Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Aliran Kiri dianggap komunis

August 31, 2011

Sambungan dari artikal: Sudut Lain Menilai Peristiwa Bukit Kepong.

Perjuangan menuntut kemerdekaan dengan aliran keras digelar sebagai aliran kiri. Perjuangan aliran ini dipelopori oleh beberapa kumpulan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang kemudian diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) yang terdiri daripada gabungan Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). 

Terdapat kelompok Melayu yang berada pada aliran lembut dan bekerjasama dengan penjajah. Kelompok ini disebut sebagai Aliran Kanan. Mereka adalah persatuan Melayu di negeri-negeri. Mereka ini mendapat restu dari Inggeris dan pada akhirnya kelompok inilah yang bergabung membentuk UMNO.

Perjuangan aliran kiri  mendapat tekanan daripada penjajah Inggeris. Tekanan yang bertubi-tubi ini menyebabkan pengharaman dan tangkapan perubuhan dan pemimpin-pemimpin mereka. Oleh kerana jalan perjuangan secara damai telah terhalang, sebahagian pemimpin Melayu aliran kiri telah mengambil jalan bersenjata. 

Semasa pendudukan Jepun mereka telah menubuhkan MPAJA (Malayan People's Anti-Japanese Army) untuk menentang pendudukan Jepun. Ini kerana janji Jepun untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajah Inggeris telah dimungkiri. Tanah Melayu akhirnya dijajah sendiri pula oleh Jepun. Di dalam MPAJA ini turut bersama adalah Parti Komunis Malaya (PKM), malah PKM paling dominan dalam pertubuhan ini. British sendiri memberi sokongan kepada MPAJA dengan menyalurkan senjata dan latihan.

Menjelang tahun 1948, apabila Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah,mereka mengarahkan MPAJA meletakkan senjata. Namun, mereka enggan tunduk kepada Inggeris. Lantas, perjuangan bersenjata diteruskan pula menentang Inggeris. Bagi menangani serangan bersenjata ini, Inggeris telah menubuhkan pasukan bersenjata yang terdiri dari Bangsa Melayu. 

Perjuangan bersenjata itu berlangsung sehingga tahun-tahun 1950-an dan menjelang kemerdekaan hadiah Inggeris pada tahun 1957. Pemimpin Melayu Aliran Kiri sudah kian terpinggir dalam gerakan agresif ini kerana PKM semakin mendominasinya. Seperti termaklum, kebanyakan yang terjun kepada perjuangan PKM adalah kaum Cina kerana merekalah yang paling tertindas semasa pendudukan Jepun. Namun. sebahagian pemimpin Melayu yang bergabung dengan PKM telah  menjabat kedudukan penting dalam PKM. Namun, fikrah mereka bukanlah fikrah komunis sebagai difitnahkan orang. Kita tahu bahawa orang seperti Rashid Maydin dan Syamsiah Fakeh adalah kalangan pimpinan PKM yang merupakan muslim yang percayakan Allah SWT.. Maka bagaimana hendak dikatakan mereka sebagai komunis? Hanya kerana mereka berasosiasi dengan komunis dalam perjuangan bersenjata melawan Inggeris, mereka dituduh sebagai komunis.

Orang Melayu diberitahu bahawa komunis tidak percayakan Tuhan.  Maka, bertambahlah perasaan takut orang Melayu kepada komunis. Semua perjuagan ala komunis menentang penjajah dilebelkan sebagai komunis. Perjuangan yang tidak komunis hanyalah perjuangan mereka yang bernaung di bawah UMNO.


Akhirnya, perjuangan para pemimpin Melayu beraliran kiri terus dilupakan oleh majoriti orang Melayu. Penjajah telah berjaya menikam jarumnya ke ulu hati kebanyakan orang Melayu untuk mempercayai bahawa para penentangnya adalah komunis. Apabila berlaku serangan ke atas mana-mana koloni pentadbiran Inggeris yang diurus selia oleh pegawai Melayu yang dilantik, ia dikatakan serangan komunis. Sememangnya komunis mengambil bahagian dalam serangan tersebut. Namun serangan mereka adalah ke atas Inggeris. Kalau komunis itu jahat, serangannya atas pihak yang lebih jahat. 

Malangnya ada orang Melayu yang berkompromi dengan kelompok jahat yang bernama penjajah Inggeris. Inilah yang menjadi dilema kepada para pemimpin Melayu yang diasak dengan tuduhan komunis. Itulah juga yang menyebabkan sebahagian besar mereka melupakan perjuangan bersenjata dan membiarkan PKM menguasai sepenuhnya.

Sebuah parti beraliran Islam bernama Hizbul Muslimin telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh Ust Abu Bakar Al-Bakir di Gunung Semanggol. Dato' Onn bin Jaafar mengingatkan British tentang bahaya perkembangan itu. Katanya, "hubaya-hubaya...bahaya dari gunung...". Inggeris telah bertindak dengan menangkap Ust Abu Bakar Al-Bakir dan mengharamkan Hizbul Muslimin. Tiga tahun kemudian, para ulama kembali mengambil inisiatif menubuhkan PAS.

Hari ini, perjuangan aliran kiri ini terus ada. Aliran kiri wujud atas nama pembangkang. Dalam kelompok pembangkang ada parti yang masih lagi dikaitkan dengan komunis iaitu DAP. Ada juga nasionalis kebangsaan yang insaf dan sedar. Mereka bernaung di bawah PKR. Ada golongan ulama dan pejuang Islam. Mereka berada dalam PAS.

Taktik mengkomuniskan aliran kiri adalah taktik lama. Ia adalah taktik penjajah dan kini masih diteruskan oleh mereka yang mengambil penjajah sebagai "duplicate". DAP dituduh sebagai komunis itu cerita lama dan sudah lali. Namun, kekedang tuduhan ini cuba pula dilebarkan kepada para ulama dan pejuang yang berada dalam PAS. Cubaan-cubaan seperti ini telah lama diusahakan tetapi rakyat Malaysia hari ini telah celik mata. Jalannya amat sukar untuk menanamkan ke dalam minda orang Melayu sebagai kejayaan Inggeris menanamkannya dulu. Lebih-lebih lagi orang Melayu ramai yang sudah bersekolah dan tinggal di bandar.

Dalam kontek perjuangan kemerdekaan, Aliran Kanan adalah mereka yang bersekongkol dengan penjajah. Manakala Aliran Kiri adalah mereka yang menentang penjajah.  Takdir telah menentukan Aliran Kanan memenangi pusingan awal memerdekakan Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Malaysia. Namun kemenangan itu bukan kemenangan sejati sebagaimana yang diimpikan oleh Aliran Kiri.  Sungguhpun negara ini telah disebut "merdeka" oleh penjajah dan ditikrarkan oleh pemimpin Aliran Kanan bersilih ganti serta dihafazkan pula oleh rakyat Melayu dan juga bukan Melayu, bagi pemimpin Aliran Kiri, belum dapat beroleh kemerdekaan senjata. 

Para pejuang Islam melihat bayangan penjajah masih menghantui. Penjajah masih menjadi taghut sembahan di saat "sarra' " dan "dharra' " . Para nasionalis kiri masih merasakan rakyat tidak diadili sepenuhnya. Penyelewengan masih berleluasa. Negara menjadi tunggangan golongan aliran Kanan yang ingin mengekalkan hagemoni penjajah serta kepentingan diri.

Maka...bilakah kemerdekaan sejati dapat diraih?

HASIL KUTIPAN JARYAH 'ISYRIN

Program pengumpulan dana untuk Pembangunan Masjid Al-Fajr yang dinamakan Jaryah 'Isyrin telah berjalan dengan gencar sepanjang bulan Ramadhan. Phamplet telah dicetak dan disebarkan melalui penyelaras dan wakil-wakil penyelaras yang dipilih. Dengan kerjasama semua, ia telah sampai ke sekolah-sekolah, pejabat kerajaan dan swasta serta orang perseorangan. Hasil daripada informasi yang diterima oleh sasaran berdasarkan phamplet, mereka telah membuat sumbangan kepada wakil-wakil penyelaras untuk dikumpulkan oleh pihak masjid.

Phamplet Jaryah 'Isyrin

Alhamdulillah, dengan berakhirnya Ramadhan dana sumbangan tersebut telah berjaya dikumpul sebanyak RM 16,341.00. Berdasarkan rekod, jumlah ini lebih banyak berbanding hasil pungutan daripada Jaryah 50 yang pernah dilancarkan pada tahun lalu. Pencapaian ini adalah hasil komitmen para wakil dan penyelaras serta para penyumbang yang ikhlas. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung maupun secara tidak langsung. 

 Rekod Kutipan Ramadhan 1432

Sebagaimana yang dirancangkan, insya Allah AJK masjid sedang mempertimbangkan masa yang sesuai untuk memulakan projek penambahbaikan masjid.

Eidul Fitri 1432

August 30, 2011


Pada hari ini ummat Islam, khususnya di Malaysia menyambut Eidil Fitri. Dengan ucapan "semoga Allah menerima amal anda semua sepanjang bulan Ramadhan yang lalu", saya titipkan buat anda semua, pengunjung blog.

Selamat menyambut Eidul Fitri, maafkan kesalahan saya, sama ada  yang saya sedari maupun tidak.

KHUTBAH EIDULFITRI 1432

August 29, 2011

KEMBARA MENCARI MUSTAHAQQIN 1432

Kini Ramadhan telah sampai ke penghujungnya. Beberapa jam lagi, akan berakhirlah Ramadhan. Akan bermulalah pula Syawal. Akan pergilah tetamu agung dan hadirlah pula tetamu baru bagi menggantikan tempatnya dalam pusingan masa. Tanggungjawap puasa telah dilaksanakan. Ihya' malam-malam Ramadhan dengan solta taraweh telah dilakukan dengan sedaya mungkin. 10 malam terakhir dengan qiam dan iktikaf telah dilakukan oleh mereka yang berahi melakukannya. Sekarang bukan lagi masa meratap ketidaksempatan beramal. Tempoh secukupnya telah pun dikurniakan Allah SWT.

Sebelum berakhir Ramadhan, sebagaimana biasa, kita tidak harus melupakan kewajipan zakat fitrah. Sebelum solat eidul fitri dilaksanakan, zakat fitrah wajib dikeluarkan. Ramai juga yang telah berlumnba-lumba mengeluarkan zakat fitrah semenjak awal Ramadhan. Di hujung Ramadhan lebih ramai lagi. Kebanyakan memilih menyerahkannya kepada amil yang dilantik oleh pihak pentadbir agama.

Dalam hal ini, aku berkongsi sikap dengan beberapa teman untuk menguruskan pemberian zakat kami sendiri kepada mustahaqqin. Kami keberatan memberikannya kepada amil yang dilantik kerana merasakan ianya tidak sampaikan kepada sasaran yang diharapkan dan seringkali pula menjadi modal kebajikan ahli politik tertentu untuk meraih undi. Sementelahan pula,  hubungan antara muzakki dan muzakka lahu tidak dapat dibangunkan. Adalah lebih baik jika zakat itu dapat mendidik sanubari kita agar memahami kehidupan penerima zakat dan menjalinkan ukhwah dengan mereka melalui zakat yang diberikan. Setidak-tidaknya dengan mengunjungi mereka di rumah mereka sendiri, kita dapat menginsafi nikmat kurniaan Allah kepada kita dan mensyukurinya.
Tahun ini, sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, aku bersama beberapa teman mengunjungi kawasan perumahan Flat Taman Mesra untuk menyumbangkan sebahagian zakat kami.  Penerimanya adalah pemilik sebuah rumah yang tinggal beberapa keluarga serumah. Merasakan mereka adalah kalangan masakin yang mengalami kesukaran hidup berdasarkan maklumat seorang pemberi maklumat, kami mengunjungi dan menyerahkan zakat fitrah kepadanya. Zakat itu tidaklah besar tetapi melihat kesukaran hidup mereka adalah lebih besar maknanya untuk mentarbiah diri.




Sesudah Taman Mesra, kami mengunjungi pula kampung setinggan di BDC. Menyusur lorong jambatan di atas air di antara rumah-rumah yang kini sedang menanti dirobohkan oleh kemajuan projek Hotel Equatorial, kami mengunjungi sebuah rumah kecil yang dihuni oleh sebuah keluarga yang sesak di dalamnya. Seorang nenek tua menjadi sasaran kami. Kehidupan mereka memang miskin. Amat jauh beza dengan kebanyakan kita yang mampu menyewa atau membeli rumah di kawasan taman perumahan. 

Mereka adalah keluarga suku Sungai yang berasal dari Paitan. 

Dalam pada itu, zakat fitrah diberikan juga kepada beberapa keluarga lagi yang kami cari di kampung itu. Melihat rumahnya kecil, tiada kemudahan, kami ketukki pintunya. Kami serahkan zakat buat mereka sebagai penyucian buat kami. Semoga Allah menerima zakat kami dan menjadikannya sebagai pelengkap kepada ibadah Ramadhan kami.







Alllahumma taqabbal minna ya Karim...

Sudut lain Menilai Peristiwa Bukit Kepong

August 28, 2011

Persatuan Bekas Polis Terengganu membuat laporan polis mendakwa Kenyataan Mat Sabu dalam satu ceramahnya sebagai menghina maruah anggota polis. Mat Sabu juga dituduh sebagai berideologi komunis. Ini adalah berikutan komennya dalam ceramah itu berkenaan polis yang terbunuh dalam peristiwa di Bukit Kepong itu bukalah pahlawan bangsa.(Rujuk: Malaysiakini)

Aku tidak sukar untuk memahami rasional dan logik Mat Sabu. Aku rasa sesiapa yang suka gunakan fikiran boleh memikirkan kenapa Mat Sabu berhujah begitu. Namun, seorang yang fikirannya telah dikematukan oleh cerita sejarah negara yang disembunyikan, diolah agar selari dengan ideologi parti pemerintah, akan segera melatah. Maka, tidak hairan kalau ada yang dengan marahnya mengannggap Mat Sabu sebagai komunis, pengkhianat bangsa dan sebagainya.

Isu ini masih panas. Aku tidak perlu hurai banyak. Setiap orang dari kita yang punya akal fikiran harus berfikir. Sejarah yang diberitahu kepada kita tentang peristiwa Bukit Kepong itu ialah bahawa ianya berlaku sebelum kemerdekaan, iaitu tahun 1950. Waktu itu penjajah Inggerislah yang memerintah negara ini. Kalau ada polis, ia adalah polis Inggeris. Sekalipun bangsanya Melayu, ia adalah polis Inggeris. Inggeris banyak melatih polis-polis dari bangsa lain untuk membantu mengekalkan hagemoni kuasa penjajahannya. Inggeris melatih askar upahan dari India sewaktu menangani kebangkitan penentangan pembesar Melayu di beberapa tempat. Di Tanah Melayu, bangsa Melayu juga dilatih menjadi polis dan askarnya. Kemudian, mereka ditugaskannya di seluruh negara. Kesetiaan para polis ini tentulah kepada pegawai pemerintahnya yang waktu itu adalah pegawai Inggeris. Lihat bagaimana tabik "spring" yang diberikan oleh sarjan Hassan (dalam filem Sarjan Hassan arahan P. Ramli)  ketika bertemu seorang pegawai Inggeris dalam hutan semasa berperang melawan Jepun.

Melihat sepintas lalu filem Bukit Kepong, bagaimana polis-polis itu dikeronyok oleh komunis, kita akan merasa marah. Jika tidak fikir beberapa lapis, kita akan terus melebelkan polis-polis itu sebagai pahlawan bangsa kerana mereka itu bangsa Melayu. Sedangkan mereka adalah polis yang bertugas di bawah arahan British. British yang menubuhkan balai di Bukit Kepong itu dan mengirimkan pegawai-pegawainya yang telah dilatih dari kalangan anak pribumi. Lalu, serangan komunis tersebut bukanlah serangan kepada bangsa Melayu, tetapi kepada koloni British. Perang saraf penjajahlah yang telah berjaya meracuni fikiran kita untuk mengatakan mereka yang menentang beberapa koloni yang dibentuk oleh mereka sebagai serangan kepada bangsa Melayu.

Hari ini, banyak sejarah yang serupa dan senada ini diceritakan kepada kita. Kita disogok dengan cerita kepahlawan Leftenen Adnan. Sedangkan Leftenen Adnan itu adalah seorang askar British sungguhpun bangsa melayu. Melayu belum ada pemerintahan di zaman itu untuk dikatakan dia askar Melayu. Mungkin hanya boleh dikatakan sebagai askar berbangsa Melayu dalam askar British. Matinya Leftenen Adnan sepatutnya lebih ditangisin oleh British berbanding bangsa Melayu. Andainya Leftenen Adnan berjaya mempertahankan kawasannya daripada serangan Jepun, yang untung adalah British. Jika itu berlaku, selepas kepulangan British, Leftenen Adnan akan dianugerahkan pingat keberanian dan ketatannya akan kembali bersimpuh di kaki British.

Kita tidak pernah mendengar dalam sejarah ada polis atau askar Melayu zaman itu bunuh pegawai penjajah. Itu kerana mereka adalah asuhan dan kader penjajah. Tetapi, kita banyak membaca sejarah pegawai penjajah yang mati diserang komunis.

(Insya Allah...bersambung)

Balada Negara Merdeka

August 19, 2011

Beratus tahun negaraku dijajah
Maruah bangsa habis dijarah
Hasil bumi habis dipunggah
Buat membagunkan negara Eropah.

Telah mengalir air mata
Nenek dan Moyang sebelum kita
Mengenang diri dalam hina
Di bumi sendiri tiada kuasa.

Wahai anak negara bertuah
Kenanglah segala penat dan susah
Merdeka negara bukannya mudah
Banyak darah telah tumpah

Sejak Melaka dijajah Pertugis
Bangsa kita dilayan bengis
Hilang harga Melayu dan Bugis
Hanya dianggap kertas secebis

Telah bangkit pejuang bersilih
Kesenangan hidup mereka sisih
Rela sakit dalam merintih
Demi maruah kembali pulih

Setelah negeri kita merdeka
Kini masanya ramai yang leka
Telepas dari penjajah celaka
Dijajah pula syaitan derhaka

Generasi merdeka lupa diri
Budaya Barat dijunjung tinggi
Nilai Timur di telapak kaki
Hidup gemar menari-menari.

Penyanyi Barat lebih dikenali
Lebih dari kenal nabi
Tidak kenal pejuang pertiwi
Bintang bola lebih dihargai.

Sambut Merdeka dengan maksiat
Bekasih asmara dalam zulmat
kononnya sempena hari keramat
Lupalah sudah hari kiamat.

Merdeka dikait dengan raya
Seronak suka hiburan segala
Demikianlah diajar sekian lama
Sambutan dibuat menyemai alpa.

Bila perjuangan bersulam susah
Demi merdekakan tanah bertuah
dipintas oleh bangsawan mewah
beroleh merdeka dengan musyawarah.

Kisah merdeka disulam cerita
Pejuang silam lalu dilupa
Peluh dan darah bukan harga
Akal diplomasi jadi gantinya.

Tiada nama Datuk Bahaman
Tok Janggut tiada dalam bahagian
Bukan termasuk pejuang kemerdekaan
Maharaja Lela penderhaka kerajaan.

Hizbul Muslimin disebut jangan
Tokoh pejuang bukan sehaluan
Mereka bukan dalam catatan
Sejarah palsu kisah kemerdekaan.


Pejuang sebenar tidak bernama
dalam dunia sering dilupa
Pengorbanan diri tidak diharga
Biarlah di akhirat dibalas syurga.

Anti Islam

August 15, 2011

Orang kafir sememangnya anti Islam. Itu sudah terang dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Orang bukan Islam yang paling anti kepada Islam ialah Yahudi dan kaum musyrikin. Sementara yang paling kurang anti Islam ialah mereka yang berkata bahawa mereka adalah Nasrani. Ini dapat difahami daripada firman Allah SWT:


لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَاناً وَأَنَّهُمْ لا يَسْتَكْبِرُونَ


Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan Sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami Ini orang Nasrani". yang demikian itu disebabkan Karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) Karena Sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri.
(Surah Al-Maidah: Ayat 82)

Pertubuhan Hak Melayu (PERKASA) mendakwa akhbar The Star sebagai anti Islam kerana menyiarkan gambar masakan daging babi dalam sisipan juadah berbuka puasa.(Malaysiakini)

Persoalan orang bukan Islam sebagai anti Islam bukanlah pendedahan baru. Allah SWT telah menegaskan perasaan permusuhan itu dalam Al-Quran sebagaimana dirakamkan dalam ayat di atas.Ia juga tidak mengejutkan. Adalah naif kalau kita menduga dan mengimpikan mereka mencintai Islam. Dengan segenap daya dan upaya yang mereka ada, mereka akan berusaha untuk menjadikan orang Islam mengikut cara mereka. Kalau mampu melucutkan Islam daripada penganutnya, mereka akan ambil kesempatan. Jika tidak mampu, mereka akan menarik orang Islam mengikut cara mereka. Hakikat ini telah pun diberi peringatan oleh Allah dalam Al-Quran dan nabi Muhammad SAW dalam hadis-hadis baginda.

Maka, apa perlunya Perkasa berteriak bahawa akhbar The Star itu anti Islam? Sebenarnya, kedapatan di kalangan orang yang mengaku Islam sendiri yang anti Islam. Inilah yang lebih menghairankan. Dalam masa mereka ini mendakwa sebagai muslim, apabila diperkenalkan tuntutan dan kemahuan Islam ke atas mereka, mereka menolaknya. Kekadang, penolakan mereka memperlihatkan betapa mereka bersikap tidak suka kepada Islam. Dengan kata lain, sikap anti Islam.

Kalangan orang Islam yang menolak politik Islam adalah anti Islam!

Mereka yang enggan menjaga sosiologi masyarakat dalam batas Islam, malah merobeknya dengan budaya rosak dari negara bukan Islam, sebenarnya juga anti Islam.

Sementara Islam punya perundangannya tetapi masih bergayut kepada perundangan kafir, itu juga sifat anti Islam!

Feminis yang bencikan jilbab, poligami dan hukum faraid Islam adalah anti Islam!

Politikus oppurtunis, sekularis dan  nasionalis yang bencikan para ulama dan meremehkan kepentingan mereka dalam bernegara adalah anti Islam!


Sikap anti Islam kaum bukan Islam sudah nyata. Ia tidak mungkin dihilangkan. Ia mungkin hanya dapat dijernihkan buat satu tempoh,  namun, tenang riak di permukaan bukanlah gambaran damai di dasarnya. Petunjuk dan kesesatan tidak akan berdamai sampai bilapun. Syaitan dan malaikat sering bersengketa. 

Namun sikap anti Islam orang Islam terhadap agamanya sendiri, ini yang perlu diutamakan. Apa guna mencela kaum bukan Islam kerana sikap anti Islamnya, sedangkan dalam masa yang sama menjadi pembela kepada serigala makir yang berkeliaran dalam kandang Islam dengan perasaan "aladdul khisom" terhadap Islam agamanya sendiri!

Suara bingit dari masjid

August 14, 2011


Pekelliling terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kepada masjid-masjid di Pulau Pinang melarang bacaan Quran menggunakan pembesar suara sebelum subuh adalah  berasaskan kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu yang menyifatkannya bertentangan dengan syarak. Alasannya adalah kerana ia mengganggu orang ramai. Di waktu hening sebelum Subuh, ada orang yang sedang tidur, orang sakit yang perlu ketenangan dan bayi kecil yang sukar ditidurkan. Biasanya, tempoh masa pemasangan bacaan Quran maupun Tarahim sebelum Subuh itu lebih panjang berbanding laungan azan. Sebab itu, risiko menimbulkan kacauganggu kepada masyarakat adalah besar.

Kini, perkara ini menjadi isu. Ada pihak yang menuding jari kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sebagai pihak yang bertanggungjawab. Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai DAP tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam. Demikianlah dakwaan yang cuba dijadikan mileage untuk pamrih politik.

Pada mulanya isu ini adalah isu hukum. Apakah hukumnya memperdengarkan bacaan Quran melalui pembesar suara di masjid. Disebutkan pada waktu Subuh kerana waktu itulah yang banyak dipasangkan oleh para pengurus masjid. Sebab itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang membuat satu ketetapan bahawa ia adalah bertentangan dengan hukum syarak. Bunyinya agak lembut. Sebenarnya, hukumnya adalah haram. 

Ada pengurus masjid yang tidak boleh menerima arahan tersebut kerana selama ini dia telah biasa memasangkan bacaan Quran melalui pembesar suara di menara masjid ketika sebelum Subuh. Selama itulah dia menyangka bahawa kebiasaannya itu baik dan berpahala. Melarang orang memperdengarkan bacaan Quran tentulah salah menurut hematnya kerana membaca Quran  adalah kerja baik. Kerja baik pula hendaklah disebarluaskan. Lagi pula, bukankah kita berada dalam "Negara Islam"? Sudah tentu orang Islam punya wewenang untuk melantunkan syiar agamanya. Atas anggapan tersebut itulah perihal larangan ini kemudiannya didedahkan kepada media melaui antik-antik politik dunggu agama yang sentiasa menunggu kesempatan.

Melaungkan azan itu memang ada dasarnya dalam sunnah. Sememangnya tujuan azan itu sendiri adalah untuk memanggil orang solat. Maka, melantunkan suara azan melalaui pembesar suara untuk melebarkan jarak capaian frekunsinya adalah selarah dengan perintah agama. Namun, melantunkan suara bacaan Quran melalui pembesar suara tiada dasar dalam agama. Lagipun, apa tujuannya? 

Lebih-lebih lagi lagu-lagu Tarhim. Senikatanya walaupun baik, ia bukan datang daripada Hadis maupun Al-Quran. Ia adalah ciptaan seseorang. Ia bernada munajat. Kenapa munajat dilaungkan sehingga kedengaran satu kampung atau satu bandar? Bukankah munajat itu antara si pemunajat dengan Allah sahaja? Bertarhim, biarpun dengan nada melankolik yang penuh sayu dan sendu, ia bukanlah bacaan ibadat. Ia tidak sedarjat dengan Quran. Quran pun tidak disuruh baca kuat, maka apatah lagi Tarhim.

Kebanyakan pengurus masjid bukan orang yang berilmu. Apa yang mereka buat banyak berdasarkan warisan turun temurun. Kerana demikianlah orang sebelum mereka buat, maka mereka buat. Bagi masjid yang mengamalkan bacaan surah Yasin malam Jumaat, jika ditanya kepada pengurusnya, mereka akan kata sudah menjadi amalan turun menurun masjidnya melaksanakan amalan tersebut. Tidak timbul persoalan baginya apakah ia suruhan agama tau tidak.Walau pun masjid menjadi medan semarak ilmu, tetapi ilmunya tidak berkembang. Ilmunya dikepung dalam tradisi dan kebiasaan yang tidak pernah ditanya asal muasalnya.

Di kampungku, suara bacaan Quran itu dipasangkan pada pagi Jumuat. Setiap hari sebelum subuh pun ada. Rumahku dengan masjid di kampung hanya sepelaungan. Bayangkanlah betapa terganggunya penduduk yang tinggal berdekatan masjid. Apa yang aku alami amat menyakitkan hati. Di pagi Jumuat, ada tetamu bertandang ke rumah dan hendak bualkan sesuatu pun susah. Suara pembesar suara mengatasi suara kami. Bingit. Bising dan memekak.  Aku telah tegurkan hal ini kepada siaknya. Tetapi, oleh kerana ada beberapa siak, siak yang tidak kutegur itu masih "ketegar" dan meneruskan tradisi jahil itu. 

Dia menyangka dia berbuat baik, sedangkan dosa yang disemai!

Orang-orang yang mebantah keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang itu tidak lain hanya mereka yang tipis faqihnya dalam agama. Agama anutannya adalah warisan dan ikutan. Agama Islam panutan leluhur  bangsa kita masih banyak yang kurang dan perlukan pembetulan tetapi mereka  yang kurang ilmunya akan mempertahankan. Melanggar amalan lelauhur itu akan didefinisikan sebagai menghina Islam, mencabar kesuciannya dan perlu dilawan habis-habisan.

Tahniah buat pentadbir agama di Pulau Pinang. Anda telah berusaha mewajahkan Islam kepada fitrahnya sebagai agama rahmat untuk seluruh manusia.Semoga Allah memberkati usaha kalian.

Kempen kibar bendera kurang sambutan.

August 13, 2011

Media massa lidah kerajaan, boleh dikatakan saban hari mewar-warkan agar rakyat mengibarkan bendera Malaysia sempena bulan kemerdekaan yang sedang berlangsung.  Rakyat diminta kibarkan bendera Malaysia di premis sendiri dan juga kenderaan. Itu adalah tanda cinta kepada negara. Demikian media massa lidah kerajaan yang memerintah berfatwa.



Beberapa tahun sudah kempen seumpama itu diprogramkan saban tibanya bulan Ogos. Untuk beberapa tahun sebelum ini, rakyat diberikan bendera percuma. Tanggungjawab menginfaqkan bendera percuma itu ada yang dipikul oleh syarikat-syarikat besar.  Namun, sungguhpun berarus-ratus ribu bendera percuma diedarkan, kibaran bendera Malaysia tidak meriah. Baik di premis maupun di kenderaan.

Tahun ini, kerajaan tidak lagi menawarkan bendera percuma kepada rakyat. Mungkin banyak wang terpaksa dibelanjakan untuk itu. Kerajaan tidak sanggup membazirkannya, apatah lagi untuk rakyat kecil yang sepatutnya memberikan pendapatan mereka kepada kerajaan. Ekonomi negara bukan berada pada tahap terbaik untuk kerajaan bantu rakyat memiliki bendera negaranya sendiri.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini, sekalipun telah menjelang pertengahan bulan Ogos, jumlah premis yang mengibarkan bendera Malaysia masih boleh dibilang dengan jari. Sekali sekala sahaja boleh kelihatan kereta, teksi atau bas yang mengibarkan bendera Malaysia.

Mengapa kempen kerajaan itu tidak disambut ghairah oleh rakyat?

Kalau tanya aku kenapa tak kibarkan bendera, tidak cinta dan sayangkah kepada negara ini, maka jawapanku ialah aku tidak teringin menyahut kempen tersebut kerana faktor sejarah dan tujuan kempen itu. Bagi yang pernah mengamati fenomena politik negara yang meletus pada tahun 1998, akan mengerti bahawa pencetus kepada kempen seumpama ini adalah pemerintahan zaman Dr. Mahathir Muhammad. Pada saat dia menghadapi kemeruduman pengaruh, dia mengusahakan pelbagai kaedah mengembalikan sokongan rakyat kepadanya. Sekalipun tidak dapat, biarlah dunia tahu bahawa rakyat sedang menyokongnya.  Kempen kibar bendera Malaysia adalah mekanisma bagaimana pemerintahan mahu memaklumkan kepada dunia dan juga lawan politik bahawa "silent majority" adalah bersamanya.



Kerajaan yang memerintah sekarang juga menghadapi krisis yang sama. Krisis kepercayaan rakyat dan reputasi global. Serangkai kata mudah "perpaduan" adalah jalan penyelesaiannya. Namun, mencipta perpaduan bukanlah mudah, terutama dalam sebuah negara demokrasi. Lebih-lebih lagi jika demokrasi itu menimbulkan ketidakpuasan hati sebahagian rakyat.

Meletusnya kempen "Bersih 2.0" tentunya banyak mencalar pengaruh kerajaan sebagai pengamal demokrasi. Dunia memandang Malaysia dengan memicing mata. Rupanya demokrasi di Malaysia berbaur penipuan dan berat sebelah. Miski pelbagai hujah telah dinyatakan oleh pihak pemerintah, ia tidak semudah kata-kata untuk meyakinkan rakyat dan dunia. Rakyat yang sudah mencapai tingkat pendidikan dan pengetahuan mengenai dunia luar yang luas serta dunia yang menyatu dalam kepantasan maklumat, tidak lagi mudah ditipu.

Kempen kibar jalur gemilang berlatarbelakang sejarah sebuah kerajaan yang dicemuh rakyat satu ketika. Ia bertujuan mencipta kanvas indah buat menutup kemelut di belakangnya. Agak sukar rakyat untuk menyahutnya. Pengibaran bendera Malaysia akan dilakukan rakyat jika hati mereka sayang kepada kerajaan yang memerintah.

RISALAH RAMADHAN

August 7, 2011


JARYAH 'ISYRIN


Sempena Ramadhan pada tahun ini, Masjid Al-Fajr yang terletak di kawasan kejiranan Taman Fajar Sandakan telah melancarkan kempen infaq Ramadhan dengan jenama "Jaryah 'Isyrin". "Jaryah 'Isyrin bermaksud sumbangan untuk amal jaryah sebanyak dua puluh. Dua puluh itu nilai matawang RM20. Setiap penderma disasarkan menyumbang sebanyak RM20 untuk kerja-kerja penambahbaikan masjid bagi menampung jemaah yang sentiasa bertambah. Dua puluh juga boleh bermaksud 20 orang. Seorang akan mencari 20 orang kawannya untuk mendapat sumbangan. Dua puluh juga mungkin bilangan tahun. Semua orang 20 tahun ke atas digalakkan menyumbang. Dua puluh juga adalah faedah dan ganjaran. Kalau  kita mahu senaraikan fadhilat bersedekah dan infaq di bulan Ramadhan, tentu tidak kurang daripada dua puluh  kelebihannya. Pendeknya,  nama 'isyrin  yang bermaksud dua puluh itu boleh diertikan dengan  berbagai perlambangan positif

Namun, apa yang penting, kesempatan Ramadhan ini hendaklah kita ambil peluang seoptima yang mungkin untuk mendapat gandaan pahala sedekah. Bagi kalangan rakyat alam maya yang ingin menyalurkan sumbangan di bawah program "Jaryah 'Isyrin" ini, dapatlah terus berurusan dengan nombor akaun masjid iaitu: 560027000108 (Maybank)

Bingkisan Ramadhan

August 1, 2011


Hari ini 1 Ramadhan. Ummat Islam di Malaysia berpuasa. Setelah 11 bulan berlalu, kini, dengan rahmat Allah SWT, kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan. Kemuliaan Ramadhan sebagai penghulu kepada semua bulan tidak dapat diragukan lagi. Nas-nas Al-Quran maupun hadis telah cukup menjelaskan. Pujian dan sanjungan para ulama sejak zaman Salaf hinggalah ke zaman kini telah berjela-jela dan tidak terkira lagi.

Di atas semua kelebihan Ramadhan itu, apa yang paling penting ialah bagaimana kita memanfaatkannya. Sebahagian besar hanya menjadikan Ramadhan sebagai PLKA (Pusat Latihan Khidmat Agama). Maka, apabila sudah habis Ramnadhan, dia pun merasakan merdeka dan bebas. Tidak ubah seperti kebanyakan peserta PLKN. 

Kalau mahu menilai harga Ramadhan bagi seseorang itu, lihatlah di mana dia sesudah Ramadhan. Kalau dia kembali semula kepada perangai sebelumnya dan tempat yang dia sia-siakan masanya sebelumnya, jelaslah bahawa Ramadhan hanya menjadi seperti Kem Tahanan Sementara. Ramadhan bukan sebuah Kem Tahanan Sementara. Bukan juga seperti PLKN. Ramadhan hanyalah bulan tarbiah dan pesertanya hanya bermakna di dalamnya jika dapat meramadhankan sepanjang tahun untuk bulan-bulan berikutnya.

Marilah kita langkah ke gerbang Ramadhan dengan memanjatkan Taubat Nasuha. Sangkutkan azam ke syurga taqwa yang dijanjikan. Mudahan kita semua dapat menggapainya. Hari ini kita atur langkah membina watak insan bertaqwa. Jangan lagi menoleh ke belakang, pada dosa, noda dan kesilapan lalu.