsaqif, mereka lalu di laluan yang ada satu pokok yang disebut sebagai "Zatu Anwat". Pokok itu menjadi pokok suci orang Arab Jahiliyyah, di mana mereka menjadikannya tempat menggantung senjata mereka setelah pulang dari peperangan. Mereka juga menggantung sesuatu yang lain dengan tujuan mencapai hajat mereka.

 

Ada kepercayaan dan amalan seperti ini dalam pelbagai masyarakat. Dalam filem-filem Hindustan maupun Tamil, kita didedahkan dengan kewujudan pokok suci sebegini. Pada pokok itu mereka menggantungkan benang dan bertafakur memohon hajat. 

Jika kita menoleh ke rantau kita ini, di bumi Sabah pada zaman dahulu kala ada sebatang pokok agam yang menjadi pokok suci bagi masyarakat Kadazan-Dusun. Pokok itu dinamakan Nunuk Ragang yang kononnya menjadi central berkembangnya masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.

Perbuatan sahabat-sahabat nabi meminta "zatu anwat" kerana mahu menjadi seperti bangsa Arab Jhailiah yang mempunya "zatu anwat" mereka  ditempelak oleh Rasulullah SAW dengan menyamakan permintaan mereka dengan permintaan Bani Israil kepada nabi Musa. Pada zaman nabi Musa, selepas selamat daripada lautan dan buruan Firaun, Bani Israil minta kepada nabi Musa dibuatkan untuk mereka Tuhan. Ini kerana mereka melihat berhala sembahan satu kaum dalam laluan perjalanan mereka. 

Nabi Musa menempelak mereka dan mengatakan permintaan sedemikian adalah permintaan orang bodoh

Tuhan yang namanya Allah itu tidak dapat dilihat dengan mata. Bahkan membina berhala lalu menyembahnya, hanya akan mengundang kecelakaan dan hukuman daripada Allah kerena kesesatannya.

Ketika nabi SAW menyamakan permintaan sahabatnya dengan permintaan Bani Israil, kita hendaklah jangan memahami dua pengikut nabi ini ada persamaan total. Persamaan mereka hanyalah dalam bentuk permintaan dan bukan apa yang diminta. Bani Israil meminta satu yang syirik kepada Allah sedangkan sahabat nabi itu meminta sesuatu yang masih boleh diuzurkan keadaannya. Permintaan itu tidak sampai kepada permintaan yang syirik.

Kita boleh lihat satu contoh yang lain disebutkan dalam hadis nabi SAW:

شرب الخمر كعابد وثن


Penagih arak itu seperti penyembah berhala.


Apakah boleh difahamkan bahawa peminum arak itu sama sahaja dengan penyembah berhala dan tiada bezanya. Jika sama dari semua seginya, tentulah menagih arak itu hukumnya kafir, kerana menyembah berhala adalah kafir!

Tentu, jika kita banding antara dua jenayah itu, ada bezanya. Jadi mengapa nabi membuat persamaan antara keduanya. Persamaan dari sudut mana? Di sinilah para ulama menjelaskannya dengan cermat berdasarkan prinsip bahawa tidak semua yang menyerupai dan yang diserupakan itu sama.

Ia perlu dilihat kepada konteks ucapan.

Melihat konteks ucapan ini yang gagal diladeni ramai orang, sehingga kekadang kita boleh menghukumkan seseorang berdasarkan kata-katanya di luar kontek ucapannya!



Kehormatan orang beriman lebih tinggi daripada Kaabah

February 22, 2020

Bila sebut Ka'abah, kita orang Islam sangat menyanjungnya. Itu Rumah Allah yang suci. Saking cintanya kita kepada Kaabah, berumrahlah berkali-kali orang kita ke sana. Berhajilah kita ke sana.

Di rumah sebahagian kita, kita tampal gambar Kaabah. Melihat Kaabah dapat pahala. Orang pergi Makkah, rindukan Kaabah, sentuh dan cium Kaabah. Sungguh mulia Kaabah di matanya.


Tapi, sedarkah kita, saudara kita yang beriman itu lebih mulia daripada Kaabah? Kehormatannya lebih wajib dipelihara daripada kehormatan Kaabah!

Ironinya, ada orang angongkan yang Kaabah, tapi merendahkan orang beriman yang lain. Menghina, mencela dan menista orang beriman, lebih besar jenayahnya daripada menghina, menista dan mencela Kaabah!.

Fahami sebuah hadis nabi dalam Sunan Ibn Majah (Dinilai soheh oleh al-Bani):

عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَطُوفُ بِالْكَعِبَةِ وَيَقُولُ: مَا أَطْيَبَكِ وَأَطْيَبَ رِيحَكِ. مَا أَعْظَمَكِ وَأَعْظَمَ حُرْمَتَكِ. وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بَيَدِهَ! لَحُرْمَةُ الْمُؤْمِنِ أَعْظَمُ عِنْدَ الله حُرْمَةً مِنْكِ. مَالِهِ وَدَمِهِ، وَأَنْ يظن بِهِ إلاَّ خَيْراً.

رواه ابن ماجه

Daripada Ibn Umar r.a katanya:

Aku telah melihat Rasulullah SAW bertawaf di Kaabah dan baginda berkata:

" Alangkah baiknya engkau (Kaabah) dan alangkah harumnya baumu" Sungguh agunglah engkau dan sungguh besarlah kehormatanmu . Demi yang jiwa Muhammad di tanganNya, kehormatan seorang mukmin di sisi Allah lebih agung daripada kehormatanmu. Demikian juga harta mereka dan darah mereka (lebih terhormat daripada Kaabah). Tak boleh menyimpan sangkaan kepada orang beriman lain melainkan dengan sangkaan yang baik".

(HR Ibn Majah)

Hadis ini menjelaskan betapa besarnya kehormatan orang beriman. Seseorang yang kita tahu beriman dan tidak ada sebab yang jelas untuk mengeluarkannya daripada keimanan, maka hendaklah dilayan lebih mulia daripada Kaabah.

Hari ini, kita yang mengaku ummat nabi, apakah mengambil peringatan daripada pesan kanjeng nabi ini? Atau...kita menurut nafsu amarah kita, kebencian dan hamasah, lalu kita merendahkan orang beriman lain dengan pelbagai cara. Asbabnya kekadang, hanya kerena perebutan dunia, harta, pangkat, khilaf politik, berselisih pendapat dalam hukum dan sebagainya.

Mari kita perbaiki diri. Jaga kehormatan orang beriman yang lain...

APAKAH MUAWIYAH MENCELA ALI?

Manusia selalu menafsirkan perkataan orang dengan sangka buruk. Dari dulu sampai sekarang, begitulah perangai manusia. Lain yang dimaksudkan, lain pula yang difahami. Kerana itu, dikeluarkan satu kaedah dalam bermuamalah dengan perkataan orang, iaitu:

لازم القول ليس بالقول

"Yang difahami dari sesuatu perkataan itu bukanlah semestinya maksud perkataan tersebut."

Kali ini mari kita ambil sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim dalam sahehnya.

عن عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: أَمَرَ مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ سَعْدًا فَقَالَ: مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسُبَّ أَبَا التُّرَابِ؟ فَقَالَ: أَمَّا مَا ذَكَرْتُ ثَلَاثًا قَالَهُنَّ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَنْ أَسُبَّهُ، لَأَنْ تَكُونَ لِي وَاحِدَةٌ مِنْهُنَّ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَهُ، خَلَّفَهُ فِي بَعْضِ مَغَازِيهِ، فَقَالَ لَهُ عَلِيٌّ: يَا رَسُولَ اللهِ خَلَّفْتَنِي مَعَ النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ؟ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ مِنِّي بِمَنْزِلَةِ هَارُونَ مِنْ مُوسَى؟ إِلَّا أَنَّهُ لَا نُبُوَّةَ بَعْدِي وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ يَوْمَ خَيْبَرَ لَأُعْطِيَنَّ الرَّايَةَ رَجُلًا يُحِبُّ اللهَ وَرَسُولَهُ، وَيُحِبُّهُ اللهُ وَرَسُولُهُ قَالَ فَتَطَاوَلْنَا لَهَا فَقَالَ: ادْعُوا لِي عَلِيًّا فَأُتِيَ بِهِ أَرْمَدَ، فَبَصَقَ فِي عَيْنِهِ وَدَفَعَ الرَّايَةَ إِلَيْهِ، فَفَتَحَ اللهُ عَلَيْهِ، وَلَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ: {فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ} [آل عمران: 61] دَعَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيًّا وَفَاطِمَةَ وَحَسَنًا وَحُسَيْنًا فَقَالَ: اللهُمَّ هَؤُلَاءِ أَهْلِي


Daripada "Amir bin Saad bin Abi Waqqas daripad bapanya, katanya : Mu'awiyah telah memanggil Saad datang bertemuinya dan bertanya:
Apa sebab engkau tidak mahu mencela Abu Turab (Ali)
Saad menjawab:
Ada tiga perkara yang telah diucapkan oleh Rasulullah SAW mengenainya yang akan akui sebutkan, itulah sebab kenapa aku tidak sekali-kali akan mencelanya. Kalau hanya satu daripadanya sahaja disebutkan untukku, aku lebih menyukainya daripada unta merah.
1) Aku dengar Rasulullah SAW berkata kepada Ali tatkala baginda menyuruhnya tidak mengikut beberapa peperangan yang rasulullah ikut serta:Ketika itu Alu telah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, apakah tuan suruh saya duduk bersama para wanita dan kanak-kanak? Lantas nabi bersabda kepadanya: Apakah kamu tidak suka kedudukanmu di sisiku seperti Harun di sisi Musa? Hanyalah tiada lagi nabi sesudahku.

2) Pada masa perang Khaibar, aku dengar baginda bersabda: Sesungguhnya aku akan berikan panji pimpinan perang ini kepada seorang yang cintakan Allah dan Rasulnya serta Allah dan rasulNya pun cintakan dia. Kami ternanti-nanti siapakan orang itu.  Lalu kemduiannya baginda bersabda: panggilkan untukku Ali. lalu Ali dibawa datang dan ketika itu dia sakit mata. Rasulullah meludahi matanya dan menyerahkan panji itu kepadanya. Lalu, Ali berjaya menawan Khaibar.

3) Ketika turun ayat Mubahalah (Surah Ali Imran :ayat 61) Rasulullah memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husain lalu baginda berkata: Ya Allah, mereka inilah ahliku.


Bagi sesiapa yang membaca hadis ini, faham yang akan menyapa otak fikirnya ialah Mua'wiyah mencela Ali. Kerana itu Mu'awiyah tanya Saad:
" Kenapa engkau tak mahu cela Ali?"

Namun, apakah faham yang sebegini boleh diterima. Apakah tidak ada kemungkinan lain? 

Imam Nawawi dalah Syarah Saheh Muslim telah menafsirkan hadis ini dengan beberapa ihtimalat (jangkaan maksud) yang lain:

1) Mu'awiyah bertanya demikian kerana Saad bukan pencela Ali sepertimana sesetengah yang lain. Boloeh jadi orang sekeliling Saad mencela Ali tapi Saad tidak. Maka Mua'wiyah bertanya apa sebab Saad tidak ikut serta. Apakah kerana wara', takut atau sebab lain? Itu yang Mu'awiyah nak tahu.

2) Boleh diandaikan juga bahawa Saad daripada persekitara orang yang banyak mencela Ali, tapi dia tidak termasuk. Itulah yang mencorong Mu'awiyah melontarkan pertanyaan itu kepadanya.

3) Mungkin juga maksud pertanyaan itu adalah Apa sebab kamu tidak menyokong ijtihad kami dalam hal ini. 

Maka pertanyaan Mua'wiyah itu janganlah difahami bahawa dia mencela Ali. Tak kan kalau tanya orang, "kenapa awak tak minum arak?", maka kita kata yang tanya itu peminum arak?

Ini cara faham yang menyimpang.

Ini kerap terjadi dalam kehidupan kita. Kita dengar seornag cakap sesuatu, kita pun mendapat sesuatu kefahaman. Tapi apakah yang kita faham itu betul? hatta, ada yang kita tuduh kafir, fasiq dan seumpamanya lantaran fahaman kita yang belum tentu betul daripada perkataannya.

Sebab itu orang beriman, Ahli Sunnah diajar agar bersangka baik dengan sahabat. Asas  tanggapan kepada orang beriman, lebih-lebih lagi sahabat nabi adalah mereka ada kemaafan. Kalau seandainya yang kita faham daripada kata-kata mereka itu tepat sekalipun, mereka ada "excuse". Jika kita mengharapkan Allah ampunkan dosa kita, tentu para sahabat lebih layak diampun kerana jasa mereka kepada Islam banyak . 

Jangalah kita jadi seperti Rafidhah yang mencela sahabat-sahabat nabi. Jangan pula jadi seperti Nasibah yang mencela ahli bait nabi SAW.

 


(أه ) 'AH' ... BUKAN NAMA ALLAH

June 19, 2019

Mereka yang mengatakan bahawa "AH ( أه )" adalah salah satu antara nama Allah, lalu menjadikannya sebagai zikir adalah berdalilkan sebuah hadis maudhuk yang disebutkan dalam Musnad Al-Firdaus oleh Ad-Dailami dan Tarikh Qazwin oleh Ar-Rafi'e. Dalam Riwayat tersebut disebutkan bahawa satu hari Rasulullah masuk kepada A'isyah dan bersamanya ada seorang yang sedang sakit dan merintih. Ah...Ah...Ah  . Aisyah melarangnya daripada merintih lalu nabi bersabda:

دعوه يئن، فإن الأنين اسم من أسماء الله تعالى يستريح إليه العليل
Biarkan dia merintih, sesungguhnya rintihan "ah" itu adalah menyebut salah satu nama Allah yang boleh melegakan orang yang sakit.

Hadis ini dihukumkan maudhuk oleh Al-Hafiz  Ahmad Sodiq Al-Ghimari dalam "AlMughir Ala Al-Jami' As-Soghir" kerana pada sanadnya ada seorang rawi bernama Muhammad bin Ayyub bin Suwaid Ar-Ramli yang dianggap sebagai pendusta dan pereka hadis.

Al-Hafiz Al-Ghimari dalam kitabnya yang lain , Al-Mudawi Li 'Ilalil Manawi menyebutkan bahawa Muhamamd bin Ayyub ini telah disebutkan oleh Ibn Hibban bahawa tidak halal riwayat dan berhujjah dengan riwayatnya.

Golongan Ahli Tasaffuf yang mendakwa mereka atas jalan Syeikh Syazili mendakwa ia nama Allah dan menjadikannya sebagai zikir. Sebenarnya ia hanya bid'ah yang dibuat oleh sebagaian cabang  Tariqat Syaziliyyah di FAS.


Rujuk: Darulfatwa Australia

PERGADUHAN MENGHAMBAT RAHMAT PERGI

May 24, 2019

Diriwayatkan dalam Saheh Bukhari, sebuah hadis yang daripada Abdullah bin Somit bahawa Nabi SAW telah keluar satu hari untuk memberitahu para sahabat mengenai bilanya akan berlaku malam Al-Qodar, tetapi keinginan baginda Rasulullah itu telah terganggu oleh pergaduhan dua orang Islam. Lalu nabi SAW pun bersabda:

 خرجت لأخبركم بليلة القدر ، فتلاحى فلان وفلان فرُفعت ، وعسى أن يكون خيراً لكم ، فالتمسوها في التاسعة والسابعة والخامسة  

" Aku keluar untuk beritahu kamu mengenai bilakah malam Al-Qodar, maka pergaduhan si fulan dengan si fulan itu telah  menyebabkan maklumat itu diangkat daripada kamu (nabi pun lupa dengan kehendak Allah). Mungkin itu lebih baik buat kamu. Namun, kamu carilah malam itu pada malam ke 29, 27 dan 25.
(Hadis Riwayat Bukhari: 1919)

Hadis menyatakan bahawa perihal tarikh berlakunya malam Al-Qodar itu berada dalam pengetahuan Rasulullah pada mulanya. Baginda ingin memberitahu para sahabat mengenainya. Namun, pada ketika baginda keluar untuk memberitahu mereka, tiba-tiba baginda melihat dua sahabat bergaduh dalam masjid. Siapa sahabat itu tidak dinyatakan. Apa isu pergaduhan pun tidak disebutkan. Namun. akibat pergaduhan tersebut, Rasulullah tidak jadi beritahu. Bahkan baginda lupa apa yang dia mahu beritahu. Itu merupakan kehendak Allah. Kalau dapat tahu bila malam Al-Qodar, besarlaqh rahmat Allah buat kaum muslimin. Tidak perlu lagi tercari-cari malam mana untuk buat amal bagi mendapat ganjaran pahala 100 bulan. Tapi, rahmat besar itu terangkat dan tidak diberikan. Puncanya adalah pergaduhan dua orang itu.

Kerana itu, pergaduhan bawa kerugian. Pergaduhan telah menyebabkan rahmat terdedahnya malam Al-Qodar dibatalkan Allah. Maka kekalah malam Al-Qodar jadi perkara yang rahsia dan tersembunyi daripada pengetahuan kita.

Kesimpulan daripada hadis ini, pergaduhan adalah sebab kepada hilangnya kebaikan dna rahmat. Hilangnya keberuntungan dalam hidup. Pada hari ini, begitu asyik sekali ummat Islam bergaduh sesama sendiri. Bagaimana ummat yang bergaduh ini mahu mendapat rahmat Allah SWT? Untuk dapat keberuntungan sebagai pengikut ajaran Muhammad! 

Pergaduhan hanya mengenai hal titik bengik. Khilaf kecil dalam agama,  kekadang dibesarkan sehingga menyesatkan satu sama lain. Berapa ramai kaum muslimin dihumban keluar dari daerah Islam oleh sepihak yang lain kerana gara-gara berkhilaf dalam hal-hal yang tidak dapat dielakkan kerana kerencaman akal fikiran manusia. Kerana itu bergaduhlah riuh sekampung ummat.

Kerana masalah politik juga demikian.  Kekacauan politik menyebabkan para sahabat sendiri bergaduh, bahkan berperang. Ada hikmah Allah pada semua itu. Kita akur kisah sejarah. Namun, prinsipnya, pergaduhan menghambat rahmat tidak dapat dinafikan. Sampai kini pergaduhan politik berlaku. Arab dengan cara arabnya. Melayu dengan cara Melayunya. 

Agaknya iblis sedang ketawa berdekah-dekah dengan gelagat ummat Islam ini. Memang inilah misi utama dalam gerakerja kesyaitanan dan inilah yang dibanggakan oleh raja Iblis. 

Ni'ma anta!. Kata raja Iblis kepada syaitan yang melapurkan kejayaannya membuat perpecahan antara dua orang yang sepatutnnya berkasih sayang.

HADIS PALSU-KEMARAHAN LANGIT, BUMI, LAUT DAN GUNUNG KEPADA MANUSIA.

March 2, 2019

Celakalah orang yang menciptakan hadis palsu lalu melemparkannya ke tengah kelompok ummat ini. Sangka mereka , mereka menabur budi dan jasa kerana meneyemai keinsafan dalam jiwa ummat Muhamamd SAW. Akan tetapi, mereka memandai-mandai membuat dusta dalam agama yang disampaikannya. Maka, celakalah para pembuat hadis palsu. Siapapun mereka. Mereka yang telah menitikkan noda dalam kanvas sejarah.

Jangan jadi seperti mereka. Bila sampai kepada anda satu hadis, persoalkan. Sahehkah hadis ini. Mempersoalkan kesahehan adalah sifat terpuji walaupun ia merimaskan sebahagian orang. Dulu, masa kita mengaji bertalaqqi dengan Tok Guru di pondok-pondok tua, kita tidka berani tanya hadis yang kita jumpa dalam kitab. Kita difahamkan secara tersirat, apa yang tertulis dalam kitab, semua benar belaka. Apa yang Tok Guru beritahu, itulah bingkisan agama yang diwarisi secara benar sehingga kepada kanjeng nabi SAW.

Itulah zaman dulu. Zaman aku belajar sekolah agama dulu, tahun-tahun 80-an hingga 90-an. AKu tidka pernah dengar bab ustaz bincangkan bab ini. Balik kampung menadah kitab Al-Jawahirul Mauhub yang dibaca oleh gemulah imam kampung, tak telintas nak bertanya saheh atau tidaknya satu hadis di dalamnya. 

Kini zaman itu sudah berlalu. Jaguh-jaguh pembela sunnah nabi kian bercempera. yang balik dari bumi India, Jordan, Syria , Yaman, Madinah dan bahkan dalam negara ini sendiri kian kencang menempelak kepalsuan hadis serta sikap sambil lewa merewayatkan hadis. Guru-guru agama, penceramah dan pentazkirah kian bimbang dengan lidah sendiri. Ilmu perlu dimantapkan untuk mengelakkan diri dianggap pendusta atas nama Rasulullah SAW.

Alangkah bagusnya perkembangan ini. Ia tentunya lebih baik daripada apa yang ada 10 atau 20 tahun dulu. Cara mengaji pun banyak berubah. Kaedah belajar pun kian pantas. Kemudahan sains dan teknologi banyak membantu mempercepatkan melatanya ilmu ke tengah masyarakat. 

Kali ini, aku ingin titipkan selepas leteran ini satu hadis yang galak disebarkan dalam media sosial. Terutama pada waktu bencana berlaku beberapa waktu dulu. Ketika bumi Palu dilanda Tsunami, ada gempa  dan letusan gunung berapi berlaku di beberapa daerah di pelusuk dunia, tersebarlah satu hadis. Hadis palsu tetapi kedengarannya macam bagus. 

Ini Hadisnya. Hadis Qudsi yang palsu. Bukan lagi bohong atas nama Rasulullah. Tapi bohong atas nama Allah pula. Besar sekali jenayah ini:



قال الله سبحانه وتعالى في الحديث القُدُسي: كل يوم تقول الأرض: دعني يا رب أبتلع ابن آدم, إنه أكل من رزقك ولم يشكرك.وتقول البحار: يارب دعني أغرق ابن أدم إنه أكل من رزقك ولم يشكرك.وتقول الجبال: يا رب دعني أطبق على ابن آدم إنه أكل من رزقك ولم يشكرك.وتقول السماء: يا رب دعني أنزل كسفاً على ابن آدم إنه أكل من رزقك ولم يشكرك.فيقول الله عز وجل لهم: يا مخلوقاتي أأنتم خلقتموهم؟ يقولوا: لا يا ربنا, قال الله: لو خلقتموهم لرحمتموهم.دعوني وعبادي من تاب إلي منهم فأنا حبيبهم, ومن لم يتب فأنا طبيبهم, وأنا إليهم أرحم من الأم بأولادها.فمن جاءني منهم تائباً تلقيته من بعيد مرحباً بالتائبين.ومن ذهب منهم عاصياً ناديته من قريب إلى أين تذهب؟ أوجدت رباً غيري؟ أم وجدت رحيماً سواي




Allah SWT berkata dalam sebuah hadis Qudsi:


Setiap hari bumi berkata: Wahai Tuhan...biarkan daku telah anak-anak Adam itu. Dia makan razekiMu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaMu!

Laut pula berkata: Wahai Tuhan, biarkan daku lemaskan anak Adam itu. Sesungguhnya dia makan razekiMu tapi tidak mahu bersyukur kepadamu!

Gunung ganang pula berkata: Wahai Tuhan, biarkan daku hempap anak Adam itu, dia makan razekiMU tetapi tidak mahu bersyukur kepadaMu!

Langit pula berkata: Wahai Tuhan, biarkan aku turunkan bencana atas anak Adam, dia makan razekiMu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaMu!

Allah SWT pun berkata : Wahai makhluk ciptaanku, kamukah yang menciptakan mereka?

Mereka menjawab: Tidak wahai Tuhan.

Allah berkata: Kalau kamu yang menciptakan mereka, tentu kamu pun merasa belas kepada mereka. Biarkan Aku dengan hambaku. Siapa di kalangan mereka yang bertaubat kepadaku, Aku adalah kekasih mereka. Siapa tyang tidak mahu bertaubat, akulah doktor yang merawat mereka. Aku lebih berbelas kasihan kepada mereka berbanding ibu terhadap anaknya.

Siapa yang datang kepadaku dalam keadaan bertaubat, aku menyambut mereka daripada jauh dengan alu-aluan buat orang yang bertaubat. Siapa yang berlalu pergi dengan maksiatnya, aku seru mereka: ke mana kamu nak pergi? Kamu ada Tuhan selain aku atau adakah yang lebih penyanyang daripadaku?

Demikian itu hadis palsu. Jangan sebarkan kecuali untuk beritahu kepalsuannya. Macam hadis yang saya tulis ini, jangan dicopy paste kecuali untuk beritahu kepalsuannya. 

Hadis palsu lebih bahaya daripada berzina dengan ibu sendiri. Lebih besar dosanya daripada membunuh manusia yang tidak bersalah. Lebih besar daripada jenayah-jenayah lain yang boleh kau hitungkan. Itu kerana hadis palsu merosakkan keaslian agama. Lantas rosaklah ummatan jamia'n. Sedangkan jenayah yang dilakukan seperti zina, bunuh dan lain-lain kejahatan, itu hanya merosakkan dirimu atau sekumpulan orang. Kehormatan agama di atas semua kehormatan lain.

Hubaya...hubaya...








ABU DHAM DHAM

March 23, 2016


عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَكُونَ كَأَبِي ضَمْضَمٍ؟))، قَالُوا: مَنْ أَبُو ضَمْضَمٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: ((كَانَ إِذَا أَصْبَحَ قَالَ: اللَّهُمَّ إِنِّي قَدْ وَهَبْتُ نَفْسِي وَعِرْضِي لَكَ، فَلَا يَشْتُمُ مَنْ شَتَمَهُ، وَلَا يَظْلِمُ مَنْ ظَلَمَهُ، وَلَا يَضْرِبُ مَنْ ضَرَبَهُ)).

Daripada Anas r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Apakah kamu tidak mampu meniru Abu Dham Dham? Mereka( Sahabat) bertanya:Siaakah Abu Dham Dham itu Ya Rasulullah? Baginda menjawab: Sesungguhnya dia, apabila bangun pagi, dia berdoa: Ya Allahsesungguhnya aku telah serahkan diriku dan kehormatanku kepadamu. Maka aku tidak akan  mencela orang yang mencelaku, tidak akan menzalimi orang yang menzalimiku dan tidak akan memukul orang yang memukulku".
( Riwayat Ibn Sunni dalam Amal Al-Yaum Walailah dengan sanad yang daif) 

Para ulama hadis berkhilaf tentang siapakah Abu Dham Dham. Ada yang mengatakan beliau adalah seorang sahabat Rasulullah dan ada yang mengatakan beliau adalah seseorang yang hidup pada zaman sebelumnya Rasulullah SAW.

Namun, apa yang penting daripada mesej hadis ini ialah, kemiskinan bukan alasan untuk tidak bersedekah. Watak bernama Abu Dham Dham ini tidak punya apa-apa tetapi beliau tetap bersedekah dengan cara dan kemampuan yang dia ada iaitu maruah dan kehormatan dirinya. Dia mengambil jalan mengalah walaupun dengan mengalah itu orang akan memandang rendah dan hina kepadanya. Biarlah dirinya diperlekehkan samada melalui tutur bicara orang atau kezaliman tangan orang, dia bersabar dan menganggap kemaafannya adalah sebagai sedekah.

Kalau demikian cara sedekah, tentulah ramai yang mampu lakukan. Bahkan semua orang holeh lakukannya. Maka nama melontarkan pertanyaan: Apakah begitupun kamu tiudak mampu lakukan? Itulah cara sedekah yang tidak memerlukan matabenda dan wang ringgit. Ia adalah sedekah yang maknawi dan abstrak!

Doa Zun Nun

March 9, 2014

Zun Nun Adalah nabi Yunus. Ketika dalam perut ikan dia telah berdoa. Kerana doanya itu, dia diselamatkan dari perut ikan yang menelannya: Doanya itu disebutkan sebagai tasbih Zun Nun dalam istilah yang digunapakai oleh Al-Quran.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Pada satu hari sahabat Rasulullah bernama Sa'ad bin Abi Waqas telah nampak Uthman bin Affan dalam masjid sedang duduk sugul bersendirian. Waktu itu pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Sa'ad bin Abi Waqas telah memberi salam kepada Uthman bin Affan tetapi tidak dijawabnya. Kerana hairan salamnya tidak dijawab, Saad bin Abi Waqqas telah pergi kepada khalifah Umar Al-Khattab dan mengadu. Beliau juga bimbang kalau ada perubahan dalam agama yang menyebab salam tidak perlu dijawab.

Khalifah Umar Al-Khattab memerintahkan agar Uthman bin Affan dipanggil kepadanya. Lantas, ditanyakan soalan kepada Uthman bin Affan mengenai ketidakjawabannya terhadap salam Sa'ad bin Abi Waqqas. Uthman bin Affan menyatakan bahawa beliau tidak mendengar salam itu kerana sedang larut dan kesedihan. Kesediahannya itu adalah kerana mengenangkan peristiwa beliau bersama sahabat-sahabat yang lain satu hari di zaman hayat Rasulullah SAW. Ketika itu Rasulullah mahu menceritakan satu doa yang jika dibaca akan melepaskan pembacanya daripada kesulitan. Malangnya, sebelum sempat nabi menyebutkan doa itu, ada seorang lelaki Badwi datang mencelah dan menanyakan Rasulullah sehingga mengubah topik. Perbualan dengan Badwi itu pula jadi panjang dan akhirnya bersurai tanpa sempat Rasulullah SAW mengulangkan semula mengenai doa itu.

Para sahabat malu untuk kembali bertanya. Rasulullah kembali ke rumahnya dan sahabat yang lain pun bersurai. Itulah yang membuatkan Uthman bin Affan karam dalam kesedihan sehingga salam Saad bin Abi Waqas tidak disedarinya.

Saad bin Abi Waqqas, bila mendegar cerita Uthman bin Affan itu, dia segera teringat peristiwa hari itu dan menceritakan pengalamannya pula. Menurutnya, bila para sahabat lain bersurai, dia telah menyusul mengejar Rasulullah SAW. Dia sempat bertanyakan tentang doa yang mahu Rasulullah SAW ajarkan itu tetapi terputus di tengah jalan. Maka, Rasulullah SAW pun memberitahu Sa'ad bahawa doa itu adalah doa Zun Nun ketika dalam perut ikan. Sabda Rasulullah SAW:

فإنه لم يدع بها مسلم ربه في شيء قط إلا استجاب له

" Maka sesungguhnya tidak berdoa seorang muslim kepada Tuhannya untuk sesuatu hajat dengan menggunakannya, melainkan akan dimustajabkan untuknya".

Cerita ini boleh didapati dalam Musnad Ahmad dan Al-Bazzar dan disahehkan oleh Ahmad Shakir.

HAKIM DARI LEMBAH NERAKA.

March 8, 2014

Bukan tidak boleh menjadi hakim. Kerjaya hakim memang mulia. Allah sendiri adalah Hakim dari segala Hakim. Para hakim yang ada di dunia, mereka menerima wakil daripada Allah SWT untuk menjadi bentara keadilan. Jika mereka melaksanakan amanah itu dengan penuh saksama, maka mereka menduduki maqam yang mulia. Namun, jika amanah Allah itu dikhianti, mereka akan hakim dari lembah neraka.

Daripada hadis Buraidah menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

القضاة ثلاثة:واحد في الجنة واثنان في النار

Hakim itu tiga golongan. Satu golongan dalam syurga dan dua lagi dalam neraka.
(Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan disahehkan oleh Al-Hakim)

Maka, majoriti hakim adalah calon penghuni neraka. Daripada 100 orang hakim, 67 orang daripadanya bakal menghuni neraka manakala 33 daripadanya terselamat dan akan mendapat kemegahan dalam syurga loka. Daripada 1000 orang hakim, 667 akan mewarisi penempatan sengsara dalam neraka dan 333 orang akan mewarisi mahligai dalam syurga. Gambaran angka-angka ini hanyalah untuk menegaskan bahawa kerjaya hakim terdedah kepada bahaya yang menjerumuskan diri ke dalam neraka.

Hakim itu tugasnya menegakkan keadilan. Sesiapa pun yang menjadi bentara penegak keadilan, dialah hakim, Tidak semestinya hakim di mahkamah. Apa pun namanya, jika tugasnya mengadili orang-orang bertikai sehingga kebenaran dapat dicari dan keadilan dapat ditegak, maka dialah hakim.

Memang yang maha adil itu hanya Allah SWT. Betapapun keadilan mahu ditegakkan oleh seorang hakim, akan ada cacat celanya. Sebagai manusia, mana mungkin dapat menegakkan keadilan secara mutlak. Namun, kegagalan itu tidaklah menjerumuskannya ke dalam neraka. Itu di luar kudrat manusiawi. Nabi sendiri pun tidak dapat berlaku adil dalam soal perasaan kerana perasaan bukan di bawah kawalan manusia. Demikianlah, seorang hakim yang memutuskan hukuman berdasarkan bukti-bukti yang dibentangkan kepadanya, dan dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan kebenaran dan menunaikan obligasinya dengan penuh tanggungjawab, jika masih berlaku khilaf pada hakikat perkara, maka sesungguhnya ia bukanlah dosanya. Allah mengampunkan Adam atas khilafnya kerana lupa.

Maka, khilaf hakim yang bukan kehendaknya, Allah terlebih pengampun.

Tetapi, realitinya, ramai hakim menunggangi kedudukannya. Dengan tujuan makar, khianat dan zalim, mereka menerbitkan sesuatu keputusan sedangkan mereka tahu lemahnya keputusan itu. Inilah para hakim dari lembah neraka.

Keputusan Hakim yang melepaskan penjenayah (kerana kurang bukti) adalah lebih mulia daripada keputusan menyabitkan kesalahan ke atasnya ketika bimbang keadilan tidak tertegak. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

ادرءوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم، فإن كان له مخرج فخلوا سبيله، فإن الإمام أن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة

" Elakkan daripada melaksanakan hukum hudud ke atas kaum muslimin sekuat daya yang kamu ada, maka sesungguhnya jika ada jalan keluar (spt keraguan yang munasabah), bebaskanlah dia. Sesunguhnya salah dalam membebaskannya lebih baik daripada salah dalam menghukumnya".
(Hadis Riwayat Tirmizi-Marfu' dan Mauquf)

Fenomena penghakiman yang sering dibantahi rakyat di Malaysia dewasa ini sangat membimbangkan. Hakim-hakim yang telah hilang kepercayaan rakyat adalah satu bencana buat negara. Ia menjadi isyarat meratanya kejahatan dalam masyarakat sehingga Allah tekah mencabut tsiqah daripada orang-orang adil dan amanah telah diangkat. Lantas, tinggallah manusia tanpa tsiqah dan amanah.

Dari sebuah kerjaya mulia yang membawa ke syurga, ia kini menjadi lebih banyak menawarkan tiket permukiman ke lembah neraka.

LELAKI HARURI ITU

February 27, 2014

Pada satu ketika, Saidatina A'ishah radiallahu anha telah didatangi oleh seorang perempuan dan bertanyakan tentang mengapa wanita yang berhaid diwajibkan mengqadha puasa Ramadhan tetapi tidak pula diwajibkan mengqadha solatnya. Lantas, pertanyaan Saidatina A'isyah kepadanya ialah:

"Apakah anda seorang wanita Haruriyah?",

Lantas, wanita menafikannya dan mengatakan beliau hanya bertanya.

Di Kufah ada satu daerah bernama Harura'. Pada zaman pemerintahan Saidina Ali, dari daerah tersebutlah mula keluarnya kelompok Khawarij yang menentang Saidina Ali. Mereka punya satu selogan iaitu "La Hukma Illa Lillah". Mereka hanya menerima apa yang ada dalam Quran dan tidak menerima apa yang diriwayatkan menerusi hadis.

Pengecualian bagi wanita berhaid daripada solat tiada dalam Quran. Kalau mengikut hukum umum perintah mendirikan solat, maka wanita berhaid adalah wajib mengqadhakan solat. Malah adalah kalangan yang pendokong pendapat Haruri mewajibkan solat bagi wanita yang berhaid. Hanya menerusi hadis hukum pengecualian qadha solat bagi wanita berhaid boleh didapati.

Para Haruri itu tidak mahu menerima hadis sebagai sumber hukum. Mereka berlagak pembela Al-Quran. Sebenarnya Quran yang mereka baca tidak lebih dari dengkur di halkum mereka sahaja.

Membaca jalan pemikiran Haruri bukan sukar. Sebagaimana dalam kes wanita berhaid itu, mereka juga mempertikaikan kewajaran hukum rejam bagi penzina yang muhson. Ini kerana hukum sedemikian tidak ada dalam Quran. Dalam Quran hanya ada hukum sebat 100 kali bagi penzina.

Maka, dalam sebuah tulisan di Blog Tun Dr. Mahathir, beliau menyifatkan hukum rejam tiada dalam Quran. Merujuk kepada kenyataannya yang terdahulu, beliau menyifatkannya sebagai rekaan para fuqaha. Sebenarnya, kalau kita mempercayai Hadis sebagai sumber hukum Islam, kita tidak akan lancang menuduh hukum rejam sebagai rekaan para fuqaha. Ia wujud dalam hadis dan para ulama berijmak mengenainya.

Sebagai pengkagum Kasim Ahmad yang selamat bertahun-tahun memproklamasikan pendapatnya yang menolak keabsahan hadis, tidak menghairankan jika bekas Perdana menteri itu menganut sebahagian dari ajaran "anti hadis" Kasim Ahmad. Ia sangat malang untuk ornag yang diberikan Allah kemegahan dalam pemerintahan dan kebijaksanaan dalam berfikir, untuk memilih jalan pemikiran para Haruri.

Manusia Haruri telah pun muncul zaman para sahabat masih hidup. Idealisma mereka kononnya membela Al-Quran. Sebenarnya mereka tidak pun memahami Al-Quran. Bertanyalah kepada para Haruri itu, berapa banyak ayat Quran yang dihafal mereka? Ia tidak melewati sejengkal pun dari hafalan para ulama pembela hadis Rasulullah SAW. Mereka sering menjadikan laungan merujuk Quran sebagai panduan sebagai modal ketulinan Islam mereka, tetapi...Percayalah bahawa mereka hanya berdusta.

Sesungguhnya, zuriat Haruriyyin itulah sebenarnya Khawarij ummat ini.

MENAPIS HADIS

February 18, 2014

Membasmi hadis palsu menjadi tanggungjawab kita semua. Selain menjaga keaslian agama, ia juga demi menyelamatkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah dan dari menempah tempat dalam neraka. Oleh itu, jangan war-warkan hadis yang palsu melainkan dengan menyatakan kepalsuannya.

Kini, sesuatu hadis boleh disemak dengan mudah melalui sebuah capaian laman web. Tahniah buat mereka yang mengusahakannya. Semoga Allah memberkati usaha mereka. 

KELAK MANUSIA TUMBUH DARI AJABU ZANAB

September 19, 2013

Manusia yang berada dalam dunia ini dilahirkan dari rahim seorang ibu, kecuali nabi Adam A.S. Kemudian, semua manusia dimatikan dan tinggallah dunia yang sifatnya fana ini. Semua bahagian tubuh musnah menjadi tanah kembali kerana memang tanahlah asal kejadian manusia.

Kecuali Ajabu Zanab. Ia adalah satu tulang seni yang berada dalam tubuh di bahagian hujung tulang belakang. Ada orang menyebutnya "tongkeng". Tulang itu tidak musnah sekalipun seluruh jasad telah hancur lebur. Ada ahli sains buat kajian dengan meleburkan tulang tersebut dalam ketuhar yang berkepanasan tinggi dan mampu meleburkan segala logam maupun batu. Tetapi Ajabu Zanab tidak dapat dileburkan. Benarlah sabda baginda Rasul dalam hadis bahawa semua bahagian tubuh musnah kecuali Ajabu Zanab.

Disebutkan dalam hadis muslim riwayat Abu Hurairah, beliau berkata:

ما بين النفختين أربعون قالوا: يا أبا هريرة أربعون يومًا؟ قال: أبيت ، قالوا: أربعون شهرًا ؟ قال: أبيت ، قالوا: أربعون سنة ؟ قال: أبيت ، قال: ثم يُنْزِل الله من السماء ماء فينبتون ، كما ينبت البقل ، ليس من الإنسان شيء إلا يبلى ، إلا عظمًا واحدًا وهو عجب الذنب ، ومنه يركب الخلق يوم القيامة

"(Abu Hurairah menceritakan)Di antara dua tiupan itu ada 40. Mereka bertanya: Wahai Abu Hurairah, adakah 40 hari? Katanya: Aku tidak tahu. Mereka bertanya lagi: Apakah 40 bulan? Katanya: Aku tidak tahu. Mereka bertanya lagi: Atau 40 tahun? Katanya: Aku tidak tahu. Lantas beliau (abu Hurairah) melanjutkan ceritanya: Kemudian Allah menurunkan air dari langit dan ia menumbuhkan manusia sebagaimana tumbuhnya rumput. Tiada bahagian manusia melainkan musnah semuanya. Hanya satu tulang sahaja yang tidak musnah iaitu Ajabu Zanab. Daripadanya terbit kejadian baru di hari kiamat".

Jalan hidup mengikut garis takdir

June 22, 2013


Allah menentukan segalanya. Allah mencipta makhluknya dan menggariskan takdir ketentuan buat makhluknya. Tiada satu apa pun melainkan mengikut takdir Allah SWT. Inilah akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Perselisihan dalam soal memahami persoalan ini telah melahirkan mazhab akidah yang dirumuskan kepada tiga iaitu:

1) Jabariah
2) Qodariah
3) Ahli Sunnah Wal Jamaah

Kata jabariah, manusia diciptakan Allah dan semua perbuatan manusia adalah ciptaan Allah belaka. Manusia umpama bulu beterbangan diudara. Qodariah pula berkata bahawa mansuia menentukan dan melakukan perbuatannya sendiri dan Allah tidak telibat sedikit pun.

Sementara Ahlu Sunnah mengambil sikap jalan tengah. Memang Allah menciptakan semuanya termasuk perbuatan manusia. Tetapi Allah memberikan manusia ikhtiar. Ikhtiar itu pula mengikut kehendak Allah juga.

Dalam sebuah hadis dari saheh Bukhari diriwayatkan:

‏‏قال رجل يا رسول الله أيعرف أهل الجنة من أهل النار قال نعم قال فلم يعمل العاملون قال ‏ ‏كل يعمل لما خلق له أو لما يسر له ‏

Seorang lelaki bertanya Rasulullah: Apakah dapat dikenali siapakah ahli syurga dan ahli neraka? Baginda menjawab: Ya. Lantas lelaki itu bertanya: Kalau begitu buat apalah orang beramal? Nabi bersabda: Setiap orang beramal mengikut apa yang dipermudahkan baginya.


Allah mempermudahkan segolongan orang berbuat amal ahli neraka. Lalu, kita dapat lehat bagaimana golongan itu tanpa segan silu berbuat kezaliman, kefasikan, kesyirikan dan kekufuran. Meneguk air kencing Syaitan amat mudah baginya. Melanggan pelacur di lorong-lorong gelap bukan hal besar baginya. Makan rasuah, pecah amanah, menipu khianat diratahnya bagai makan kacang goring sambil menonton filem Hindustan. Gampang dan enteng.

Itu kerana Allah mudahkannyan menjalani takdir yang telah pun tersurat sejak azali. Ahli neraka ada galur hidupnya. Sementara ahli syurga juga punya jalurnya. Syukur amat kalau anda rasa sukar berbuat maksiat.

Mujur sekali aku rasa malu untuk ke kelab malam di malam minggu, berdansa minum muskir bergoyang pinggul fana bersama wanita pelayan.

Mujur sekali sekali aku rasa tak betah berbuat sebagaimana yang dibuat manusia serigala. Merogol anak, bermukah dengan isteri tetangga, khulwat dan zina dan raih razeki dan jalan bersumber nista.

Anggap mujur juga kalau anda tidak mudah menakluk ilmu kebatinan, menguasai jurus dewa naga, mampu mengungkap mantera mujarobat dan seribu satu misteri berkasturi syirik.

Berdoalah terus agar jalan ke neraka menyempit buat kita. Malah, berharaplah kepada Allah supaya lorongnya tertimbus dan sirna selama hayat kita. Biar jalan ke syurga terbuka luas dan dekat. Biar jalannya menyenangkan hati walau suka berduri.

Bumi Syria bumi yang dijanjikan.

June 14, 2013



Hari ini, Jumuat 14 Jun 2013 M  bersamaan 05 Syaaban 1434 H diistiharkan sebagai Hari Syria Sedunia. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Antarabangsa telah mengisytiharkan demikian.  Ia adalah sebagai tanda keperihatinan ummat terhadap perjuangan rakyat menumbangkan rejim Bashar Al-Assad yang masih bergayut di tali reput kekuasaannya dan terus  membunuh rakyat sendiri. Kini saat getir buat perjuangan rakyat kerana soldadu Syiah dari Iran dan Hizbullah dari Lebanon mula memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada regim khianat tersebut. Bukan senang para Mujahidin melawan regim yang mendapat dokongan kerajaan dan pertubuhan Syiah tersebut. Namun, sokongan dan bantuan ummat akan menepis segala harapan dan cita-cita busuk mereka. 

Kini perjuangan rakyat menggulingkan pemerintah zalim kuku besi telah bertukar menjadi kebangkitan sentimen antara Ahli Sunnah dan Syiah. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi sendiri telah mengisytiharkan secara terbuka dalam sebuah khutbah jumuat yang disampaikan bahawa Hizbullah itu adalah Hizbus Syaitan dan Iran itu tidak ada kaitan dengan Islam sedikit pun. Mereka adalah musuh kepada Islam. Ini kerana merekalah yang berpakat untuk membantai rakyat Syria.

Kebenaran perjuangan Rakyat Syria  hampir disepakati oleh seluruh ulama dunia Ahli Sunnah. Para pejuangnya adalah tentera jihad yang terkorban syahid. Para mujahidin berdatangan dari cerok rantau dunia untuk bergabung sebagai tentera jihad membantu kebangkitan rakyat Syria. Membantu rakyat Syria tel;ah menjadi tuntutan dan menyokong perjuangan pejuang rakyat Syria dewasa ini adalah lambang di pihak mana kita berada.

Agak terkilan apabila di |Malaysia, dalam media massa, khususnya TV3 melebelkan mujahidin Syria sebagai pemberontak melawan kerajaan. Lebel sedemikian menggambarkan di tahap bagaimana pemikiran kerajaan Malaysia dalam menanggapi isu Syria. Sokongan tidak diberikan kepada rakyat yang bangkit menentang penguasa zalim,  tetapi kredit sokongan terus dipertahankan buat kerajaan yang khianat tersebut.

Sempena dengan Hari Syria Sedunia hari ini, mari kita mengenangkan kembali hadis baginda Rasulullah SAW mengenai bumi bertuah bernama Syam yang kini Syria adalah sebahagian daripadanya. Apakah janji Allah telah di depan mata dan mengapa lagi masih terpinga-pinga ragu? 

Daripada Abdullah bin Hiwalah Al-Azdi bahawa Sabda rasulullah SAW:

ﺳﺘﺠﺪﻭﻥ ﺃﺟﻨﺎﺩﺍً ، ﺟﻨﺪﺍً ﺑﺎﻟﺸﺎﻡ ، ﻭﺟﻨﺪﺍً ﺑﺎﻟﻌﺮﺍﻕ ، ﻭﺟﻨﺪﺍ ًﺒﺎﻟﻴﻤﻦﻗﺎﻝ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻠﻪ: ﻓﻘﻤﺖ ﻓﻘﻠﺖ: ﺧِﺮْ ﻟﻲ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﻘﺎﻝ:
( ﻋﻠﻴﻜﻢ ﺑﺎﻟﺸﺎﻡ ، ﻓﻤﻦ ﺃﺑﻰ ﻓﻠﻴﻠﺤﻖ ﺑﻴﻤﻨﻪ ، ﻭ ﻟﻴﺴﺘﻖ ﻣﻦ ﻏﺪﺭﻩ ، ﻓﺈﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﺰ ﻭ ﺟﻞ ﺗﻜﻔﻞ ﻟﻲ ﺑﺎﻟﺸﺎﻡ ﻭ ﺃﻫﻠﻪ )
ﻗﺎﻝ ﺭﺑﻴﻌﺔ: ﻓﺴﻤﻌﺖ ﺃﺑﺎ ﺇﺩﺭﻳﺲ ﻳﺤﺪﺙ ﺑﻬﺬﺍ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﻳﻘﻮﻝ:
ﻭﻣﻦ ﺗﻜﻔﻞ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻪ ﻓﻼ ﺿﻴﻌﺔ ﻋﻠﻴﻪ

" Kamu akan mendapati ada banyak tentera. Ada tentera dari Syam, tentera dari Iraq dan tentera dari Yaman", Berkata Abdullah, lalu aku bangun dan membuat permintaan kepada Rasulullah SAW: 'Pilihkan tentera mana untukku Ya Rasulullah!". Lalu bersabda baginda: " Hendaklah kamu sentiasa bersama Syam, sesiapa yang tidak mahu bersama Syam, maka pergilah bersama Yaman dan minumlah dari tipu dayanya.* Sesungguhnya Allah telah memberi jaminan untukku bumi Syam dan penduduknya.

Berkata Rabi'ah: Maka aku telah mendengar Abu Idris menyebutkan hadis ini dan beliau telah menambah: " "Sesiapa yang dijamin oleh Allah maka Allah tidak akan mensia-siakannya"

(Hadis Saheh menurut Albani)



*Kurang pasti terjemahan ini. Akan disemak semula terjemahannya.