Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

HAKIM DARI LEMBAH NERAKA.

March 8, 2014

Bukan tidak boleh menjadi hakim. Kerjaya hakim memang mulia. Allah sendiri adalah Hakim dari segala Hakim. Para hakim yang ada di dunia, mereka menerima wakil daripada Allah SWT untuk menjadi bentara keadilan. Jika mereka melaksanakan amanah itu dengan penuh saksama, maka mereka menduduki maqam yang mulia. Namun, jika amanah Allah itu dikhianti, mereka akan hakim dari lembah neraka.

Daripada hadis Buraidah menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

القضاة ثلاثة:واحد في الجنة واثنان في النار

Hakim itu tiga golongan. Satu golongan dalam syurga dan dua lagi dalam neraka.
(Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan disahehkan oleh Al-Hakim)

Maka, majoriti hakim adalah calon penghuni neraka. Daripada 100 orang hakim, 67 orang daripadanya bakal menghuni neraka manakala 33 daripadanya terselamat dan akan mendapat kemegahan dalam syurga loka. Daripada 1000 orang hakim, 667 akan mewarisi penempatan sengsara dalam neraka dan 333 orang akan mewarisi mahligai dalam syurga. Gambaran angka-angka ini hanyalah untuk menegaskan bahawa kerjaya hakim terdedah kepada bahaya yang menjerumuskan diri ke dalam neraka.

Hakim itu tugasnya menegakkan keadilan. Sesiapa pun yang menjadi bentara penegak keadilan, dialah hakim, Tidak semestinya hakim di mahkamah. Apa pun namanya, jika tugasnya mengadili orang-orang bertikai sehingga kebenaran dapat dicari dan keadilan dapat ditegak, maka dialah hakim.

Memang yang maha adil itu hanya Allah SWT. Betapapun keadilan mahu ditegakkan oleh seorang hakim, akan ada cacat celanya. Sebagai manusia, mana mungkin dapat menegakkan keadilan secara mutlak. Namun, kegagalan itu tidaklah menjerumuskannya ke dalam neraka. Itu di luar kudrat manusiawi. Nabi sendiri pun tidak dapat berlaku adil dalam soal perasaan kerana perasaan bukan di bawah kawalan manusia. Demikianlah, seorang hakim yang memutuskan hukuman berdasarkan bukti-bukti yang dibentangkan kepadanya, dan dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan kebenaran dan menunaikan obligasinya dengan penuh tanggungjawab, jika masih berlaku khilaf pada hakikat perkara, maka sesungguhnya ia bukanlah dosanya. Allah mengampunkan Adam atas khilafnya kerana lupa.

Maka, khilaf hakim yang bukan kehendaknya, Allah terlebih pengampun.

Tetapi, realitinya, ramai hakim menunggangi kedudukannya. Dengan tujuan makar, khianat dan zalim, mereka menerbitkan sesuatu keputusan sedangkan mereka tahu lemahnya keputusan itu. Inilah para hakim dari lembah neraka.

Keputusan Hakim yang melepaskan penjenayah (kerana kurang bukti) adalah lebih mulia daripada keputusan menyabitkan kesalahan ke atasnya ketika bimbang keadilan tidak tertegak. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

ادرءوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم، فإن كان له مخرج فخلوا سبيله، فإن الإمام أن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة

" Elakkan daripada melaksanakan hukum hudud ke atas kaum muslimin sekuat daya yang kamu ada, maka sesungguhnya jika ada jalan keluar (spt keraguan yang munasabah), bebaskanlah dia. Sesunguhnya salah dalam membebaskannya lebih baik daripada salah dalam menghukumnya".
(Hadis Riwayat Tirmizi-Marfu' dan Mauquf)

Fenomena penghakiman yang sering dibantahi rakyat di Malaysia dewasa ini sangat membimbangkan. Hakim-hakim yang telah hilang kepercayaan rakyat adalah satu bencana buat negara. Ia menjadi isyarat meratanya kejahatan dalam masyarakat sehingga Allah tekah mencabut tsiqah daripada orang-orang adil dan amanah telah diangkat. Lantas, tinggallah manusia tanpa tsiqah dan amanah.

Dari sebuah kerjaya mulia yang membawa ke syurga, ia kini menjadi lebih banyak menawarkan tiket permukiman ke lembah neraka.

0 comments:

Post a Comment